Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Mei 08, 2021

Kenangan 4x4 tahun 1997 - Butiran yang harus dilanjutkan cerita

Salam siang Sabtu 26 Ramadhan. Pada ketika ini saya sedang berada di Masjid Sungai Selisek dekat dengan Behrang, Perak. Ia masih di dalam negeri Selangor tetapi dari masjid cuma dalam 110 meter sahaja dah boleh masuk ke negeri Perak... dengan menaiki jambatan menyeberangi sempadan semula jadi antara Selangor dan Perak iaitu Sungai Bernam. Hal ini hampir serupa ketika mempersembahkan artikel Kenangan mendaki Gunung Kinabalu tahun 1997 sejurus sebelum berbuka puasa di Masjid Sheikh Islam, Ulu Bernam lewat petang Jumaat 25 Ramadhan semalam. Dari situ tinggal 350 meter sahaja untuk masuk ke Tanjung Malim, Perak. Juga dengan menaiki jambatan menyeberang Sungai Bernam.

Adapun Masjid Sungai Selisek ini adalah masjid ke-5 disinggahi sejak keluar dari rumah untuk membuat perjalanan beriktikaf dari masjid ke masjid jam 4 petang semalam. Saya sampai dekat jam 11 malam selepas selesai menunaikan solat Terawih berjemaah di Masjid Sheikh Ismail lalu menginap di sini. Alhamdulillah ia cukup selesa dan ada privacy. Insyaallah selepas solat Zohor baru bergerak ke masjid-masjid seterusnya sambil menyusur aliran Sungai Bernam hingga ke muara.

Sekarang pergi kita pada sebab sebenar artikel ini ditulis. Ketika menaip ayat ini sudah jam 12.27 tengah hari. Seperti halnya cerita tentang mendaki Gunung Kinabalu cerita seterusnya mahu diangkat juga ada dikongsikan sedikit dalam artikel Kenangan liputan sukan berkuda di Perancis tahun 2000 - Berapa perjalanan sebagai wartawan akhbar The New Straits Times lebih sebulan lalu. Biar disalin kembali cerita yang dikongsikan itu...




Turut disangkakan berlaku pada sama ada tahun 1998 atau awal 1999 tetapi sebenarnya pada 1997 adalah perjalanan mengikut satu kumpulan peminat kenderaan pacuan empat roda beradu kebolehan di Perak. Saya ingat bagaimana kami masuk kawasan hutan bermesra dengan orang asli sambil membuat ujian kecekapan pemanduan di beberapa laluan lasak. Ketika menulis artikel ini baru terfikir rasanya ada meletakkan salinan teks laporan berita di blogspot berbahasa Inggeris BERPETUALANG KE ACEH. Saya pun menyemak lalu mendapati memang ada, dalam artikel yang diberi nama ringkas 4x4  pada penghujung tahun 2006. 

Daripada artikel tersebut baru ingat nama acara adalah National 4x4 Challenge lalu dapat dicari gambar atas dan rujukan di Facebook. Baru jelas bahawa ia berlaku pada 20-24 September 1997. Baru juga teringat ia membuka jalan pada siri tahunan Rainforest Challenge yang kini bertaraf dunia. Lihat sini.


---------


Sekarang biar ditambah maklumat bagi melengkapkan cerita. Rujukan boleh dibuat menggunakan artikel 4x4 yang sebenarnya adalah salinan teks bagi rencana bertajuk "Warming up to 4x4 Challenge" (Memanaskan diri untuk cabaran 4x4) yang keluar dalam akhbar The New Straits Times 28 Oktober 1997. Biar disalin teks dalam bahasa Inggeris itu.


THE day was hot and humid. The stage, a dusty laterite hilltop, was interspersed with cracks and bushes. In the distance, something was roaring and rumbling, leaving behind a trail of dust and dry mud, as it made its way towards the plateau, the vantage point we were on.

On the left side of the plateau, facing the distant skyline of Ipoh, was the television crew. Photographer Roslin Mat Tahir and I were sitting beside a nearby bush. Others were standing behind the route markers at one end of the plateau.

Eager for action, our eyes were focused on the almost vertical laterite ramp in front. Will someone dare to make the jump and soar into the sky? From the roar emanating from the spectators, we knew this was definitely going to be "the jump". Yes. This was it. This was going to be a fully air-borne baby.

And there it was. Out of the blue, a huge piece of machinery appeared, its belly fully exposed. Its four tyres spun wildly in the air. From where I was sitting, it looked as if the vehicle was a full two metres in the air. Yes!

One second. Two seconds. It's back on the ground. Right on cue, the air was resounding with the triumphant shout of those present. No one could deny it. That was definitely one hell of a jump.

OK. It might not really be that great. But that was the only car that flew on all its four wheels throughout this special stage (that is, circuit and obstacle test) held at Ulu Kinta, or any special stage throughout the whole five days of the National 4x4 Challenge for that matter.

Hungry for action, I was looking forward to seeing some stunts. Maybe a flip in mid-air or a flying jump across a 100-metre deep gorge. The special stages include uphill and downhill driving on hole-ridden tracks, reversing into a river using the winch and driving across a deep mud pool.

Although tough and rather tricky, they were quite tame in my opinion. But then the competitors - 42 drivers and co-drivers in 21 4WD vehicles - were mostly city folks, executives, businessmen, contractors and such, not stuntmen. And the Challenge was not really the ultimate.

As event director Luis Wee constantly reminded me, the National 4x4 Challenge was a warm-up and a prelude to the coming international Rainforest 4x4 Challenge at the end of the year. That's where you can see some real action, he assured me. After all, it will pit competitors from all over the world through 2,000 kilometres of Malaysian rainforest, and in the rainy season too.

Nevertheless, our guide from the Police Field Force assured me that the very same tracks I had considered as quite easy can be real hell during the rainy season. But I did get my fix when two vehicles overturned on two separate occasions. One while negotiating down a steep slope in Gunung Kledang, another while speeding down the bumpy hill in Ulu Kinta.

Originally, the National Challenge was planned to include 12 special stages at various locations in Perak. However, we had to settle for only 11 due to the tight and tiring schedule. After all, we also had to attend other functions including some community work at the Orang Asli settlements of Kampung Tonggang near Tanjung Rambutan and Kampung Sungei Dala in Hulu Perak. And with more than 80 people in 29 vehicles tagging along, mainly event officials and the media team - six TV3 crew members, me, the NST photographer and a woman from a motor-sports magazine - it was more than a competition. It was also a community and friendship drive.

Our itinerary started with the flagging off from Kuala Lumpur for Ipoh on Sept 20 where the first two special stages - finding the best route through difficult hill terrain and then a sand-driving circuit - were held near Gunung Kledang in the suburbs of the Perak capital.

We were officially flagged off the next day from Ipoh by Menteri Besar Tan Sri Ramli Ngah Talib. He and his wife also joined us to visit Kampung Tonggang where we were welcomed by the ceremonial Orang Asli sewang dance.

Three special stages were also held the same day at the Ulu Kinta Police Field Force training circuit before we drove into the jungle to spend the night at the Orang Asli settlement of Pos Poi, more than 50km away from civilisation.

On the third day, we covered some twisting and turning hilly logging tracks, had two special stages at the logging camps en route to Kampung Sungei Dala for a night circuit test.

Just when things were getting monotonous, then came next day's evening special stage which had the competitors grouped into teams of four cars to get past a difficult mud pool before going for another muddy river crossing.

Talk of foul play was rife as the last team was made to struggle through the mud pool which some claimed had been purposely dug deeper by the previous team. It seems that by not engaging the 4WD mode while they were there, the "conspirators" had used the rear wheels to furiously dig the mud.

"They were trying to get us disqualified," said a member of the last team. They missed the one-hour time limit by less than a minute.

Nevertheless, they didn't make a formal complaint, saying that everybody knows about it and there's no need to make such a big fuss.

Anyway, we concluded our round of special stages on Sept 24, the last day of the Challenge. Action was mild, with a short marathon run, a tyre-replacement speed drill, and another run - this time with team members rolling the huge 4WD vehicles wheels through mud, sand and water.

We left Sungei Dala by noon, crossing the Perak River by an old metal ferry before driving off for an official reception in Kuala Kangsar, and yet another reception back in Ipoh, covering a loop of 500km throughout the State, 200km off-road. That's it?, you may ask.

Still, it was quite testing for competitors Zawalan Razak and Abdul Hadi Yaakob who teamed up in a Landcruiser.

