Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Friday, May 25, 2012

Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - Dari Tanah Serendah Sekebun Bunga ke Danau Tok Uban

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan. Hari ini, Jumaat 25 haribulan Mei 2012 bersamaan 4 Rejab 1433 Hijriah boleh dikatakan hari yang istimewa. Kerana tarikh 4 Rejab hari Jumaat tu sama dengan tarikh Batu Bersurat Terengganu yang bersejarah (dan mengandungi misteri yang mungkin berkaitan kebangkitan sebenar Islam dari Timur) mengikut perkiraan Profesor Syed Naguib Al-Atas. Pada batu tersebut ada tertulis begini :  "Jumaat di bulan Rejab di tahun saratan di sasankala Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua". Prof. Naguib berpendapat ayat itu menunjukkan batu tersebut ditulis pada 4 Rejab 702 Hijrah iaitu lebih 700 tahun lalu.

Saya pula tergerak untuk menyambung kembali penceritaan perjalanan ke Pantai Timur 26 Mac-4 April 2012, perjalanan yang akhir sekali diceritakan melalui artikel Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - Ke Kelantan berjumpa Kakak dan Abang Ngah hampir sebulan lalu. Mulai ini saya akan menggilir-gilirkan artikel siri "Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung" dengan siri baru "Pusing Pulau Jawa anak-beranak" yang telah pun diperkenalkan ketika perjalanan tersebut masih berlangsung 1-14 Mei. Semoga dengan penggiliran ini akan timbul hikmah besar yang mungkin cuma boleh dilihat apabila penceritaan telah dibuat. Sesungguhnya selain mahu bertemu anak-anak yang lebih tua di Kelantan, perjalanan ke Pantai Timur 26 Mac-4 April itu dibuat untuk menyediakan dan mempersiapkan anak kecil kami Muhammad Alauddin Johan yang lahir 17 Februari untuk mengharungi perjalanan pusing Pulau Jawa yang lebih mencabar.



Dalam artikel Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - Ke Kelantan berjumpa Kakak dan Abang Ngah, telah disebut bagaimana selepas mengambil dua orang anak di Kelantan, kami anak beranak mendapat penginapan tepi sungai di tengah bandar raya Kota Bahru. Esoknya pagi Jumaat 30 April 2012 saya keluar agak jauh lalu singgah di sebuah masjid yang terletak agak di luar bandar.


Masjid ini pertama kali saya jejaki bersama anak-anak dan isteri penghujung 2010. Lihat artikel lama Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Dari Tanah Serendah Sekebun Bunga ke Bukit Marak. Kali ini saya pergi seorang diri lalu mendapati di sini meter kereta menunjukkan nombor 131, menandakan kereta sudah berjalan dan saya sudah memandu sejauh 1,131 km sejak meninggalkan rumah 4 hari sebelumnya.


Saya pergi seorang diri kerana harus menghantar anak sulung, Kakak untuk kelas tambahan di sekolahnya 7 pagi.  Isteri dan anak-anak lain biarlah berehat dahulu di hotel, tengahari sedikit selepas Kakak habis kelas baru keluar sama-sama. Dari sekolah saya mengorak langkah sampai ke masjid tadi, dalam perjalanan ke satu tempat bernama Kedai Piah. Sebelum itu saya ada singgah di masjid lain yang belum pernah dijejaki. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Kadok, Kelantan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
.

Saya ke Kedai Piah kerana mahu menziarahi lagi tempat bernama Tanah Serendah Sekebun Bunga, tempat pemerintah perempuan terkenal Kelantan, Cik Siti Wan Kembang pernah bersemayam beberapa abad lalu. Penghujung 2010 kami anak beranak pernah sampai tetapi ketika itu musim hujan. Ini ada diceritakan pada artikel Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Dari Tanah Serendah Sekebun Bunga ke Bukit Marak.


