Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Thursday, April 19, 2007

Jihad dan Raja-Raja III

Dan akhirnya, posting saya yang ke 88 di blogspot ini... Alhamdulillah!
Oleh kerana nombornya dah cantik (88 di blogspot ini, 44 di blogspot "Berpetualang ke Aceh" dan 22 di "Seni Lama Melayu (Malay Olden Art)", biarlah saya berehat sekurang-kurangnya 8 hari sebelum menambah apa-apa posting di mana-mana blospot ini, hehe!
Tentang cerita "Jihad dan raja-raja" ini, takkan nak bagi semuanya ya tak... Tunggulah keluarnya buku "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal" atau BKA II di pasaran, insyaallah May atau Jun ini ya! :]

---------------------------------

Mereka yang suka mengagung-agungkan teori-teori Barat termasuk prinsip demokrasi dan kerajaan berParlimen sebagai wadah terbaik untuk menjamin kesejahteraan masyarakat mungkin menganggap konsep keturunan terpilih sebagai pemimpin manusia yang memiliki kewibawaan semulajadi anugerah Ilahi adalah dongeng semata-mata, cerita rekaan yang diperbesar-besarkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk menghalalkan institusi pemerintahan beraja. Tetapi pada Rasyid, perkara ini bukanlah pelik sangat atau tidak logik langsung malah memang masuk akal yang sihat! Kerana kalau diteliti daripada sudut pengajian ilmu sains genetik, kelebihan seseorang manusia lebih-lebih lagi seorang Nabi dan Rasul seperti Nabi Ibrahim memang boleh turun ke anak cucunya.
Fikirkanlah, alangkan buah durian pun kalau boleh orang hendak cari baka terbaik, misalnya jenis D24... Begitu juga padi dan tanaman lain, ada baka terpilih yang diakui semua. Sedangkan binatang pun diperhatikan asal-usulnya, contohnya kuda Arab, samada untuk berlumba laju jarak dekat atau kerana daya ketahanannya untuk perlumbaan jarak jauh... Sehingga wujud paspot kuda untuk mengesahkan baka keturunannya sampai ke empat lima generasi "nenek moyang", baik sebelah bapa mahupun ibu.
Rasyid pernah melihat paspot kuda kerana dia pernah menjadi salah seorang wartawan equestrian (sukan berkuda) yang terkemuka di tanah air. Paspot istimewa yang menunjukkan nama kuda, asal-usulnya juga nama dan asal-usul "nenek-moyang" kuda inilah yang digunakan untuk membuktikan bahawa seseekor kuda itu berasal daripada baka yang baik, juga untuk menaksirkan harganya di pasaran... Lebih elok lagi jika terbukti ada daripada "nenek-moyang" nya pernah menjadi juara lumba kuda.
Begitu juga orang memilih baka anjing dan kucing walaupun binatang-binatang ini tidak memakai paspot. Jika kucing Parsi atau kucing Siam lebih mahal harganya, lebih diminati orang daripada kucing jalanan, inikan lagi manusia yang hendak dibuat pemimpin... Mestilah diketahui asal-usulnya, daripada keturunanan mana, apakah dari darah-daging yang terbukti boleh memimpin rakyat? Ingat boleh main pilih sembarangankah?
Percayalah, jika Tuhan berjanji untuk menaikkan seseorang itu sebagai pemimpin, maka Tuhan juga akan melengkapinya dengan sifat-sifat mulia yang layak dicontohi rakyat. Seorang pemimpin sejati juga dibekalkan dengan tubuh badan serta rupa-paras yang elok, di samping akal dan budi bicara tinggi, sifat-sifat yang selalunya wujud dalam baka yang terpilih.
"Sebab itu masyarakat dahulukala sanggup mengangkat seseorang menaiki takhta jika diketahui dan terbukti melalui tanda-tanda tertentu orang itu berasal daripada keturunan yang mulia seperti keturunan Raja Iskandar Zulkarnain. Malah rakyat pula yang memohon kepimpinan orang sebegini lalu sanggup menyatakan ta’at setia mereka yang tidak berbelah bagi tanpa dipinta," Rasyid memberitahu gadis kesayangannya Nur.
Orang dahulukala amat arif tentang kelebihan semulajadi yang dimiliki manusia begini, kelebihan yang tidak terdapat pada orang biasa, kelebihan yang dipanggil dalam bahasa sastera lama sebagai "kebesaran" raja-raja... Kerana kebesaran inilah yang boleh memakmurkan rakyat sesuatu negeri. Sebab itu wujud istilah keturunan orang baik-baik, keturunan orang yang diketahui baik-baik belaka, daripada baka yang baik turun-temurun!
"Maka itu mereka yang tahu dirinya berasal daripada keturunan sebegini seperti para Sayyid dan Sharifah anak cucu Rasulullah SAW perlu menjaga akhlak dan kelakuan mereka melebihi orang lain. Mereka patut beramanah dengan kelebihan yang ada dalam darah-dagingnya, sekurang-kurangnya demi menjaga nama baik Nabi," Rasyid cuba meyakinkan Nur.
Sayangnya semasa itu, wanita cantik ini masih belum dapat memahami konsep itu walaupun dia sendiri berasal daripada sebuah jurai keturunan yang dipandang mulia. Katanya, kalau apa yang disebut Rasyid itu benar, kenapa boleh wujud para "Sayyid Al-Kohol" yang kaki botol, atau anak cucu Nabi yang kaki perempuan? Kenapa ada "Raja Kapor", anak cucu Raja-raja Melayu dengan gelaran Yang Mulia tetapi perangai buruk suka menipu orang? Kenapa ada mereka yang berketurunan mulia dan baik-baik belaka tetapi bersifat suka ‘menyembelih’ manusia lagi kaki pembelit?
Pada Rasyid, jawabannya senang. Daripada benih yang baik boleh muncul baka yang buruk kerana rosak... Kalau tanaman ataupun binatang, mungkin kerana diserang kuman. Kalau manusia pula, kerana rosak akhlak, tidak memenuhi amanah keturunan yang memerlukan mereka supaya bertakwa, beramal dengan agama lebih daripada orang lain, lebih dari orang kebanyakan yang tidak mempunyai apa-apa kelebihan semulajadi seperti mereka. Ataupun darah sudah ‘cair’? Kerana kelebihan genetik nenek moyang tidak turun kepada mereka? Orang sebegini patut dibuang sahaja nama Raja, Tengku ataupun Sayyid yang dimiliki. Jangan buat malu company, sebab nila setitik rosak susu sebelanga... Menjatuhkan nama keturunan dan nenek-moyang yang mulia sehingga orang lain pula berburuk sangka.
"Janganlah kerana ada baka keturunan yang rosak, beberapa Sayyid yang kaki minum, Sayyid Al-Dot dot dot dan sebagainya, maka seluruh benih dan baka yang baik tadi dipersalahkan. Begitu juga keturunan raja-raja... Jangan sebab marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Bodoh. Pakailah Ridsect! Hapuskan nyamuk durjana sahaja!," anak muda itu berseloroh.
Nur tertawa lembut. Dia tahu Rasyid suka bergurau di celah perkara serius. Itu juga adalah ‘teknik’nya untuk memudahkan pemahaman, supaya perkara yang selalunya berat dapat dicerna dengan lebih mudah.
"Maaflah saya cakap," pemuda itu meneruskan. "Disebabkan wujudnya keturunan ‘baik-baik’ seperti inilah orang sekarang tidak mampu memahami hakikat sebenar seorang raja... Susah untuk membayangkan pemimpin yang memiliki karisma semulajadi, yang menyebabkan orang-ramai secara automatik akan tunduk dan hormat kepadanya walaupun dia tidak memakai pakaian kebesaran, walaupun tidak duduk di dalam istana."
Kebesaran sebenar seorang raja bukan terletak pada luaran, pada harta dan kuasa yang ada. Kalau begitu, serupalah seperti mana-mana orang buruk akhlak yang berjaya menyembunyikan sifat buruknya daripada pengetahuan orang ramai, orang yang pandai main PR (Public Relations), pakar lakonan sandiwara yang berjaya mengaburkan mata masyarakat umum... Tidak ada bezanya dengan kaki ‘belit’ dan ‘putar alam’ yang faham segala macam tipu daya dan ‘auta’ dunia politik dan perniagaan lalu berjaya mendapatkan kuasa dan duduk di dalam rumah besar seperti istana. Malangnya, manusia sebegini pula yang disanjung tinggi masyarakat moden kerana ‘kebesaran’ mereka yang nampak nyata, melalui ukuran pencapaian materialistik dan keduniaan yang menjadi anutan rata-rata orang sekarang. Lalu mereka pula dipandang sebagai raja, bukan seperti zaman dahulu di mana orang tahu mengenali kemuliaan di sebalik manusia yang berpakaian buruk... Tahu menilai bangsa melalui adab dan budi bahasa.
Pada Rasyid, sifat buruk manusia berdarah raja yang tidak amanah dengan zat mulia mereka telah menyebabkan orang-ramai percaya kepada dakyah Barat yang mengatakan kemuliaan raja-raja adalah satu mitos warisan Hindu yang diwujudkan semata-mata untuk memastikan rakyat sentiasa akur kepada titah perintah mereka. Apa yang mereka nampak, siapa yang kuat dialah raja. Sedangkan hakikatnya jauh panggang dari api!

Jihad dan Raja-Raja II

Sambungan daripada posting sebelumnya...