"We have been in the game for quite some time now and go off-road twice a month. I'd say this one definitely has its tough moments," Zawalan said.

Both of them, being among from the last teams for the Sungei Dala special stage, were badly caught in the mud pool, all soaked in the gooey stuff trying to pull their vehicle out as the day turned to darkness.

"At the end of the day, it's a great stress-buster," Abdul Hadi interjected.

For Cheras-based Zamri, the jump that he did (the one mentioned earlier) was the peak of the event, except perhaps for the team event at Sungei Dala. The 28-year-old interior designer still proudly recalled the moment, saying his boss, driver Martin Wong, was really surprised and almost wet his pants when Zamri, who was then the co-driver, took over the wheels and attempted the Ulu Kinta circuit on full throttle.

"What I can say? He owns the car. So he's the driver. Perhaps I did the jump to prove a point, that I can do it," Zamri conceded.

Perhaps city-slickers parading their gleaming 4WDs around the city should let him have a go. Then he can put the Pajeros, the Mussos and the Landcruisers out of their misery - by testing it in real jungle rather than negotiationg the occasional flood in Jalan Bangsar.


OK. Saya tidak mahu menterjemahkan artikel berbahasa Inggeris ini ke dalam bahasa Melayu. Cukuplah untuk mendapatkan aturan acara,  aktiviti dan tempat-tempat persinggahan yang disebut di dalamnya lalu boleh dinyatakan seperti berikut :-


1. Acara bernama National 4x4 Challenge ini memakan masa 5 hari (20-24 September 1997)

2. Ia mempertandingkan 21 kenderaan pacuan empat roda, setiap satu ada seorang pemandu dan penolong pemandu (co-driver) menjadikan 42 orang kesemuanya.

3. Acara adalah warm-up juga suatu macam pengenalan bagi satu acara yang lebih besar pada penghujung tahun iaitu Rainforest 4x4 Challenge. Yang ini katanya akan melibatkan ramai peserta antarabangsa dan meliputi jarak 2,000 km dalam hutan hujan Malaysia

4. Ia asalnya terdiri daripada 12 peringkat pertandingan (dipanggil special stages). Tetapi dikurangkan menjadi 11 kerana jadual yang ketat lagi memenatkan.

5. Selain peserta terdapat 80 orang lagi ikut sama dalam 29 buah kenderaan, kebanyakannya adalah pegawai penyelenggara acara. Ahli media pula terdiri daripada 6 orang krew TV3, saya dan jurukamera akhbar saya iaitu The New Straits Times dan seorang gadis daripada majalah sukan bermotor.

6. Acara bermula apabila kami dilepaskan secara rasmi di Kuala Lumpur 20 September (hari Sabtu)lalu bergerak ke Ipoh. Dua special stages diadakan dekat Gunung Kledang di pinggir bandar Ipoh (secara sudah menjadi bandar raya).

7.  Esoknya (Ahad 21 September) kami dilepaskan secara rasmi of Menteri Besar Perak (ketika itu) Tan Sri Ramli Ngah Talib. Isteri beliau turut ikut sama mengunjungi Kampung Tonggang lalu kami disambut dengan Tarian Sewang oleh Orang Asli sana.

8. Lupa nak cakap lebih awal. Acara ini juga bersifat kebajikan dan kemasyarakat. Sambil mengadakan pertandingan kami juga bersilaturrahim dengan penduduk-penduduk tempatan di beberapa lokasi yang merupakan perkampungan Orang Asli.

9. Tiga special stages diadakan pada hari sama di litar latihan Polis Hutan Ulu Kinta. Selepas itu kami pun masuk ke dalam hutan lalu menginap di penempatan Orang Asli di Pos Poi lebih 50 km jauh daripada kesibukan ketamadunan.

10. Pada hari ketiga (Isnin 22 September) kami mengambil jalan balak yang berliku-liku turun naik bukit lalu diadakan dua special stages di kem-kem balak dalam perjalanan ke Kampung Sungei Dala.  Di kampung itu diadakan satu pertandingan malam (night circuit test).

11. Pada hari keempat (Selasa 23 September) ada special stage petang yang menimbulkan sedikit kontroversi. Katanya ada peserta menyusahkan peserta selepasnya dengan cara sengaja menyebabkan kawasan berlumpur yang perlu dilalui semua orang menjadi semakin dalam.

12. Baki special stages diselesaikan pada hari kelima (Rabu 24 September). Sekitar waktu tengah hari kami meninggal Sungei Dala lalu menyeberang Sungai Perak dengan menaiki feri besi. 

13. Selepas itu kami ke majlis sambutan rasmi di Kuala Kangsar diikuti satu lagi majlis sambutan rasmi di Ipoh.

14. Pertandingan dan perjalanan meliputi jarak 500 km di negeri Perak termasuk 200 km off-road (dalam hutan, jalan tanah merah dan sebagai). Nampaknya ini tidak termasuk jarak perjalanan dari KL sehingga masuk ke sempadan negeri Perak dan keluar.


Saya boleh mengambil mudah perkara dengan mengatakan cukuplah perkongsian ini. Selepas ini boleh dibuat lakaran mudah peta Google Map untuk menentukan jarak keseluruhan. Tetapi apabila melihat kembali butiran didapati bahawa tidak adil jika cerita "Kenangan 4x4 tahun 1997" ini dilonggokkan ke semuanya dalam satu artikel sahaja. Seperti halnya cerita pendakian Gunung Kinabalu ada keperluan untuk mengembangkannya menjadi sekurang-kurangnya dua artikel lagi. Oleh itu tunggu bila saya dapat gerak. Kalau boleh biar diselesaikan kesemuanya sebelum perjalanan iktikaf dari masjid ke masjid ini dijangka tamat paling awal pun petang esok Ahad 27 Ramadhan.


Jumaat, Mei 07, 2021

Kenangan mendaki Gunung Kinabalu tahun 1997

Salam lewat petang Jumaat 25 Ramadhan. Pada ketika ini saya sedang berada di Masjid Sheikh Islam di Ulu Bernam dekat Tanjung Malim. Ia adalah masjid ke-4 disinggahi sejak meninggalkan kawasan perumahan di Sungai Buaya, Rawang. Sementara menunggu waktu berbuka puasa biar dipersembahkan artikel kompilasi ini.


Perjalanan ini berlaku Jun 1997 apabila saya ditugaskan untuk meliputi satu ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu. Ekspedisi yang disertai lebih 60 orang ini dibuat dengan tujuan utama untuk mengukur kembali ketinggian gunung menggunakan teknologi terkini. Turut serta dalam rombongan adalah Ketua Menteri Sabah ketika itu Datuk Seri Yong Teck Lee. Terciptalah satu sejarah di mana berlaku beberapa perkara pertama kali seperti siaran langsung televisyen dari atas gunung dan beberapa hal lain.


1. Kenangan mendaki Gunung Kinabalu tahun 1997 - Hari-hari awal di Kota Kinabalu

2. Kenangan mendaki Gunung Kinabalu tahun 1997 - Pendakian berprofail tinggi pun bermula...

3. Kenangan mendaki Gunung Kinabalu tahun 1997 - Turun dan kembali ke Kuala Lumpur



Kenangan mendaki Gunung Kinabalu tahun 1997 - Turun dan kembali ke Kuala Lumpur

Masuk pada artikel terakhir siri kecil ini. Bersambung daripada artikel Kenangan mendaki Gunung Kinabalu tahun 1997 - Pendakian berprofail tinggi pun bermula....


Gambar ini menunjukkan beberapa puncak yang terdapat di Gunung Kinabalu. Harus ketinggian-ketinggian yang ditunjukkan adalah berdasarkan ukuran yang dibuat oleh pasukan RISM (Royal Institution of Surveyors Malaysia - Institut Diraja Juru Ukur Malaysia) cawangan Sabah. Cuma berlaku sedikit perkara anti-klimaks. Kami naik dengan anggapan puncak tertinggi gunung iaitu Low's Peak yang sebelum itu tercatat mencapai ketinggian 4,101 meter bersamaan 13,455 kaki dari paras laut akan didapati lebih tinggi akibat gerakan plet bumi dalam tempoh lebih seabad. Sebaliknya ia menjadi 4,095 meter bersamaan  13,435 kaki iaitu 6 meter lebih rendah. Memang anti-klimaks.