Kali ini cuaca elok terang benderang. Saya sempat melihat seluruh pelusuk kawasan termasuk bahagian yang tidak saya jejaki dahulu kerana basah kemudian duduk berehat di tapak mahligai Cik Siti Kembang  untuk mengambil rasa dan berkat memulakan satu pekerjaan. Lihat artikel The place called Tanah Serendah Sekebun Bunga on a fine sunny Friday morning di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Kemudian saya melihat bahagian Sungai Kelantan berdekatan. Lihat The Kelantan river near Tanah Serendah Sekebun Bunga.



Masuk waktu Zuhur saya bersolat Jumaat di tempat bernama Kedai Mulong.




Kedai Mulong terletak sangat dekat dengan Nilam Puri di mana terdapat masjid lama terkenal yang berusia tidak kurang 300 tahun, Masjid Kampung Laut. Saya ke sini dengan niat mahu bersolat Jumaat di Masjid Kampung Laut. Tetapi ternyata solat Jumaat tidak diadakan di masjid lama yang asalnya terletak di satu bahagian ke barat laut Kota Bahru, sebelum ia dicabut dan dipasang balik di sini.


Oh. Ketika bersolat Jumaat itu saya sudah mengambil anak-anak dan isteri. Selepas itu kami makan bersama seorang kenalan yang mahu membelanja sebelum bergerak ke satu bahagian pendalaman daerah Pasir Mas lalu singgah di masjid ini. Lihat Masjid (Mosque of) Rong Chenok.


Dari masjid itu sudah dekat ke sebuah madrasah yang dibiayai salah seorang manusia terkaya di dunia.


Dalam kawasan madrasah terletak masjid putih cantik yang dipanggil Masjid Brunei.


Masjid ini terletak di tepian tasik luas yang dipanggil Danau Tok Uban. Lihat Danau Tok Uban from the Brunei mosque on a fine Friday afternoon.


Saya sudah ke sini beberapa kali kemudian membawa isteri dan anak-anak.


Kali ini terasa lebih istimewa kerana turut dapat membawa Johan yang ketika ini baru berumur sekitar 43 hari!


Dalam perjalanan ke sisi lain Danau Tok Uban kami singgah di kaki Bukit Panau, sebuah bukit antara daerah Pasir Mas dan Tanah Merah yang penuh dengan cerita misterinya yang tersendirinya. Pada mulanya saya bercadang hendak membawa keluarga ke puncak dengan kereta. Tetapi keadaan jalan kurang elok sedangkan kami cuma membawa kereta kecil yang sarat dengan muatan. Kalau saya naik sendiri berjalan kaki pula takkan nak tinggalkan anak-anak dan isteri? Cukuplah kami mengambil sedikit rasa dari bawah ini...



Ini pula adalah di sisi lain Danau Tok Uban yang lebih terkenal buat pengunjung.



Perhatikan kedudukan Masjid Brunei di seberang tasik. Nak sampai dari sana ke sini melalui jalan kereta boleh memakan masa lebih sejam! 


Kebanyakan orang yang pernah sampai ke Danau Tok Uban cuma menuju ke bahagian ini, jarang sekali sampai ke Masjid Brunei.


Memang pun kalau ditanya di manakah Danau Tok Uban inilah tempat yang akan ditunjuk orang. Lihat The 'real' Danau Tok Uban.


Kembali ke Kota Bahru kami terus menuju ke Dewan Jubli Perak MPKB lalu mendapati ada syarahan politik sedang berlangsung.



Tapi kami tak kisah itu. Kami mahu ke Pesta Buku Kelantan 2012 yang kalau tak salah ingatan baru sahaja bermula sehari dua...





Tuesday, May 22, 2012

Keinginan untuk mencapai keadilan yang boleh membawa kesesatan






Allahu Allah, Allahu Allah, Allahu Allah. Sempena hari ni sudah masuk 1 Rejab, bulan Islam yang dikatakan bulan Allah timbul satu rasa untuk membuat sedikit perkongsian fikiran. Biar dimulakan dengan satu cerita...