----------------------------

Ramai sedia maklum, pensejarahan peristiwa serta kisah kerajaan-kerajaan di Nusantara banyak diwarnai kacamata Barat tetapi kurang sedar akibat dan kesannya terhadap perkembangan jiwa serta pemikiran anak tempatan. "Malah sudut pandangan para pengkaji sejarah dan para orientalis yang bias, berat sebelah kerana cuba mengagung-agungkan peradaban Barat di samping memperkecilkan pencapaian bangsa lain terutama umat Islam mempunyai kesan yang sangat mendalam sehingga orang Melayu akhirnya menjadi rendah diri dan berjiwa kerdil," Rasyid memulakan polemik.
Pengkaji juga sering melihat sejarah daripada sudut materialistik semata - sudut untung rugi penaklukan sesebuah wilayah, perluasan kuasa demi memenuhi ego raja, penguasaan jalan-jalan perdagangan untuk mengaut lebih banyak laba... Lalu mengenepikan akan kewujudan niat murni para raja untuk mengembangkan syiar agama sebagai tanggungjawab memakmurkan umat sejagat seperti pernah dilakukan para Rasul dan Nabi.
"Dan kerana dasar penjajahan Barat sendiri dikatakan lebih bermotifkan kekuasaan dan perdagangan, pendek-kata untuk mencari keuntungan materialistik dan keduniaan semata, mereka lupa bahawa seorang Islam sejati terutama raja-raja dahulukala yang kuat pegangan ilmu Sufi atau Tasawuf memiliki sudut pandangan dan motif yang berbeza, motif-motif berunsur akhirat yang berada di luar jangkauan pemikiran Barat. Maka itu kegiatan Raja-raja Melayu diceritakan melalui perspektif keduniaan Barat yang mengenepikan niat murni raja-raja yang adil, raja-raja yang cuma mahu mempertahankan kedaulatan Islam semata. Lalu muncullah konsep para pemerintah Islam yang tamakkan kuasa dan harta, mahu mengembangkan sayap imperialistik mereka demi memuaskan ego sahaja...
"Atas sebab inilah kerajaan-kerajaan Melayu berjaya dilagakan satu sama lain oleh Barat sehingga bumi Nusantara ini berjaya ditakluki lalu dicorak sesuka hati mereka," Rasyid menambah. Pemuda itu percaya, di sebalik dasar penjajahan Barat yang kelihatan bersifat keduniaan semata, terdapat lanjutan Perang Salib di Timur Tengah yang sebenarnya adalah perang ideologi dan agama... Tetapi ini sengaja disembunyikan daripada mata umum. Maka masyarakat tidak mampu melihat bahawa perjuangan negara seperti Aceh adalah sebenarnya lanjutan jihad demi mempertahankan syiar Islam seperti yang pernah dilakukan kerajaan Islam di Timur Tengah untuk memastikan Baitul Maqdis di Jerusalem, kota suci ketiga selepas Mekah dan Madinah terus berada di dalam genggaman ummah.
Apapun, Rasyid tidak menolak hasil kajian Barat. Dia sendiri menulis berdasarkan beberapa fakta penemuan pihak sana termasuk menggunakan salasilah beberapa kerajaan Melayu yang agak terperinci, salasilah yang disusun begitu rapi berpandukan fakta daripada sini, nampaknya supaya dapat mengesan anak cucu Raja-raja Melayu seramai yang mungkin!
"Tapi kita mesti pandai menggunakan kebijaksanaan sendiri, pandai menapis maklumat yang ada supaya tahu mana yang boleh dipakai, mana tidak," dia memberitahu Daniel. "Kita perlu faham cara pemikiran Barat yang lebih banyak menafsirkan sesuatu peristiwa daripada pandangan zahir dan logik semata. Sedangkan orang Melayu dahulukala selalu membuat keputusan termasuk melancarkan perang melalui pandangan kerohanian... Melalui gerak hati, firasat malah pandangan mata hati yang kasyaf yang kadang-kala faedahnya langsung tidak dapat dilihat secara zahir."
Pemuda itu teringat perbualan dengan seorang tua di Perak, orang lama yang memperkenalkannya dengan nama Sultanul Awliya, raja para wali, Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani... Sewaktu dia mula-mula mengembara mencari jawaban kepada beberapa persoalan yang membelenggu jiwanya, sekitar tiga tahun lalu. Orang tua itu menerangkan, orang Melayu yang berpegang kuat kepada agama akan melakukan Solat Istikharah sebelum membuat sesuatu keputusan... Berserah bulat-bulat kepada Yang Maha Bijaksana. Biar Allah jua yang menentukan apakah yang patut dilaksanakan.
"Inilah yang Mat Saleh, Orang Putih susah nak faham," katanya, marah. "Nak sangat bukti zahir, pakai akal dan logik semata. Bagaimana mereka hendak memahami, apalagi menyelami jiwa dan hati sanubari orang Melayu tulin yang percaya kepada Qada’ dan Qadar, faham makna sebenar Tawakal?" Menurutnya, sebab itu orang Melayu dahulukala sangat percaya dan ta’at kepada raja, sehingga mereka dituduh ta’at membabi-buta. "Kerana raja-raja yang betul-betul berdaulat, bukan raja yang zalim atau sebenarnya tidak layak menaiki takhta tetapi berjaya memerintah kerajaan dengan merampas tampuk kekuasaan negara melalui tipu-helah politik mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu seperti kebijaksanaan akal semulajadi yang jauh melebihi kemampuan orang biasa... Mampu memahami sesuatu perkara yang rumit sehingga ke akar-umbi, mampu pula melihat setiap kesan dan akibat sesuatu keputusan sehingga beberapa tahun akan datang. Atau telus pandangan mata-hati, kasyaf... Dapat melihat apa yang akan berlaku di masa hadapan dengan terang dan nyata!"
Buku-buku sejarah yang diwarnai Barat sering menyatakan Raja-raja Islam ataupun Sultan adalah lanjutan daripada konsep Dewa Raja yang dikatakan salah-satu natijah kepercayaan Hindu. Ini kerana menurut konsep Hindu, raja-raja berasal daripada keturunan dewa-dewa lalu memiliki kesaktian yang tidak terdapat pada rakyat biasa. Maka tafsiran Barat menyebut, selepas kedatangan Islam ke Nusantara, konsep dewa raja dan kesaktian inipun dilanjutkan sebagai daulat yang menyebabkan rakyat takut kepada raja... Takut terkena tulah atau pun sumpahan, boleh muntah darah jika engkar kepada raja sehingga orang Melayu dikatakan berjiwa hamba, terlalu akur kepada setiap titah-perintah raja.
Pada Rasyid, para pengkaji Barat ini terlupa atau sengaja pura-pura tidak mengerti bahawa apa yang sebenarnya melayakkan seseorang menjadi raja adalah kewibawaan, ketokohan, bakat kepimpinan serta kebijaksanaan semulajadi yang dianugerai Allah Ta’ala, kelebihan yang tidak ada pada rakyat biasa. Kelebihan anugerah Ilahi ini cuma wujud dalam keturunan tertentu, bukannya artificial, plastik, boleh dibuat-buat atau dipelajari melalui mana-mana self-help book, buku-buku bacaan meningkatkan diri seperti How to be a leader, bagaimana hendak menjadi pemimpin dan sebagainya... Ia bukan kelebihan atau persepsi yang boleh dicipta melalui teknik tipu daya politik seperti dianjurkan pemikir politik Itali zaman renaissance Nicolo Machiavelli dalam bukunya The Prince.
Hmm... Mungkin susah untuk kita memahami, kelebihan seorang raja sejati bukan boleh diperolehi dengan ulangkaji seperti menelaah buku strategi perang kuno... Bukan seperti orang politik, ahli perniagaan serta para pemimpin sekarang yang suka membaca buku The Art of War karangan Sun Tzu, pemikir purba China yang hidup ketika zaman tiga kerajaan yang saling bersengketa, The three warring states... Bukan juga dengan cara peningkatan daya pemikiran melalui pembacaan buku-buku mengenai lateral thinking atau thinking using the seven hats karangan Edward de Bono. Kelebihan yang ada pada raja sebenar adalah kelebihan dalam darah-daging, suatu konsep yang agak asing bagi masyarakat sekarang. Lalu bagaimana mahu mencari seorang pemimpin sejati sebegini?
Orang tua di Perak yang menjadi salah satu tempat rujukan utama Rasyid untuk memahami cerita-cerita lama Melayu serta pengajian ilmu Tasawuf pernah memberitahu, kepimpinan yang sebenar telah ditentukan oleh Tuhan. Garis panduannya ada terdapat di dalam kitab suci Al Quran, jika dikaji lebih mendalam, seperti yang dinyatakan Allah Ta’ala dalam, firmanNya kepada Nabi Ibrahim dalam Ayat 124, Surah Al-Baqarah: "Sesungguhnya, Aku ingin menjadikan engkau imam (pemimpin) bagi seluruh manusia."
"Sejak kecil lagi, Nabi Ibrahim telah memiliki sifat-sifat tertentu yang melayakkannya menjadi seorang pemimpin. Kelebihan akal semulajadi yang ada sudah cukup untuk menyedarkan baginda tentang kejahilan masyarakatnya menyembah berhala iaitu patung-patung ciptaan tangan mereka sendiri," orang tua itu membuka cerita. "Semasa kanak-kanak pula, baginda telah terpanggil untuk mencari erti sebenar keTuhanan... Dengan melihat alam, bintang-bintang dan bulan terutama matahari yang nampak begitu hebat, memancar penuh keperkasaan tetapi pudar dan hilang jua apabila sampai masanya. Lalu baginda menyedari tidak ada satu benda pun di alam ini layak disembah apalagi hendak dipanggil dan diakui sebagai Tuhan yang Maha Pencipta."
Apabila sampai masa baginda sudah cukup matang dalam kehidupan, hijab Nabi Ibrahim pun dibuka. Lalu baginda ditunjukkan rahsia-rahsia kejadian alam dan hakikat sebenar keTuhanan kemudian diangkat menjadi Rasul untuk menyebarkan akidah Islam iaitu penyerahan mutlak kepada yang Maha Kuasa... Tetapi mengikut syariat baginda iaitu syariat Ibrahim Khalilullah. Maka turunlah firman Allah seperti dinyatakan dalam Ayat 124 Surah Al-Baqarah, firman yang ingin mengangkatnya sebagai pemimpin seluruh manusia.
Ayat sama turut menyatakan, selepas itu Nabi Ibrahim telah bertanya: "Dan keturunanku? (adakah mereka akan diangkat menjadi pemimpin umat juga?)" Lalu Allah menjawab: "JanjiKu tidak berlaku pada mereka yang zalim." Ertinya cuma anak cucunya yang adil dan bertakwa sahaja layak menjadi pemimpin.
"Di sini telah dinyatakan dengan jelas, pemimpin besar yang diberi kelebihan untuk memimpin umat adalah mereka yang berasal daripada keturunan tertentu... Mulai peringkat ini (sejak Nabi Ibrahim menjadi matang) daripada keturunan baginda. Tetapi bukan dari kalangan anak-cucunya yang zalim. Ayat ini sudah cukup untuk membuktikan terdapat keutamaan milik sesuatu keturunan untuk diangkat sebagai pemimpin," orang tua itu membuat kesimpulan.