Apapun dapat dipastikan Low's Peak memang puncak tertinggi. Terjawab teka teki yang sudah lama bermain dalam kepala ramai orang terutama sesetengah pendaki apakah puncak-puncak berdekatan seperti Victoria Peak dan St' John's Peak lebih tinggi kerana kelihatan begitu dengan mata kasar dari atas Low's Peral. Ternyata tidak. Kedua-duanya didapati sekitar 5 meter lebih rendah daripada Low's Peak.


Satu lagi sudut pandang Gunung Kinabalu dengan setiap puncak diberi nama. Ada banyak kan? Tetapi tanpa dinyatakan ketinggian. Bagi orang awam seperti saya walaupun merupakan seorang wartawan ketinggian tepat puncak-puncak bukanlah keutamaan. Cukuplan dapat tahu sudah berjaya mendaki gunung yang dinyatakan sebagai tertinggi di Asia Tenggara apa lagi di Malaysia. Dapat sampai ke puncak itu sudah satu pencapaian yang amat besar. Dan lagi ketika itu belum lagi mendapat keputusan ukuran. Ia mengambil masa untuk diukur kemudian disemak lagi dan lagi. 

Menurut catatan dalam makalah RISM (boleh dirujuk di sini, sila pergi terus ke muka surat 27) pasukan yang diamanahkan untuk membuat ukuran menetap sehari lagi di sekitar puncak bagi menyelesaikan kerja. Saya dan sejumlah ahli rombongan pula mula turun sekitar jam 11, setelah 4 jam berada di puncak iaitu sejak jam 7 pagi. Seingat saya turun itu laju sahaja mengikut rentak tarikan graviti. Apa lagi sampai di satu bahagian yang seperti anak-anak tangga. Memang laju turun. Nak tarik 'hand brake' pun susah...


Gambar ini menunjukkan bahagian dengan anak-anak tangga. Cuma kelihatan orang sedang menaik bukan menurun. Bawah dari Panar Laban iaitu pada paras kurang 11,000 kaki kebanyakan bahagian laluan adalah sebegini. Nak naik memang penat. Turun? Memang terasa automatik mengikut graviti...

Cuma kesannya adalah hentakan pada sistem tubuh badan akibat turun laju susah nak tarik hand brake. Seingat saya dalam tempoh 3-4 jam dah boleh sampai ke tempat permulaan rasmi iaitu Pintu Timpohan yang terletak pada ketinggan 6,000 kaki lebih dari paras laut. Selepas itu ikut jalan tar sehingga ke Taman Kinabalu. Hasil daripada hentakan seluruh bahagian dalam paha sakit-sakit membawa ke pinggang. Selama beberapa hari selepas itu saya jalan kengkang! :]


Kembali ke Kota Kinabalu saya check in atau mendaftar masuk ke hotel sama tidak jauh dari laut, Laut China Selatan. Ada tempoh masa 2-3 hari sebelum harus kembali ke Kuala Lumpur dengan penerbangan yang telah ditempah pejabat sejak sebelum pergi. Ikutkan ada masa untuk menjelajah bandar dan sekitarnya. Tetapi saya lebih banyak berehat, keluar pun dekat-dekat untuk makan dan sebagainya dalam keadaan susah hendak menahan daripada jalan kengkang. 

Begitulah juga keadaan sehingga beberapa hari setelah kembali ke KL. Pandai-pandailah cover supaya tidak begitu terserlah kekengkangan. Namun saya tidak dapat membuat laporan lengkap untuk berita surat khabar kerana belum mendapat keputusan rasmi hasil ukuran di puncak. Tunggu punya tunggu sampai terlupa perkara sebab terasa lama sangat. 

Menurut makalah RISM (sekali lagi boleh dirujuk di sini) hampir 2 bulan kemudian iaitu pada 17 Ogos baru diumumkan ketinggian baru Gunung Kinabalu iaitu 4095 meter atau lebih tepat 4095.2 meter. Inilah yang akan dimasukkan ke dalam semua rujukan rasmi seperti peta, brochure dan sebagainya selepas itu. Pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4 Dato' Seri Dr Mahathir (sekarang bergelar Tun) dalam satu lawatan ke Sabah. Kenapa begitu lewat diumumkan? Rupa-rupanya masih ada yang tidak lengkap semasa ekspedisi yang saya sertai 25 Jun itu. 

Ada puncak bernama Victoria Peak belum dapat diukur ketinggian tepat kerana pasukan yang ada tidak mampu mendaki sehingga ke bahagian paling tinggi. Ini akibat kedudukan terlalu menegak curam dan tinggi lalu amat berbahaya. Sedangkan perlu untuk meletakkan alatan GPS (Global Positioning System) di tempat yang sepatutnya. Baru boleh diukur tepat menggunakan sistem satelit.

Untuk itu satu pasukan baru yang mampu mencapai puncak dihantar beberapa minggu selepas ekspedisi utama. Baru dapat mengesahkan bahawa Low's Peak yang dinyatakan sejak zaman British sebagai puncak tertinggi di Gunung Kinabalu memang benar adalah yang tertinggi. Menurut makalah RISM tingginya lebih semeter sahaja daripada Victoria Peak. Nampaknya maklumat yang diletakkan pada awal artikel ini berdasarkan gambar berkenaan tidak tepat. Ia menyebut Victoria Peak sebagai terletak 4,090 meter dari paras laut iaitu 5 meter kurang dari Low's Peak.


Apapun ekspedisi 25 Jun itu telah melakar beberapa kejayaan bersejarah. Menurut makalah RISM ini tercatat di dalam Malaysian Book of Record seperti berikut :-

1. Kali pertama dibuat tinjauan ukuran Gunung Kinabalu dari atas puncak

2. Ukuran paling tepat ketinggian gunung setakat ini

3. Kali pertama pendakian dibuat oleh orang buta dan ada kecacatan mental - Ah. Saya lupa langsung tentang ini. Selain untuk membuat ukuran pendakian dipromosikan sebagai satu usaha kebajikan (charity work) lalu ada melibatkan kumpulan-kumpualan berkenaan (seperti orang kurang upaya)

4. Kali pertama dibuat siaran langsung televisyen dari atas puncak (itu yang ibu kepada ibu saya sempat tonton di Muar lalu dapat melihat saya seperti dinyatakan dalam artikel Kenangan mendaki Gunung Kinabalu tahun 1997 - Pendakian berprofail tinggi pun bermula...)

5. Kali pertama seorang Ketua Menteri Sabah dapat mendaki dan turun Gunung Kinabalu tanpa bantuan (maksudnya tanpa perlu dipapah atau sebagainya)

6. Wang dan tajaan dapat dikumpul sehingga mencapai nilai RM1 juta

7. RM268,000 telah diserahkan untuk kebajikan.


Tu dia. Bila dah menulis ini baru tersedar saya sebenarnya sudah terlibat dalam satu usaha dan ekpedisi yang hebat lagi melakar sejarah. Sebelum ini saya cuma mengenangkannya sebagai satu kejayaan peribadi dapat mendaki gunung tertinggi di Asia Tenggara. Sedangkan banyak lagi kejayaan tercatat seiring dengan itu. 


Sekarang sampai masanya untuk menutup dan melengkapkan siri dengan membuat kira-kira jarak perjalanan. Dibuatlah lakaran mudah perjalanan seperti di atas sejak sampai Sabah melalui lapangan terbang lalu ke hotel kemudian ke Taman Kinabalu membawa ke Pintu Timpohan kerana itu adalah tempat terdekat ke puncak boleh dikira jaraknya oleh Google Map. Campur perjalanan kembali ke hotel kemudian ke lapangan terbang sebelum kembali ke KL jadilah 199 km. Namun saya juga ada berjalan-jalan di sekitar Kota Kinabalu termasuk dibawa agak jauh dengan kereta oleh orang. Oleh tak salah untuk menggenapkan jarak perjalanan menjadi 220 km.


Seterusnya adalah jarak pendakian dari Pintu Timpohan. Poster ini menyebut 8.72 km. Tetapi itu adalah setelah dibuat laluan baru dekat puncak iaitu setelah laluan lama runtuh akibat gempa bumi tahun 2015. Oleh itu biar diambil jarak yang saya ingat orang biasa sebut iaitu 8.5 km. 

