Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Saturday, July 13, 2013

Terhencot-hencot ke Tanah Bugis - Keluar dari Makassar selepas 3 hari berehat

OK. Malam ini, Sabtu malam Ahad 13/7/13 adalah malam ke-5 bulan Ramadhan. Malam ini biarlah disambung cerita perjalanan, dari artikel Terhencot-hencot ke Tanah Bugis - Sheikh Yusuf dan pertentangan antara Sultan Hasanuddin dengan Arung Palakka yang dibuat Isnin lalu.


Pada awal artikel lalu ada disebut bahawa saya mahu menamatkan bahagian awal penceritaan perjalanan ke Tanah Bugis-Makassar 3-12 Mei 2013. Artikel itu sendiri merujuk pada aktiviti hari ke-3 kami berada di Makassar iaitu Ahad 5 Mei 2013. Ketika itu rakyat Malaysia sedang mengundi untuk PRU-13.


Selepas itu kami lebih banyak menghabiskan masa di rumah. Dalam tempoh 3 hari iaitu dari Isnin ke Rabu kami sekadar ada keluar ke kedai berdekatan rumah, dengan saya menaiki kerusi roda bersama anak-anak dan isteri menolak. Maka tidak ada yang mahu diceritakan sangat. Tempoh 3 hari rehat boleh dikatakan pemisah antara bahagian awal perjalanan dan bahagian yang seterusnya.


Dalam 3 hari itu saya mengambil peluang untuk menelaah 2-3 buku terutama satu yang bertajuk "Salasilah Melayu dan Bugis". Saya juga dapat merehatkan kaki yang telah bengkak teruk akibat perjalanan 3-5 Mei. Rehat ini diperlukan kerana kami akan berjalan lebih jauh. Selain itu, Ibu Nur, tuan punya rumah dan hos kami mahu menunggu dua orang lagi tetamu ikut sama. 

Adapun petang Rabu ada kawan Ibu Nur mahu datang dari Malaysia. Beliau adalah seorang mahasiswa Aceh yang menuntut di Universiti Malaya, kawan saya dan isteri juga. Kawan ini mahu datang bersama seorang rakan sekuliah, seorang rakyat berbangsa Cina rakyat Malaysia. Namun kawan dari Aceh itu menghadapi masalah paspot lalu tidak dibenarkan menaiki pesawat. Ini menyebabkan beliau harus menunggu hari lain untuk datang ke Makassar, kawan Cina itu terpaksa datang bersendirian...


Pagi Khamis 9 Mei, selepas 6 hari berada di Makassar dan persekitarannya, buat pertama kali saya, isteri dan anak-anak pergi keluar jauh. Aktiviti hari itu menjadi permulaan bahagian kedua atau seterusnya perjalanan. Ada tempat-tempat lebih penting berkaitan salasilah keluarga saya yang mahu dijejaki.


Kami menuju ke kota Maros, sekitar sejam perjalanan ke utara...


Sampai di sekitar kota, kami singgah di rumah saudara dua pupu Ibu Nur, seorang pengusaha lombong bijih besi dan nikel yang luas.


Sekitar 10.15 kami menyambung perjalanan dengan menghala ke timur.




Perjalanan melalui sawah dan desa terasa begitu menyegarkan.


Rumah-rumah tradisional seperti ini menghias kiri kanan jalan.


Kalaulah tidak kerana kecederaan kaki tentu saya akan meminta kereta berhenti lalu mengambil gambar yang lebih teliti di beberapa tempat.



Ibu Nur mahu saya melihat taman pra-sejarah di Leang Leang.


Katanya di sini terdapat gua-gua batu kapur dengan lukisan-lukisan dan kesan yang dipercayai dibuat oleh orang zaman batu. Namun kita harus berjalan kaki jauh ke dalam kemudian memanjat tangga-tangga tinggi untuk masuk ke gua. Jadi saya cuma mampu melihat kawasan luar sahaja. Lihat artikel Leang Leang prehistoric park di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Ketika hendak meninggalkan Leang Leang muncul seorang wartawan merangkap jurukamera dari agensi berita ANTARA Indonesia bersama pembantunya. Ia adalah agensi peringkat nasional yang membekalkan bahan berita kepada pihak lain seperti halnya BERNAMA di Malaysia. Wartawan ini kenal Ibu Nur kerana biasa menemuramahnya untuk bercakap tentang sastera dan budaya. Melihat saya orang Malaysia beliau pun bertanyakan pendapat tentang Leang Leang dan tempat-tempat menarik di Tanah Bugis.




Saya setakat boleh memberikan pandangan tentang beberapa tempat yang pernah dilihat di Makassar kerana di Leang Leang pun saya cuma melihat halaman, isteri saya, anak-anak dan lain-lain yang naik ke gua. Tetapi sebagai seorang peminat dan pengkaji sejarah juga seorang penulis saya ada cukup pengetahuan tentang Tanah Bugis yang dapat dikaitkan pula dengan Malaysia. Selepas itu kami pergi ke Bantimurung di mana monyet besar ini menyambut...


Tarikan di sini adalah aliran dari air terjun kawasan bukit batu kapur yang membentuk taman permainan air yang cantik. Lihat artikel The waterfall of Bantimurung.


Rasanya dekat 2 jam juga kami berada di Bantimurung sebelum keluar kembali menghala ke Maros. Dalam perjalanan singgah makan tengah hari di sebuah kedai di mana buat pertama kali seumur hidup dalam ingatan saya merasakan makanan orang Bugis yang dipanggil burasak.


Sampai di Maros ibu Nur keluar kereta untuk kembali ke Makassar bersama anak angkatnya Syahril yang ada ikut sama ke Leang Leang dan Bantimurung menaiki motosikal. Beliau perlu kembali ke rumah kerana harus menyambut kedatangan kawan kami, mahasiswa dari Aceh petang Jumaat. Kami pula akan berada jauh di luar Makassar hingga petang Sabtu. Saya pun bertukar tempat duduk ke belakang, kawan Cina dari Malaysia ke hadapan. Selepas ini kami akan berjalan lebih jauh ke utara. Eloklah kaki saya diberi ruang diangkat ke atas untuk mengurangkan bengkak.


Kami akan berjalan 2 jam untuk ke satu tempat bernama Barru, satu perhentian pertengahan sebelum ke satu tempat yang lebih jauh dan sangat bermakna buat saya.


Isteri dan anak-anak duduk di barisan paling belakang.


Sepanjang perjalanan saya lebih banyak berbaring merehatkan badan sambil merenung keadaan. Masuk waktu senja baru kami menghampiri kawasan perumahan di pinggir kota Barru di mana kami akan menginap malam Jumaat.


Biar diberitahu setelah keluar dari kota Makassar baru kami betul-betul dapat menjejakkan kaki ke Tanah Bugis. Ini kerana menurut definisi tempatan, sekitar kota Makassar membawa 100 km ke timur sampai ke laut juga 60 km ke selatan adalah tanah orang Makassar yang dikira etnik berlainan tapi hampir serupa bahasa dan budaya dengan orang Bugis. Rujuk artikel lama La Galigo dan makna Daeng buat orang Bugis. Selepas ini kami akan masuk ke satu bahagian Tanah Bugis di mana leluhur saya dikatakan berasal.


Wednesday, July 10, 2013

Wang Fiat dan Keruntuhan Ekonomi Orang Melayu



Salam 1 Ramadhan. Selamat berpuasa kepada semua, semoga dapat bertahan lalu mendapat kepuasan sebenar berbuka. Awal pagi Isnin seorang kawan telah memberikan satu fail pdf. menarik mengandungi kajian dan pembentangan seorang profesor ekonomi yang dibuat dalam bahasa Inggeris. Setelah membacanya sepintas lalu saya pun tergerak untuk berkongsi dengan orang ramai di Facebook. Namun masalah teknikal menghalang pdf. dari dikongsikan terus ke sana. 

Untuk mengatasinya saya menukar format setiap mukasurat pdf. lalu dijadikan satu siri gambar dalam format jpg.. Semua ini, 13 keping gambar untuk 13 muka surat kertas kerja diatur menjadi isi artikel baru pada blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Artikel ini siap diatur lalu dipublish selepas tengah malam itu. Linknya kemudian diletak pada FB berserta sedikit ulasan. Biar dicopy and paste... 




BAGAIMANA DUIT KERTAS DAN SISTEM PERBANKAN MENJATUHKAN EKONOMI ORANG MELAYU SAMBIL MENAIKKAN EKONOMI ORANG CINA

Salam. Saya telah diberikan satu pdf. file mengandungi kajian seorang profesor tentang bagaimana wang kertas dan sistem perbankan yang mula diwujudkan di Tanah Melayu sekitar 150 tahun lalu berjaya menyusutkan ekonomi orang Melayu sambil menaikkan ekonomi orang Cina. Ini adalah salah satu tunggak asas pada usaha penjajah Barat yang dibelakangi puak Yahudi Illuminati untuk menjatuhkan orang Melayu dan Islam seraya menyekat kebangkitan Islam dari Timur akhir zaman. Klik pada link bawah, baca dan fahami...




Selepas beberapa lama saya dapati ramai yang berminat lalu membacanya tetapi bukan semua betul-betul faham. Maklumlah ia adalah kajian akademik seorang pakar ekonomi Islam yang dibuat dalam bahasa Inggeris. Tak semua pembaca Melayu lancar dalam bahasa ini. Malah orang yang pandai berbahasa Inggeris pun boleh tentu dapat menangkap segala isi kerana ia mengandungi konsep-konsep ekonomi dan kewangan serta terma-terma yang memerlukan sekurang-kurangnya sedikit pengetahuan dalam bidang. 

Seterusnya ada orang meminta saya menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Saya fikir elok juga agar lebih ramai anak Melayu dapat memahaminya. Tetapi ini memerlukan tumpuan istimewa buat satu masa dan saya tidak pasti samada akan membuatnya apalagi bila. Lewat malam semalam, malam pertama bulan Ramadhan saya mendapat gerak untuk memulakan usaha. Alhamdulillah, dengan kuasa Allah dan berkat bulan mulia ia dapat disiapkan sekitar 2 petang sebelum disunting sehingga memuaskan jam 4.30. 

Adapun terjemahan cuba dibuat mengikut cara penulisan asal selagi boleh. Tetapi untuk pembacaan awam dan demi pencernaan orang ramai saya telah menambah penerangan pada teks dan mengubah-suai sedikit isi. Apa yang penting semua orang Melayu boleh mendapat ilmu bermanfaat yang boleh dijadikan bekalan jihad akhir zaman demi membela agama, bangsa dan negara. Biar diberitahu ini adalah artikel ke 1,122 di blogspot ini. Selamat membaca... :]


----------------------------




Wang Fiat dan Keruntuhan Ekonomi Orang Melayu



Terjemahan oleh Radzi Sapiee, dari artikel berbahasa Inggeris “Fiat Money and Economic Degradation of the Malays” oleh Ahamed Kameel Mydin Meera, profesor dan dekan Institut Kewangan dan Perbankan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beberapa nota kaki asal telah diterjemahkan secara ringkas untuk disertakan pada teks utama, diletakkan dalam kurungan. Penerangan beberapa terma teknikal (tidak wujud dalam teks asal kerana harus sedia difahami khalayak yang berpengetahuan dalam bidang) juga dihimpit kurungan.