Jihad dan Raja-Raja I

Assalamualaikum para pembaca sekalian. Adapun selepas membuka bahagian dashboard blogspot, saya mendapati bahawa sudah ada 85 posting (tidak termasuk posting ini) telah dibuat di dalam blogspot ini, blogspot berbahasa Melayu yang diberi nama "Catatan Si Merah Silu". Blogspot berbahasa Inggeris bertajuk "Berpetualang ke Aceh" pula sudah ada 44 posting sementara blogspot Seni Lama Melayu (Malay Olden Art) yang dibuat di dalam kedua-dua bahasa mempunyai 22 posting. Maka terfikir pula, alangkah cantiknya jika ditambah 3 lagi posting untuk blogspot ini, jadilah jumlah posting sebanyak 88 di sini, 44 di blogspot Inggeris dan 22 di blogspot campuran.
Kebetulan, saya baru sahaja menyiapkan proses suntingan terakhir buku "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal" atau BKA II malam semalam. Yang tinggal cuma ilham untuk pantun dan penerangan pendek yang akan diletakkan di kulit belakang. Entah bila le nak mari... Wallahualam...
Apapun, demi menambah 3 lagi posting di blogspot ini, elok juga jika diletakkan sedikit lagi isi daripada buku BKA II. Maka untuk pembaca setia blogspot saya yang tidak seberapa ini, terimalah hadiah berupa isi daripada bab pembuka bertajuk "Mukadimah: Jihad dan Raja-raja"... Silakan... :]

-----------------------------


MUKADIMAH:

JIHAD DAN RAJA-RAJA

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam,
Maha Pengasih dan Maha Penyayang,
Yang menguasai hari pembalasan,
Engkau sahaja yang kami sembah
dan Engkau sahaja tempat kami meminta pertolongan,
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus,
Jalan mereka yang telah Engkau anugerahi
nikmat, bukan jalan mereka yang dimurkai
atau mereka yang sesat.


- Surah Al-Fatihah


Rasyid sibuk mengolah kembali buku dua "Berpetualang ke Aceh" sambil mendengar muzik tradisional Indang yang mengalun keluar daripada komputer laptop Compaq Presarionya. Sesekali, pemuda yang juga meminati irama klasikal Barat gubahan para komposer terkenal seperti Wolfgang Amadeus Mozart dan Ludwig Van Beethoven ini suka ‘menenggelamkan’ diri ke dalam irama lagu muzik lama Melayu, irama penuh makna yang kadang-kala mendayu membawanya menjelajah jauh ke zaman silam.
Tiba-tiba pintu utama rumah terkuak kasar.
"Ini apa ni?" rakan lamanya Daniel muncul memecah suasana aman pagi. "Asyik bom sana bom sini, letupkan diri sendiri! Apalah hendak jadi umat Islam sekarang? Adakah Islam menyuruh penganutnya membunuh diri?"
Senyap. Tiada response… Malaikat lalu agaknya.
"Ini, cuba kamu tengok ni!" dia cuba menarik perhatian dengan menghulurkan senaskah suratkhabar Inggeris yang baru dibeli tadi. Rasyid masih buat tak tahu... Tenggelam di dalam dunianya yang tersendiri.
"Hei! Kamu dengar tak apa yang aku cakap ini?" Daniel menegur sambil menyuakan suratkhabar itu ke muka rakannya lalu menunjukkan rencana hangat mengenai peristiwa pengeboman terbaru di Bali, Indonesia. "Islam suruh buat beginikah? Buat malu umat sahaja. Tak habis-habis kena label Islamic terrorist. Mana masyarakat antarabangsa mahu respect?"
Rasyid memandang wajah anak muda di hadapannya. Timbul sedikit rasa marah diganggu ketika sedang sibuk membuat kerja. Kalau tidak dilayan nanti takut pula dikatakan menyombong diri. Lagipun dia sedang menumpang bermalam di rumah rakan lamanya itu di Taman Tun Dr Ismail, setelah lama mereka tidak bertemu, rasanya lebih 10 tahun begitu!
Semenjak pertemuan terakhir mereka di Malaysia Hall, London, Rasyid dan Daniel tidak pernah berselisih muka walaupun kedua-dua bekas penuntut kolej "A" Levels PPP/ITM ini pernah bekerja di kawasan yang sama, sekitar area Bangsar. Ditakdirkan Tuhan, mereka terserempak di warung makan di Uptown Damansara semalam... Boleh pula kembali mesra sehingga Daniel menjemput bermalam di rumahnya hujung minggu.
"Yalah, yalah. Aku tengok," Rasyid mengalah sambil melihat sekali imbas rencana yang disuakan... Malas hendak membaca cerita-cerita buruk tentang orang Islam. Banyak sangat, kebelakangan ini terlalu banyak…
Tiga empat tahun kebelakangan, semenjak peristiwa September 11 menyaksikan bangunan pencakar langit berkembar World Trade Centre di New York gugur menyembah bumi, hampir setiap hari ada sahaja peristiwa pengeboman atau keganasan yang dikaitkan dengan Islam. Balik-balik keluar cerita Islamic terrorist, Islamic terrorism padahal orang agama lain pun ada yang mengganas juga... Tidak pernah pula terdengar berita menyebut Christian atau Hindu terrorist apalagi Jewish atau American terrorist. Umat Islam terlalu sering dikaitkan dengan keganasan hinggakan rakyat Palestin yang cuma ingin membela tanah-air sendiri, yang anak-anak kecil, wanita serta orang tua mereka hampir setiap hari terbunuh sementara rumah ibadat dan kediaman mereka hancur dibedil peluru pun dikatakan terrorist. Yahudi laknat yang bertanggungjawab cuba menghapuskan mereka secara sistematik pula dikatakan melakukan semua ini untuk membela diri. Habis tu nak buat camano? Dunia sudah dekat nak kiamat agaknya…
Petang itu, Daniel, diberi sedikit "lecture" tentang sejarah perjuangan Palestin... Tentang Perisytiharan Balfour 1917 yang dipelopori British untuk menerbitkan negara haram Israel di atas tanah milik rakyat Palestin, juga pergerakan Freemason dan Illuminati yang telah diwujudkan beratus tahun terlebih dahulu untuk memungkinkan kewujudan sebuah negara Yahudi. Graduan Electrical Engineering daripada University of Sheffield di England ini tertunduk diam apabila diberitahu panjang-lebar tentang peranan institusi-institusi peringkat dunia milik Barat yang terhasil selepas Perang Dunia II, melalui persidangan Bretton Woods seperti Bank Dunia dan IMF... Institusi-institusi yang menurut Rasyid adalah alat-alat Yahudi dalam rangka-kerja besar, grand design mereka untuk menakluki dunia. Lalu Daniel juga diberi sedikit penerangan tentang Protocols of the Elders of Zion, dokumen sulit Zionis yang merangka pelbagai strategi untuk menundukkan manusia... Termasuk menggunakan media massa – suratkhabar, majalah, televisyen malah filem-filem Hollywood - juga kurikulum pelajaran di institusi-institusi pengajian tinggi seperti pengkajian sejarah dan pengajian ekonomi untuk menerbitkan masyarakat yang kononnya liberal tetapi sebenarnya pro-Barat, juga secara tidak sedar pro-Yahudi malah pro-Zionis pula!
"Kita ambil contoh riba’," kata Rasyid. "Kajilah secara mendalam. Semua agama mengharamkan riba’. Tetapi melalui prinsip makroekenomi yang disokong teori supply and demand, bekalan dan permintaan, kita diajar bahawa riba’ adalah perkara semulajadi, satu hukum alam yang tidak dapat disanggah atau dielakkan. Walhal ia cuma satu konsep ciptaan manusia yang telah diperkembangkan Yahudi zaman berzaman untuk mendapatkan keuntungan berlebihan dengan menindas pihak lain. Maka itu, jika kita terpengaruh dengan teori-teori ekonomi yang menghalalkan riba’, kita secara sedar atau tidak telah menjadi seorang pro-Yahudi!"
Kebetulan Daniel tertarik kepada usaha rakannya menerbitkan buku berkaitan Aceh. Lalu dia diberitahu bagaimana perjuangan keSultanan Aceh untuk menegakkan syiar Islam di Nusantara di kala Portugis, Belanda dan Inggeris mula bermaharajalela juga diberi konotasi buruk oleh mereka yang berkiblatkan Barat... Bagaimana dasar perluasan Aceh terutama di zaman Sultan Iskandar Muda (1607-1636 Masihi) ditafsirkan sebagai usaha imperialisma untuk memuaskan ego besar seorang raja dan semangat Asobiah rakyatnya, juga untuk mengaut keuntungan ekonomi semata-mata, bukannya jihad demi mempertahankan syiar Islam di bumi ini.

