Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Saturday, October 22, 2016

Memberikan penumpuan pada acara ke-18 HIKMAH di Muzium Negara

Salam 21 Muharram. Ketika artikel ini sedia untuk dipersembahkan tinggal 9 jam sahaja lagi untuk saya melaksanakan acara ke-18 HIKMAH di Muzium Negara. Ini adalah satu gerak kecil perkongsian penulisan sebelum saya dapat memberikan 100 peratus tumpuan pada acara...



Nampaknya cerita-cerita terbaru tentang perjalanan ke Pantai Timur walaupun tinggal 2 sahaja dalam siri cuma dapat dikongsikan paling cepat pun pada minggu hadapan. Adapun beberapa hari kebelakangan ini saya sangat disibukkan dengan kerja-kerja penganjuran acara HIKMAH serta perkara-perkara berkaitan. Di sini biar dikumpulkan links bagi artikel-artikel berkenaan daripada blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH), Ia menunjukkan perkembangan penganjuran bagi acara tahap demi tahap...




3. HIKMAH bukan acara mahupun kumpulan picisan

4. Acara ke-18 HIKMAH di Muzium Negara kembali pada tarikh cadangan asal 22 Oktober

5. Kaitan HIKMAH Muzium Negara dengan perasmian pameran songket Asean oleh Tengku Puan Pahang petang ini

6. Perkembangan-perkembangan terbaru berkenaan penganjuran HIKMAH Muzium Negara dalam tempoh 32 jam kebelakangan

7. Rehearsal untuk majlis pembukaan HIKMAH Muzium Negara - Tempat sudah sedia untuk menerima peserta


Biar dimaklumkan (lagi dan lagi) bahawa seperti pada mana-mana acara HIKMAH penyertaan adalah terbuka dan percuma. Cuma kali ini kita dapat mengadakan acara di tempat yang sangat berprestij dan ia dianjurkan bersama Jabatan Muzium Malaysia. Tuan-tuan dan puan-puan cuma perlu datang berbusana tradisional Melayu, kalau yang laki-laki bersampin, bertanjak dan keris. Paling kurang pun pakai baju Melayu bersongkok dan bersampin. Atur cara majlis adalah seperti yang kelihatan di bawah. Jumpa kita di Muzium Negara insyaallah pagi Sabtu... :]








Friday, October 21, 2016

Seminar songket ASEAN di Muzium Negara - Menumpang semangat dan minat tetamu diraja

Sebagai kesinambungan pada artikel Mengangkat martabat pergerakan busana, persilatan dan kedaulatan Melayu Islam ke seantero Alam Melayu yang dipebuat semalam biar dicopy paste artikel berikut daripada blogspoHimpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)...


-----------------


Salam semua. Telah diceritakan apa yang berlaku pada majlis perasmian pameran songket ASEAN di Muzium Negara hari Selasa melalui artikel-artikel berikut :-







Sekarang biar diceritakan tentang majlis susulan keesokan harinya...



Pagi Rabu 19 Oktober 2016 saya pergi ke Muzium Negara lagi tapi ke auditorium pula.


Di luar auditorium kelihatan buku-buku dan beberapa barangan lain sedang dijual...


Di dalam pula satu acara sedang berjalan.


Ia adalah majlis Seminar Songket Asian. Ketika saya masuk jam 10.36, tetamu diraja, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah ibni almarhum Sultan Iskandar (Johor) sedang memberikan ucapan.


Kalau ikut atur cara yang saya terima seminggu sebelum itu waktu itu pembentangan pertama harus telah pun bermula. Tetapi nampaknya ini dilakukan sedikit lewat kerana baginda begitu bersemangat dan seronok mahu berkongsi mengenai minat peribadinya tentang songket. Apabila pembentang pertama,  Prof Madya Sulaiman Ab. Ghani dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) masuk untuk membentang apa yang dikongsikan merupakan satu kesinambungan. Ini kerana beliau bercakap tentang bagaimana industri tenunan kain memberikan harapan kehidupan baru kepada para warga penjara di Pahang. Sedangkan Tengku Puan Pahanglah yang bertanggungjawab membawa minat dan ilmu songket ke dalam penjara sehingga ia menjadi satu perusahaan yang menguntungkan.