                                                

Abstrak

Artikel ini berhujah bahawa kekayaan orang Melayu di Semenanjung Malaysia telah dirompak secara sistematik dari tangan mereka melalui wang Fiat (kertas yang diberi nilai tanpa sandaran) yang diterbitkan sistem perbankan berdasarkan riba’. Hal ini juga adalah benar bagi Bumiputra lain termasuk penduduk asal di Semenanjung dan Malaysia Timur dan para pedagang awal Arab dan India Muslim yang menetap di sini. Proses tersebut telah berlangsung sejak bank-bank persendirian terawal ditubuhkan di Pulau Pinang 1860an hingga sekarang. Ini secara keseluruhan memberi kesan sosio-ekonomi-politik  yang serius terhadap bangsa Melayu, Islam dan negara. Maka itu artikel ini memanggil pihak kerajaan, NGO-NGO dan orang ramai yang prihatin agar dapat menghentikan proses perompakan ini seterusnya mengambil tindakan proaktif dan tegas untuk menterbalikkan proses demi menggapai keadilan sosio-ekonomi dengan cara menggalakkan keamanan dan kesejahteraan dalam negara melalui pengagihan saksama kekayaan negara untuk semua kaum.




1.0 Pengenalan

Artikel ini menunjukkan satu dari banyak aspek wang Fiat, contohnya bagaimana penduduk asal sesebuah negara boleh kerugian teruk dalam sistem wang Fiat. Beberapa buah negara boleh dikemukakan sebagai contoh untuk menunjukkan ini. Kita ambil kes Malaysia untuk artikel.

Kalau kita ambil perhatian dari tahun ke tahun, Malaysia telah banyak berubah dari segi sosio-ekonomi-politik . Orang Melayu yang secara asasnya memiliki kebanyakan, jika tidak pun semua Semenanjung pada awalnya sekarang mengalami ketempangan ekonomi. Sebaliknya, masyarakat Cina secara khususnya telah berkembang dalam kemewahan berbanding bangsa lain. Statistik billionaire di Malaysia boleh membuktikan ini. Perbezaan ekonomi telah, secara langsung membawa sejumlah masalah sosio-ekonomi terbit di kalangan masyarakat Melayu – kesempitan hidup, kemiskinan, rendah keyakinan diri, pencapaian akademik yang rendah, ketagihan dadah, mat rempit, masalah remaja dan berbagai lagi. Maka itu kerajaan telah mencuba sejumlah langkah afirmatif termasuk Dasar Ekonomi Baru untuk menangani isu. Ia telah membawa hasil yang terhad namun masalah tetap wujud dan kelihatan terus berkembang. Bagi orang Cina pula, kemewahan ekonomi telah sedikit demi sedikit memberikan mereka lebih kedudukan politik.


1.1  Objektif

Artikel ini berdasarkan fakta sejarah dan pemerhatian terhadap Malaysia selama beberapa dekad. Ia bertujuan untuk merangsang proses pemikiran, tanpa niat jahat seperti mewujudkan perpecahan antara kaum. Sebaliknya, diharapkan artikel akan menyumbang pada keharmonian antara kaum, pengagihan saksama kekayaan negara, paras korupsi yang rendah dan pengurangan masalah berkaitan sosio-ekonomi.
Pada Seksyen 2 artikel akan diterangkan kenapa sistem perbankan di Malaysia telah membawa ketempangan sosio-ekonomi yang ketara pada orang Melayu. Seksyen 3 membincangkan kesan sosio-ekonomi-politik  sistem wang Fiat. Seksyen 4 memberikan beberapa langkah yang boleh diambil kerajaan untuk menghentikan perompakan dan menterbalikkan proses. Seksyen terakhir menyimpulkan kertas.kerja.


2.0  Wang Fiat Sistem Perbankan Berdasarkan Riba’ dan Melayu – Sejarahnya

Pada asalnya Tanah Melayu (teks asal menggunakan perkataan Malaya) diduduki Orang Asli, penduduk asal, serta orang Melayu.(merujuk pada orang tempatan Alam dan Kepulauan Melayu yang juga telah bercampur-aduk dengan pendatang Arab, India dan bangsa lain sejak beberapa abad). Dengan kesultanan-kesultanan bertebaran di merata Tanah Melayu, mereka secara asasnya memiliki Tanah Melayu. Orang Asli secara dasarnya tinggal di hutan tropika sementara orang Melayu duduk di kampung-kampung. Kehidupan mereka ringkas tetapi diberkati perhubungan kemasyarakatan yang erat dan harmoni, dengan pertanian dan perikanan menjadi sumber utama kehidupan.

Tanah Melayu adalah bumi ‘susu dan madu’ (land of milk and honey). Ia menarik orang Arab dan India Muslim awal untuk datang mengadu nasib. Pedagang Arab diketahui telah datang ke Kepulauan Melayu sejak awal abad ke-7. Mereka diketahui telah sampai ke Sumatera pada 674 Masihi, cuma beberapa dekad setelah kemunculan Nabi Muhammad SAW di Tanah Arab. Sebaliknya pedagang India Muslim diketahui telah datang ke Semenanjung Melayu, terutama ke Kedah, sejak abad ke 12. Pengaruh mereka terhadap istana kesultanan Melaka telah didokumenkan dengan baik. Parameswara, pengasas Melaka dikatakan memeluk Islam 1411. Orang Melayu tempatan secara rata hidup berasaskan pertanian dan ini dilengkapkan oleh kepintaran perniagaan orang Arab dan India Muslim. Maka itu orang India Muslim dan pedagang Arab awal memiliki perniagaan yang maju di Tanah Melayu dan diterima baik penduduk tempatan kerana agama yang sama iaitu Islam.

Agama Islam adalah faktor pemberi petunjuk dan pemersatu antara semua. Dengan menurut prinsip Islam, wang yang digunakan untuk perdagangan adalah wang-wang sebenar (bukan wang kertas yang boleh dicetak sesuka hati) – kebanyakannya jongkong timah, emas dan syiling perak. Di bawah sistem wang sebenar sebegitu, setiap pertukaran dagangan melibatkan pertukaran barangan sebenar dengan barangan sebenar, juga dengan perkhidmatan yang dinilai setara. Maka ia membentuk satu sistem pertukaran yang adil dan saksama. Logam-logam bernilai memainkan peranan sebagai pengukur harga dalam dagangan dan kontrak.

Tanah Melayu sebagai Semenanjung yang kaya dengan hasil bumi juga menarik para penjajah dan pendatang Cina dan India kemudian. Orang Portugis, Belanda, Jepun dan Inggeris berada di sini pada masa tertentu dalam sejarah tetapi pengaruh Inggeris adalah yang paling hebat. Syarikat British India Timur mula ditubuhkan di penempatan British di Pulau Pinang, pada 1786. Kemudian Pulau Pinang, Singapura dan Melaka digabungkan menjadi Negeri-negeri Selat 1826, dengan Pulau Pinang sebagai pusat. Mereka membawa orang India untuk bekerja di ladang getah sementara orang Cina rata-rata di lombong bijih timah, dua aktiviti ekonomi terbesar zaman itu. Penghijrahan ke Tanah Melayu adalah mudah bagi orang luar kerana sering diterima orang Melayu yang bersifat ringkas, bertoleransi, beragama dan memiliki nilai moral yang tinggi. Dari segi ekonomi sebenar, kemunculan pada pendatang termasuk pedagang Arab dan India Muslim adalah bagus kerana kedatangan mereka meningkatkan aktiviti ekonomi dan pengagihan kek ekonomi, semuanya menambah kesejahteraan ramai.

Tetapi keadaan mula berubah dengan pengenalan bank-bank persendirian terawal di Pulau Pinang. Mercantile Bank yang kemudian menjadi anak syarikat Hong Kong Bank (sekarang HSBC), membuka perniagaan dalam 1860an dan Chartered Bank (sekarang Standard Chartered) pada 1875. Bank-bank persendirian terawal ini mengeluarkan nota bank sendiri (kertas yang diberi nilai seperti wang atas jaminan bank).  Kerajaan belum mengeluarkan nota serupa ketika itu. Cuma pada 1897, selepas Badan Pesuruhjaya Mata Wang (Board of Commisioners of Currency) ditubuhkan, baru kerajaan Negeri-negeri Selat diberikan kuasa untuk mengeluarkan nota mata wang. Tetapi nota yang dikeluarkan dua bank persendirian, Chartered Bank dan Hong Kong Bank, turut berkitar bersama nota keluaran kerajaan. Hak untuk bank-bank ini mengeluarkan nota cuma dilupuskan 1921. Pada 1938 Badan Pesuruhjaya Mata Wang Malaya (panggilan British untuk Tanah Melayu) ditubuhkan sebagai satu-satunya kuasa yang boleh mengeluarkan mata wang bagi seluruh wilayah naungan. Pada 1952 ia menjadi Badan Pesuruhjaya Mata Wang Malaya dan British Borneo (Board of Commisioners of Currency Malaya and British Borneo) yang terus mengeluarkan mata wang walaupun selepas Malaysia merdeka 1957. Badan ini cuma ditutup secara rasmi lewat 1979. Sejak itu mata wang hanya dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Tetapi kebanyakan wang dicipta oleh bank komersial melalui sistem yang dipanggil Fractional Reserve Banking (satu sistem yang menghalalkan bank memberikan pinjaman wang berkali ganda berbanding simpanan yang ada, diwujudkan melalui kiraan akaun atas kertas kemudiannya cuma dalam komputer).

Semua yang di atas, seperti pengeluaran nota bank persendirian, Badan Pesuruhjaya Mata Wang dan Bank Negara Malaysia dengan sistem Fractional Reserve Banking yang diamalkannya wujud berdasarkan sistem wang Fiat yang berdiri atas riba’ dan tidak bagus untuk ekonomi orang Melayu. Kita akan menghujahkan ini pada seksyen seterusnya.


2.1   Satu Prinsip Wang Fiat – Kerugian melalui Seigniorage

Salah satu prinsip wang Fiat adalah Seigniorage (perbezaan nilai wang dengan kos menerbitkan juga mengedarkannya) untuk wang Fiat menguntungkan pengguna pertama wang.  Oleh kerana wang Fiat tidak disandarkan pada emar atau apapun yang bernilai, ia murah untuk dihasilkan tetapi membawa kuasa beli yang diterbitkan dari udara kosong. Kuasa membeli yang diterbitkan secara murah inilah yang dikejar oleh pencetak wang palsu. Tetapi apabila bank-bank menerbitkan mata wang sendiri, mereka mendapat Seigniorage ini. Penerbitan wang Fiat yang dibuat mereka membawa bersama kuasa membeli yang dicipta dengan cara mencukai keseluruhan ekonomi melalui inflasi. Tidak difahami ramai bahawa hak untuk menerbitkan wang Fiat secara efektiknya memberikan pemilikan hasil bumi negara dan aset-aset ke tangan bank-bank. Kami telah berhujah dalam Meera (2005, merujuk pada kertas lama penulis) bahawa penerbitan wang Fiat itu sendiri adalah riba’ dan ia berlawanan dengan Maqasid al-Shari’ah. Maka itu negara-negara boleh kerugian melalui Seigniorage jika mereka membenarkan wang Fiat dari negara lain atau nota terbitan institusi persendirian untuk digunakan sebagai wang di tanah mereka.