Dua orang pengembara luar daripada dua negara berlainan bertemu di Seremban. Kedua-duanya sebenarnya mahu ke Kuala Lumpur tetapi entah bagaimana boleh sampai ke sana. Mungkin akibat ditipu pemandu teksi sapu yang ditemui di LCCT. Kedua-duanya tidak membawa peta, sekadar mengharapkan ingatan dari sedikit cerita yang didengar tentang Malaysia daripada kawan-kawan di negara sendiri.

Bila dah kena tipu sampai boleh terdampar di Seremban mereka jadi sangsi untuk bertanya kepada warga tempatan. Kata pengembara satu :  "Mari kita naik bas ke utara, di sanalah terletaknya Kuala Lumpur." Pengembara kedua pula ada ego sendiri. "Tidak, " katanya. "Kuala Lumpur terletak ke selatan. Mari kita dapatkan kenderaan ke sana."

Setelah beberapa lama bertekak tentang hal ini mereka pun membuat keputusan. "Mari kita ambil jalan tengah. Kita sama-sama menuju ke timur nak?". Kata seorang lagi : "Boleh juga. Timur terletak antara utara dan selatan. Dengan cara itu kita sama-sama puas. Baru betul-betul adil kan?"

Mereka pun mencapai kata sepakat lalu mendapatkan sebuah bas ke timur. Setelah berjalan dalam sejam dua gitu sampaiah ke tujuan. Sampailah ke Kuala. Tapi Kuala Pilah le, bukan Kuala Lumpur...




Tuan-tuan dan puan-puan. Cerita di atas memang sah cerita bohong. Kalau kita pergi stesyen bas, yang terpampang pada bas bukan arah ke utara, timur atau selatan tetapi nama tempat-tempat. Kalau mahu ke Kuala Lumpur, insyaallah boleh jumpa bas bertulis Kuala Lumpur. Tetapi kalau mahu ke Ipoh belum tentu lagi. Mungkin kena tahu terlebih dahulu bahawa bas ke Ipoh boleh didapati kalau kita pergi ke Kuala Lumpur kemudian carilah stesyen yang ada bas ke Ipoh.

Saya menulis ini kerana melihat banyak hujah-hujah dilontarkan di Internet semata-mata untuk memenangkan diri sendiri atau menyedapkan hati. Bila ada pihak menyatakan begini kemudian ditentang pihak lain yang menentang begitu, kadang kala timbul kata-kata : "Kita mungkin dua-dua benar, mungkin dua-dua tak benar." Kata-kata ini boleh diterima dalam keadaan tertentu. Tapi janganlah digunakan dalam semua keadaan semata-mata untuk mencapai 'keadilan' dalam berhujah. Kalau seorang kata Allah itu satu, tidak ada banyak, seorang lagi kata Allah ada tiga, boleh ke kita mencapai kata sepakat dengan mengatakan Allah itu ada dua iaitu antara satu dan tiga?

Sesungguhnya teknik mencapai 'kesimbangan' ini adalah salah satu teknik yang digunakan oleh puak Zionis untuk menipu kita semua. Untuk merosakkan kebenaran misalnya apabila ada pihak membawa ajaran Islam yang sebenar musuh boleh menghantar 2-3 kumpulan yang mengaku Islam tetapi membawa ajaran yang salah lagi saling bersalahan menggunakan hujah-hujah daripada Al-Quran dan Hadis yang telah disalah-aplikasikan iaitu  tidak menurut konteks asal seperti boleh dikaji dalam cabang ilmu yang dipanggil Asbabun Nuzul, peristiwa di sebalik keadaan dan sebab musabab turunnnya sesuatu ayat. Dengan itu, demi mencapai kata 'sepakat' yang boleh diberi nama Islam cantik seperti syura, musuh boleh memaksa kumpulan yang membawa ajaran sebenar supaya mengalah atas nama perpaduan dan suara majoriti orang ramai. Ia ibarat berhala Lata (bukan Lata Kinjang mahupun Lata Iskandar) dan Uza yang pernah disembah kaum Arab jahiliyah diletakkan sebelah menyebelah dengan Allah. Ini dilakukan demi memuaskan hati puak kafir Quraish agar memberi jalan untuk orang Islam berdakwah.