Pergi balik dah jadi 17 km. Campur jarak 220 km pergi balik hingga ke lapangan terbang jadi 237 km. Memang terlalu sedikit untuk dimasukkan ke dalam senarai perjalanan-perjalanan terjauh saya, senarai yang proses pembuatannya menjadi asbab untuk menggali kembali cerita banyak perjalanan lama. Lainlah kalau dicampur jarak penerbangan dari KL ke Sabah dan kembali. Itu boleh tahan jauh. Tapi adalah menjadi polisi saya agar tidak mencampurkan jarak penerbangan bagi suatu perjalanan. Yang dikira cuma jarak di permukaan bumi laut dan darat kerana mengambil masa dan boleh jadi sangat mencabar.

Walaupun tidak cukup jarak perjalanan ini ternyata sangat istimewa. Pada ketika ini senarai perjalanan istimewa cuma ada 10 perjalanan. Selepas ini harus dimasukkan beberapa lagi termasuk kenangan mendaki Gunung Kinabalu tahun 1997 ini. Sekarang saya harus bersiap untuk satu perjalanan baru. Saya mahu keluar beriktikaf dari masjid ke masjid di bahagian utara negeri Selangor sehingga hari Ahad 27 Ramadhan insyaallah. Oh. Satu lagi perkara yang terasa menarik. Saya sampai ke puncak Gunung Kinabalu itu pada 25 Jun sedangkan cerita ini ditulis pada 25 Ramadhan. Sekian wassalam.


Kenangan mendaki Gunung Kinabalu tahun 1997 - Pendakian berprofail tinggi pun bermula...

Salam pagi Jumaat 25 Ramadhan. Bersambung cerita daripada artikel Kenangan mendaki Gunung Kinabalu tahun 1997 - Hari-hari awal di Kota Kinabalu.



Adapun beberapa hari sebelum berlaku pendakian wartawan akhbar Berita Harian bagi pejabat di Kota Kinabalu telah menghubungi untuk menyatakan beliau akan sama mendaki. Kami duduk di bawah satu syarikat penerbitan iaitu New Straits Times Publishing. Beliau sedia mengambil saya untuk dibawa ke Kinabalu Park atau Taman Kinabalu di mana pendakian harus bermula. 

Sampai waktunya beliau pun datang mengambil di hotel. Rasanya ada ingat-ingat lupa dibawa singgah ke rumahnya dahulu untuk mengambil barangannya. Hmm. Saya pasti ada di bawah ke rumah lalu bertemu anak isterinya dan makan-makan. Yang tak pasti apakah dalam perjalanan ke Taman Kinabalu yang memakan jarak hampir 90 km atau dalam satu pertemuan yang lebih awal. 

Seterusnya saya ingat kami naik jalan berliku-liku masuk hutan dan mendaki kawasan tinggi. Kalau tak salah sampai satu kawasan kereta ada masalah. Enjin panas ke hapa. Namun alhamdulillah dapat juga sampai ke Taman Kinabalu lalu bertemu dengan lain-lain ahli rombongan.



Semakan menggunakan Google Earth menunjukkan Taman Kinabalu itu sendiri terletak pada paras ketinggian lebih 5,160 kaki dari paras laut. Didapati juga bahawa jalan raya mula menaik tinggi sejak dari pekan Tamparuli sekitar 35 km ke timur laut Kota Kinabalu. Pekan terletak pada paras sekitar 50 kaki dari paras laut. Dalam 5 km kemudian jalan mencapai ketinggian1,000 kaki dari paras laut.




Beginilah kedudukan Tamparuli berbanding Gunung Kinabalu dilihat menggunakan Google Earth. Perhatikan bagaimana jalan raya yang ditanda dengan warna kuning mula berliku-liku menaiki kawasan tinggi menghampiri gunung.




Ketinggian 5,160 kaki dari paras laut itu adalah sekitar 1,000 kaki lebih tinggi berbanding Gunung Jerai di Kedah juga Gunung Ledang di Johor. Kami pun berjumpa dengan ahli-ahli rombongan yang lain. Ada 40 orang kalau tak salah.

Sesungguhnya ini bukan aktiviti kecik-kecik anak. Ini bukan pendakian biasa-biasa seperti dibuat kebanyakan kumpulan yang pernah mendaki Gunung Kinabalu. Ia dianjurkan oleh RISM (Royal Institution of Surveyors Malaysia - Instituti Diraja Juru Ukur Malaysia) cawangan Sabah dengan misi untuk mengukur kembali ketinggian gunung menggunakan teknologi ukur terbaru. Sesungguhnya terdapat keraguan terutama dalam kalangan juruukur bahawa ketinggian  rasmi yang dipegang selama itu 13,455 kaki bersamaan 4,101 meter dari paras laut mungkin tidak tepat. 

Ukuran terdahulu dibuat semasa zaman pemerintahan British abad ke-19 Masihi menggunakan teknologi lama melibatkan teropong dari sebuah kapal 100 km jauh ke puncak gunung. Dari kejauhan itulah diukur puncak yang dilihat paling tinggi, dikenali sebagai Low's Peak. Sedangkan terdapat dua lagi puncak yang sering kelihatan lebih tinggi apabila dilihat para pendaki yang sampai ke Low's Peak.

Menurut kira-kira berdasarkan gerakan plet bumi dan sebagainya dalam ilmu geologi pula ia harus naik lagi dalam 1-2 meter.  Lalu hal ini dan misi sudah diwar-warkan sejak beberapa lama di dada-dada akhbar di Malaysia. Sehingga dinyatakan Perdana Menteri Malaysia ketika itu. PM ke-4 iaitu Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang bergelar Tun) sendiri akan mengumumkan ketinggian baru hasil ukuran mereka.

Disebabkan begitu penting dan tingginya profail misi Ketua Menteri Sabah ketika itu Datuk Seri Yong Teck Lee sudi turut sama mendaki bersama beberapa pegawai kerajaan. Beberapa orang wartawan ikut sama termasuk daripada RTM kerana akan membuat siaran langsung dari atas puncak gunung. Cuma tu le, sebelum ke Sabah saya beritahu boleh ikut Ketua Menteri naik helikopter sehingga ke Panar Laban yang terletak pada paras 11,000 kaki dari paras laut. Dari situ baru betul-betul mendaki sehingga ke puncak.




Apapun ia sebenar adalah satu peristiwa bersejarah. Baru dua hari lalu saya dapat menemui dokumen menyebut bahawa kerja-kerja mengukur di puncak gunung dibuat pada hari Rabu 25 Jun 1997. Disebut secara terperinci sebab musabab kerja, dinyatakan juga 62 orang terlibat dalam ekspedisi lalu dibahagikan kepada 4 pasukan. Maklumat-maklumat ini boleh dilihat sendiri dalam makalah terbitan badan induk penganjur iaitu RISM. Sila masuk sini, terus tuju ke muka surat 27.  

Namun bukanlah bermakna 25 Jun itu tarikh pendakian bermula. Ini kerana selepas semua yang terlibat sampai ke Kinabalu Park penganjur harus mengambil masa untuk mengatur peserta juga memberikan taklimat. Kalau tak salah kami menginap di situ dahulu satu malam. Ya. Mesti menginap dahulu kerana seingat saya kereta sampai separuh jalan ke Kinabalu Park pun sudah jam 3 petang.

Seterusnya dari Kinabalu Park masih ada jarak 4 km untuk sampai ke tempat permulaan rasmi pendakian gunung iaitu di Timpohan Gate. Semakan dengan Google Earth dan Google Map menunjukkan terdapat jalan tar sempit sehingga ke situ lalu pendaki harus berjalan kaki. Yang dibenarkan naik kenderaan adalah kaki tangan Kinabalu Park dan renjer. Rasanya porter, orang yang bertugas mengangkat barang-barang keperluan pendaki pun boleh naik motosikal hingga ke situ.




Saya tak ingat jika kami sendiri dihantar dahulu dengan kenderaan memandangkan Ketua Menteri ada bersama. Boleh jadi itu. Boleh jadi juga kami berjalan kaki dari Kinabalu Park supaya mendapat rasa seperti para pendaki biasa. Apapun pendakian secara rasminya tetap bermula di Timpohon Gate atau Pintu Timpohon. Semakan mengunakan Google Earth menunjukkan ia terletak pada ketinggian sekitar 6,100 kaki dari paras laut. Ini adalah lebih kurang sama tinggi dengan pusat peranginan Genting Highlands yang terletak hampir ke puncak Gunung Ulu Kali dan kurang 1,000 kaki lebih sahaja daripada ketinggian gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia iaitu Gunung Tahan (7,175 kaki).