Maaf, gambar yang saya ambil daripada barisan belakang auditorium ini kurang jelas. Sulaiman membentang dengan cara menunjukkan video berkenaan penglibatan beliau dengan warga penjara dalam memastikan mereka mendapat ilmu secukupnya untuk menghasilkan tenunan songket Pahang yang bermutu tinggi mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Tengku Puan Pahang. Tajuk rasmi pembentangan beliau adalah "Weaving with Hope : Royal Tenun Pahang & Songket". Ini boleh diterjemahkan sebagai :"Menenun dengan Harapan : Tenun diraja Pahang & Songket".


Tajuk pembentangan diberikan dalam bahasa Inggeris kerana ini adalah seminar antarabangsa melibatkan pakar-pakar dalam bidang tenunan dari negara-negara ASEAN iaitu kesatuan Asia Tenggara. Pembentang seterusnya adalah Dr Pimiada Prachadetsuwat dari Northern Thai Weaving Learning Centre (Pusat Pengajian Tenunan Utara Thailand). Tajuk yang dibawa, "Silk Brocade in Thailand" boleh diterjemahkan sebagai "Songket Sutera di Thailand".

Gambar ini menunjukkan semua hadirin bangun berdiri hormat dan bertafakur sebentar. Untuk pengetahuan raja Thailand baru sahaja beberapa hari mangkat lalu sebagai tanda prihatin dan simpati di hadapan pembentang hadirin diminta berbuat begitu buat sedikit masa.


Hmm. Saya tak pasti apakah sebutan seterusnya (second reference) terhadap pembentang harus berbunyi Pimiada (nama pertama) atau Prachadetsuwat (nama kedua). Kalau orang Melayu biasanya nama pertama memang nama pemilik badan, nama kedua adalah nama bapa lalu kita gunakan nama pertama untuk sebutan seterusnya. Kalau nama orang Barat, nama pertama juga adalah nama sendiri, nama kedua adalah nama keluarga, Tetapi sebutan seterusnya memerlukan kita menyebut nama keluarga dalam keadaan formal, nama pertama disebut dalam keadaan santai atau tidak formal. Kalau orang Cina pula nama pertama adalah nama keluarga, nama seterusnya adalah nama tuan punya badan...

Apapun beliau banyak bercerita tentang keluarga diraja Thailand dan bagaimana industri tenunan sangat terkait dengan sejarah raja-raja, para kerabat dan keluarga bangsawan. Banyak kali beliau tidak dapat menahan sesak kesedihan apabila bercerita tentang raja. Saya rasa ramai sedia maklum bagaimana orang Thailand begitu sayangkan raja mereka lalu terasa amat kehilangan dengan kemangkatan baru-baru ini.


Pembentang ketiga, Bapak Merdi Sihombing dari Indonesia kemudian muncul membawa tajuk "Ressurection of Songket Indonesia" (Menghidupkan Kembali Songket Indonesia). Menggunakan persembahan video sebagai pembuka cerita beliau memberitahu industri songket sana pernah hampir puus apabila minat rakyat hilang. Beliau terlibat dalam usaha untuk menimbulkan kembali minat sehingga industri dapat dipulihkan dan songket kembali mendapat tempat yang sewajarnya.





Sesi petang menyaksikan pembentangan kertas kerja ke-4 oleh Profesor Andi Ima Kasuma dari Universitas Negeri Makassar, Indonesia diikuti kertas kerja ke-5 oleh Dr Siti Norkhalbi Haji Wahsalfelah dari Universiti of Brunei. Disebabkan hal tertentu saya masuk lewat selepas rehat tengah hari lalu terlepas pembentangan Andi Ima yang bertajuk "Dari Wajo untuk ASEAN".


Ketika saya masuk ke auditorium hampir jam 3,30 Siti Norkhalbi sedang membawa tajuk "Kain Tenunan Brunei : Binding Fabrics". Beliau menceritakan bagaimana kain tenunan (merujuk pada songket tapi dipanggil kain tenunan di negaranya) digunakan begitu meluas oleh masyarakat Brunei dalam hampir semua aspek kehidupan, daripada lahirnya seorang anak sampailah berlaku kematian.


Satu lagi pembentang dari Universiti Makassar kemudian muncul membawa kertas kerja ke-6. Beliau, Dr Karta Jayadi membawa tajuk "Revitalisasi Nilai dan Motif Kain Sutera Sengkang dalam MEA".


