Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Friday, October 30, 2009

Akhirnya, baru bercerita tentang perjalanan di Linggi... juga Kuala Linggi...

Setelah membuat beberapa artikel di blogspots BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) berdasarkan koleksi gambar perjalanan bulan Ogos yang baru diguna-pakai kini, baru saya boleh menunaikan janji yang dibuat ketika menulis artikel Gambo lama Sekolah Sains dan rancangan bercerita seterusnya... lebih 3 minggu lalu. Biar saya copy and paste balik isi berkenaan.. Antara lain, saya berjanji untuk menulis tentang...

1. Cerita Linggi dan Kuala Linggi... satu pencarian makam lama berdasarkan petunjuk yang diberi melalui satu komen di blogspot ini...

Mari! :]



Petang Jumaat sehari sebelum masuk bulan puasa atau Ramadhan baru-baru ini, saya dan isteri yang ketika itu sedang mengandung 8 bulan meninggalkan Kuala Lumpur untuk kembali ke rumah ibu bapa saya di Muar, Johor. Dalam perjalanan, saya teringat pesanan seorang pembaca di blogspot ini lalu tergerak untuk menghala ke Masjid Qariah Linggi...


Di kawasan belukar belakang masjid terdapat makam seorang ulamak bertaraf wali bernama Sheikh Jamaluddin Al-Linggi. Beliau adalah bapa kepada ulamak terkenal yang pernah menjadi mufti Negeri Sembilan awal abad ke 20 Masihi iaitu Sheikh Muhammad Said Al-Linggi.

Saya pernah ke makam ini beberapa kali. Tetapi baru kali itu saya juga berminat untuk melihat makam-makam menonjol di sebelahnya...


Kalau tak salah ingatan, makam-makam berdekatan ini milik pembesar yang memerintah Linggi, dikenali sebagai Datuk Muda Linggi. Ia adalah pangkat yang diwarisi turun-temurun dalam keluarga tertentu, katanya berdarah kerabat diraja Bugis!



Masjid Qariah Linggi dilihat ketika saya selesai menziarahi makam...




Di hadapannya terdapat 2 pucuk meriam peninggalan Datuk Muda Linggi yang dikatakan membina masjid ini, kalau tak salah saya namanya ialah Datuk Muda Kattas...





Dalam kandang di hadapan masjid ini terdapat makam beberapa orang penting Linggi, ada yang memberitahu saya ia makam-makam Datuk Muda Linggi juga, ada pula menyebut terdapat juga makam ayah kepada Sheikh Jamaluddin. Apapun, saya difahamkan mereka semua datang dari satu rumpun keluarga...





Adapun saya sampai ke Masjid Qariah Linggi itu hampir waktu Maghrib. Seterusnya saya singgah sebentar ke makam lama dengan batu-batu hidup ataupun megaliths di Pengkalan Kempas sebelum sampai ke Kuala Linggi yang terletak di dalam negeri Melaka. Untuk pengetahuan, Sungai Linggi membentuk sebahagian sempadan antara Melaka dan Negeri Sembilan. Pekan Linggi di mana terdapat Masjid Qariah tadi terletak lebih 25 km dari Kuala Linggi. Saya sampai di Kuala Linggi masuk waktu Isyaq dengan niat untuk memanjat Bukit Supai di mana terletaknya Kota Kuala Linggi yang dibina lebih 200 tahun lalu...







Saya ke sini menurut pesanan pembaca yang ditinggalkan di dalam blogspot. Cuma pesanan itu menyebut saya harus ke Bukit Supai dahulu sebelum ke makam Sheikh Jamaluddin sedangkan perjalanan yang dibuat ini mengikut turutan yang terbalik. Apapun, memandangkan kami suami isteri sudah agak lapar, kami pun singgah di restoran terapung yang nampaknya baru sebulan dua dibuka di kuala sungai. Seingat saya, dalam lawatan saya ke Bukit Supai sebelum itu iaitu awal tahun 2009, kalau tak pun hujung tahun 2008 belum kelihatan lagi restoran ini. Atau saya yang terlepas pandang ketika ia dalam pembinaan?





Sementara menunggu makanan yang dipesan siap dimasak, kami bertanya tentang kewujudan makam di Bukit Supai. Kata seorang makcik yang membuat perniagaan sampingan, dia tidak pasti jika wujud apa-apa makam di sekitar bukit. Tetapi dia tahu tentang kewujudan satu makam yang dianggap keramat di tempat lain tidak jauh dari situ... apakah itu makam yang perlu dicari?




Saya pula rasa tak senang duduk. Saya rasa mesti cuba mencari makam di Bukit Supai dahulu walaupun dalam keadaan gelap-gelita, walaupun saya tidak membawa lampu picit atau apa-apa benda yang mampu menolong saya melihat...





Ini adalah gambar restoran terapung dilihat dari lereng bukit. Dapatkah saya berjumpa makam yang dicari? Nanti kita sambung cerita ya. Untuk melihat pemandangan Bukit Supai juga sekitar Kuala Linggi waktu siang, sila lihat artikel lama bertajuk Interlude: A visit to Kuala Linggi... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Selamat malam! :]


p/s: Nota tambahan dibuat pagi Jumaat...

Apabila dilihat kembali artikel Gambo lama Sekolah Sains dan rancangan bercerita seterusnya... baru saya tersedar, saya telah pun menunaikan sedikit janji yang dibuat apabila memaparkan artikel Perkahwinan seorang sepupu, perjumpaan keluarga dan rancangan buku terbaru... 11 hari lalu. Ini kerana ia menepati 2 perkara yang telah dijanjikan untuk disajikan di blogspot ini, saya copy and paste balik apa yang dijanjikan...

3. Berkenaan Hari Raya itu sendiri terutama peristiwa sekitar perkahwinan seorang sepupu perempuan saya dengan jejaka dari New Zealand yang telah menetap di Australia, diadakan pada hari raya ketiga...

4. Perkahwinan sepupu pada raya ketiga ini telah mengumpulkan 4 generasi keluarga besar sebelah ibu. Dari situ tercetus idea untuk mengumpul butir salasilah keluarga belah ini yang lebih dikaitkan dengan bangsa Jawa...

Terpulanglah jika nanti saya ingin memanjangkannya dalam artikel-artikel baru atau membiarkan setakat cukup apa yang ada. Selepas selesai cerita berkenaan Linggi, yang tinggal cuma satu perkara janji iaitu...

2. Cerita perjalanan terbaru ke Pantai Timur yang dibuat pertengahan bulan puasa... yang ni harus panjang dan bersiri kerana melibatkan banyak lokasi...

Harap maklum.