Teknik jahat puak Zionis ini secara ilmiahnya menggunakan apa yang dipanggil thesis (menerbitkan satu hujah dengan segala sokongan yang patut) melawan antithesis (hujah yang berlawanan dengan sokongannya yang patut) untuk menerbitkan synthesis - gabungan antara dua hujah bercanggah demi mencapai jalan kesimbangan. Sesungguhnya kebaikan dan kejahatan itu tidak boleh dicampur-aduk untuk menerbitkan gaya hidup yang dikira patut. Kebenaran dan kejahilan tidak boleh digaul-gaulkan untuk mencapai jalan tengah demi menyedapkan hati semua pihak. 

Dengan ini biar diletakkan sedikit tulisan berkenaan yang pernah dibuat 7 tahun lalu kemudian menjadi isi buku kedua saya "Berpetualang ke Aceh : Membela syiar yang asal" (terbit Mei 2007)... daripada bab bertajuk "Demokrasi vs Raja-raja : Satu sisipan tambahan". Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke 989 di blogspot ini.





Untuk menakluki dunia, Yahudi Zionis juga telah mencipta pelbagai sistem yang kelihatan berlawanan tetapi  natijah sebenarnya sama sahaja iaitu untuk melemahkan umat manusia supaya senang dijajah dan diperkudakan. Contohnya, sistem kapitalisma seperti disanjung dan diamalkan di Barat nampak bertentangan dengan ideologi komunis tetapi pada hakikatnya kedua-duanya berasal daripada sumber yang sama iaitu para pemikir Yahudi yang mencipta segala macam sistem atau isma-isma untuk memecah-belahkan masyarakat dunia kepada beberapa golongan yang berbalah supaya senang ditundukkan melalui prinsip penaklukan pecah dan perintah. 

Kedua-dua sistem dicipta abad ke 19 sebagai reaksi terhadap revolusi perusahaan atau industrial revolution (abad ke 18 dan 19) di Eropah yang menyaksikan permulaan barang-barangan keperluan serta dagangan dihasilkan secara besar-besaran dengan menggunakan jentera kilang... Alasan intelektual ini memang masuk akal lalu menjadi anutan ramai.

Kajilah dengan teliti... Kapitalisma dicipta oleh Adam Smith, komunisma oleh Karl Marx. Kedua-duanya berbangsa Yahudi… Percayalah, kedua-dua ideologi dicipta mengikut grand design menyeluruh dan terperinci untuk menakluki dunia. Maka ia sengaja diciptakan berlawanan mengikut prinsip thesis dan antithesis sepertimana sistem demokrasi berParlimen juga sistem mahkamah melibatkan pertembungan di antara dua pihak yang berlawanan. Penyokong dengan pembangkang, peguambela dengan peguamcara, kononnya supaya dapat mewujudkan satu persefahaman atau jalan tengah yang dipanggil synthesis, hasil paduan thesis dan antithesis. Hakikatnya, sistem dan segala macam isma yang dipelopori cendekiawan Yahudi ini lebih banyak menerbitkan perbalahan dan perpecahan di kalangan umat...

Dunia pernah terbahagi dua, bipolar world, satu mengikut kapitalisma diterajui Amerika Syarikat, satu lagi  komunisme di bawah Soviet Union. Dalam apapun keadaan, Yahudi yang untung bersorak riang. Orang lain sibuk berlawan, mereka pula mengambil keuntungan  menjual senjata kepada kedua belah pihak. Negara-negara ini terus dilagakan lagi dan lagi supaya lebih banyak senjata boleh dijual, lebih banyak untung dibuat. Bila  perang selesai, yang kalah jadi abu, yang menang jadi arang... Akhirnya semua harta rampasan menjadi milik Yahudi sedangkan pihak yang bertelagah menjadi hamba abdi. Dalam aman pula, kita dimomokkan dengan kemungkinan perang atau digugat negara lain. Wujudlah perlumbaan mengumpul senjata seperti mesingan, kereta kebal, helikopter, jet pejuang, kapal perang dan kapal selam terbaru yang tetap menguntungkan peniaga senjata Yahudi.