Di sini tidaklah ingin dipanjangkan sangat cerita pendakiann. Cukuplah dengan sedutan berkenaan daripada buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari Diri dan Erti" (Jun 2006) seperti dikongsikan dalam artikel sebelum ini iaitu Kenangan mendaki Gunung Kinabalu tahun 1997 - Hari-hari awal di Kota Kinabalu.. Di atas adalah satu gambar rajah pendakian dari satu peringkat sehingga satu peringkat. Ia sama sahaja seperti ketika saya membuat pendakian tahun 1997 kecuali di satu bahagian tertinggi yang ditanda dengan perkataan "Ferrata". Ini merujuk pada seksyenn menghampiri puncak yang mana telah ditanam alat-alat bantuan besi akibat laluan lama yang tidak begitu teruk curam runtuh kerana gempa bumi tahun 2015.



Adalah menjadi kebiasaan semua pendaki supaya setelah beberapa lama mendaki dari Pintu Timpohon berehat satu malam di Panar Laban sekitar 11,000 kaki dari paras laut. Tak pun di Sayat-sayat sedikit lebih tinggi. Saya sudah lupa berehat di mana. Yang ingat jam 3-4 pagi sudah keluar menyambung pendakian bersama mereka yang duduk sebilik dalam 5-6 orang gitu supaya dapat sampai ke puncak tertinggi sebelum matahari naik. 

Saya ingat setelah beberapa lama mendaki pertama kali dalam hidup merasa muntah hijau. Memang keluar warna hijau, dapat dilihat dengan cahaya lampu picit juga cahaya bulan. Semakan dengan program Gregorian to Hijriah Convertor menunjukkan tarikh 25 Jun 1997 yang disebut sebagai tarikh ukuran dibuat di puncak gunung adalah bersamaan 19 Safar. Maka harus ada cahaya setengah bulan.



Sebelum matahari naik kami berjaya sampai ke paras dapat melihat puncak tertinggi sebegini rupa seperti dalam gambar. Ya. Saya tahu dan ingat ini kerana kemudian 3-4 kali turun naik dari paras yang ada kelihatan orang dalam gambar sehingga betul-betul ke puncak yang kelihatan menajam. Saya ingat di paras ini dapat melihat lopak-lopak air beku. Memang sejuk sangat. Kami semua memakai baju tebal.




Saya ingat dapat sampai ke puncak tertinggi ini sejurus sebelum waktu matahari naik. Sayangnya kami tidak direzekikan dapat melihat pemandangan matahari terbit kerana kabus tebal diselang-selikan angin sejuk kuat. Menggigil-gigil kami berlindung di sebalik batu-batu yang kelihatan. Itu yang 3-4 kali saya turun ke paras yang ditunjukkan dalam gambar tadi  sebelum naik kembali ke puncak. Kebanyakan ahli lain ekspedisi menunggu di paras itu kerana kawasan puncak sempit, tak boleh muat ramai orang. Dan lagi atas itu teruk dilanda angin sejuk.

Yang kesiannya krew televisyen RTM kerana harus terus bertahan di puncak. Mereka perlu menjaga alatan siaran langsung yang telah dibawa ke sana dengan pertolongan porter iaitu juru angkat barang. Oh. Di sebelah pagar yang kelihatan ada jurang menjunam sehingga 2,000 meter ke bawah. Tengok memang rasa ngeri dan gayat. Kalau belah yang kelihatan dalam gambar masih dikira zon selamat.

Dipendekkan cerita selepas menunggu kira-kira 2 jam iaitu daripada jam 7 hingga 9 pagi baru kawasan sekitar puncak menjadi terang lalu bolehlah dibuat siaran langsung bersama Ketua Menteri dan semua ahli ekspedisi. Saya ingat apabila balik ke kampung di Muar, ibu kepada ibu saya, orang yang dipanggil sebagai Mak (ibu saya panggil Mami) memberitahu ada terlihat saya di atas gunung melalui kaca TV. Cukuplah perkongsian buat masa ini. Selepas ini akan dibuat artikel penutup siri.



Kenangan mendaki Gunung Kinabalu tahun 1997 - Hari-hari awal di Kota Kinabalu

Salam malam Jumaat 25 Ramadhan. Cerita perjalanan lama seterusnya perlu diangkat ada dikongsikan sedikit dalam buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh" (terbit Jun 2006) kemudian 2-3 artikel di blogspot ini. Akhir sekali ia dipanjangkan dalam artikel Kenangan liputan sukan berkuda di Perancis tahun 2000 - Berapa perjalanan sebagai wartawan akhbar The New Straits Times lebih sebulan lalu. Tetapi semuanya dalam konteks hendak membandingkannya dengan perjalanan atau pengalaman-pengalaman lain. Oleh itu sudah sampai masanya cerita diangkat menjadi suatu yang tersendiri. Maka biar disambung  proses berkenaan daripada artikel Ke Cardiff di Wales sekitar tahun 1992-1993.



Perjalanan ini melibatkan pendakian Gunung Kinabalu di Sabah, gunung yang dinyatakan adalah tertinggi di Asia Tenggara. Berlaku pada tahun 1997 ia melibatkan satu projek yang perlu dilaksanakan oleh pihak tertentu. Saya yang  belum sampai setahun bertugas sebagai wartawan di akhbar The New Straits Times pun dihantar untuk meliputinya. Oleh kerana sedikit ceritanya ada dalam artikel Kenangan liputan sukan berkuda di Perancis tahun 2000 - Berapa perjalanan sebagai wartawan akhbar The New Straits Times maka biar diambil sedutan berkenaan. Perjalanan diterangkan dalam konteks apa yang berlaku pada hari-hari awal mendapat pekerjaan di NST...


------------


Saya diberikan tempoh percubaan selama setahun tetapi mendapat pengesahan (confirmation) 6 bulan lebih awal. Selepas cukup setahun baru dibenarkan bercuti lalu berlakulah perjalanan jauh pertama saya dengan motosikal besar seperti disebut dalam artikel Kompilasi artikel mengingat kembali perjalanan pertama bermotosikal besar solo keliling Semenanjung penghujung tahun 1997 hingga awal 1998. Tidak disedari sehinggalah beberapa hari lalu bahawa sebelum itu ada dihantar untuk membuat tugasan jauh menyeberangi Laut China Selatan untuk ke Sabah. Ketika membuat semakan sebagai persediaan bagi menulis artikel ini baru dapat tahu. Itupun daripada satu sumber yang tak disangka...


Tugasan yang dimaksudkan adalah membuat liputan satu rombongan juruukur mendaki Gunung Kinabalu untuk mengukur kembali ketinggian gunung menggunakan teknologi terbaru. Turut bersama adalah Ketua Menteri  Sabah waktu itu, Datuk Seri Yong Teck Lee lalu kami semua mendaki hingga ke puncak dari pintu masuk utama Taman Kinabalu. Saya ingat ini kerana itulah kali pertama ke Sabah lalu dapat mendaki gunung tertinggi di Asia Tenggara (buat beberapa lama). Saya sebut buat beberapa lama kerana itulah yang sering diisytiharkan oleh pihak kita di Malaysia lalu dipercayai semua. Tetapi apabila diselidik dengan lebih teliti rupa-rupa terdapat lebih 20 puncak lain lebih tinggi tetapi kurang dikenali di Asia Tenggara!

Cerita mendaki Gunung Kinabalu ini ada disebut sedikit dalam buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari Diri dan Erti" yang terbit Jun 2006. Ia dibuat sebagai perbandingan dengan pengalaman mendaki Gunung Nuang dari Kampung Janda Baik seorang diri sekitar tahun 2003. Biar diletakkan di sini perenggan-perenggan berkenaan...


Rasyid mula berangan-angan hendak mendaki Gunung Daik. Anak muda ini pernah menjejaki puncak Gunung Ledang di Johor dan Gunung Jerai di Kedah, masing-masing melebihi 4,000 kaki tinggi dari paras laut. Tetapi kira ‘mengelat’, dengan menunggang motosikal mendaki jalan kecil sampai ke stesyen telekomunikasi berhampiran puncak sebelum memanjat sedikit ke atas. Dengan cara yang sama juga, dia pernah sampai ke puncak Gunung Berinchang di Cameron Highlands (lebih 6,600 kaki) dan Gunung Ulu Kali di Genting Highland (sekitar 6,000 kaki). Yang penting sampai...

