Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, Mei 24, 2020

Rumahku syurgaku, keluarga dan kawan-kawan

Salam petang Ahad 1 Syawal 1441 Hijriah. Selamat hari raya maaf zahir batin. Dipersembahkan satu kategori baru sesuai dengan bulan bersilaturrahim Syawal mengumpulkan artikel-artikel lama yang berkenaan daripada blogspot  berbahasa Inggeris BERPETUALANG KE ACEH.



Memandangkan bulan Syawal dan perayaan Aidil Fitri memberikan keutamaan terhadap hubungan silaturrahim bersama keluarga dan kawan-kawan dengan semua digalakkan kunjung mengunjung ke rumah masing-masing dipersembahkan kategori berkenaan rumah, keluarga dan kawan-kawan.  Walaupun hari raya tahun ini agak terhalang disebabkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang bermula lebih 2 bulan lalu demi menangani ancaman wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia termasuk di Malaysia sambutan tetap boleh dilakukan secara sederhana juga melalui 'ziarah' atas talian. Adapun perkataan Melayu "rumah" agak umum berbanding bahasa Inggeris yang memiliki perkataan "house" dan "home" untuk rumah. Cuma perkataan home lebih khusus pada rumah yang memberikan rasa kekeluargaan dan kenyamanan serta rasa aman. Sesungguhnya tidak semua rumah dapat memberikan rasa tersebut - not every house is a home . Saya tidak tahu apakah satu perkataan Melayu yang membawa makna home ini. Paling dekat kena gunakan dua perkataan - rumahku syurgaku. Ini adalah artikel-artikel yang berkenaan...



A family outing to Morib...

11th December 2008, the day I got hitched (again!)

A collaboration of old collegemates - the book "Rumah Azan"

Reunion of SMSJ (Johor Science School) batch SPM 1987 in Melaka

An A Level ad-hoc reunion at Pelita Jalan Ampang...

A Level room 51C reunion pictures from last year for posterity

A reunion which lasted well into the wee hours...

3rd A Level Batch 7 reunion / Hari Raya festive do in Bangi... '

Ngeteh' session at Viccudha Damansara Utama...

A wedding on top a hill in Janda Baik

Baby Al-Rasyid's own little adventure...

Sains Johor upon reaching 40 reunion for batch 83-87...

Living up to the family Raya tradition...

Album for 3rd Raya... enter the JB folks

Attending the Nikah (solemnisation) ceremony of a cousin

The bride's home wedding reception on Saturday

My first taste of a Chinese tea ceremony for newly-weds...

The antics at the Shangri-La penthouse

The lavish night reception at Shangri-La

A Hari Raya do with all batches (well, almost...) from my old school

A cousin's wedding - the preparation for our side's reception...

The cousin's reception...

Family kenduri at Seria

The bride's wedding reception in Singapura

The groom's turn for reception

Al-Rasyid's antics at a cousin's wedding...

A brother-in-law's wedding function

Al-Rasyid enjoying the kompang at a kampung wedding

Cousin's wedding on the night of Maulidur Rasul

Huda's wedding reception at UTM Skudai

Raya family function at grandma's place

Continuing the family tradition

A cousin's wedding at old town Bangi

Johan's qeqah ceremony

Johan's first Hari Raya

Second raya when the extended family gathered

Baby Johan's first climb all the way upstairs...

The wife's secondary school reunion 2012

A cousin's wedding at Seberang Perak

A niece's Malay-'Scottish' wedding ceremony

Sains Johor batch 83-87 reunion after 30 years entering school

Picnic at the Tanjung of Muar

My home, Baitul Hikmah

Reliving some childhood moments at Muar's Masjid Jamek

At Kuala Linggi with college old friends

The 'secret' wedding in Pontian...

A nostalgic look at my old primary school in Muar

The big tree which used to be my favourite playground

Rasyid's little graduation

The kids' showtime...

Rasyid's belated birthday party

Johan's steps on Padang Tok Sheikh

Sports day at Sungai Buaya village school

Small 51C reunion in Damansara Utama

Bringing the parents for MRT ride to Kajang

Attending a cousin's wedding reception in Shah Alam

A niece's wedding reception at Bagan Lalang

TM family day at the National Sports Complex in Shah Alam

Johan's kindergarten graduation for 2017

Titbits from Muar

Of weddings and weekends

The boys' first day at school for 2018

Kampung Sungai Buaya primary school sports day 2018

My new working and creative area