Perhatikan sejarah dunia beberapa dekad kebelakangan sejak tercipta negara haram Yahudi 1948 hasil Perjanjian Balfour 1917, diikuti kemenangan pihak bersekutu – Amerika, Inggeris, Peranchis dan Russia dalam Perang Dunia Kedua selepas 1945. Perhatikan juga sebelum itu, ketika kuasa-kuasa besar lain seperti  Belanda dan Sepanyol juga sibuk menjajah dunia. Kecuali Perang Dunia Kedua di mana kaum Yahudi di Eropah ditindas pihak Nazi Jerman, itupun diperbesar-besarkan sebagai holocaust atau kiamat melebihi kenyataan sebenar oleh penerbit filem Hollywood tajaan Yahudi, kaum Bani Israel tidak pernah kalah malah sentiasa menang! Kerana semua pihak yang bertelagah telah ditunggang dek Yahudi laknat yang merancang segalanya di balik tabir, ibarat watak gelap dalam siri televisyen popular The X-Files. Natijahnya, apa yang direbut pihak bertelagah pula dikebas Yahudi   kerana mereka sudah terlalu lemah untuk melawan atau sudah ditipu bulat-bulat.

Ada banyak lagi perkara boleh diceritakan tentang sistem-sistem ciptaan Yahudi yang kelihatan elok tetapi sebenarnya menindas umat sejagat... Salah satunya sistem ekonomi yang menjadi pegangan dunia sekarang, terutamanya prinsip makroekonomi. Para cerdik pandai Yahudi yang menguasai kurikulum pelajaran di universiti ternama seluruh dunia telah lama mewar-warkan konsep supply and demand, penghasilan dan permintaan yang tidak dapat lari dari perubahan harga, seterusnya menerbitkan teori-teori berkenaan inflasi sebagai suatu kenyataan hidup. Ramai tidak sedar konsep ini dibentuk sebegitu rupa dengan hujah ekonomi yang masuk akal dan ‘saintifik’ tetapi sebenarnya berniat buruk, yang akhirnya menghalalkan riba’ sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan di dalam realiti dunia perniagaan dan apa-apa perkara yang melibatkan wang dan perbelanjaan.

Masalahnya, ramai ‘intelektual’ termasuk orang Melayu juga terlalu berbangga dengan pendidikan tinggi Barat lalu terpesona dengan konsep market forces atau kuasa pasaran ciptaan Yahudi... Kononnya ia alat terbaik untuk mengukur kehendak masyarakat dan arah-tuju ekonomi. Maka itu mereka percaya bahawa interest rate, satu nama muluk ‘berbunyi saintifik’ untuk riba’ adalah natijah semulajadi prinsip makroekonomi atau ekonomi skala besar. Lalu riba’ dijadikan kemestian yang tidak dapat dielakkan untuk menentukan arah tuju ekonomi sesebuah negara, melalui konsep Base Lending Rate (BLR) atau kadar riba’ asas yang ditentukan oleh bank-bank pusat... Kalau di Britain, Bank of England, di Amerika, Federal Reserve, di Malaysia, Bank Negara. Kadar ini mesti diekori setiap bank dan institusi kewangan sesebuah negara termasuklah bank yang kononnya Islam.

Kita diajar, BLR boleh dinaikkan untuk menggalakkan rakyat menyimpan duit di bank, atau direndahkan supaya mereka lebih banyak meminjam. Ini mempunyai kesan langsung terhadap bursa saham, satu lagi cara perniagaan atas angin ciptaan Yahudi, juga pasaran matawang dan bermacam instrumen ekonomi yang dipelopori mereka. Semuanya tidak dapat lari dari riba’ yang sebenarnya diharamkan semua agama kerana kesan buruknya yang dasyat terhadap perkembangan kerohanian manusia. Tetapi apakah boleh dibuat? Riba’ sudah dianggap fenomena semulajadi yang pasti sehingga tidak ada satu pun kerajaan moden dapat melarikan diri. Maka itu, kita yang hidup zaman ini tidak ada pilihan kecuali ikut terlibat di dalam sistem yang selain mengaut untuk berlebihan, sebenarnya dicipta untuk mengotori darah daging insan dengan zat makanan yang mengandungi unsur-unsur haram.