Kedua, bank-bank mengeluarkan wang Fiat yang dicipta secara bebas sebagai pinjaman – kepada individu, perniagaan dan kerajaan – yang membawa cas riba’ berganda (compound interest charges). Dan riba’ adalah dikutuk sekuatnya dalam Islam.

Maka itu, apabila bank-bank terawal di Semenanhung diasaskan lalu mengeluarkan nota bank sendiri dengan riba’, kebanyakan jika tidak semua orang Melayu, pedagang Arab dan India Muslim tidak mahu terlibat langsung dengannya. Tetapi, baik mereka mahupun para pemimpin Islam tidak menghentikan aktiviti ini di tanah mereka. Pada pendapat kami, ini adalah kesilapan terbesar dibuat pemimpin Melayu Islam zaman itu merujuk pada prinsip penggunaan wang dalam Islam. Kesannya begitu nyata pada keadaan sosio-ekonomi-politik orang Melayu sekarang.


2.2 Keterasingan dari Kewangan dan Pengurangan Berterusan Keterlibatan Kewangan Relatif

Pengeluaran wang Fiat dengan riba’ oleh bank-bank awal dan pihak berkuasa mengasingkan secara total orang Islam awal – Melayu, India dan pedagang Arab – dari berurusan dengan bank. Ini adalah keterasingan kewangan sistemik orang Islam. Maka itu kami dapati pada zaman itu, akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20 telah menyaksikan kebanjiran pendatang Cina ke Tanah Melayu yang selesa dengan sistem wang Fiat berdasarkan riba’. Jadi, kebanyakan wang Fiat yang baru diterbitkan pergi kepada kumpulan ini. Fenomena ini secara sistematik malah berterusan meningkatkan keterlibatan kewangan pedagang Cina sementara secara berterusan mengurangkan keterlibatan kewangan relatif kumpulan Islam. Fenomena ini terus ditonjolkan dengan fakta bahawa masyarakat Cina memiliki kecenderungan untuk mengitarkan wang di kalangan komuniti sendiri.

Maka itu wang Fiat berdasarkan riba’ telah, dalam sejumlah dekad, mengurangkan keterlibatan kewangan orang Melayu, India Muslim dan pedagang Arab dan pada masa yang sama meningkatkannya pada masyarakat Cina. Fenomena ini telah berlangsung secara eksponensial kerana wang Fiat berdasarkan riba’ berkembang secara eksponensial. Maka itu melalui struktur sistem kewangan sahaja, kewangan relatif dan kekayaan orang Melayu, India Muslim dan pedagang Arab harus berkurangan secara eksponential, sementara ia berkembang bagi masyarakat Cina. Tentunya, dengan peningkatan kekayaan dan duit, masyarakat Cina boleh terus mengembangkan perniagaan, meneroka peluang baru, menghantar anak-anak mereka untuk pendidikan berprestij di luar negara dan lain-lain. Sungguh, kebanyakan orang Melayu tidak memiliki pun akaun simpanan bank hingga ke 1970an (pegawai dahulu cuma menerima cek tunai, setelah kerajaan ‘meyakinkan’ mereka tiada riba’ dalam Bank Simpanan Nasional (BSN) yang merupakan institusi kewangan yang tidak mencipta wang daripada udara kosong melalui sistem Fractional Reserve Banking, baru mereka mula menyimpan di bank). Ini menunjukkan lamanya tempoh keterasingan kewangan orang Melayu, India Muslim dan pedagang Arab berlangsung.


3.0  Kesan Sosio-ekonomi-politik  akibat Keterasingan Kewangan yang Berpanjangan

Wang Fiat membawa lari kekayaan penduduk asal, dalam contoh kita, kekayaan orang Melayu, dengan cara mencipta inflasi dalam sistem. Maka itu sekarang setelah 150 tahun penubuhan bank-bank terawal di Malaysia, tidak sedikit kekayaan, terutama tanah, telah diambil alih dari tangan orang Melayu. Orang Melayu kini begitu tempang dari segi ekonomi, dengan kebanyakan mereka menduduki tempat ke bawah tangga ekonomi, ramai pula jatuh ke dalam kategori miskin. Maka itu, seperti boleh dijangka, masalah sosio-ekonomi seperti tiada pekerjaan, jenayah, ketagihan dadah, mat rempit, pencapaian akademik rendah dan lain-lain  adalah secara relatifnya tinggi dalam kumpulan ini. Terdapat jurang yang luas dalam  pendapatan relatif dan pengagihan kekayaan antara orang Melayu, orang Cina dan lain-lain dengan masyarakat Cina menikmati bahagian kek ekonomi yang lebih tinggi dan tidak seimbang. Tidak dinafikan masyarakat Cina adalah masyarakat perniagaan yang kuat bekerja tetapi ia menguasai kebanyakan perdagangan yang terlalu dibantu struktur perbankan dan sistem kewangan dengan sedikit sahaja perbezaan kemahiran, produktiviti buruh dan kepintaran perniagaan. Pada dasarnya,peralihan kekayaan yang sangat besar telah berlangsung sehingga sekarang, dibiayai hanya melalui inflasi.

 Rajah 1 di bawah memberikan anggaran bekalan wang di Malaysia yang diwujudkan oleh bank-bank komersial dalam bentuk pinjaman, pada tempoh 1973 hingga 2011. Perhatikan perkembangan eksponensial yang ditunjukkan graf. 

    





Data Bank Negara menunjukkan jumlah Broad Money, M3, pada tahun 2011 adalah RM1.24 trillion (Broad Money adalah ukuran sejumlah instrumen yang berfungsi seperti/sebagai wang, misalnya demand deposit, satu bentuk dana bank, M3 adalah sejenis piawaian untuk menentukan apakah instrumen yang boleh diliputi sebagai Broad Money, seperti duit kertas, syiling dan akaun bank perseorangan juga akaun syarikat). Dari jumlah ini RM53.49 billion adalah mata wang dalam kitaran (dalam bentuk fizikal, duit kertas dan syiling). Perbezaannya, RM1.19 trillion adalah anggaran wang sedia ada yang diwujudkan oleh bank-bank komersial daripada udara kosong semata, melalui Fractional Reserve Banking (yang membenarkan dana atas kertas diwujudkan berkali ganda berbanding nilai sebenar deposit atau simpanan wang dalam pegangan bank lalu dijadikan pinjaman yang memberikan pulangan tinggi berdasarkan riba’). Pada tahun 1973 jumlahnya cuma RM6.6 billion, membayangkan bahawa kadar perkembangan penciptaan wang oleh bank-bank komersial adalah 14.7 peratus setiap tahun. Isunya adalah siapakah yang mendapat faedah daripada jumlah wang hampir tidak masuk akal yang diterbitkan oleh bank-bank komersial itu? Apakah ia telah diagihkan secara saksama untuk semua kaum? Tatacara yang mana jumlah bekalan wang diagihkan pada semua boleh menunjukkan tahap keterlibatan kewangan setiap kaum. Mungkin Bank Negara Malaysia boleh memberikan pencerahan.

Penguasaan ekonomi oleh masyarakat Cina juga membawa pada peningkatan kehadiran politik mereka dalam negara.


3.1  Penglibatan orang Melayu dan Islam dalam Transaksi Kewangan berdasarkan Riba’

Ketempangan berterusan yang ditimpakan wang Fiat berdasarkan riba’ terhadap orang Melayu, India Muslim dan pedagang Arab telah menyebabkan kumpulan ini akhirnya terlibat di dalam transaksi kewangan berdasarkan riba’. Untuk terus aktif dalam perdagangan menurut arus zaman, peniaga Muslim harus mengalah, misalnya dengan membuat deposit dan membuka akaun bank. Di bawah sistem Fractional Reserve Banking, ini membenarkan bank-bank untuk mengeluarkan pinjaman berdasarkan riba’ kepada orang lain berkali ganda nilai deposit asal.

Disebabkan sifat tidak Islami bank, pemilikan dan pengurusan bank secara semulajadi dikuasai orang bukan Islam. Maka itu orang Islam secara am, pedagang atau lain darinya, cuma menjadi ‘mangsa’ sistem sebegini. Pengwujudan wang Fiat (yang bermakna duit tanpa sandaran) menyebabkan inflasi dalam ekonomi, yang mana harus ditanggung semua orang tidak kira samada mereka pernah berurusan dengan bank atau tidak. Maka itu, sambil menghadapi sedikit demi sedikit keterasingan (terkeluar dari penglibatan aktiviti) ekonomi, orang Melayu dan Islam harus menanggung beban inflasi. Apapun, keterasingan ekonomi yang begitu lama perlahan-lahan memaksa orang Melayu dan pedagang Islam lain untuk terlibat sama dalam transaksi kewangan berdasarkan riba’ demi survival ekonomi. Ramai yang mula mengambil pinjaman untuk  pembelian rumah, kenderaan dan pembiayaan perniagaan. Ramai juga mula mendapat kerja di bank-bank. Di bawah sistem perbankan sekarang, sejumlah daripada pengerusi dan ketua pegawai operasi bank-bank konvensyional adalah orang Melayu. Secara dasarnya mereka mula ‘tidak peduli’ tentang sesuatu yang sangat dilarang dalam agama.


3.2 Pejabat Pemberian Pinjaman – Penabal Raja dalam Sistem Fractional Reserve Banking

Tatkala bank pusat mengawal keperluan fractional reserve (rizab pecahan?) untuk bank-bank konvensyional, sesungguhnya pejabat pemberi pinjaman (loan office) sesebuah bank adalah tempat di mana wang dicipta daripada udara kosong lalu diagihkan kepada siapa yang dirasakan layak. Maka itu, seseorang boleh melihat permainan politik dalam bank-bank untuk mengawal pejabat pinjaman. Hak untuk menerbitkan wang daripada udara kosong adalah satu kuasa tertinggi yang dinikmati pegawai pemberi pinjaman. Kuasa ini tidak dimiliki secara langsung walau oleh seorang perdana menteri.

Seperti disebut lebih awal, sejumlah jawatan tinggi pengurusan dalam bank-bank konvensyional dipegang oleh orang Melayu. Namun, ini malah pemilikan bank pun tidak begitu berfaedah. Apa yang paling berfaedah adalah siapa yang mendapat duit yang baru dicipta dan ini adalah di bawah kawalan terus pegawai pemberi pinjaman. Sesungguhnya mereka adalah ‘penabal raja-raja’ atau king maker dalam sistem Fractional Reserve Banking.