Wednesday, April 18, 2007

Gangguan-gangguan yang menghambat perjalanan hidup ini...

Tadi, saya baru sahaja menyambung kembali proses suntingan terakhir buku "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar ke Asal" atau BKA II... Sampai pula pada bahagian yang menceritakan gangguan penyakit tidur yang melanda watak utama cerita iaitu Muhammad Al-Aminul Rasyid.
Timbul gerak untuk meletakkan sebahagian cerita di sini. Semoga kita semua boleh mengambil iktibar dalam menghadapi perjalanan hidup yang penuh liku dan duri ini...

-----------------------------------

Semasa memulakan pengajian universiti di London tahun 1991, Rasyid telah diserang sejenis penyakit ganjil yang menyebabkannya selalu kuat tidur... Sekali tidur berbelas jam, tiga hari berturut pun ada! Bangun tidur sekadar untuk buang air atau menghilangkan lapar dahaga kemudian sambung balik tidur...Sebenarnya,sejak Tingkatan Tiga lagi penyakit ini sudah mengganggu tetapi cuma dalam tempoh tertentu... Mungkin tiga hari berturut sekali kena, mungkin seminggu sebelum pulih kemudian kena lagi sebulan dua selepas itu.
Di luar negeri, penyakit itu menjadi semakin teruk. Tidur berlebihan yang tidak dapat dibendung menyebabkan Rasyid cuma dapat menghadiri kelas pengajian mungkin tidak sampai 20 jam setahun! Fikirannya pula menjadi tumpul dan badan sering terasa lemah sehingga ada-kalanya hendak menulis atas kertas pun tangan boleh menggigil dan bercakap pula asyik tersasul memanjang... Cuma anak muda ini bernasib baik kerana sedikit ketajaman fikiran yang tinggal masih cukup untuk membolehkannya kembali ke tanah air dengan segulung ijazah kepujian. Kalau tidak, tentu segalanya jadi habuk belaka!
Dalam tempoh itu, Rasyid selalu mengalami mimpi yang ganjil-ganjil... Kadang-kala jadi mimpi dalam mimpi, atau mimpi dalam mimpi dalam mimpi! Bermimpi sampai tiga lapisan seperti dalam filem seram Nightmare on Elm Street... Sedar daripada satu mimpi tetapi rupa-rupanya masih berada dalam mimpi. Dan apabila sedar daripada mimpi itu pula, rupanya masih belum selesai lagi, perlu tiga kali sedar sebelum dapat kembali ke alam nyata! Anak muda ini menjadi begitu lali sehingga dia "terbiasa" bermain dengan mimpi - boleh menukar isi cerita lalu menerbitkan watak-watak dan latar-belakang yang dikehendaki. Dengan cara ini, mimpi buruk boleh ditukar menjadi mimpi menyenangkan... Dan dia paling suka apabila dapat "terbang" menjelajah pelbagai alam aneka ragam warna-warni kerana itulah yang sering dialami semasa kanak-kanak jika tidak diserang igauan ngeri atau gangguan menakutkan lagi menyakitkan hati.
Masalahnya, penyakit kuat tidur serta banyak mimpi ini menyebabkannya lebih banyak "menuntut ilmu" di alam mimpi daripada mengaji di universiti sehingga dia kadang-kala terlupa, yang manakah mimpi yang manakah realiti. Pernah beberapa kali, ketika sedang bersiar-siar seorang diri di tengah kesibukan kota London dan segala hiruk-pikuknya, pemuda ini nyaris berbaring di atas jalan untuk membiarkan dirinya digilis bas ataupun teksi kerana merasakan dirinya masih lagi bermimpi... Pada ketika lain pula, (yang ini bukan mimpi) anak muda berdarah Aceh ini dapat melihat sejenis makhluk menyerupai dirinya sendiri sedang melayang-layang di udara, dalam 20 hingga 30 kaki di atas sambil mengekorinya dengan gaya seperti Superman terbang... Walaupun ketika itu dia sedang berjalan kaki mencelah di antara berpuluh ribu orang yang membanjiri kawasan membeli-belah utama seperti Oxford Street. dan Regent Street!
Ada masanya, Rasyid dapat melihat dirinya sendiri sedang berjalan di tengah ribuan manusia di tempat-tempat tersebut... Peliknya, dia melihat daripada sudut pandangan makhluk yang menyerupainya di atas, kata Orang Putih, bird’s eyeview! Melihat daripada kacamata seekor burung. sedang memandang ke bawah...
Tidak cukup itu, ada ketikanya (dan pemuda itu yakin ini juga bukan mimpi), dia dapat melihat dirinya sendiri daripada satu sudut yang tidak dapat digambarkan kerana ia bukan terletak di dalam ruang alam nyata... Bukan daripada tepi, hadapan ataupun atas, mungkin melihat daripada matahati agaknya... Apabila melihat pada diri dalaman ini, akan kelihatanlah satu peribadi dengan rupa-paras serupa tetapi lebih tenang dan bercahaya tanpa apa-apa masalah dan rasa gundah... Tetapi apabila melihat "ke luar", akan kelihatan pula diri harian biasanya sedang berserabut memikirkan berbagai perkara.
Rasyid juga sering mendengar suara-suara seperti orang berbual-bual di dalam telinganya dengan jelas, lebih kurang seperti bunyi muzik yang boleh didengar apabila kita memakai headphone di telinga. Ada kalanya, suara-suara ini boleh bergerak-gerak melalui otak, sekejap ke telinga kiri, sekejap ke kanan seolah-olah sedang bermain dengan jiwa anak muda itu... Ada ketikanya pula ia datang mendayu-dayu memanggil-manggil namanya seperti dalam cerita hantu! Gangguan yang bermula sejak zaman sekolah menengah ini amat menakutkan sehingga Rasyid selalu demam-demam seram sejuk dengan bulunya meremang... Hendak melelapkan mata untuk tidur pun terasa begitu takut kerana jika tertidur, selalunya dia akan mengalami gangguan yang lebih teruk.
Gangguan suara tanpa rupa ini terus dialami di universiti dan beberapa tahun kemudian. Pernah, ketika masih bekerja sebagai wartawan sebuah akhbar berbahasa Inggeri terkemuka di ibukota, dia diganggu lagi, ketika berbaring di atas sofa bilik komputer waktu makan. Kali ini, pemuda yang selalunya ketakutan apabila gangguan ini berlaku memberanikan diri lalu bertanya: "Apakah yang kamu mahu?" Soalan itu dijawab dengan satu bentuk "serangan" gerakan bunyi membingitkan yang bermain-main di dalam kepala... Tetapi ia beransur hilang apabila Rasyid berjaya mengumpulkan tekad untuk melawan...
Sejak itu, suara-suara sebegini tidak lagi muncul dalam hidupnya. Tetapi pemuda itu dapat merasakan masih terdapat percubaan untuk menakutkannya daripada arah ghaib. Sejak itu juga dia telah mengalami berbagai jenis gangguan lain... Nampaknya ada pihak tertentu mahu menghancurkannya melalui kaedah batin seperti santau angin, juga pukulan jarak jauh. Cuma, alhamdulillah, kebanyakkannya tidak "melekat" kerana perlindungan diri yang semakin kuat hasil ketekunan anak muda itu mendalami Tasawuf. Tetapi ada juga serangan yang berjaya menyusup ke dalam menyebabkannya sengsara dalam diam...
Pada Rasyid, dia masih boleh diserang dengan cara batin sebegini sehingga terpaksa menanggung derita dalaman hingga kini adalah kerana salah dirinya sendiri – Kerana belum mencapai darjah kesempurnaan yang dituntut oleh darah dan zat yang mengalir di dalam tubuh-badan. Lagipun anak muda ini masih belum bersedia untuk berhenti merokok, satu-satunya perkara buruk yang masih diamalkannya demi mendapatkan sedikit kelegaan yang boleh mengekang sifat panas-baran yang telah lama berakar-umbi. Di situlah terletak satu kelemahan yang menyebabkannya masih boleh disihir orang... Kerana asap itu adalah makanan jin - Melalui jalan itulah mereka boleh menyusup ke dalam badan dan berkembang-biak lalu memporak-porandakan sistem dalaman.

Takziah untuk Ustaz Wan Saghir, seorang pejuang kesusasteraan Islam...