Kalau dengan tenaga kudrat sendiri pula, Rasyid pernah mendaki beberapa puncak dengan ketinggian kurang 2,000 kaki termasuk Gunung Lambak (1,600 kaki) di Keluang semasa belajar  di Tingkatan Satu dahulu. Tetapi dia juga pernah menjejaki puncak tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu (13,455 kaki) semasa bertugas sebagai wartawan untuk membuat liputan dan mengiringi rombongan Ketua Menteri Sabah ketika itu, Datuk Seri Yong Teck Lee bersama para pegawai kerajaan dan sekumpulan juruukur Sabah.


Selepas itu diceritakan panjang lebar pengalaman di Gunung Nuang (4,898 kaki) yang mana saya ada tersesat jalan selepas turun dari puncak  jam 6.30 petang lalu berada 19 jam dalam hutan pergunungan sebelum dapat keluar. Ini perenggan berikutnya tentang Gunung Kinabalu. Ia dibuat untuk membandingkan dengan keadaan kabus tebal yang dihadapi di puncak Gunung Nuang. Untuk cerita penuh lihat artikel lama Pendakian dan sesat di Gunung Nuang dalam ingatan....


Dahulu semasa mendaki puncak Gunung Kinabalu pun dia menghadapi masalah yang serupa. Malah keadaan di sana lebih teruk lagi kerana suhunya boleh turun ke tahap beku! Pemuda ini teringat bagaimana dia dan beberapa orang wartawan yang berkongsi bilik di Panar Laban, tempat berehat semalaman setelah penat mendaki sehingga  ke paras 11,000 kaki telah bangun tidur dan keluar awal untuk menyambung pendakian jam 3 pagi semata-mata untuk melihat matahari terbit dari atas gunung. Mereka sampai ke Low’s Peak, puncak tertinggi pada paras 13,455 kaki sebelum jam 6 tetapi kabus tebal pula menyelimuti disertai hujan renyai-renyai. Sesekali kabus hilang ditiup angin deras untuk mendedahkan langit mendung dengan awan tebal tetapi digantikan pula kelompok kabus yang lain. Atau mungkin ia sebenarnya awan juga kerana tidak nampak bezanya antara awan dan kabus di puncak gunung?

Masuk jam 7, kabus dan hujan masih melitupi pemandangan. Mereka yang berada di atas pun mula turun sedikit ke bawah, ke sebuah kawasan mendatar meninggalkan Rasyid dan dua orang krew sebuah stesyen televisyen yang terpaksa menjaga peralatan untuk siaran langsung menggigil di celah batu di puncak gunung. Cuaca cuma cerah hampir jam 9, ketika matahari sudah meninggi. Kempunanlah pemuda itu untuk menikmati pemandangan mataharit terbit dari Gunung Kinabalu...




Pun begitu saya tidak ingat bilakah perjalanan ke Sabah dan pendakian Gunung Kinabalu itu berlaku. Fikir saya harus dalam tahun 1998 atau awal 1999. Dahulu berjaya juga ditemui satu artikel berkenaan menggunakan Google lalu dapat melihat sedikit butiran. Sekarang tak dapat jumpa  langsung rujukan. Kalau mahu nampaknya harus mencari artikel lama dalam akhbar NST yang cuma boleh dicapai melalui perpustakaan pejabat. Ia bukan untuk orang luar kecuali mereka yang melanggan perkhidmatan.

Nasib baik dapat ditemukan cerita berkenaan dalam Wikipedia berbahasa Inggeris tentang Gunung Kinabalu (lihat sini). Pada perenggan kedua laman ada disebut ini :-

In 1997, a re-survey using satellite technology established its summit (known as Low's Peak) height at 4,095 metres (13,435 ft) above sea level, which is some 6 metres (20 ft) less than the previously thought and hitherto published figure of 4,101 metres (13,455 ft).

Terjemahan saya  :-

Pada tahun 1997, satu tinjauan semula menggunakan teknologi satelit telah menetapkan puncak (dikenali sebagai Low's Peak) pada ketinggian 4,095 meter (13,435 kaki) atas paras laut, sekitar 6 meter (20 kaki) rendah berbanding apa yang sudah diterima sebelum itu lalu diisytiharkan iaitu 4,101 meter (13,455 kaki).

Saya tahu yang membuat tinjauan itu adalah rombongan juruukur yang diikuti naik hingga ke puncak gunung. Dengan itu tahulah bahawa perjalanan ini sebenarnya berlaku pada tahun 1997. Walaupun masih tidak dapat menetapkan tarikh tepat saya tahu ia harus berlaku 6 bulan selepas masuk NST 16 September 1996 iaitu selepas 16 Mac 1997. Ini kerana tugasan sebegini cuma akan diberikan kepada mereka yang sudah mendapat pengesahan kerja sebagai wartawan lalu layak diberikan kepercayaan, bukan dalam tempoh percubaan.

Seterusnya ia harus berlaku sebelum 22 November kerana ketika itulah bermula cuti sebulan setengah lalu dibuat perjalanan jauh peribadi seperti diceritakan dalam Kompilasi artikel mengingat kembali perjalanan pertama bermotosikal besar solo keliling Semenanjung. Rupa-rupanya ada lagi tugasan mencabar di luar kawasan dilakukan dalam tempoh masa sama.


----------
 

OK. Sekarang baru boleh masuk penulisan baru tentang perkara. Kerana ia mahu dikongsikan dalam konteks perjalanan-perjalanan yang perlu diambil kira (rujuk penerangan dalam artikel Perjalanan-perjalanan lain yang perlu diambil kira - Lagi proses yang perlu untuk melengkapkan analisis) maka cerita harus dikongsikan daripada mula.



Saya ingat diberi tahu tentang tugasan sekitar sebulan sebelum ia berlaku. Ini adalah untuk memberikan masa bagi mempersiapkan diri kerana perlu mengerah tenaga dan stamina mendaki gunung tinggi. Ketika itu saya sudah lama kurang bersenam tetapi masih memiliki bentuk tubuh badan yang berotot kekar, boleh tahan fit. Ini akibat rajin bersukan terutama bermain ragbi sepanjang zaman sekolah menengah tahun 1983 hingga 1987 membawa ke zaman kolej 1988 hingga awal 1991. Masuk zaman belajar di London tahun 1991-1995 sahaja tidak lagi aktif. 

Namun saya masih lagi melakukan sejumlah senaman yang sudah menjadi tabiat semulajadi sejak berumur 13 tahun, masih mampu untuk membuat push up atau tekan tubi sehingga 50 kali sekali pergi tanpa henti. Dan saya rajin berjalan kaki sehingga berbatu-batu jauh setiap kali jalan. Cuma sudah lama tidak berjogging juga membuat apa bentuk larian. Mendaki bukit pun jarang-jarang. Lalu ketika diberitahu tentang tugasan saya cuba kembali untuk berlari. Tengok-tengok kena cramp macam-macam. Takut pula bila sampai waktunya jadi makin teruk lalu tidak mampu mendaki.

Oleh itu dibuat keputusan begini. Aku terus aje le buat macam biasa tak perlu berlari... cukup setakat rajin berjalan kaki ke sana ke mari. Kalau nak sakit biar ketika mendaki bukan sebelum itu. Lagipun kemudian ada orang memberitahu ada kemungkinan saya dan beberapa orang boleh naik helikopter sehingga sampai ke paras 11,000 kaki di satu bahagian gunung. Dari situ baru betul-betul mendaki. Ini disebabkan ada Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Yong Teck Lee dalam rombongan. Saya ingat ketika itu ketua menteri digilirkan daripada 3 buah parti politik dalam tempoh sepenggal iaitu 5 tahun. Masuk giliran parti Yong, tak ingat nama parti. Apakah PBS (Parti Bersatu Sabah) atau SAPP  (Parti Progresif Sabah).



Maka berlepaslah saya ke Sabah  beberapa hari sebelum acara. Ia adalah kali pertama ke negeri itu juga mana-mana tempat di pulau Borneo. Seingat saya naik pesawat Boeing 737 MAS, Syarikat Penerbangan Malaysia. Kalau tak salah ingatan terus masuk check in sebuah hotel lama tapi bertaraf 4 bintang. Rasa macam Hilton tapi tak pasti. Yang pasti memang hotel ada kelas di tengah bandar Kota Kinabalu.