Oleh itu, disebabkan signifikannya kesan sosio-ekonomi-politik  wang Fiat, komposisi kaum adalah paling penting untuk pegawai menilai dan membenarkan pinjaman. Walaupun kita boleh beranggapan mereka akan bertindak secara profesional dalam membuat kerja, hakikatnya tidak semestinya begitu. Namun begitu, sejak awal lagi jumlah pegawai pinjaman Melayu dan Islam adalah terlalu kecil disebabkan sifat semulajadi bank berdasarkan riba’.

Keadaan ini membawa kepada kawalan terhadap pejabat pemberi pinjaman, kecenderungan untuk mengitarkan wang dalam komuniti sendiri dan undang-undang yang menghadkan liabiliti. Kami berpendirian bahawa komuniti perniagaan Cina mendapat bahagian paling besar daripada wang yang dicipta sesuka hati lalu membawa kepada keterlibatan kewangan relatif mereka yang sentiasa berkembang. Sesungguhnya inilah kuasa sebenar di belakang kenaikan masyarakat Cina berbanding komuniti lain dan penguasaan mutlak mereka terhadap ekonomi negara. Tetapi, perhatikan bahawa masyarakat Cina mencapai ini menurut lunas undang-undang.


3.3        Kek Ekonomi yang Mengecut buat orang Melayu dan lain-lain

Sementara kekayaan orang Cina meningkat secara rata akibat sokongan sistem kewangan, kek ekonomi untuk orang Melayu dan kaum lain mengecut menurut keadaan. Graf pada Rajah 1 menunjukkan trend ini bersifat eksponensial. Ketidakseimbangan yang begitu menjolok mata dalam pengagihan kekayaan di kalangan kaum tersebut menyebabkan satu siri masalah sosio-ekonomi-politik  terbit. Kami menyifatkan jurang ini berlaku akibat rusuhan kaum 13 Mei 1969. Walaupun selepas itu orang Melayu dapat mengekalkan pegangan kekuasaan politik, ketidakseimbangan dalam pengagihan kekayaan terus berkembang di bawah status quo perbankan yang dikekalkan. Sesungguhnya kebanyakan bandar dan kawasan sekitarnya sekarang ‘dimiliki’ masyarakat Cina. Ambil Pulau Pinang sebagai contoh. Sementara suatu masa dahulu ia dimiliki sepenuhnya oleh orang Melayu, sekarang pulau itu secara praktiknya telah hilang dari tangan mereka. Ini sesungguhnya didorong secara sistematik melalui perlaksanaan sistem perbankan dan kewangan. Cerita serupa melanda Johor Bahru, Kuala Lumpur, Ipoh dan bandar raya juga bandar-bandar lain. Perhatikan harga hartanah yang melonjak tinggi di kawasan bandar. Fenomena ini tidak sahaja menolak orang Melayu dan penduduk asli keluar dari kawasan bandar malah menerbitkan satu rintangan tidak nampak yang menghalang kemasukan ke bandar. Dan tentunya semua ini memiliki implikasi politik.


3.4        Peningkatan Korupsi di kalangan Pegawai Kerajaan berbangsa Melayu

Dalam tempoh beberapa dekad kebelakangan kita sering dapat mendengar aduan-aduan dari orang awam mengenai peningkatan korupsi di kalangan pegawai kerajaan yang lazimnya orang Melayu. Kami menyifatkan ini juga kerana ketidakseimbangan dalam pengagihan kekayaan di kalangan kaum. Ini kerana orang Melayu memegang kuasa dan kedudukan politik, bangsa lain memiliki kelebihan dalam perniagaan dan kekayaan – resepi ranum untuk pemberian dan penerimaan rasuah. Pegawai Melayu yang memegang kuasa tetapi lebih rendah taraf ekonominya lebih senang tergoda untuk menerima rasuah demi menyaingi kesejahteraan ekonomi rakan yang lebih kaya. Kami tidak membenarkan rasuah di sini. Sesungguhnya ia adalah satu perbuatan khianat kepada negara, setiap penerima dan pemberi rasuah kedua-duanya bersalah. Adalah menyedihkan apabila diperhatikan jurang perbezaan pemilikan kekayaan dapat mengubah sifat orang Melayu yang dahulunya tinggi keagamaan dan nilai etik.


3.5   Tindakan Afirmatif untuk Melawan Ketidakseimbangan dalam Kekayaan dan Pendapatan

Mantan perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad diketahui telah mengambil sejumlah langkah afirmatif untuk melawan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum, terutamanya langkah yang memihak kepada Bumiputra. Antaranya, beliau menghantar jumlah besar pelajar Melayu ke luar negara di bawah Pelan Ekonom Baru, bawah panji-panji untuk menaikkan status sosio-ekonomi Bumiputra, dengan harapan mereka akan kembali membawa kemahiran pendidikan dan sosio-ekonomi yang lebih bagus. Sesungguhnya dasar ini membawa pulangan dan mewujudkan satu kelompok terhormat Bumiputra berpendapatan tinggi dan sederhana. Juga, beliau menswastakan beberapa badan kerajaan dengan harapan dapat mewujudkan sejumlah peniaga tinggi Melayu yang boleh menyaingi kawan mereka dari bangsa lain, terutama orang Cina, jika tidak pun menyaingi mereka dari segi jumlah.

Malangnya, kek ekonomi untuk orang Melayu dan Bumiputra lain yang mengecut membuatkan kerajaan tidak mampu untuk mengekalkan dasar afirmatif tersebut. Sejumlah orang Melayu dan Bumiputra lain terpaksa dipinggirkan. Ini nampaknya telah juga menerbitkan sejumlah ahli politik Melayu dan peniaga kaya-raya pentingkan diri yang lupakan bangsa. Mereka mengumpulkan kekayaan dan kekuasaan ekonomi untuk diri sendiri sahaja.


3.6  Kesan-kesan Politik

Semua natijah wang Fiat di atas seterusnya memberikan kesan-kesan politik. Kami bertegas di sini bahawa pengecutan ekonomi perlahan tetapi berterusan orang Melayu itulah yang menyebabkan ramai menyokong parti-parti politik pembangkang, sesuatu yang sangat nyata dalam pilihanraya lepas, dengan harapan parti-parti ini dapat menolong mengatasi masalah ekonomi mereka.  Tetapi disebabkan struktur perbankan sekarang masih berkuatkuasa, parti pembangkang juga tidak akan dapat menyelesaikan masalah mereka. Orang Cina pula sebaliknya sedaya upaya menyokong pembangkang, bukan kerana keciciran ekonomi tetapi melihat  peluang seumur hidup muncul untuk mendapatkan lebih kawalan yang juga boleh membawa mereka pergi jauh dalam perjalanan untuk mencapai penguasaan politik ke atas negara.


4.0  Menangani Akar Permasalahan dengan Dasar Proaktif dan Afirmatif

Untuk semua pemerhatian di atas, terutama tentang kejatuhan sosio-ekonomi orang Melayu di Malaysia, kami mahu menunjukkan jari pada sektor perbankan sebagai masalah akar. Ini kerana sektor itulah yang mencipta jurang luas pendapatan dan pengagihan kekayaaan antara kaum melalui pengagihan tidak saksama jumlah besar wang Fiat yang diwujudkan sesuka hati. Pengwujudan wang Fiat oleh sektor perbankan sesungguhnya adalah ‘hadiah’ yang begitu menjolok mata apabila diberi di bawah undang-undang liabiliti terhad (sila rujuk artikel kami “Fiat Money and Interest Groups” yang muncul dalam  majalah THE EDGE, 1 April 2013, muka surat 56) berbanding saguhati jaminan kerajaan yang diberikan kepada Bumiputra, bertujuan untuk membantu mereka melalui segala macam ujian dan tekanan akibat penyingkiran ekonomi.

Sekarang adalah masa untuk kerajaan menghentikan dan menterbalikkan trend ketidaksamaan teruk dalam pengagihan kekayaan nasional di kalangan kaum, disebabkan sektor perbankan yang kini sudah memakan tempoh seabad setengah. Kerajaan harus mengambil berat tentang ketidaksamaan ini menggunakan data yang boleh didapati dari Bank Negara atau terus mengambil langkah-langkah proaktif. Antara dasar segera yang kami selalu sarankan adalah memiliknegarakan (nationalisation, menjadikannya milik kerajaan) semua bank komersial demi menghentikan dengan segera trend memusnahkan ini. Memiliknegarakan bank boleh juga menolong  mengatasi defisit belanjawan kerajaan kerana duit yang dicipta daripada udara kosong menjadi milik awam berbanding pemilikan persendirian seperti dalam kes sekarang. Ini adalah keutamaan tertinggi dan sangat sangat penting. Ia adalah juga resolusi utama Persidangan ke-3 Tahunan Dunia tentang Riba’, 2012. Di Amerika Syarikat, usaha diperjuangkan Institut Perbankan Awam pimpinan Ellen Brown (penulis buku “The Web of Debt”). Beliau sering merujuk pada Dakota Utara yang memiliki perbankan awam, satu-satunya negeri dalam AS yang tidak mengalami masalah kewangan ketika berlakunya kegawatan ekonomi AS sekarang.

Untuk menterbalikkan proses, dasar-dasar boleh meliputi sebagai contoh, pengwartaan secara rasmi penggunaan hasil minyak dan gas kerajaan untuk menolong mereka yang ekonominya ketinggalan  dari semua kaum. Ini dijangka harus termasuk sebilangan besar orang Melayu, Bumiputra lain, orang India dan sejumlah orang Cina yang keciciran.

Kami percaya bahawa melalui dasar-dasar sedemikian, kekayaan nasional boleh diagihkan dengan lebih saksama kepada semua bangsa. Ini seterusnya akan menggalakkan ekonomi yang lebih stabil dan rancak, membawa kembali perpaduan orang Melayu, menempa keharmonian kaum, menyusutkan rasuah secara signifikan juga tahap jenayah dan seterusnya menggalakkan keamanan dan kesejahteraan untuk semua. Hanya setelah kita menyelesaikan ini dan sewajarnya meratakan padang permainan ekonomi baru kita boleh bercakap tentang meritokrasi dan seterusnya. Kalau tidak, dengan dinamik sedia ada yang melanda kita semua, orang Melayu dan penduduk asal tempatan kemungkinan besar akan menjadi ‘hamba’ di negara sendiri.

Orang Melayu membenarkan mereka dikuasai secara ekonomi walaupun memiliki kuasa politik hanya kerana mereka adalah orang yang sangat bertolak ansur, dibentuk oleh kepercayaan agama. Cuba pertimbangkan kalau peranan diterbalikkan, misalnya jika negara ini awalnya dihuni bangsa lain, dan orang Melayu adalah pendatang yang kemudian meraih kekuasaan ekonomi. Apakah bangsa lain akan bertolak ansur seperti dibuat orang Melayu selama ini?