Ketika hendak memulakan pembentangan, moderator terus bertanya apakah itu MEA. Rupa-rupanya ia adalah singkatan untuk Masyarakat Ekonomi ASEAN. Karta Jayadi merujuk pada peleburan perhubungan ekonomi antara negara-negara ASEAN yang mula membuka pasaran kepada sesiapa sahaja dalam ikatan ASEAN untuk bergerak bebas mendapatkan barangan merentasi sempadan. Selepas berkongsi pemerhatian tentang proses-proses dalam industri kain beliau menceritakan panjang lebar bagaimana pasaran bebas boleh menyebabkan sesuatu yang dahulunya asalnya eksklusif, misalnya kain dengan corak yang cuma boleh dipakai golongan diraja kini menjadi bebas boleh dipakai sesiapa sahaja tanpa mengikut taraf.


Pembentang ke-7 dan terakhir, Encik Wan Manang bin Wan Awang dari Terengganu, Malaysia pula membawa tajuk "Wan Manang : Perjuangan Dalam Memartabatkan Songket Terengganu".


Beliau yang merupakan seorang usahawan songket terkenal menceritakan tentang proses membuat songket dan jenis-jenis motif biasa sebelum menunjukkan beberapa hasil kerja terbaik beliau di atas pentas...














Thursday, October 20, 2016

Mengangkat martabat pergerakan busana, persilatan dan kedaulatan Melayu Islam ke seantero Alam Melayu

Salam 19 Muharram. Keluar sebentar daripada penceritaan perjalanan Pantai Timur.


Beberapa hari kebelakangan saya disibukkan dengan pelbagai aktiviti melibatkan NGO kebudayaan saya iaitu HIKMAH. Lihat Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH), Kami sibuk mahu mengadakan acara ke-18 kami di Muzium Negara lalu sambil itu kami diberikan kepercayaan untuk memberikan nilai tambah yang unik terhadap satu acara antarabangsa anjuran muzium. Lihat artikel Kaitan HIKMAH Muzium Negara dengan perasmian pameran songket Asean oleh Tengku Puan Pahang petang ini.



Acara yang dimaksudkan, Pameran Songket ASEAN berlangsung 16 Oktober hingga 31 Disember tahun 2016. Kami diminta membantu memberikan pengisian pada majlis perasmian 18 Okt iaitu 2 hari lepas.


HIKMAH diminta membawa para aktivis busana, persilatan dan kedaulatan Melayu untuk memberikan kelainan.


Kelihatan di sini kawan-kawan sedang bersedia untuk membuat reheasal pagi hari tersebut. Lihat Rehearsal akhir untuk majlis perasmian Pameran Songket ASEAN..





Antara lain, kami diminta menyambut tetamu diraja di dalam bangunan pejabat. Lihat Menunggu ketibaan Tengku Puan Pahang...



Yang membuat persembahan silat untuk menyambut VVIP juga adalah daripada kalangan kawan-kawan kami. Untuk pengetahuan kumpulan kami terdiri daripada ahli pelbagai persatuan, antaranya adalah Komuniti Keris Warisan dan persatuan Dunia Seni Silat Melayu (DSSM).










Tema jiwa Melayu sejati yang kami bawa turut menarik perhatian ramai di pentas peragaan fesyen, Lihat Apabila kawan-kawan HIKMAH mencuri perhatian tetamu diraja dan masyarakat antarabangsa...





Lihat sendiri persembahan yang kelihatan begitu tertib, beradab, beradat lagi menarik dan melambangkan jiwa keMelayuan. Lihat bagaimana tetamu diraja pun kelihatan teruja, seorang lagi VVIP yang merupakan timbalan menteri menggerak-gerakkan badan mengikut lenggok lagu latar. Sesungguhnya ini adalah satu persembahan yang sangat berjaya. walaupun diilhamkan 9 hari sahaja sebelum itu. Sunggu semua ini berlaku tanpa disangka hasil bantuan Allah SWT. Rujuk balik cerita berkaitan dalam artikel Kaitan HIKMAH Muzium Negara dengan perasmian pameran songket Asean oleh Tengku Puan Pahang petang ini). 