Kita lupa betapa halal-haram makan-minum boleh menyebabkan doa seseorang itu tertolak. Maka ibadat kita tinggal setakat tunggang-tunggek di dalam masjid megah dan cantik yang dibina menggunakan wang bercampur riba’ oleh manusia tamak dan jahat yang pergi umrah dan haji beberapa kali dengan hasil pendapatan yang syubhah. Hasilnya kita tidak dapat merasakan kelazatan iman sejati seperti yang diharapkan Nabi untuk umatnya.





Untuk bacaan lanjut silalah beli buku-buku saya. Lihat caranya di sini... Cara-cara mendapatkan siri buku BKA dan DVD... . Kalau tak mampu boleh lihat isi buku yang sudah dikongsikan panjang lebar di tengah sidebar kiri blogspot, di bawah tajuk "Jangan biarkan diri anda terus tertipu dengan propaganda tipu-daya Yahudi laknatullah!" . Atau masuk sahaja links di bawah. Allahu Allah, Allahu Allah, Allahu Allah.



 





Monday, May 21, 2012

Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Dari perjalanan ke Surabaya sahaja bertukar menjadi perjalanan lebih 2,000 km pusing pulau

Di puncak Candi Borobudur, Sabtu 12 Mei...


Assalamualaikum semua. Hari ini 21 Mei 2012 kiranya genaplah seminggu kami sekeluarga tamat perjalanan pusing Pulau Jawa 1-14 Mei. Namun begitu penat dan sakit-sakit badan masih terasa hingga kini. Dalam seminggu ini boleh kata saya asyik bermimpi tentang berjalan di sana setiap kali melelapkan mata. Tu yang penat dan sakit badan belum betul-betul kebah lagi agaknya. Maklumlah... walaupun badan asyik duduk di rumah, belum lagi kembali berjalan jauh buat masa ini, ia tetap boleh menjadi penat apabila roh asyik menerawang menyeberang laut.

Sedikit cerita dan 'bunga-bunga' tentang perjalanan ini telah diberikan dalam artikel Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Sneak preview dan Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Sedikit gambaran penceritaan setelah 14 hari berjalan.... Sekarang biar diberi sedikit latar belakang bagaimana perjalanan terbaru ini boleh berlaku...







Pembaca setia blogspot ini mungkin masih ingat bagaimana saya, isteri dan anak kecil kami Muhammad Al-Aminul Rasyid (ketika itu Muhammad Alauddin Johan masih dalam perut lagi) pergi mengembara dari Medan ke Banda Aceh penghujung tahun 2011. Ceritanya ada dikumpulkan melalui artikel Koleksi "Jejak 'Berpetualang ke Aceh'". Dalam satu artikel awal, Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Dari Medan ke Berastagi ada diceritakan apakah sebab musabab perjalanan dibuat, bagaimana tiket penerbangan ke Medan 2 November dan kembali melalui Banda Aceh 13 November dibeli seawal bulan Februari untuk mengambil kesempatan tawaran tambang murah. Untuk perjalanan pusing Pulau Jawa 1-14 Mei 2012 pula tiket dibeli seawal Mei 2011 mengambil kesempatan atas tawaran serupa.