Dari hotel boleh keluar berjalan kaki melihat pelbagai aktiviti. Seingat saya keluar sahaja ke jalan hadapan boleh nampak laut dalam 100-200 meter dari hotel . Kelihatan sekali Pulau Gaya yang terletak tidak jauh dari garis pantai. Hmm. Boleh cuba semak ini menggunakan Google Earth kemudian masuk street view iaitu melihat pemandangan pada aras berdiri di permukaan bumi...



Mula-mula biar ditunjukkan peta pada skala seperti di atas. Nampaknya kedudukan Hilton tidak sesuai dengan ingatan. Hotel yang diduduki harus lebih dekat ke laut...



Zoom in. Jelas Hilton tak sesuai kerana jalan di hadapannya tidak terus menuju ke laut.


Zoom in lagi. Muncul satu hotel ada kelas yang sesuai dengan kedudukan dalam ingatan iaitu jalan di hadapannya boleh nampak terus ke laut. Lihat Hyatt Regency Kinabalu. Kelihatan juga sebuah pusat membeli belah atas nama Wisma Sabah. Ya. Saya ingat. Dari hotel boleh berjalan kaki tidak berapa jauh ke pusat membeli belah.


Masuk street view di hadapan Hyatt Regency Kinabalu. Ah. Pemandangan  ke laut memang sesuai dengan ingatan. Di situlah saya menginap selama beberapa hari sebelum sampai tarikh untuk mendaki. Di situ juga berehat barang sehari dua selepas turun dari gunung. Sebelum mengambil penerbangan kembali ke Kuala Lumpur (ketika itu masih menggunakan lapangan terbang lama di Subang).

Di sini juga seorang juruukur, kalau tak salah presiden atau yang-dipertua RISM (Royal Institution of Surveyors Malaysia - Instituti Diraja Juru Ukur Malaysia) cawangan Sabah mengambil saya untuk berkenal-kenalan juga membawa berjalan-jalan dan belanja makan. Untuk pengetahuan badan itu adalah penganjur aktiviti pendakian. Merekalah yang akan mengukur kembali ketinggian gunung menggunakan alatan terbaru. Saya sebagai wartawan didekati supaya dapat diberitahu lebih tentang misi dan visi.



Bangunan Yayasan Sabah yang sangat ikonik bagi Kota Kinabalu malah seluruh negeri Sabah sekurang-kurangnya pada tahun 80an dan 90an. Dahulu ia adalah satu-satunya bangunan terserlah begitu tinggi di negeri itu. Saya ada dibawa berjalan-jalan sehingga ke sini oleh juruukur Sabah selain makan seafood. Kalau tak salah pekena prawn butter...


Ketika memulakan cerita ini saya fikir boleh menghabiskannya cukup dengan satu artikel sahaja. Ternyata tidak kerana tidak sesuai dengan rentak gerak penulisan dan cara menggali maklumat yang muncul secara ilham. Kalau mahu diceritakan sehingga selesai akan jadi terlalu panjang. Maka biar disambung dalam satu artikel kemudian. Itu yang ditambah tajuk kecil "Hari-hari awal di Kota Kinabalu" selepas tajuk asal "Kenangan mendaki Gunung Kinabalu tahun 1997".


Khamis, Mei 06, 2021

Ke Cardiff di Wales sekitar tahun 1992-1993

Menyambung proses berkenaan daripada artikel Kenangan outward bound training di Pulau Pangkor Disember 1989. Pergi kita ke zaman saya sedang belajar di London tahun 1991-1995.




Dalam artikel  Sewa kereta ke separuh England tahun 1994 - Membina perspektif berdasarkan beberapa perjalanan lain yang ditulis 20 Mac ada disebut bahawa dalam tempoh 4 tahun menetap di London saya ada membuat banyak juga perjalanan ke tempat-tempat lain di United Kingdom. Tetapi cuma dua perjalanan sahaja dipanjangkan cerita sehingga dijadikan siri. Ini kerana kedua-duanya memakan jarak lebih 1,000 km lalu layak dimaksudkan ke dalam Senarai 50 perjalanan terjauh dan 10 istimewa. Lihat :-

1. Kompilasi cerita perjalanan ke Scotland tahun1993

2. Kompilasi cerita sewa kereta ke separuh England tahun 1994


Cuma apabila muncul beberapa maklumat baru ketika menulis timbul kesangsian bilakah perjalanan-perjalanan ini berlaku. Lihat  Perjalanan-perjalanan di UK tahun 1991-1995 - Satu penilaian semula tempoh waktu perkara.  Selepas melihat kembali lebih 100 perjalanan selain Senarai 50 perjalanan terjauh dan 10 istimewa (rujuk Perjalanan-perjalanan lain yang perlu diambil kira - Lagi proses yang perlu untuk melengkapkan analisis) timbul rasa bahawa satu perjalanan di UK yang telah diabaikan sebelum ini harus diceritakan kembali dalam satu artikel khas. Sebelum ini ia cuma disebut dalam artikel Sewa kereta ke separuh England tahun 1994 - Membina perspektif berdasarkan beberapa perjalanan lain sebegini :-


Harus mendapat sebutan khas (special mention) adalah perjalanan ke Bristol diikuti Cardiff dan Exeter memandu kereta sewa dengan seorang kawan dan adiknya. Kami pergi menziarahi kawan-kawan yang belajar di sana selain mengikut majlis sukan pelajar Malaysia di UK (lupa apakah di Bristol atau di Cardiff). Itulah satu-satu kalinya saya masuk negeri Wales di timur UK kerana Cardiff terletak di sana. Teringat ada menyeberang jambatan di satu bahagian Sungai Severn yang lebarnya 3-4 km.

Perjalanan ini harus mendekati 800 km kerana jarak antara kota sahaja ditunjukkan oleh Google Map sebagai mencapai jumlah 716 km. Tetapi ia tidak cukup jauh untuk dimasukkan ke dalam senarai 50 perjalanan terjauh, kalau tidak tentu dibuat siri kecil tentangnya.



Dahulu saya tidak ingin memanjangkan cerita kerana lebih memikirkan pada jarak perjalanan sahaja. Selepas membuat artikel Senarai 50 perjalanan terjauh dan 10 istimewa lalu bercadang untuk membuat artikel analisis tentang tren/corak perjalanan saya sejak tahun 1989 baru terasa tak cukup itu. Harus dimasukkan juga sejumlah perjalanan lain yang telah dikongsikan cerita dalam blogspot CATATAN SI MERAH SILU lalu terbitlah artikel Perjalanan-perjalanan lain yang perlu diambil kira - Lagi proses yang perlu untuk melengkapkan analisis 4 hari lalu. Di dalamnya terdapat senarai lebih 100 perjalanan yang tidak boleh diabaikan lagi malah sejumlah daripadanya boleh menolak apa yang sudah ada dalam Senarai 50 perjalanan terjauh dan 10 istimewa kerana ternyata lebih jauh jaraknya. 

Dengan itu perjalanan ke Cardiff yang juga merupakan pertama kali saya masuk ke negeri Wales harus diberikan lebih perhatian. Sesungguhnya Wales merupakan satu daripada empat negeri yang tergabung dalam negara United Kingdom. Tempat saya belajar London yang merupakan ibu kota UK terletak di England. Negeri ini telah diwakili oleh penceritaan yang terkumpul dalam artikel Kompilasi cerita sewa kereta ke separuh England tahun 1994. Satu lagi negeri iaitu Scotland diwakili penceritaan dalam artikel Kompilasi cerita perjalanan ke Scotland tahun1993. Negeri seterusnya yang duduk dalam lingkungan satu pulau besar sama (dikenali sebagai Great Britain) adalah Wales. Tinggal satu lagi negeri yang membentuk UK iaitu Northern Ireland tapi tak pernah sampai kerana terletak di pulau besar lain iaitu Ireland. 

Maka patutlah ada sekurang-kurangnya satu artikel untuk mewakili Wales. Namun ingatan terhadapnya berbanding perjalanan ke Scotland mahupun pusing separuh England adalah sangat terhad. Yang ingat saya diajak seorang kawan yang sedang menuntut di LSE (London School of Economics) agar pergi bersama ke Cardiff dengan menaiki kereta sewa. Ketika itu ada seorang adiknya datang bercuti dari Malaysia lalu akan ikut sama. 