Dipendekkan cerita, oleh itu kerajaan perlu mengambil tindakan-tindakan proaktif untuk memastikan kekayaan tanah ‘susu dan madu’ ini dapat diagihkan lebih saksama, dengan cara meningkatkan keterlibatan orang Melayu and pihak lain yang terkesan demi membawa negara ini ke hadapan menuju pencapaian taraf negara maju pada 2020.


5.0  Kesimpulan

Secara ringkas, penubuhan bank-bank persendirian pada permulaan 1860an, dan kemudian Badan Pesuruhjaya Mata Wang Malaya, dan seterusnya Bank Negara Malaysia yang mengamalkan perbankan komersial berdasarkan fractional reserve, kesemuanya boleh menerbitkan wang daripada udara kosong, adalah permulaan proses mencengkam membawa kepada ‘kebinasaan’ ekonomi orang Melayu, penduduk setempat dan pedagang Islam. Pengenalan nota bank Fiat oleh bank-bank awal di bawah sistem berdasarkan riba’ tidak memihak pada orang Melayu mahupun pedagang Islam. Ini adalah kerana pengambilan dan pemberian riba’ dilarang dalam agama. Pada mulanya, orang Islam tidak mahu bekerja langsung dengan bank. Maka itu sewajarnya, struktur perbankan memihak kepada bukan Islam, terutama orang Cina yang meliputi komuniti perniagaan yang luas. Ini melonjakkan kemewahan ekonomi dan tahap pendidikan orang Cina jauh melebihi orang Melayu dan kaum-kaum lain.

Oleh itu, pengwujudan wang Fiat oleh entiti-entiti di atas menyebabkan pengecutan sistematik keterlibatan kewangan relatif bagi orang Melayu, penduduk tempatan dan para pedagang Islam. Pinjaman berdasarkan riba’ memburukkan lagi  keterasingan kewangan.  Ini telah menyebabkan kekayaan amat besar dapat dipindahkan dari tangan orang Melayu melalui inflasi. Ia juga membawa pada kekurangan ekonomi yang terus melanda hingga kini. Seterusnya, ini menerbitkan kesan-kesan sosio-ekonomi-politik yang kita lihat di Malaysia sekarang.

Sekarang terpulanglah pada kerajaan, NGO-NGO dan orang ramai untuk mengambil langkah yang perlu demi memperbetulkan keadaan.




Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera
Dekan
Institut Kewangan dan Perbankan Islam
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia





Monday, July 08, 2013

Terhencot-hencot ke Tanah Bugis - Sheikh Yusuf dan pertentangan antara Sultan Hasanuddin dengan Arung Palakka

Subhanallah. Malam ini selepas Maghrib proses melihat anak bulan untuk menandakan masuknya bulan Ramadhan akan dibuat. Namun menurut perkiraan falak, kita cuma akan mula berpuasa hari Rabu. Sebelum itu saya mahu menamatkan bahagian awal penceritaan perjalanan ke Makassar-Tanah Bugis 3-12 Mei. Nanti akan diceritakan kenapa ada bahagian awal ya. Dan kalau ada bahagian awal, tentu ada bahagian kemudian bukan? Sekarang biarlah cerita disambung dari artikel Terhencot-hencot ke Tanah Bugis - Fort Rotterdam dan 'gegaran' Muzium La Galigo.


Tengah hari Ahad 5 Mei 2013 kami keluar lagi untuk melawat tempat-tempat.


Sasaran kami adalah ke timur, luar kota Makassar.


Kami mahu ke kota kecil Sungguminasa di mana terdapat beberapa peninggalan penting kerajaan lama Gowa.


Kami mulakan dengan melawat sebuah istana lama yang telah dijadikan muzium.


Dalam istana terjumpa sebuah buku dengan lukisan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah sebagai penghias. Saya tidak hairan kerana  tahu Najib dan bapanya Tun Razak berasal dari keturunan Sultan Abdul Jalil, raja Gowa yang ke-19. Cuma saya kurang berkenan Rosmah turut ditonjolkan. Buku ini menceritakan sedikit sebanyak sejarah kerajaan Gowa terutama tentang raja tersebut diikuti bagaimana seorang putera kerajaan yang dikenali sebagai Karaeng Haji telah berhijrah ke Pahang sekitar tahun 1720an lalu menerbitkan keturunan yang sampai pada Tun Razak. 

Kebetulan hari itu orang Malaysia sedang sibuk membuang undi untuk PRU-13. Saya dan isteri tidak mempedulikan sangat kecuali berharap apa pun keputusannya biarlah ia yang terbaik untuk bangsa Melayu dan Islam. Yang penting jangan sampai bangsa lain dapat memegang tampuk pemerintahan. Walaupun ada mengatakan mustahil ini boleh berlaku kerana perlembagaan menghalang orang bukan Melayu menjadi pemerintah tertinggi, secara efektif dan praktikal ia telah pun berlaku buat beberapa lama. Ini akibat terlalu sangat mahu menjadi hati orang sehingga sanggup meminggirkan bangsa sendiri.. Selain itu terdapat para pemimpin Melayu yang senang dibeli wang ringgit dan mudah diugut mengikut kata bangsa lain kerana ada kes tidak patut menjadi jerangkung dalam almari, skeletons in the closet...


Adapun kerajaan Gowa pernah menjadi kerajaan terbesar di Pulau Sulawesi, memegang jalur perdagangan di sekitar pulau menjangkau ke beberapa tempat. Menurut peta dalam istana merangkap muzium ini pengaruhnya meluas ke separuh Kalimantan membawa ke pulau-pulau di timur Jawa dan barat Papua.


Beginilah keadaan orang kecederaan kaki seperti saya. Apabila sudah penat bertongkat berjalan sebelah kaki saya harus berhenti rehat. Alangkan berdiri bertongkat hendak meneliti pameran pun boleh memenatkan apatah lagi apabila harus berjalan turun naik tangga dan sebagainya. Nasib baik di sini boleh duduk malah berbaring pun orang tak kisah. Lihat artikel Muzium (Museum of) Balla Lompoa di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).

Hmm. Ketika menulis ayat ini sudah masuk jam 5.11 petang. Dah terasa penat pula menulis - untuk membuat artikel ini saya telah terlebih dahulu menyediakan 8 artikel sokongan di blogspot tersebut. Nampaknya saya harus bertukar suasana buat sejam dua. Insyaallah malam karang saya akan sambung cerita... :]


OK. Menyambung penulisan jam 8.44 malam. Tadi Pemegang Cap Mohor Raja-raja telah mengumumkan 1 Ramadhan secara rasminya jatuh pada hari Rabu. Sesuailah cerita disambung dengan lawatan ke tempat seterusnya, makam seorang ulamak hebat Alam Melayu abad ke-17 yang juga dikatakan seorang wali besar.


Beliau adalah Sheikh Yusuf Makassar, seorang kerabat diraja Gowa yang memilih jalan keagamaan. Menurut cerita yang saya tahu beliau pernah bersama Tok Pulau Manis dari Terengganu, Sheikh Muhyi Pamijahan dari Jawa Barat dan Sheikh Burhanuddin Ulakan dari Minangkabau berguru dengan Sheikh Abdul Rauf Singkel, ulamak dan wali besar Aceh yang juga dikenali sebagai Syiah Kuala. Difahamkan selepas atau ketika berguru dengan Syiah Kuala ketiga-ketiga berjaya mencapai taraf wali. Untuk maklumat lanjut biar saya copy paste dari Internet...


----------------


Syeikh Yusuf dilahirkan pada 3 Julai 1626 di Makasar. Nama ringkasnya Muhammad Yusuf dan gelarannya Syeikh Yusuf Abdul Mahasin Hidayatullah Tajul Khalwati Al-Magasyari (Syeikh Yusuf yang empunya pelbagai macam kebajikan, Anugerah Allah, Mahkota Khalwatiyah, anak Makasar). Gelaran “Syeikh” diterimanya kerana telah diberi izin oleh gurunya mengajar tarikat Ilmu Tasawuf kepada orang lain, setelah lulus dan mencapai darjat yang tinggi dalam Tarikat Khalwatiyah. Gurunya telah memberikan gelaran Tajul Khalwatiyah.

Syeikh Yusuf adalah keturunan daripada keluarga bangsawan. Beliau dilahirkan setelah kira-kira 23 tahun keluarga Kerajaan Makasar memeluk Islam dengan rasminya pada tahun 1603. Sejak kecil lagi beliau telah diajar hidup secara Islam, belajar al-Quran, fikah dan ilmu bahasa Arab, tetapi kecenderungannya ialah kepada Ilmu Tasawuf. Di samping itu, sebagaimana bangsawan Makasar yang lain, beliau juga belajar ilmu peperangan.

Setelah tamat pelajarannya di Makasar, Syeikh Yusuf mencari guru di luar negeri pula. Beliau meninggalkan negerinya pada 22 September 1645, menumpang sebuah kapal dagang kepunyaan orang Portugis dan pergi ke Bantam (Jawa Barat). Di situ beliau sangat dihormati kerana ketinggian ilmu pengetahuannya, di samping beliau juga bersahabat dengan guru-guru di tempat tersebut. Pada masa inilah Syeikh Yusuf bersahabat dengan Putera Mahkota bernama Tirtajasa yang kemudiannya menjadi Sultan Bantam.


Dari Bantam, Syeikh Yusuf pergi pula ke Acheh dan belajar daripada ulama besar Syeikh Nuruddin ar-Raniri pada zaman pemerintahan Sultanah Tajul Alam (balu Sultan Iskandar Thani). Daripada Syeikh Nuruddin, beliau mendapat ijazah Tarikat Qadariyah.


Setelah belajar di Acheh, Syeikh Yusuf meneruskan pelajarannya ke Yaman dan mendapat ijazah Tarikat Naqshabandiyah. Di Zubaid (salah sebuah tempat di Yaman), beliau menerima ijazah Assadah Al-Baalawiyah. Dari situ beliau pergi ke Mekah dan menunaikan fardu haji. Kemudian terus ke Madinah dan menerima ijazah Tarikat Shatariyah. Dari Madinah, Syeikh Yusuf pergi pula ke Syam untuk belajar dan menerima ijazah Tarikat Khalwatiyah. Syeikh tarikat itu adalah imam di Masjid Shaikhal Akhbar Muhyidin Ibnu Arabi di Damsyik. Beliaulah yang memberi gelaran Tajul Khalwatiyah kepada Syeikh Yusuf kerana pengetahuannya dan darjat yang tinggi dalam tarikat itu. Setelah itu ada juga cerita yang mengatakan Syeikh Yusuf telah pergi ke Istanbul. Pengembaraannya untuk mendalami ilmu pengetahuan ini telah memakan masa selama lebih kurang 22 tahun.