Pada mulanya kami bercadang untuk berjalan sekitar Surabaya di Jawa Timur sahaja... kerana tawaran dibuat untuk penerbangan ke situ. Tetapi apabila menyedari di kota Surabaya sendiri terdapat makam seorang Wali Songo iaitu Sunan Ampel sedangkan dua lagi makam Wali Songo iaitu milik Sunan Giri dan Sunan Gresik @ Maulana Malik Ibrahim terletak di kota Gresik, sekitar 30 km sahaja dari Surabaya timbul rasa untuk menziarahi ketiga-tiga makam. Untuk pengetahuan Wali Songo merujuk kepada 9 orang wali paling ternama mengIslamkan Pulau Jawa. Mereka hidup dan bergerak cergas abad ke 15 hingga ke 16 Masihi. Dua orang lagi iaitu Sunan Drajat dan Sunan Bonang turut dimakamkan di Jawa Timur tetapi jauh sedikit ke arah  barat-laut. Sementara tiga, Sunan Muria, Sunan Kudus dan Sunan Kalijaga dimakamkan di Jawa Tengah, seorang iaitu Sunan Gunung Jati di Jawa Barat.

Memikirkan kami mahu ke Surabaya dan sekitar buat tempoh 4 atau 5 hari kami pun mula membuat tempahan penerbangan melalui Internet. Tetapi timbul sedikit masalah yang melewatkan tempahan menyebabkan harga tiket pada waktu dan hari yang mahu ditempah meningkat mendadak harganya. Sesiapa yang pernah membuat tempahan tiket murah Air Asia di Internet tentu tahu bagaimana kelewatan kurang 5 minit dalam membuat tempahan pun boleh menyebabkan harga berubah. Oleh itu kita tiada lagi pilihan - samada meneruskan tempahan pada tarikh dan waktu serupa tapi harga sudah berubah mahal atau cuba mencari tarikh dan waktu lain di mana harga masih murah.





Cari punya cari (dan kami juga harus mencari tambang kembali dari Surabaya pada harga murah) saya dapati jurang waktu antara waktu pergi dan kembali semakin bertambah. Dari 4 atau 5 hari yang dirancang pada awalnya terus melewati 7 hari semata-mata untuk mendapatkan tambah murah pergi dan kembali. Sambil itu timbul satu macam rasa yang kuat agar kami cuba menziarahi semua 9 makam para Wali Songo. Bagi kami yang belum pernah sampai ke Pulau Jawa dan mahu pergi sendiri tanpa mengikut apa-apa rombongan atau perancang perjalanan bertauliah seperti ejen pelancongan tentunya ini bukan perkara yang mudah. Ditakdirkan Allah kami akhirnya membuat keputusan untuk mencuba juga lalu dapat menempah tiket penerbangan pergi 1 Mei dan kembali 14 Mei pada harga termurah yang boleh didapati. Logiknya, dalam tempoh 14 hari tentu kami ada cukup ruang dan waktu untuk menziarahi makam kesemua para wali itu.





Ingat, tempahan dan rancangan awal perjalanan ini dibuat Mei 2011 sedangkan November tahun itu kami akan berangkat ke Medan untuk membuat perjalanan menjejak kembali tempat-tempat yang pernah dilawati ketika saya pertama kali cuba masuk ke Aceh Januari 2001. Siapa sangka tidak lama selepas itu isteri saya mengandung anak terbaru kami, Muhammad Alauddin Johan!  Namun sungguh Allah telah merancang segala dengan sebaiknya. Ketika kami berlepas ke Medan 2 November, isteri saya mengandungi 6 setengah bulan. Kalau dia mengandung 7 bulan tentu dia akan dilarang dari menaiki kapal terbang. Ketika kami berlepas ke Surabaya 1 Mei untuk perjalanan pusing Pulau Jawa pula Johan sudah berumur 2 bulan setengah. Walaupun masih amat kecil, saya dapati badan beliau sudah cukup kuat dan mantap untuk dibawa mengharungi perjalanan yang sangat mencabar ini.






Apabila melihat kembali perancangan perjalanan untuk menziarahi makam para Wali Songo ini saya dapati nak tak nak kami harus bergerak sekurang-kurangnya 800 km melalui jalan darat untuk sampai ke makam Sunan Gunung Jati yang terletak paling jauh dari Surabaya iaitu berdekatan kota Cirebon. Perjalanan ke sana akan melalui daerah Pekalongan di mana keluarga ibu kepada ibu saya berasal, keluarga Tok Yakin yang ceritanya diabadikan menjadi buku terbaru saya (lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia). Maka bolehlah kami singgah...