Gambar lukisan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam yang dibeli daripada kedai Pustaka Fathaniyah milik almarhum Ustaz Wan Saghir

Assalamualaikum kawan-kawan, para pembaca dan Ikhwanul Muslimin sekalian. Di sini saya ingin mengambil peluang mengucapkan takziah kepada keluarga Ustaz Wan Saghir, seorang tokoh yang pada saya adalah seorang pejuang sejati kesusasteraan Islam kerana cuba memartabatkan kembali ulamak-ulamak Melayu lama menerusi kajian beliau di Pustaka Fathaniyah dan penulisan dalam akhbar tempatan.
Sepatutnya penulisan takziah ini telah dibuat lebih awal kerana Almarhum telah kembali ke Rahmatullah minggu lepas... Tetapi entah kenapa, baru sekarang muncul gerak daripada pihak saya, mungkin kerana hari ini adalah hari terakhir bulan Rabiulawal? Bulan yang mengandungi hari lahir junjungn besar kita Nabi Muhammad SAW?
Apapun, saya sebenarnya kurang ilham untuk bercerita tetapi rasa wajib pula menyatakan sesuatu tentang apa yang berlaku di sini... Maka biar disambung cerita ini dengan beberapa input yang diambil daripada thread "Berpetualang ke Aceh" di Forum CVT...

--------------------------------

SerbanHijau Orang LamaJoined: 25 February 2004Location: MalaysiaPosts: 481
Posted: 13 April 2007 at 10:54am IP Logged

Minta maaf la saudara MS. Sebab baca sekerat-sekerat BKA ni. Boleh ker buat thread baru BKA part 2. Panjang sangat dah. Tak mampu nak baca dari awal balik.
Hmmm ari ni Ruangan Rencana UM. Kisah usaha Wan Mohd Saghir bikin koleksi ulama nusantara. Menarik gak. Adakah usaha saudara wan ini hampir sama dengan saudara MS punya?

SETIAP Isnin, pasti ramai pembaca setia Ulama Nusantara tertunggu-tunggu apakah nukilan terbaru Wan Muhammad Shaghir Abdullah anak kelahiran Pulau Midai, Riau, Indonesia dalam ruangan Agama, Mega.
Bagaimanapun, kita pasti akan terasa kehilangan atau ketandusan tulisan dan manuskrip tokoh yang lebih dikenali sebagai Ustaz Wan Shaghir ini yang dipanggil menghadap Ilahi, semalam.
Beliau meninggal dunia akibat serangan strok pada pukul 10.50 pagi di rumahnya di Taman Melewar, Gombak pada usia 62 tahun.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hamidiah Abdul Majid, 48, dan enam orang anak..... seterusnya


kerapu Orang LamaJoined: 10 March 2006Location: MalaysiaPosts: 255
Posted: 13 April 2007 at 11:06am IP Logged

al fatihah..mengikut maklumat, dia dah selamat dikebumikan di kedah, tgh mlm smlm..


Dr_Alya Orang LamaJoined: 27 December 2006Location: United KingdomPosts: 668
Posted: 13 April 2007 at 11:41am IP Logged

Abang nama wartawan ni pun sama nama ngan Abang... another D for me....

Pemelihara khazanah ulama

Oleh: MOHD. RADZI MOHD. ZIN (WARTAWAN UTUSAN)

ALLAHYARHAM Wan Muhammad Shaghir Abdullah yang uzur dipapah selepas membentangkan kertas kerja di Muzakarah Alus Sunah Waljamaah oleh keluarga Rawa di Raub, Pahang, bulan lalu.
SETIAP Isnin, pasti ramai pembaca setia Ulama Nusantara tertunggu-tunggu apakah nukilan terbaru Wan Muhammad Shaghir Abdullah anak kelahiran Pulau Midai, Riau, Indonesia dalam ruangan Agama, Mega.
Bagaimanapun, kita pasti akan terasa kehilangan atau ketandusan tulisan dan manuskrip tokoh yang lebih dikenali sebagai Ustaz Wan Shaghir ini yang dipanggil menghadap Ilahi, semalam.
Beliau meninggal dunia akibat serangan strok pada pukul 10.50 pagi di rumahnya di Taman Melewar, Gombak pada usia 62 tahun.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hamidiah Abdul Majid, 48, dan enam orang anak.
Biarpun penulis tidak pernah bertemu mata, namun komitmen Allahyarham terhadap pengkajian ulama Nusantara amat mengagumkan.
Apa tidaknya, sejak tahun 1958 lagi Allahyarham mengembara dan mengumpulkan pelbagai bahan berkaitan biografi, pemikiran, ketokohan dan perjuangan, analisis teks, transliterasi kitab-kitab lama serta karya ulama silam.
Dalam uzur, Allahyarham menggagahkan diri membentang kertas kerja pada seminar-seminar baik yang diadakan di universiti mahupun oleh pihak lain di dalam dan luar negara.
Walaupun baru keluar dari hospital kira-kira dua minggu lalu, Allahyarham masih terus berkarya. Dan karya terakhir beliau telah dikirim ke ruangan Agama, Mega Rabu lalu untuk siaran 16 April ini.
Semalam, Allahyarham juga dijadual membentangkan kertas kerja pada suatu seminar di Terengganu <===== Abang g Ganu kan baru nih?????????. Menurut Hamidiah, cinta suaminya terhadap bidang penulisan tidak pernah padam walaupun semasa terlantar sakit di rumah. “Walaupun menaip dalam keadaan mata tertutup kerana sakit namun Allahyarham tetap terus berkarya menyiapkan bahan untuk Agama, Mega,” katanya. Jodoh Allahyarham bersama Utusan Malaysia bermula sejak 12 Februari 2004. Ketika itu Ustaz Wan Shaghir berada di peringkat awal mengumpul, menyebar dan mengembangkan karya tokoh ulama Nusantara ke alam Melayu. Karya sulung beliau yang disiarkan Utusan Malaysia ialah Syeikh Abdul Lathif Tambi Ulama gigih dan Dermawan. Allahyarham juga adalah pengasas Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara Malaysia (Pengkaji) yang didaftarkan pada tahun 1996. Persatuan ini juga berfungsi sebagai Pusat Penyelidikan dan Penyebaran Khazanah Islam Klasik dan Moden Dunia Melayu. Bercakap soal penulis yang prolifik, tidak syak lagi Allahyarham adalah salah seorang contohnya. Apa tidaknya, sepanjang lebih tiga tahun bersama Utusan, lebih 100 karya kajiannya telah diterbitkan. Ini tidak termasuk hasil kerja berbentuk transliterasi teks, kertas kerja, koleksi rencana yang disiarkan dalam buku dan majalah. Karya-karya itu pula menjadi bahan rujukan bukan sahaja oleh para penuntut institusi pengajian tinggi tetapi juga di kalangan para pengkaji ilmu Islam antarabangsa. Dalam temu bual bersama Utusan Malaysia pada 12 Februari, Allahyarham memberitahu, “seawal usia 12 tahun saya telah mula mengembara ke Kepulauan Riau dan Sumatera untuk membuat penyelidikan di samping mengikuti pengajian di beberapa pondok di sana.” Sebenarnya, minat berkarya cucu kepada tokoh ulama yang tidak asing lagi, Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani ini dipupuk oleh ibunya Hajah Wan Zainab melalui cerita-cerita karamah tokoh ulama terulung silam. Kelebihan Allahyarham ialah dari segi semangat mencari dan mengumpul bahan-bahan terutama khazanah yang tidak diperoleh daripada pihak lain kecuali dirinya. Untuk itu, beliau menjelajah beberapa negara asal ulama tertentu seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan beberapa wilayah di Pattani dan Kalimantan Barat dalam usaha meneroka dan pencarian bahan-bahan ulama Nusantara. Malah, sanggup membelinya walaupun dengan harga yang mahal. Di antara karya beliau ialah Sufi dan Wali Allah, Pusaka Penulisan al-Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani dan banyak lagi. Semuanya boleh didapati di Pengkaji. Kini, semua usaha beliau hanya tinggal sejarah. Namun, alhamdulillah matlamat Allahyarham menyebar dan mengembangkan tokoh ulama silam ke alam Melayu telah berjaya. Pemergian Allahyarham memang satu kehilangan kepada dunia ilmu Islam khususnya ulama Nusantara. Sebabnya, beliau semasa hayatnya bukan sahaja aktif berkarya tetapi terlibat menerbit, mencetak dan membentang kertas kerja. Bagaimanapun, kita berharap Pengkaji yang diasaskan oleh Allahyarham akan meneruskan perjuangan yang murni ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al-Fatihah.

lloni Orang LamaJoined: 21 May 2006Location: MalaysiaPosts: 155
Posted: 13 April 2007 at 12:04pm IP Logged

innalillahiwa innailairoji'un...al fatihah...........sungguh terperanjat dan sedih saya mendangar khabar ini...walau pun tidak pernah bersua muka tapi niat saya untuk berjumpanya ada....tapi nampaknya tidak kesampaian...ohh!
perginya seorang tokoh ilmuan yang sangat berjasa...
p/s : kalau saya jadi Sultan...sudah lama saya beri pingat dan pangkat kepada dia..