Setelah cukup pelajarannya, Syeikh Yusuf pun kembali ke Makasar untuk mengembangkan ilmunya. Tetapi beliau mendapati negerinya telah dijajah Belanda setelah Sultan Hassanudin kalah dan menandatangani Perjanjian Bongaya pada 18 November 1667. Beliau cuba mengadakan reformasi moral di Makasar mengikut ajaran Islam kerana pada pandangannya moral yang sedia ada itu telah menyebabkan rakyat menjadi lemah. Beliau telah mengadap Sultan supaya melarang orang meminum arak, berjudi dan melakukan maksiat-maksiat yang lain. Sultan tidak bersetuju dengan saranannya itu dengan alasan bahawa kebiasaan itulah yang membuat orang-orang Makasar menjadi perkasa. Syeikh Yusuf berkata dengan terus terang: “Inilah pangkal kejatuhan Makasar. Makasar akan hancur pecah berderai laksana perkapuran ini,” sambil menghempaskan tepak kapur sirih ke lantai hingga hancur.

Setelah rancangannya gagal, beliau telah menumpukan masa untuk mengajar dan memberi ijazah kepada beberapa orang muridnya di samping terus mengembangkan ajaran-ajarannya. Kemudian beliau meninggalkan Makasar walaupun ditahan oleh Sultan dan penduduk negeri itu. Beliau berasa agak terkilan kerana Sultan tidak menyokong usahanya untuk mengadakan reformasi moral itu.

Syeikh Yusuf pergi ke Bantam yang ketika itu di bawah pemerintahan Sultan Ageng Tirtajasa (1651-1662) dan mendapat sambutan yang baik daripada Sultan dan rakyat Bantam. Disebabkan Bantam masih merdeka, perhatian orang kepada agama lebih kuat daripada di Makasar. Sultan Ageng pula amat tertarik akan ilmu tasawuf dan baginda pun mempelajarinya daripada Syeikh Yusuf. Akhirnya, Syeikh Yusuf berkahwin dengan puteri Sultan Ageng. Oleh kerana alim dan luas pengalaman serta pengetahuannya, Syeikh Yusuf telah dilantik oleh Sultan menjadi mufti kerajaan dan penasihatnya dalam urusan pemerintahan. Ilmu peperangan yang dipelajarinya dahulu amat berguna dalam tugas barunya itu.



Sultan Ageng inginkan Bantam menjadi sebuah kerajaan yang besar serta menjadi pembela dan penyebar agama Islam. Untuk memberi pengalaman kepada putera mahkotanya, baginda telah melantik puteranya itu menjadi Sultan Muda. Bagi mengukuhkan semangat keislaman Sultan Muda, baginda telah menyuruhnya pergi menunaikan fardu haji di Mekah dan melawat tempat-tempat tamadun Islam di Timur Tengah termasuk Madinah dan Baitulmaqdis. Sultan Muda juga telah melawat Istanbul dan menjalin hubungan diplomatik dengan Sultan Turki pada tahun 1675.

Setelah berada di luar negeri selama setahun, beliau pun pulang ke Bantam pada tahun 1676 dan terkenal dengan gelaran Sultan Haji. Sekembalinya ke Bantam, beliau mendapati bahawa adiknya, Pangeran Purbaya yang berkahwin dengan anak Perdana Menteri Bantam akan dijadikan putera mahkota. Beliau pun mencari jalan untuk mendapatkan sokongan Belanda supaya terus berkuasa di Bantam. Akhirnya, terjadilah peperangan antara Sultan Haji dengan bapanya, Sultan Ageng. Tentera bapanya diketuai oleh Syeikh Yusuf, manakala tenteranya dibantu oleh tentera Belanda dan orang-orang Kristian Ambon di bawah Kapten Jongker. Oleh sebab mempunyai senjata yang banyak, pihak Belanda berjaya mengalahkan Sultan Ageng dan menawan markasnya di Tirtajasa pada tahun 1682. Sultan Ageng dan Syeikh Yusuf berundur ke pedalaman untuk terus berjuang. Tetapi selepas berjuang selama setahun, mereka telah kehabisan alat-alat dan kelengkapan perang yang akhirnya terpaksa menyerah kalah kepada Belanda pada tahun 1683. Sultan Ageng telah dibuang ke Betawi dan mangkat di situ pada tahun 1695.



Syeikh Yusuf pula telah ´diasingkan´ ke Selon (Ceylon – Sri Lanka sekarang) pada tahun 1683 kerana Belanda bimbang pengaruhnya boleh menaikkan semangat rakyat Bantam bangun menentang kuasa penjajah tersebut. Ketika itu beliau berusia 57 tahun. Di Selon, beliau telah mengajar ilmu tasawuf kepada orang Melayu dan Islam yang lain. Di sini beliau telah mengarang beberapa buah kitab tasawuf untuk panduan pelajar-pelajar atas cadangan seorang ulama tasawuf Hindustan bernama Syeikh Ibrahim bin Michan. Mereka berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Arab.


Kitab-kitab yang dikarang oleh Syeikh Yusuf adalah seperti berikut :


1. At-Tahfatus-Sailaniyah
2. Al-Habul Warid
3. Tahfatul Labib
4. Safinat An-Najat
5. Zubdatul Asrar
6. Tuhfatur Rabbaniyah


Kitab-kitab tersebut juga dihantar kepada bekas murid-muridnya di Makasar dan Bantam melalui jemaah haji yang singgah di Selon dalam perjalanan pulang dari Mekah.

Apabila orang-orang Makasar, Bantam dan Acheh dalam perjalanan pergi atau pulang dari Mekah, mereka selalu singgah di Selon untuk belajar dan menziarahi Syeikh Yusuf. Orang-orang dari Hindustan (India) juga datang belajar kepadanya sehingga namanya menjadi masyhur di benua kecil India. Namanya juga terkenal dan sampai ke pengetahuan Maharaja Moghul, Aurangzeb (1659-1707) yang warak dan telah mengingatkan Belanda supaya menjadi Syeikh Yusuf dengan baik. Kalau tidak, baginda tidak akan memandang ringan perkara itu.

Disebabkan Belanda berasa curiga akan Syeikh Yusuf yang masih dapat memainkan peranan menggalakkan penentangan terhadap mereka di Indonesia melalui para jemaah haji tersebut, mereka pun memindahkan Syeikh Yusuf ke Cape Town, Afrika Selatan pada tahun 1694. Bersama-sama Syeikh Yusuf ialah dua orang isteri dan anak-anaknya serta 94 pengiring dan murid-muridnya. Mereka telah ditempatkan di sebuah kampung bernama Zandfliet. Syeikh Yusuf terus mengajarkan ilmu tasawuf kepada orang-orang Arab dan Hindustan yang berniaga, juga orang-orang Indonesia yang dibuang negeri ke situ. Beliau terus menjadi imam dan menyusun sebuah masyarakat Islam yang lebih teratur. Setelah berada di situ selama lima tahun, beliau menghembuskan nafas terakhir di Earste River, Zanfliet pada 23 Mei 1699 dalam usia 73 tahun.

Empat tahun kemudian, atas desakan pembesar-pembesar, ulama-ulama dan Sultan Makasar, Belanda telah membawa peti jenazah Syeikh Yusuf ke Makasar dan dikebumikan semula di Jongaya, Makasar pada 23 Mei 1703. Bagaimanapun, orang-orang Islam Cape Town masih menghormati kuburnya kerana mereka menganggap di Zanfliet itulah kubur Syeikh Yusuf yang sebenarnya. Sehingga sekarang kubur Syeikh Yusuf dianggap sebagai keramat di kedua-dua tempat tersebut (Cape Town dan Makasar). Wallah hu a´ lam...



------------------------------

Secara rata, menurut sedikit pengetahuan yang saya ada maklumat di atas boleh dipakai kecuali sedikit yang berbeza. Ia menyebut Sheikh Yusuf berguru dengan Sheikh Nuruddin di Aceh sedangkan pada zaman itu, Sheikh Nuruddin yang pernah menjadi ulamak besar telah lama meninggalkan tanah di hujung utara pulau Sumatera itu, Sheikh Abdul Rauf Singkel mengambil alih kedudukan sebagai tokoh agama tertinggi kerajaan sehingga beberapa dekad. Dengan ini biar saya mengambil secebis dari tulisan almarhum Wan Mohd. Saghir yang pernah keluar dalam akhbar Utusan Malaysia, tulisan tentang Sheikh Abdul Rauf...


------------------------


Adapun mengenai Syeikh Yusuf Tajul Mankatsi yang berasal dari tanah Bugis ada riwayat menyebut bahawa beliau juga murid Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri. Riwayat lain menyebut bahawa Syeikh Yusuf Tajul Mankatsi itu adalah sahabat Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri, sama-sama belajar kepada Syeikh Ahmad al-Qusyasyi dan Syeikh Ibrahim al-Kurani.

Walau bagaimanapun, selembar salasilah yang ada pada penulis, yang ditemui di Kalimantan Barat, menyebut Syeikh Yusuf Tajul Mankatsi menerima Tarekat Syathariyah kepada Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri itu. Memang diakui bahawa Syeikh Yusuf Tajul Mankatsi ialah orang pertama menyebarkan Tarekat Syathariyah di Tanah Bugis atau seluruh Sulawesi Selatan.

Bahkan dianggap juga beliau sebagai orang pertama menyebarkan pelbagai tarekat lainnya, di antaranya Tarekat Qadiriyah dan Tarekat Naqsyabandiyah. Tetapi berdasarkan manuskrip Mukhtashar Tashnif Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fanshuri oleh Syeikh Abdur Rauf bin Makhalid Khali-fah al-Qadiri al-Bantani bahawa Syeikh Yusuf al-Mankatsi adalah cucu murid kepada Syeikh Abdur Rauf al-Fansuri, tertulis, “... kerana kata ini daripada Syeikh Yusuf (al-Mankatsi/al-Maqasari) turun daripada Syeikh Muhyuddin Karang (Pamijahan), turun daripada Syeikh Abdur Rauf al-Asyi”.


------------------------


Komen saya tentang tulisan ini pula merujuk pada perenggan terakhir yang menyebut sebuah manuskrip meletakkan Sheikh Yusuf sebagai cucu kepada murid Sheikh Abdul Rauf. Berdasarkan fakta bahawa Sheikh Yusuf hidup 1626-1699 sedangkan Sheikh Abdu Rauf dikatakan lahir 1592 (ada yang kata 1615) dan wafat 1693, kenyataan bahawa Sheikh Yusuf sendiri yang berguru dengan Sheikh Abdul Rauf harus lebih tepat.


Kelihatan dari kaki lima menuju ke dalam bangunan makam adalah Masjid Sheikh Yusuf. Kebiasaan saya apabila keluar mengembara akan singgah ke seberapa banyak masjid yang mungkin. Tapi kali ini saya rasa cukuplah ke makam. Saya tak larat nak jalan bertongkat ke masjud apalagi masih ada beberapa tempat mahu dilawati selepas ini.