Hmm. Tiba-tiba terfikir ada kemungkinan terdapat seorang adik lagi turut serta. Terbayang dalam fikiran seorang adik yang lebih tinggi daripada kawan itu agak pemalu orangnya. Seorang lagi adik yang lebih muda kelihatan lebih ranggi dan lebih berkeyakinan diri. Apapun saya bersetuju. Lalu pergilah kami pada suatu hari dari London.


Tarikh tepat tak ingat. Tahun pun tak pasti sebenarnya. Cuma pada fikiran saya ketika itu belum lagi agak down atau kurang bersemangat seperti halnya selepas gagal peperiksaan tahun kedua universiti sekitar Mei atau Jun tahun 1993. Yang pasti bukan pada tahun pertama 1991-1992. Maka ia harus pada tahun kedua 1992-1993. 

Kawan memandu dahulu buat suatu jarak yang agak jauh. Hmm. Di sini saya mula terasa ragu-ragu apakah kami pergi ke Bristol dahulu baru ke Cardiff atau terus ke Cardiff baru ke Bristol. Kedudukan antara dua bandar ini boleh dikatakan agak dekat. Mana-mana dahulu pun boleh. Cuma Cardiff dah masuk ke dalam Wales malah merupakan ibu kota negeri tersebut, Bristol masih di England...

Yang pasti kita akan mendekati Bristol sebelum ke Cardiff dari arah London. Berdasarkan itu kami harus singgah di Bristol terlebih dahulu. Yang ingat saya ada membawa kereta menyeberang sungai lebar yang kelihatan dalam peta iaitu Sungai Severn. Seingat saya memandu agak laju juga walhal sedang kabus tebal. 

Sampai di kota Cardiff ada sedikit masalah. Saya sebenarnya belum pandai membawa kereta malah takda lesen pun. Bila berjalan jauh lancar OK, bila masuk bandar perlu main clutch dan gear itu yang lemah.


Apa yang saya ingat tentang Bristol adalah terjumpa seorang junior yang pernah menetap satu kolej ketika zaman A Level di Damansara Utama (sekitar tahun 1989, selepas itu berpindah ke kampus Shah Alam lalu tidak lagi sama bilik). Lalu kami dan beberapa pelajar Melayu Malaysia suka-suka bermain ragbi di padang. Di Cardiff pula berlaku majlis sukan antara pelajar-pelajar kita mewakili pelbagai universiti di UK. Ada banyak jenis sukan atau permainan dipertandingkan. 

Hmm. Timbul dalam fikiran satu perlawanan bola jaring. Ada pelajar perempuan agak menarik minat tapi saya sudah ada steady girlfriend dan pelajar tersebut sudah ada steady boyfriend. Tak tahu ketika itu steady boyfriend yang dimaksudkan, seorang junior sebilik juga ketika di Damansara Utama sudah lama meminati steady girlfriend saya. Saya cuma tahu selepas memutuskan hubungan pertengahan 1996 kerana keliru dengan kemunculan teman wanita lain. Tak lama kemudian, dalam tahun 1998 kalau tak salah mereka menjadi suami isteri.

Saya menyebut ini untuk menyatakan betapa secara rata ramai antara pelajar Malaysia di UK saling mengenali lalu terjumpa ramai kawan lama dalam sukan antara universiti. Secara rata pun ramai yang memilih untuk menyewa rumah dengan berkongsi sesama sendiri. Cuma sedikit sahaja seperti saya yang sengaja memilih untuk duduk dengan bangsa lain. Tetapi tidaklah sampai putus hubungan dengan orang Melayu kerana selalu bertandang ke Jabatan Pelajar Malaysia di Malaysia Hall, London untuk makan minum murah juga membaca surat-surat khabar yang dibawa dari Malaysia dengan penerbangan sekali seminggu.


Oh. Ketika itu tidak terfikir pun bahawa saya sudah sampai buat pertama kali ke Wales. Sebetulnya ada ramai kawan lama belajar di negeri itu terutama dalam jurusan undang-undang di Aberystwyth lebih 150 km ke barat laut Cardiff. Satu perkara menarik tentang Wales dan orang tempatannya yang disebut sebagai orang Welsh (seperti halnya orang England dan bahasanya disebut English, orang Scotland disebut Scottish, orang Ireland disebut Irish) adalah ia ada bahasa tersendiri yang tulisan dan bunyinya kedengaran seperti daripada alam bunian Barat iaitu Fairyland. Dahulu zaman kanak-kanak saya sangat suka membaca cerita-cerita berkenaan yang disebut sebagai Fairy Tales. Daripada situlah terkeluar konsep pari-pari dalam cerita terjemahan ke bahasa Melayu, asalnya daripada watak perempuan penyelamat daripada alam Fairy yang dikenali sebagai Fairy Godmother.

Antara perkataan Welsh yang menarik perhatian dan sering membuat saya tersenyum adalah Prifsygol. Ini selalu dilihat pada makalah tentang universiti kerana memang pun ia membawa makna universiti. Apapun nama-nama asli orang perempuan Welsh seperti Gwendolyn dan Gwyneth terasa seperti memiliki aura mistik dan keaslian zaman Robin Hood. Ah. Melalut pasal nama dan bahasa pulak aku daah... :]


Selepas Cardiff rasanya kami ada singgah ke Bristol lagi. Destinasi seterusnya adalah ke Exeter di mana terdapat juga sejumlah pelajar Malaysia. Cuma jumlahnya tidak begitu ramai seperti di Bristol dan Cardiff. Mungkin kami ada menginap barang semalam dua di bandar-bandar tapi memang tak ingat.

Yang ingat di Exeter rasanya mula jadi baik dengan kawan kepada kawan (pelajar LSE yang mengajak membuat perjalanan ini) berserta teman wanitanya yang sama universiti. Apabila masuk bekerja sebagai wartawan akhbar The New Straits Time di Malaysia September 1996 tengok-tengok seorang wartawan senior adalah kakak beliau. Mereka dan kawan di LSE sama-sama berlepas sekitar tahun 1988 untuk membuat A Level di UK di bawah program British Top University. Saya ada sejumlah kawan daripada program ini kerana ada yang pernah satu sekolah menengah, ada yang dikenali ketika mereka membuat persediaan selama 3 bulan di Damansara Utama iaitu di kolej bawah PPP/ITM (Pusat Persediaan Pelajar di bawah Institut Teknologi Mara, kini bertaraf universiti).

Saya sendiri pernah dipanggil temu duga untuk ke program tetapi tidak melepasi saringan akhir kerana cuma mendapat 14 agregat ketika peperiksaan SPM, Sijil Pelajar Malaysia. Maklumlah tengah periksa pun boleh lari rumah kerana bergaduh dengan ayah lalu menginap 3 malam di rumah kawan. Ulangkaji memang tiada langsung, asyik keluar malam main gitar dan melalak dengan kawan-kawan. Sedangkan kebanyakan yang ditemuduga itu, ramai pelajar daripada sekolah-sekolah ternama seperti Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Maktab Tentara Diraja memiliki 6 agregat berserta penglibatan kokurrilum yang boleh dibanggakan. 

Sebetulnya 14 agregat itupun bukan masalah sangat kerana saya dipanggil akibat cemerlang dalam matematik dan bahasa Inggeris. Yang merosakkan agregat tu antaranya adalah sebab dapat 6 dalam agama Islam.  Mungkin saya ada berkata perkara tidak menyenangkan ketika temu duga kerana itu zaman saya besar kepala. Asyik hendak melawan pihak berkuasa atau anti-establishment.

Apapun mereka yang sudah dipanggil ke temu duga tapi tak lepas secara automatik dapat masuk ke program A Level secara tempatan di PPP/ITM. Begitulah aturan hieraki pelajar ketika itu sehingga mereka yang gagal di kolej secara automatik pula dapat masuk ITM.



Selepas Exeter saya tidak ingat apakah lagi persinggahan sebelum kembali ke London. Dengan itu perjalanan iboleh dilakarkan secara ringkas seperti di atas dalam Google Map. Bila sudah melihat peta baru terasa kenapa ya tak singgah di tempat-tempat seperti Salisbury misalnya di mana terdapat bongkahan batu purba yang sangat terkenal iaitu Stonehenge? Ke ada singgah tapi tak ingat?

Pun begitu yang dilakarkan ini cuma jarak terdekat dan ringkas antara bandar-bandar. Kalau dicampur jarak pusing dalam setiap bandar harus melepasi 750 km malah mungkin mencapai 800 km. Dengan ini cukuplah perkongsian. Lepas sudah gerak untuk mengangkat cerita walaupun banyak tak ingat.