MerahSilu Orang LamaJoined: 14 June 2006Location: MalaysiaPosts: 2998
Posted: 13 April 2007 at 2:18pm IP Logged

Wassalam dik... Ada gerak tapi gerak kena keluar rumah le, ada hal sikit, hehe... Rasanya adik faham.
Tentang Allayarham atau Almarhum Ustaz Wan Saghir, saya tidak berpeluang mengenalinya lebih dekat tapi kami pernah berkirim salam melalui pembantunya yang menjaga Pustaka Fataniyah. Di pustaka itu le ada berbagai koleksi kitab yang menarik, nanti saya cerita lagi camana saya boleh kenal diaorang.
Ustaz Wan Saghir tahu tentang BKA malah dia pernah melihat BKA versi tangan berkulit hitam yang saya buat sendiri sebelum keluar BKA melalui print. BKA warna hitam tu saya print menggunakan programm buat buku dalam Adobe dan saya jilid sampai jadi rupa buku betul..
Hmm... Saya dah kena cabut ni... Nanti sambung cerita k... Silakan kengkawan.
p/s: Mari kita tolong Pustaka Fathaniyah yang dibuka oleh Ustaz Wan Saghir... Kedainya ada berdekatan stesyen monorail Chow Kit, kat simpang Jalan TAR ngan jalan apa entah yang boleh pegi The Mall.
Carilah... Banyak kitab yang tak terdapat di tempat lain ada di sini. War-warkan pada kengkawan...
Al-Fatihah untuk Almarhum...

AbnormalSuam Orang LamaJoined: 25 July 2006Location: MalaysiaPosts: 3466
Posted: 13 April 2007 at 3:11pm IP Logged

Jalan Tunku Abdul Rahman atau Jalan Batu, tidak jauh dari simpang Jalan Chow Kit dan kawasan pertemuan Jalan Raja Laut, Jalan Pahang, Jalan Raja Muda, Jalan Ipoh dan Jalan Batu...
Tak tahu mengapa, tetiba jer berbisik kata-kata ini:Allah Taala mengasihi Ia akan langit dengan bintang dan mengasihi Ia akan bumi dengan kayu dan mengasihi Ia akan laut dengan ombak dan mengasihi Ia akan segala malaikat dengan Jibril dan mengasihi akan syurga dengan bidadari dan menghiasi Ia akan segala Nabi dengan Nabi Muhammad s.a.w dan mengasihi Ia akan hari dengan hari Jumaat dan mengasihi ia akan segala malam dengan malam Lailatulqadar dan menghiasi Ia akan segala bulan dengan bulan Ramadan dan menghiasi Ia akan segala masjid dengan Kaabah dan menghiasi Ia akan kitab dengan al Quran dan menghiasi Ia akan al Quran dengan BISMILLAH HIRRAHMA NIRRAHIM

ciknaha Rakan MudaJoined: 08 April 2007Location: MalaysiaPosts: 90
Posted: 13 April 2007 at 3:28pm IP Logged

Al-Fatihah utk Arwah..

AbuMukmin Rakan MudaJoined: 30 October 2006Location: MalaysiaPosts: 137
Posted: 13 April 2007 at 4:15pm IP Logged

Salammmmsss,
Al fatihah buat roh beliau, moga ALLAH mencucuri rahmat keatas roh beliau. Yang pergi tetap pergi, yang hidup nie teruskan perjuangan.
Dunia nie hanyalah pinjaman, nyawa buat khalifah pinjaman jua, buat baiklah kepada semua moga kita bahagia selalu.
"Jangan kamu bawa segunung emas kepada ku, bawalah hati yang suci lagi hening bersih kepada ku".

jaga Orang LamaJoined: 26 February 2007Location: MalaysiaPosts: 211
Posted: 13 April 2007 at 4:29pm IP Logged

amin

SerbanHijau Orang LamaJoined: 25 February 2004Location: MalaysiaPosts: 481
Posted: 13 April 2007 at 5:30pm IP Logged

(MerahSilu wrote:
p/s: Mari kita tolong Pustaka Fathaniyah yang dibuka oleh Ustaz Wan Saghir... Kedainya ada berdekatan stesyen monorail Chow Kit, kat simpang Jalan TAR ngan jalan apa entah yang boleh pegi The Mall.
Carilah... Banyak kitab yang tak terdapat di tempat lain ada di sini. War-warkan pada kengkawan...
Al-Fatihah untuk Almarhum...)

(AbnormalSuam wrote:
Jalan Tunku Abdul Rahman atau Jalan Batu, tidak jauh dari simpang Jalan Chow Kit dan kawasan pertemuan Jalan Raja Laut, Jalan Pahang, Jalan Raja Muda, Jalan Ipoh dan Jalan Batu...
Tak tahu mengapa, tetiba jer berbisik kata-kata ini:Allah Taala mengasihi Ia akan langit dengan bintang dan mengasihi Ia akan bumi dengan kayu dan mengasihi Ia akan laut dengan ombak dan mengasihi Ia akan segala malaikat dengan Jibril dan mengasihi akan syurga dengan bidadari dan menghiasi Ia akan segala Nabi dengan Nabi Muhammad s.a.w dan mengasihi Ia akan hari dengan hari Jumaat dan mengasihi ia akan segala malam dengan malam Lailatulqadar dan menghiasi Ia akan segala bulan dengan bulan Ramadan dan menghiasi Ia akan segala masjid dengan Kaabah dan menghiasi Ia akan kitab dengan al Quran dan menghiasi Ia akan al Quran dengan BISMILLAH HIRRAHMA NIRRAHIM)

Hmmm kenapalah pulak sampai dua gerak aku dapat. patutlah sejurus selepas MS post, aku tak boleh nak reply, kelepuk hilang mesej tu. Ek eleh rupanya nunggu AbnormalSuam reply dulu. Hmmmm adakah kitab "Akidah Sunnah Wal-Jamaah - Tuhan Tak Bersila Di Atas Arasy" akan daku jumpa kat kedai di sini? Dah lama aku cari kitab ni. Kalau ada dalam versi rumi ingin ku beli banyak-banyak, nak sedekah kat jemaah aku. Hmmmm harap-harap adalah kat petunjuk yang saudara berdua ni bagi. Kedai Fathaniyah ya MS?
Setahu aku nama samaran tempat yang MS dan AS beritahu ni dinamakan sebegai "pulau". Sebab tempat menunggu bas di bawah mrt dahulu kalanya memang rupa macam pulau pun. Sungainya ialah deruman kereta-kereta yang bertali arus.
Okay terima kasih semuanya.

MerahSilu Orang LamaJoined: 14 June 2006Location: MalaysiaPosts: 2998
Posted: 13 April 2007 at 11:58pm IP Logged

Wasalam dik Alya... Cam tau-tau je... Tadi Abang baca thread BKUK dulu, terus Abang jawab bab poligami tu... Entah le... Dah banyak kali Abang paksa diri Abang jadi one-woman-man dan setiap kali mesti ada je yang membuat Abang jadi lemah tak dapat memenuhi potensi diri. Yang peliknya, masa Abag nakal ramai pompuan, on aje kepala tu... Sekarang Abang nak belajo balance... Ikut aje le caman Tuhan nak bagi... Abang tak paksa diri jadi one-woman-man lagi, maka tak perlu lagi menutup diri ini daripada terlibat ngan orang lain tapi fenin gak situasi Abang sekarang, rasanya Alya tahu...
Bab Pustaka Fataniyah ni, ada cerita menarik pada tahun 2003 ke hapa di mana aku tergerak berjalan kaki enam batu ke bandaraya pas tu tergerak belok kanan masuk satu jalan di mana aku jumpa satu-satunya kedai yang ada buku-buku Pustaka Fataniyah... Di situlah aku pertama kali dapat gerak suruh pi Makam Tok Pulau Manis... The rest is history... Bila aku tahu kaitan Tok Pulau Manis, Sharif Muhammad Al-Baghdadi (penulis batu bersurat) sampai ke Saidina Hassan... Lebih pelik lagi, masa aku tido kat sebelah makam Tok Pulau Manis, datang satu orang tua (bukan ghaib ek, lepas tu aku pun kenal orangnya), dia kata apa tau... "Tak pa... Tido le... Kamu tu pun anak cucu dia..."...
Cerita di atas tu kira ringkasan sebab aku malam nak menulis panjang... Bayangkan kalau aku ada mood nak tulis, camana panjang le citenya.. Heh!
Anyway, itule permulaan aku kenal Pustaka Fathaniyah serta buku-bukunya, lama sebelum keluar karya Ustaz Wan Saghir kat Utusan Malaysia... Aku dah pegi tempat diaorang kat Taman Melewar dan lepas tu kedai bukunya beralih kat area Ong Tai Kim, Batu 5.5 Jalan Gombak...
Dalam sebulan lepas, aku tergerak nak jalan-jalan gi KL. Seperti biasa aku ambik bas dari Ampang, selalu turun kat KLCC merayap sana atau dekat area Masjid Jamek, samada pi Central Market atau Masjid India. Tapi hari tu aku tergerak turun kat simpang Jalan Ismail lalu naik monorail pi Chow Kit.
Turun je stesyen, aku turun naik escalator ke bahu kanan Jalan TAR, jalan sikit, aku tergerak le nak masuk kedai... Rupanya, masyaallah Pustaka Fathaniyah dah beralih ke situ plak.. See... Tuhan tunjuk aku kat mana dengan cara gerak sebegitu. Kalau tak bukan senang nak cari kedai ni wooo pasal ada satu je dalam Malaysia!
Sehari sebelum masuk bulan Rabiulawal, aku tergerak pi sana dengan awek latest aku @ awek bongsu (hehe!)... Tu yang aku tergerak nak beli gambo Iskandar Muda yang aku dah paste kat thread ni... Masa tu gak pembantu kedai (nama Azrul, muka pun ada sikit-sikit cam forumer AzrulJr) yang aku dah kenal lama dan lama juga tak jumpa siap bagi copy kertas kerja Ustaz untuk presentation di Raub - Tentang nasab serta Tuanku Rao gitu...
Pagi esoknya (1 Rabiulawal), aku terbangun tido dengan nampak bayangan muka Iskandar Muda lepas tu timbul gerak supaya menulis tentang Pustaka Fathaniya dan perjuangannya dalam segmen akan datang "Laksamana Pulang ke Perak" kat tabloid Kencana... Malangnya lepas tu Ab plak ada problem sikit dan Kencana tengah sangkut.
Anyway aku tulis panjang lebar ni dengan harapan supaya perjuangan Ustaz Wan Saghir diteruskan... Kita boleh menolongnya dengan menolong Pustaka Fataniyah, insyaallah... War-warkan seantero dunia yek! Salams!