Sesungguhnya kehadiran dan penglibatan kami telah mengukir satu sejarah. Kami telah mencuri perhatian ramai pada majlis anjuran sebuah institusi negara yang amat berprestij iaitu Muzium Negara. Malah kami dimaklumkan Pameran Songket ASEAN adalah acara terbesar jabatan bagi kalendar tahun 2016. Kami telah memberikan nilai tambah pada satu majlis perasmian bersifat antarabangsa yang dihadiri wakil-wakil kedutaan pelbagai negara sambil berjaya mencuri perhatian tetamu diraja.

Selain itu, kehadiran Tengku Puan Pahang yang memang sangat meminati songket menjadikan ini satu majlis diraja. Dengan kata lain hasil bantuan Ilahi yang tidak disangka-sangka kami sudah berjaya mengangkat martabat kumpulan dan pergerakan kami ke satu tahap yang tidak terimpikan pun sebelum itu.





Suasana pameran turut menjadi lebih unik dengan kehadiran para aktivis yang sentiasa berusaha keras untuk membawa roh Melayu sejati kembali hidup ke seantero Alam Melayu. Semoga kerjasama sebegini akan berterusan lalu membawa hasil yang betul-betul akan membangkitkan kedaulatan Melayu dan Islam akhir zaman. Lihat Mengiringi Tengku Puan Pahang melihat pameran songket ASEAN
.


Monday, October 17, 2016

Beruzlah ke Pantai Timur lagi - Bertalaqqi ilmu keris...

Masuk penceritaan hari kedua perjalanan baru ke Kelantan. Bersambung daripada artikel Beruzlah ke Pantai Timur lagi - Dimudahkan segala urusan untuk sampai...


Pagi Selasa 11 Oktober 2016 sekitar jam 10. Saya memakai sepersalinan busana ringkas sedia untuk menimba ilmu.


Ketika itu tiga orang kawan lagi yang mahu menimba ilmu di sekolah pondok di Tumpat ini sudah sampai, Mereka menaiki penerbangan dari KLIA selepas Subuh.


Ketika itu juga majlis menyambut Hari Asyura iaitu 10 Muharram di masjid sekolah baru sahaja selesai. Saya yang telah berada di asrama sekolah sejak malam sebelumnya sempat mengikuti bacaan ayat-ayat Al-Quran dari luar. Nak ikut dalam masjid sejak awal pagi badan terasa amat penat...


Duduk di bawah pokok berdekatan untuk sarapan.


Kelihatan pokok banyak buah. Baru saya tahu ini namanya pokok dan buah Mentiga. Kemudian nani saya dapat merasa betapa enaknya buah ini.


Mudir sekolah pondok, Abuya Sheikh Aswad turut serta menemani tetamu untuk sarapan. Namun beliau juga saya tidak makan. Kami malah seisi warga sekolah sedang berpuasa sunat 10 Muharram...



Tengah hari sekitar jam 12.15 kami diajak duduk atas permaidani di bahagian lain sekolah.







Tanpa dipinta Sheikh Aswad terus membuka cerita tentang keris.






Beliau membuka satu demi satu keris yang dimilikinya sebagai contoh.









Tu dia. Berapa banyak keris yang dimiliki Sheikh Aswad. Inipun rasanya tak sampai 10 persen yang dimiliki beliau. Kami diajar pelbagai perkara, daripada jenis-jenis keris, bahagian-bahagian yang ada, buatan, tempaan membawa kepada falsafah yang melibatkan ilmu keTuhanan.



Petang selepas Asar kami keluar sebentar berjalan-jalan ke Pengkalan Kubor. Lihat artikel-artikel berikut yang dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH...







Kembali ke sekolah sekitar jam 6.30 petang tengok-tengok para pelajar sekolah sedang sibuk berlatih silat...






Boleh tahan brutal juga latihan Silat Pusaka Tua yang dibawa oleh Sheikh Aswad ini. Setiap yang dipilih disuruh ke tengah menghadapi serang oleh 5-6 orang. Memang takda simpan-simpan, dapat je ruang gedebuk tak kena penumbuk atau siku memang kena penendang. Sampai berguling-guling tahan sakit juga le siapa yang kena...


Masuk waktu berbuka kami yang datang bertandang dari luar makan sehidang...



Malam selepas Isyak. selepas selesai makan malam di rumah Sheikh Aswad kami diajar lagi tentang keris.


Pendek kata memang hari tu kami diajar banyak perkara tentang keris. Malah sepanjang 3 hari 3 malam saya berada di sekolah pondok dalam perjalanan kali ini memang pelajaran keris menjadi topik utama hampir setiap masa...