Inilah makam Sheikh Yusuf Makassar. Sesungguhnya saya dan isteri sudah lama menyimpan hajat untuk menziarahinya. Alhamdulillah, pada Ahad itu, pada 5/5/13, ketika orang di Malaysia sedang membuang undi untuk PRU-13 kami akhirnya sampai lalu mengambil peluang mendoakan kesejahteraan Malaysia dengan wasilah Sheikh Yusuf. Lihat artikel Makam (Tomb of) Sheikh Yusuf Makassar.


Dari makam kami melalui jalan hadapan melepasi satu kawasan yang nampaknya dilanda banjir...


Jalan yang sama membawa ke sebuah masjid lama.


Ia adalah masjid tua Tatangka, tercatat sebagai masjid tertua di Sulawesi Selatan. Kami ingin masuk bersolat tetapi ketika itu masjid berkunci. Jadi kami cuma bersolat di serambi luar.


Setelah duduk agak lama tetapi masjid masih lagi terkunci, kami meneruskan perjalanan ke tempat lawatan seterusnya. Kereta mendaki bukit yang boleh kelihatan dari tepi masjid. Di puncak bukit ada satu lagi tinggalan penting kerajaan lama Gowa.


Ia adalah Kompleks Makam Sultan Hasanuddin merujuk pada satu nama besar dalam sejarah Bugis-Makassar. Lihat artikel Makam (Tomb of) Sultan Hasanuddin juga Makam raja-raja Gowa (Tombs of the rulers of Gowa. Walaupun di sini terdapat makam beberapa orang lagi raja Gowa termasuk Sultan Abdul Jalil, moyang pada Datuk Najib dan Tun Razak, nama Sultan Hasanuddin lebih terserlah kerana terkenal melawan penjajahan Belanda ke atas Makassar dan Tanah Bugis. Ini merujuk pada usaha awal penjajahan yang bermula nyata tahun 1660an. Biar dicopy paste lagi maklumat dari Internet...


------------------------


Sultan Hasanuddin lahir di Makasar, merupakan putera kedua dari Sultan Malikussaid, Raja Gowa ke-15. Sultan Hasanuddin memerintah Kerajaan Gowa, ketika Belanda yang diwakili Kompeni sedang berusaha menguasai perdagangan rempah-rempah. Gowa merupakan kerajaan besar di wilayah timur Indonesia yang menguasai jalur perdagangan.

Pada tahun 1666, di bawah pimpinan Laksamana Cornelis Speelman, Kompeni berusaha menundukkan kerajaan-kerajaan kecil, tetapi belum berhasil menundukkan Gowa. Di lain pihak, setelah Sultan Hasanuddin naik takhta, ia berusaha menggabungkan kekuatan kerajaan-kerajaan kecil di Indonesia bagian timur untuk melawan Kompeni.

Pertempuran terus berlangsung, Kompeni menambah kekuatan pasukannya hingga pada akhirnya Gowa terdesak dan semakin lemah sehingga pada tanggal 18 November 1667 bersedia mengadakan Perdamaian Bungaya di Bungaya. Gowa merasa dirugikan, karena itu Sultan Hasanuddin mengadakan perlawanan lagi. Akhirnya pihak Kompeni minta bantuan tentara ke. Batavia. Pertempuran kembali pecah di berbagai tempat. Sultan Hasanuddin memberikan perlawanan sengit. Bantuan tentara dari luar menambah kekuatan pasukan Kompeni, hingga akhirnya Kompeni berhasil menerobos benteng terkuat Gowa yaitu Benteng Sombaopu pada tanggal 12 Juni 1669. Sultan Hasanuddin kemudian mengundurkan diri dari takhta kerajaan dan wafat pada tanggal 12 Juni 1670.



Puas melawat makam kami kembali ke masjid tua. Selepas berehat beberapa lama baru datang orang membuka pintu sebagai persediaan untuk solat jemaah Asar.


Saya pun masuk ke dalam mengambil gambar. Lihat Masjid tua (Old mosque of) Katangka. Selepas itu saya berehat di mihrab yang katanya memiliki keajaiban - semua orang boleh masuk berdiri tegak di dalamnya tak kira berapa tinggi walaupun siling mihrab agak rendah. Seolah-olah ia boleh berubah mengikut ketinggian orang yang masuk ke dalam. Oh, lupa pula. Di sebelah masjid ada satu kawasan pemakaman. Tapi saya setakat melihat dari luar, rasa tak larat nak bertongkat jalan lebih jauh ke dalam. Lihat Makam keluarga keturunan raja Gowa (Tombs of families of descendants of the rulers of Gowa).


OK. Pada sedutan yang diberi tentang Sultan Hasanuddin, telah disebut kerajaan Gowa akhirnya jatuh ke tangan Belanda pada zaman baginda. Biar ditambah, ini boleh berlaku kerana Belanda mendapat bantuan seorang raja Bugis yang memerintah kerajaan Bone. Raja Bugis ini dikenali sebagai Arung Palakka.

Kejatuhan kerajaan Gowa kemudian diikuti penjajahan Belanda ke atas kerajaan-kerajaan Bugis. Inilah  yang membawa ramai anak-anak raja Bugis dan para bangsawan keluar meninggalkan tanah air untuk mengadu nasib di tempat orang termasuk di Semenanjung Tanah Melayu. Atas sebab menolong Belanda menjatuhkan Gowa itu Arung Palakka disebut ramai sebagai seorang pengkhianat bangsa. Begitulah juga pandangan saya sejak mengenali sejarah Bugis, sehinggalah muncul petunjuk lain selepas menjejakkan kaki di Makassar.


Adapun tidak terfikir saya sebelum itu akan menziarahi makam Arung Palakka yang saya anggap pengkhianat. Namun setelah membaca sebuah buku tentang tempat-tempat menarik sekitar Makassar menyebut makam Arung Palakka terletak tidak jauh dari makam Sultan Hasanuddin, saya rasa apa salahnya menjejakkan kaki. Sesungguhnya walaupun ramai menganggap baginda pengkhianat, ada juga percaya baginda adalah pembela rakyat. Jadi tidak salahkan jika saya cuba mendapat 'rasa' dalam mencari pokok pangkal perkara? Biar dicopy paste sedikit cerita mengenainya...


------------------------


Arung Palakka lahir sekitar tahun 1635 di Desa Lamatta, daerah Mario Wawo Soppeng, sebagai pewaris takhta Kerajaan Bone. Ketika umurnya delapan tahun, Bone diperangi Kerajaan Gowa dan berhasil menaklukkannya. Sejak berumur 11 tahun Arung Palakka dan keluarganya dibawa sebagai sandera ke Istana Gowa. Mereka beruntung karena menjadi pelayan Karaeng Pattinggaloang, tokoh penting dan jenius di Kerajaan Gowa. Di bawah asuhannya, Arung Palakka tumbuh menjadi pangeran yang mengesankan dalam olah otak maupun olahraga.

Meski dia terlibat aktif di Istana Gowa dan berkawan dengan para pemuda Makassar, siri’ dan pacce mengingatkannya selalu sebagai putra dari seorang Bugis pembuangan dan bahwa rakyatnya menderita. Awal 1660 dia merasa penderitaan itu semakin hebat karena harus menyaksikan 10.000 orang tua maupun muda diseret dari Bone ke Makassar atas perintah Sultan Hassanudin melalui Karaeng Karunrung dan Regent (Bupati) Bone, Tobala. Mereka dijadikan pekerja paksa penggali kanal di sepanjang garis pertahanan pantai Makassar agar ada pemisah antara Kerajaan Goa dan Benteng Pa’nakkukang yang diduduki VOC.

Lantaran banyak yang sakit dan melarikan diri, seluruh bangsawan Bone dan Soppeng diperintahkan keluar dari istana, bekerja bersama rakyatnya. Ini melipatgandakan pelecehan siri’ yang sudah diderita oleh rakyat Bone dan Soppeng karena junjungannya dipaksa melakukan pekerjaan kasar yang tidak seharusnya. Pelecehan siri’ itu menjadi derita kolektif orang Bone dan Soppeng dan menebalkan pacce di antara mereka. Perlawanan pun dirancang.

Arung Palakka adalah salah satu perancangnya, tetapi perlawanan itu patah oleh kekuatan Gowa yang besar. Ia terdesak. Akhir tahun 1660 dia meninggalkan Sulawesi Selatan bersama pengikutnya menuju Batavia dengan bantuan VOC, namun dalam hatinya terpatri sumpah tidak akan berhenti mencari cara untuk kembali, buat perhitungan, dan merdekakan negeri Bone.

Setelah menunggu lima tahun, keinginannya terkabul. VOC yang kagum akan daya tempur pengikut Arung Palakka yang disebut Toangke ("Orang Angke", diambil dari Kali Angke yang mengalir melewati perkampungan Bugis di Batavia) saat membantu memadamkan pemberontak Minangkabau, mengajaknya memerangi Gowa yang dinilai mengganggu kepentingan ekonomi VOC.

Andaya memberi ruang luas buat mengisahkan Perang Makassar. Salah satu yang menarik adalah ditunjukkannya psikologi Arung Palakka dan Cornelis Speelman yang menjadi aktor utama pilihan VOC memimpin ekspedisi ke Kerajaan Gowa. Keduanya menderita oleh apa yang mereka anggap ketidakadilan sehingga rela berkorban apa pun demi memulihkan nama. Speelman yakin cuma kemenangan yang bisa membersihkan namanya dari noda dipecat dengan tidak hormat karena perdagangan gelapnya sebagai Gubernur VOC di Coromandel tahun 1665. Sementara bagi Arung Palakka, kemenangan akan membebaskannya dari beban berat bahwa siri’-nya telah mati.

Hanya dengan memulihkan siri’-nya dan rakyatnya dia dapat memperlihatkan wajah di Sulawesi Selatan. Dia yakin lebih baik mati untuk mempertahankan siri’ (mate ri siri’na) ketimbang hidup tanpa siri’ (mate siri’). Mati untuk memulihkan siri’ adalah "mati dengan siraman gula dan santan" (mate ri gollai, mat ri santannge). Situasi psikologis itulah yang mendorong keduanya "mentafsir ulang" perintah VOC.

Hal lain yang menarik adalah kajian Andaya mengenai dampak perang itu atas rakyat Makassar. Melalui cerita rakyat Bugis, Sinrili’na Kappala’ Tallumbatua, dia memperlihatkan Arung Palakka dan Perang Makassar yang dimaknai rakyat pedesaan Makassar dan Bugis sebagai kemenangan rakyat dan keunggulan nilai-nilai mereka yang didasarkan pada kebiasaan dan praktik (ada’) yang sudah sangat tua dalam masyarakat, yaitu siri’, pacce, dan sare.

Ini sangat berlainan dengan tulisan para sejarawan Barat maupun sejarawan Indonesia yang melulu bergantung pada sumber Kerajaan Makassar dan/atau dokumen VOC. Mereka cenderung menggambarkan kepahitan dan pesimisme di kalangan para raja dan ningrat Makassar sebagai pantulan perasaan seluruh rakyat Makassar. Jadi, seharusnya masyarakat Sulawesi Selatan dapat menurunkan kadar emosional dan lebih rasional setiap mendiskusikan mengenai implikasi Perang Makassar.