----------------------------

OK, itu aje... Diharap perjuangan Ustaz Wan Saghir untuk memartabatkan ulamak-ulamak Melayu dahulukala serta penulisan mereka terus berjalan dan dipikul mereka yang berkebolehan, insyaallah! :]

Monday, April 16, 2007

Muhammad Al-Aminul Rasyid dan perempuan-perempuannya...


Sekali lagi, gambar Nur sebagai penghias cerita.

Assalamualaikum... Siang tadi dalam thread "Berpetualang ke Aceh" di Forum CVT, seorang forumer perempuan telah meminta saya untuk sambung bercerita. Kebetulan ketika itu, saya sudah menyelesaikan proses penyuntingan akhir buku kedua saya, "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal" sehingga ke mukasurat 200 lalu ingin menyambung ke mukasurat seterusnya... Timbul pula gerak untuk meletakkan cerita berikut ke dalam forum itu, cerita yang bermula daripada mukasurat 201 tentang bagaimana watak utama cerita iaitu Muhammad Al-Aminul Rasyid mula meminati kaum Hawa.
Adapun cerita yang diletakkan di dalam forum itu belum melalui suntingan terakhir. Proses ini cuma siap selepas Maghrib tadi dan setelah selesai penyuntingan Bab 9 yang mengandungi bahagian tersebut, timbul pula rasa untuk meletakkannya ke dalam blog ini pula.
OK... Silakan membaca! :]


----------------------------------------

Suatu masa dahulu, ketika masih menuntut di London, Rasyid pernah bertanya hati kecilnya, perempuan bagaimanakah yang sebenarnya diidam-idamkan dalam hidup ini. Ketika itu, pemuda itu sedang dilanda dilema besar... Dia telah menemui seorang wanita Melayu yang amat memahaminya, seorang gadis cantik dan luarbiasa kepandaiannya yang sering bersama memberi sokongan dalam suka dan duka sehingga dia pernah terasa yakin inilah bakal isteri yang dicari-cari selama ini. Lalu sebelum berlepas ke England, Rasyid pernah menyatakan hasrat mereka untuk bernikah tetapi kedua-dua belah keluarga tidak bersetuju dengan alasan mereka masih muda, dia 20 tahun, gadis kesayangannya itu 19... Lagipun masing-masing masih belajar, belum lagi memiliki apa-apa sumber pendapatan untuk menyara keluarga.
Keluarga pemuda itu juga tidak yakin yang dia telah betul-betul bersedia. Mereka tahu anak lelaki ini pernah menjalinkan hubungan dengan ramai gadis rupawan sejak waktu sekolah lagi... Masuk umur 18 tahun pun sudah menyimpan buku hitam yang mengandungi lebih 100 nama wanita yang pernah menjadi pacarnya. Benar telahan mereka, setelah setahun dua bersama gadis tersebut di London, muncul balik kekosongan dalam jiwa Rasyid menyebabkannya mula melupakan soal perkahwinan walaupun gadis itu sering mendesak.
Apabila wanita itu kembali awal ke Malaysia kerana terlebih dulu menamatkan pengajian, pemuda itu sempat menjalinkan hubungan dengan gadis-gadis Eropah. Tetapi ibu pernah melarang anak lelaki sulungnya memilih gadis bukan Melayu sebagai isteri terutama Orang Putih... Katanya, telah ad beberapa orang saudara mereka berkahwin wanita Eropah tetapi akhirnya bercerai kerana jarak jauh keluarga serta adat yang berbeza.
"Sekejap sahaja mereka boleh tahan," kata ibu, cuba meyakinkan anak lelaki sulungnya. "Pada mulanya eloklah, masuk Islam, sanggup ikut suami balik ke Malaysia belajar adat tempatan. Tetapi lama-lama besok belum tentu... Bila dia teringat keluarga di seberang sana, bila tiba Christmas dan sebagainya. Sudahlah kena banyak belanja kena pakai berulang-alik bercuti dengan keluarga. Pengaruh adat lama masih terbekas dalam hati kerana telah lama dibesarkan di dalam lingkungan budaya sendiri. Selama mana mereka boleh jadi Melayu?"
Rasyid diam mendengar kata-kata ibu. Dia kenal beberapa orang kawan berdarah campuran Barat atau pan-Asian yang ibu bapa mereka masih kekal bersama hingga kini. Malah seorang kawan rapat yang berasal daripada kerabat diraja Patani dan Kelantan beribukan seorang wanita Australia yang suaminya sudah beberapa tahun meninggal dunia tetapi tetap setia bersama keluarga.
Peluang terbuka luas dengan kematian suaminya tetapi ibu kawan ini tidak tergerak pun untuk kembali menetap di tanah kelahirannya atau memeluk adat serta budaya lama... Walaupun gambar-gambar lama menunjukkannya boleh tahan lincah semasa muda, sering berparti dengan miniskirt singkat bersama suami yang agak keBaratan. Ternyata dia lebih rapat dengan keluarga almarhum suami malah kuat beragama dan suka memakai tudung... Eh... Melalut dah... Apapun, Rasyid pernah berpacaran dengan wanita pelbagai bangsa termasuk gadis India dan Cina. Sebab itu hatinya boleh tertanya-tanya, perempuan bagaimanakah yang sebenarnya diidamkan, gadis bangsa apa yang dia suka…
Sebaik sahaja persoalan ini muncul dalam benaknya, terus terbayang rupa wanita pelbagai bangsa. Yang pelik, jawaban yang keluar terang daripada hati kecilnya adalah Arab! Arab? Rasyid sendiri hairan mendengar jawaban itu... Setahunya, gadis-gadis Arab semuanya bertubuh gempal bertulang besar seperti dilihatnya di London sedangkan citarasanya lebih kepada wanita langsing sederhana tinggi. Seingatnya, dia tidak pernah berpacaran dengan mana-mana gadis Arab malah tidak berminat langsung untuk mencuba atau mencari. Rupa-rupanya pemuda ini belum sedar, dia sebenarnya pernah menjalinkan hubungan dengan beberapa orang gadis berketurunan Arab! Dan gadis keturunan Arab lah yang pertama-kali berjaya menarik minatnya terhadap kaum Hawa.
————————
Semasa di sekolah rendah, Rasyid begitu "geli" dengan perempuan. Dia meluat dengan perangai mereka yang suka bermain anak patung dan masak-masak sehingga terbetik perasaan "benci" terhadap kaum Hawa... Kecuali anak jiran sebelah rumah yang merupakan kawan sepermainan sejak bayi serta saudara-mara sendiri. Nasib baik sekolah rendahnya, Sekolah Ismail Dua adalah sekolah pelajar laki-laki sahaja tetapi di sekolah agama, dia tiada pilihan...Terpaksa bergaul dengan pelajar wanita walaupun dia cuba mengelak selagi boleh.
Anak muda itu begitu "bencikan" kanak-kanak perempuan sehinggakan jika tersentuh, dia akan cepat-cepat menyapu kulitnya seolah-olah membersihkan najis!. Ada masanya dia terasa begitu meluat sehingga sanggup meludah ke tanah di hadapan orang-ramai. Ini selalu berlaku apabila menaiki van Pakcik Zul ke sekolah. Van ini juga berkhidmat menghantar ramai pelajar perempuan ke Sekolah Convent dan Sekolah Sultan Abu Bakar (SAB), kedua-duanya sekolah perempuan. Tak sangka pula ini akan berubah apabila masuk Darjah Enam...
Sampai ketikanya, Rasyid dipilih mewakili sekolah dalam Kuiz Sains dan Matematik peringkat daerah Muar, Johor. Dia dan dua orang lagi pelajar terbaik sekolah dapat mengalahkan sekolah-sekolah lawan lalu mara ke peringkat akhir untuk bertembung dengan Sekolah SAB Dua, satu pertandingan "maruah" di antara sebuah sekolah laki-laki melawan sebuah sekolah perempuan.
Seperti Sekolah Ismail, SAB juga mempunyai dua sesi persekolahan untuk dua buah sekolah yang berkongsi bangunan serta kemudahan yang sama lalu dipanggil SAB Satu dan SAB Dua. Pertandingan akhir yang diadakan di Sekolah SAB itu ternyata sengit apabila kedua-dua pihak berjaya menjawab sama banyak soalan yang dikemukakan dengan tepat. Maka pemenang pun terpaksa ditentukan melalui soalan kalah-mati. Siapa yang berjaya menjawab dahulu soalan tambahan dengan tepat, sekolahnyalah yang akan muncul juara nanti.
Anak muda itu tidak ingat apakah soalan terakhir itu tetapi dia pasti ia berkenaan sejenis alat yang digunakan dalam perubatan. Akhirnya seorang pelajar perempuan mengemukakan jawaban "picagari" dan ia ternyata tepat. Sekolah SAB Dua pun menang,Sekolah Ismail Dua terpaksa menggaru kepala. Rasyid pula semakin meluat terhadap perempuan…Tetapi entah kenapa, malam itu ketika sedang berehat di rumah, dia asyik terbayang-bayangkan wajah seorang pelajar perempuan yang mewakili sekolah lawan, siap dengan senyuman menawan serta mata terang seperti bercelak dengan bulu mata panjang memandang! Timbul perasaan baru yang tidak pernah dialami sebelum ini. Jiwanya mula tak keruan, tidak tahu apakah yang terjadi pada dirinya...
Setelah beberapa hari asyik terbayangkan wajah menarik dengan senyuman lembut itu, Rasyid membuat keputusan untuk berkenalan. Kebetulan, anak jiran di belakang rumah adalah sebaya dan sekelas dengan gadis tersebut. Dia pun memberanikan diri bertanya khabar melalui surat yang disampaikan anak jiran itu. Terrnyata anak muda ini yang sebenarnya terlebih "angau", lebih banyak bertepuk sebelah tangan. Walaupun pelajar perempuan itu sudi berkenalan dan melayan, dia tidak bersedia untuk "bercinta", maklumlah budak-budak... Umur baru hendak masuk 12 tahun, dan yang lelaki belum pun akil baligh! Faham-faham aje lah... Apapun, Rasyid jadi begitu "rindu" hendak melihat wajah manis itu, kalau boleh setiap hari sehingga sanggup berkayuh basikal, ada masanya berjalan kaki sebatu lalu duduk di kedai makan menyeberangi jalan di hadapan rumah si gadis... Semata-mata untuk melihat kelibatnya keluar berbasikal berjalan-jalan tetapi takut pula untuk menegur ataupun bersemuka... Dapat tengok bumbung rumah pun jadilah, parah betul "penyakitnya".
Episod cinta monyet ini tamat apabila Rasyid meninggalkan Muar untuk melanjutkan pengajian di sebuah sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah Menengah Sains Johor, Keluang, sekitar 100km daripada bandar kelahirannya. Gadis itu pula diterima masuk ke Maktab Rendah Sains Mara, Muar. Sejak itu, anak muda ini sudah pandai memikat wanita, sejak ditackle peminat perempuan di sekolah baru. Maklumlah, sudah akil baligh, sudah kenal apakah yang membuat perempuan tertarik kepada seorang lelaki. Dia sudah pandai bergaya serta menggunakan kelebihan rupa-paras yang ada. Di situlah Rasyid mula pandai bertukar-tukar girlfriend lepas seorang, seorang lagi jadi pacarnya…
Beberapa tahun kemudian, apabila masuk Tingkatan Empat barulah dia bersua kembali dengan gadis yang diminati semasa Darjah Enam dahulu, itupun secara tidak sengaja... Kali ini, lelaki itu tidak lagi bertepuk sebelah tangan, mungkin kerana perubahan rupa-paras dan tubuh-badannya yang ketara? Atau gadis itu tertarik pada keyakinan anak muda itu yang sudah pandai berkata-kata? Tetapi perhubungan yang mula berputik rasa melalui panggilan telefon hampir setiap masa ini terpotong apabila datuk gadis itu masuk campur. Malah Rasyid diberi amaran keras supaya tidak mengganggu pelajarannya... Tamat langsung perhubungan itu... Walaupun sedikit terkilan, pemuda itu tidak terasa sangat kehilangan itu kerana terdapat ramai lagi gadis yang sudi mendampinginya.
Hampir 20 tahun kemudian ketika mencecah umur 34, baru Rasyid faham betapa besar maknanya perhubungan yang berlaku lama dahulu. Ketika itu, barulah anak muda ini sedar, perasaan yang timbul terhadap anak gadis cantik molek berketurunan Arab bernama Sharifah Aminah ini sebenarnya ada kaitan dengan darah yang mengalir di dalam tubuhnya!. Maka itu juga Rasyid boleh jatuh cinta dengan Nur? Kerana ada keserasian yang nampaknya cuma wujud dalam keturunan tertentu? Bagaimana dia hendak menolak kemungkinan ini sedangkan banyak perkara dan petanda yang timbul tiga tahun kebelakangan, isyarat-isyarat yang muncul dalam pengembaraannya mencari cerita-cerita lama Melayu demi memahami perjalanan hidup sendiri dan mencari erti diri menjurus ke arah hakikat ini? Bagaimanakah anak Malaysia ini mahu melupakan gadis kesayangannya itu sedangkan ketika di Medan, ketika berhehat di tepi sebuah perkuburan lama pun dia boleh terserempak dengan sebuah kubur yang menandakan kecenderungannya terhadap seorang Sharifah?