Untuk perjalanan kembali selepas itu saya rasa rugi kalau kembali mengambil jalan yang sama. Seeloknya ambil jalan lain ke Surabaya agar lebih banyak dapat dilihat dan pengalaman baru diperolehi. Dan apabila diteliti peta dan rupa bentuk bumi laluan terbaik adalah jalan selatan yang saya dapati akan melalui daerah Banyumas, tempat asal keluarga ayah kepada isteri saya diikuti Kebumen, tempat asal keluarga ibu kepada isteri. Jalan ini seterusnya boleh membawa ke kota terkenal Jogjakarta yang letaknya tidak berapa jauh daripada Candi Borobodur. Kemudian kami boleh ke satu lagi kota terkenal di Pulau Jawa iaitu Solo.






Saya dapati untuk masuk ke jalan selatan ini pula kami perlu ke Bandung sedangkan ia merupakan sebuah kota peranginan yang amat terkenal di Indonesia. Melihat lagi peta terutama melalui Google Earth timbul rasa elok juga saya ke Jakarta sebelum berpatah balik menghala ke Bandung. Saya tahu di sana ada makam Sultan terakhir Aceh, Sultan Muhammad Daud yang dipaksa turun takhta oleh Belanda tahun 1904 lalu dibuang ke Pulau Jawa sebelum mangkat di Jakarta 1939. Namun Jakarta terletak lebih 200 km lagi ke barat. Apapun saya sudah lama menyimpan hajat mahu menziarahi makam tersebut.

Program pun diatur begini - dengan penerbangan ke Surabaya bertarikh 1 Mei dan penerbangan kembali 14 Mei kami ada 14 hari untuk menyelesaikan seluruh perjalanan di Pulau Jawa. Maksimumnya 7 hari boleh digunakan untuk bergerak hingga sampai ke Jakarta, 7 hari lagi untuk mengejar pesawat kembali ke Malaysia. Jika kami berjaya menyelesaikan ziarah ke semua makam Wali Songo dalam tempoh 6 hari atau kurang, baru saya yakin ada masa untuk menjejakkan kaki ke Jakarta. Kalau tidak mungkin kami harus melupakan Jakarta lalu terus ke Bandung...

Dengan itu kami memiliki satu rancangan perjalanan yang cukup baik untuk menjayakan cita-cita menziarahi makam setiap Wali Songo lalu menyambungnya dengan perjalanan pusing Pulau Jawa. Bab pengangkutan, penginapan dan makan minum boleh difikirkan sambil berjalan. Adapun belanjawan kami sangat rendah berbanding kos yang biasa dibuat orang. Ia cuma membenarkan kami menggunakan pengangkutan awam hampir seluruh perjalanan, kalau nak menyewa kereta (yang harus disertakan kos pemandu kerana difahamkan orang luar cuma dibenarkan memandu jika ada surat izin dari kerajaan) pun mungkin mampu untuk sehari dua sahaja.

Alhamdulillah susah payah dari pengalaman perjalanan Medan-Banda Aceh 2-13 November 2011 telah menyediakan kami untuk melakukan ini. Sila rujuk balik cerita melalui artikel Koleksi "Jejak 'Berpetualang ke Aceh'" yang ceritanya insyaallah akan saya jadikan DVD tidak lama lagi (saya ada hampir 6 jam rakaman video Full HD). Bezanya perjalanan kali ini lebih lama iaitu 14 hari berbanding 12 di sana dan jarak yang mahu diliputi lebih jauh. Lagi, berbanding Medan ke Banda Aceh kami termasuk saya sendiri belum pernah lagi ke Pulau Jawa. Dan jika dahulu kami harus membawa Rasyid yang berumur 2 tahun, kali ini bukan anak yang sudah meningkat umur menjadi 2 tahun setengah itu sahaja harus dibawa. Kali ini cabaran jauh meningkat kerana harus membawa adiknya Johan, seorang bayi yang baru berumur 2 bulan setengah. Cukuplah ini sebagai mukadimah... :]