Seusai Perang Makassar, Arung Palakka sangat memahami bahwa VOC telah menjadi kekuatan "di", namun bukan "milik", Sulawesi Selatan. Perbedaan ini disadari dan dimanipulasi untuk menciptakan dirinya sebagai salah satu penguasa atasan yang berhasil dalam sejarah Sulawesi Selatan. Jalan menuju ke sana dirintisnya tidak saja dengan kesadaran dia tidak akan berbalik melawan VOC yang telah memulihkan hidupnya dan rakyatnya, tetapi juga dengan selalu membuktikan kesetiaannya. Ia rela meninggalkan negerinya pada Mei 1678 untuk berperang membantu VOC menyelesaikan persoalan pengungsi Makassar pimpinan Karaeng Galesong yang membantu perlawanan Trunojoyo di Jawa.

Akhirnya, Andaya menyimpulkan Arung Palakka adalah tokoh yang diberkati visi dan kepiawaian politik yang kuat sehingga mampu menggunakan pengaruhnya dengan efektif terhadap negara lokal, bahkan membuat pemerintah pusat VOC di Batavia bergantung dan rela mengabaikan suara wakilnya di Fort Rotterdam agar membelenggu Arung Palakka yang memaksa mereka semua berbagi mimpinya akan Sulawesi Selatan bersatu.

Mimpi Arung Palakka yang dalam 30 tahun kekuasaannya berhasil diwujudkan, tetapi sekaligus membuat banyak pangeran dan pengikutnya yang tak setuju dikarenakan politik kotor yang dilakukannya. Sehingga mengakibatkan pangeran dan pengikutnya lari dan mencari rumah di tanah seberang sehingga mewarnai sejarah daerah tujuan itu. Inilah yang menurut Andaya sebagai warisan Arung Palakka, tidak hanya bagi Sulawesi Selatan tetapi juga bagi Nusantara, selain pribadinya sebagai pemimpin yang sadar, paham, teguh memegang serta menjalankan tradisi sebagaimana tersebut dalam amanat leluhur yang tertulis maupun tak tertulis.


Sampai sahaja ke bangunan makam hati saya terasa sayu. Lihat Makam (Tomb of) Arung Palakka. Gerak hati memberitahu orang ini telah disalah anggap. Malah saya dapat merasakan ada aura kewalian pada makamnya. Lalu saya harus meneliti balik pokok pangkal cerita, tentang bagaimana rakyat kerajaan Bone yang dipimpinnya, 10,000 orang katanya telah dijadikan buruh paksa di Gowa, dipukul diherdik tak cukup makan, ada yang mati begitu saja.

Ya, baginda telah bekerjasama dengan Belanda, kuasa penjajah yang berniat jahat mahu menguasai Alam Melayu. Tetapi mungkin saja pada fikirannya ketika itu tidak terfikir mahu menolong kuasa Barat itu menjajah tetapi sekadar sebagai sekutu untuk mengalahkan kerajaan Gowa yang telah menakluki Bone dan menindas rakyatnya. Sesungguhnya tiada sebab untuk saya membela Arung Palakka apalagi leluhur Bugis saya berasal dari kerajaan Wajo yang walaupun pernah bersekutu dengan Bone kemudian jadi berbalah dalam hal campur tangan Belanda. Wajo pernah menyokong Gowa untuk melawan Belanda sedangkan Bone di bawah Arung Palakka adalah sekutu penjajah.

Malah penaklukan Gowa oleh Belanda diikuti antaranya penguasaan Bone ke atas Wajo. Seorang moyang saya pernah melarikan diri dari Tanah Bugis ketika remaja akibat diburu orang Bone. Apabila dewasa dan sudah cukup kekuatan, baginda memimpin angkatan memerdekakan Wajo dari tangan Bone. Namun gerak hati saya hari itu memberitahu apa yang berlaku adalah hasil siasat Belanda beberapa dekad mahu menjatuhkan kerajaan-kerajaan di Sulawesi Selatan. Ini dibuat dengan cara mencari titik perbezaan dan perkara-perkara yang boleh mencetuskan perbalahan lalu memperbesar-besarkannya. 

Cukuplah dikatakan sejak hari itu saya yakin Arung Palakka bukanlah orang yang sangat bersalah seperti disebut ramai. Sesungguhnya bagi orang Bone juga kerajaan Soppeng yang berjiran dengan Bone, kerajaan yang rakyatnya pernah turut dijadikan buruh paksa oleh Gowa, raja Bone ini adalah tokoh pembebasan yang sangat prihatin terhadap nasib rakyat. Kalau baginda pernah bersalah pun saya percaya Allah telah memaafkannya. Saya melihat Arung Palakka sebagai seorang raja yang mangkat sebagai orang alim bertaraf wali.


Di belakang makam Arung Palakka terdapat makam cendekiawan besar berbangsa Makassar yang pernah menjadi ayah angkat kepada baginda. Cendekiawan tersebut pernah menjadi mangkubumi kerajaan Gowa di samping menjadi raja kerajaan Tallo, kerajaan berkembar yang bertaraf 'adik' pada Gowa. Menariknya, raja Tallo ini menjadi mangkubumi kepada Sultan Malikussaid, ayahanda Sultan Hasanuddin. Malah baginda turut menjadi bapa mertua Sultan Hasanuddin apabila raja itu mengahwini seorang puterinya. Lihat Makam (Tomb of) Karaeng Pattingalloang.

Sesungguhnya Arung Palakka dan Sultan Hasanuddin pernah sama-sama membesar dalam lingkungan istana kerajaan Gowa juga Tallo. Cuma agak tragik mereka akan bermusuhan apabila besar menjadi raja kerana masing-masing nampaknya memperjuangkan apa yang difikirkan terbaik untuk rakyatnya. Saya anggap ini cuma lakonan dunia yang diterbitkan Yang Maha Kuasa untuk melengkapkan penceritaanNya tentang perkembangan dunia. Selanjutnya saya mahu copy and paste sebahagian artikel yang baru ditemui di Internet petang tadi mengaitkan Sheik Yusuf Makassar, tokoh yang boleh dikatakan membuka cerita "Terhencot-hencot ke Tanah Bugis" kali ini dengan Karaeng Pattingalloang, tokoh penutup artikel. Kerana isi artikel juga sangat kena-mengena dengan pertikaian antara Sultan Hasanuddin dan Arung Palakka yang membawa pada kejatuhan kerajaan Gowa selanjutnya penghijrahan ramai anak Bugis ke merata Alam Melayu...

------------------------


Di zaman pemerintahan Sultan Malikussaid Raja Gowa dengan gelar anumerta Tummenanga ri Papambatuna, tersebutlah dua orang tokoh sejarah yang terkenal yaitu Syaikh Yusuf Tuanta Salamaka dan Karaeng Pattingalloang. Syaikh Yusuf adalah tokoh berkaliber internasional, dengan predikat ulama dalam kwalitas sufi, ilmuwan penulis puluhan buku, pejuang yang gigih di mana saja ia berada: di Gowa, di Banten, di Ceylon (Srilangka sekarang) dan di Tanjung Pengharapan, negaranya orang Boer (petani emigran Belanda, sekarang Negara Afrika Selatan). Karaeng Pattingalloang adalah Perdana Menteri kerajaan kembar Gowa-Tallo’, negarawan, politikus, ilmuwan, yang publikasi karya ilmiyahnya belumlah ditemukan hingga dewasa ini.

Syahdan, inilah dialog di antara keduanya dalam Hikayat Tuanta Salamaka menurut versi Gowa, sebagaimana dituturkan oleh Allahu Yarham Haji Ahmad Makkarausu’ Amansyah Daeng Ngilau’. Materi dialog itu ada lima perkara: anynyombaya saukang, appakala’biri’ sukkuka gaukang, a’madaka ri bate salapanga, angnginunga ballo’ ri ta’bala’ tubarania, dan pa’botoranga ri pasap-pasaraka.

Maka berkatalah Tuanta Salamaka : “Telah kulihat alamat keruntuhan Butta (negeri) Gowa. Oleh sebab itu, pertama, hentikan dan cegahlah rakyat menyembah berhala (saukang), yang kedua, hentikan menghormati atribut kerajaan (gaukang) secara berlebih-lebihan, yang ketiga, hentikan Bate Salapang bermadat, yang keempat, hentikan pasukan kerajaan minum tuak, dan yang kelima, hentikan perjudian di pasar-pasar.” (bahasa aslinya seperti dituturkan Daeng Ngilau di atas itu). 

Maka menjawablah Karaeng Pattingalloang : “Pertama, susatongi nipamari anynyombaya saukang, susahlah menghentikan rakyat menyembah saukang, sebab melalui saukang itulah wibawa raja ditegakkan, yang kedua, sukarlah juga menghentikan penghormatan gaukang, karena di situlah letaknya kemuliaan sang raja, anjoreng minjo kala’biranna sombaya, yang ketiga, tidaklah gampang Bate Salapang menghentikan bermadat, karena jika demikian takkuleami nagappa nanawa-nawa kabajikanna pa’rasanganga, tidak akan timbul gagasan-gagasan baru mengenai konsep pembangunan, yang keempat, kalau pasukan kerajaan dihentikan minum tuak, lalu kedatangan musuh, inaimo lanisuro a’jjallo’, siapalah yang akan dikerahkan membabat musuh, yang kelima, juga tidak mungkin menutup perjudian di pasar-pasar, karena tenamo nantama baratuwa, tidak ada lagi pajak judi yang masuk dalam perbendaharaan kerajaan, antekammamo lanibajiki pa’rasanganga, lalu bagaimana mungkin menggalakkan pembangunan?”

Setelah dialog selesai, Tuanta Salamaka mengeluarkan pernyataan : “Punna tenamo takammana lakupilari butta Gowa, kalau keputusan kerajaan sudah demikian itu, akan kutinggalkan Butta Gowa. Tamangeai nyawaku anciniki sallang sare-sarenna Butta Gowa. Tak sampai hati saya menyaksikan kelak keruntuhan Butta Gowa.”


Nah. Perbezaan pendapat dan cara menangani keadaan antara Sheikh Yusuf dengan Karaeng Pattingalloang menunjukkan pada kejatuhan Gowa suatu hari nanti. Apabila ia akhirnya berlaku penghujung 1660an, Sheikh Yusuf sudah lama berhijrah ke Banten sedangkan Karaeng Pattingalloang pula sudah mangkat 1654. Cerita sudah pun berlaku menurut Qada' dan Qadar Allah belaka. Terpulanglah kepada kita untuk mengambil natijahnya. Selamat malam dan bersedialah untuk berpuasa hari Rabu. Untuk pengetahuan cerita ini akhirnya disiapkan selepas jam 11. Al-fatihah untuk semua marhum yang disebut dalam cerita... :]