Sunday, April 15, 2007

Contoh berjalan mengikut gerak... Dipanggil Tok Kenali ke Kelantan?

Masjid lama pekan Kuala Lipis, Pahang.

Tadi semasa membuat penyuntingan terakhir buku "Berpetualang ke Aceh: Membela syiar yang asal" atau BKA II dalam bab bertajuk "Munawar ke Mughayat: Kemunculan Aceh sebagai kuasa besar", saya telah sampai kepada ayat yang menyentuh satu perjalanan mengikut gerak hati sehingga sampai ke masjid lama pekan Kuala Lipis, Pahang... Tergerak pula untuk memeriksa koleksi gambar perjalanan lepas, sekadar untuk memastikan bilakah masjid lama itu didirikan (gambar diambil Disember 2006).
Sebaik sahaja melihat gambar yang menunjukkan masjid itu telah wujud sejak tahun 1888, timbul pula gerak hati untuk meletakkannya ke dalam thread perbincangan "Berpetualang ke Aceh" dalam Forum CVT. Tetapi sebelum itu, gambar ini mestilah di down-load ke Internet melalui hosting website dan biasanya saya menggunakan Photobucket. Malangnya ada masalah untuk memasuki lawan web tersebut, maka timbul ilham, lebih baik gambar itu dimasukkan ke dalam blogspot kerana prosesnya lebih mudah dan laman web ini lebih senang untuk dibuka...
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Biar cerita yang menimbulkan gerak ini turut dipaparkan bersama. Maka terimalah mukasurat 169 daripada buku BKA II...

--------------------------------------

Dua minggu kemudian,Rasyid tergerak untuk menziarahi rumah almarhum nenek di Raub, Pahang... Setelah hampir setengah tahun tidak bertandang. Selepas beberapa malam berehat di sana, ibu saudara yang menjaga rumah itu pula harus pergi ke Kuala Terengganu untuk menghadiri kursus. Seorang anak angkatnya bersedia menghantar dengan kereta sampai ke Temerloh. Di sana, barulah ibu saudara ini mengambil bas ekspress ke Kuala Terengganu.
Rasyid tidak mempunyai apa-apa rancangan tetapi ingin berjalan. Dia pun menumpang sama, ikut sahaja ke mana kereta itu pergi... Sampai ke bandar di tepi Sungai Pahang itu, timbul pula keinginan untuk melawat Gua Kota Gelanggi yang terletak di sekitar Jengka. Selepas menaiki bas sampai ke Jerantut, pemuda itu terus memeriksa jadual bas ke sana. Perkhidmatan seterusnya cuma akan bergerak sejam lagi, maka dia pun cuba mengisi masa dengan berjalan-jalan di sekitar pekan. Sedar tak sedar, sampai pula ke stesyen keretapi...
Kebetulan keretapi ke utara pantai timur yang cuma berkhidmat sehari dua kali sampai ke stesyen waktu itu. Serta-merta timbul gerak spontan untuk menaikinya hingga ke Kuala Lipis. Di bandar yang diapit tebing Sungai Jelai serta kuala Sungai Lipis itu pula, anak muda itu tergerak untuk pergi ke masjid lama pekan yang didirikan awal tahun 1888... Letaknya bersebelahan stesyen bas dan mengikut ceritanya masjid ini tidak pernah disentuh banjir walaupun air naik melimpah sampai ke stesyen yang terletak 10 kaki lebih tinggi daripada kawasan masjid. Niat awalnya mahu bermalam di masjid tetapi selepas solat Asar, tergerak pula untuk ke stesyen keretapi melihat jadual perjalanan seterusnya.
Kebetulan lagi, keretapi ke utara pantai timur sampai ke stesyen sebaik sahaja Rasyid menjejakkan kaki. Tanpa berfikir panjang, hamba Allah yang suka berjalan "mengikut arah angin" inipun naik sampai ke destinasi terakhir keretapi di Gua Musang, Kelantan. Niat untuk bermalam di masjid lama Kuala Lipis pun bertukar menjadi sesi bermalam di surau KTM (Keretapi Tanah Melayu) tidak jauh daripada stesyen. Muncul pula beberapa orang musafir menumpang sama termasuk sepasang suami isteri dan dua orang lelaki anak jati Kelantan.
Entah kenapa, mereka mula bercerita tentang bermacam perkara pelik yang pernah berlaku di Kelantan. Terkeluarlah nama Tok Kenali sehingga Rasyid teruja untuk bertanya tentangnya... Barulah dapat tahu makam dan masjid Tok Kenali terletak di Kubang Kerian, Kota Bahru. Keesokan harinya dia terus ke sana. Di makam itulah Rasyid juga mendapat tahu wali Allah yang telah kembali ke Rahmatullah lebih 70 tahun lalu ini bernama Muhammad Yusuf, sama dengan nama orang tua misteri yang ditemui di Masjid India dua minggu lalu!