Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Wednesday, June 10, 2015

Jejak Kalimantan Barat - Sejenak di Pontianak kemudian di Mempawah

Pada penghujung artikel Daulah Melayu - Memohon restu Sultan Alauddin di Pagoh ada disebut saya tidak dapat mengikut tim recce "Daulah Melayu" menyambung perjalanan ke utara kerana sudah dijadualkan akan membuat perjalanan lain ke Kalimantan meliputi tapak-tapak kerajaan lama Pontianak, Mempawah dan Sambas dalam masa terdekat. Sukacita dimaklumkan saya kini sedang berehat di Sambas, setelah 2 hari membuat perjalanan yang dimaksudkan. Sejak memulakan perjalanan tengah hari Isnin baru malam ini dapat menggunakan Wi-Fi, di sebuah hotel yang cukup selesa, tidak jauh daripada pusat kerajaan. Jadi sementara ada peluang biar dikongsikan cerita hari pertama perjalanan... 



Pagi Isnin 8 Jun 2015 setelah dua jam menaiki kereta api komuter daripada Rawang ke KL Sentral diikuti bas ke KLIA2 sampailah saya ke lapangan terbang untuk memulakan pengembaraan baru...


Turut bersama adalah Ustaz Hasan Yusof dari Melaka. Beliau pernah bersama saya dan beberapa orang anak muda berjalan-jalan di Aceh awal bulan Februari. Lihat Kompilasi artikel perjalanan ke-7 di Aceh. Kali ini kami mahu melihat tempat-tempat bersejarah di Kalimantan Barat, masuk melalui kota Pontianak menggunakan perkhidmatan Air Asia ke sana yang baru bermula sekitar 2 bulan lalu. Asalnya ada seorang anak muda mahu pergi bersama tapi tak dapat kerana tiba-tiba mendapat tugasan di Eropah.


OK. Biar dimaklumkan saya membuat cerita ini dalam keadaan amat kepenatan setelah 2 hari berterusan asyik berjalan ke sana ke mari sejak sampai ke Kalimantan. Sedangkan perjalanan terbaru ini dibuat setelah 6 hari mengikut tim recce Daulah Melayu pusing Terengganu, Johor dan Pahang, sebelum itu pula 3 hari mengikuti acara di Pasir Salak (rujuk beberapa artikel kebelakangan). Untuk dapat mempersembahkan artikel ini dengan baik saya harus terlebih dahulu menyediakan 4 artikel sokongan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH, 5 di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Jadi di sini tak perlulah saya bercerita panjang lebar ya. Tentang perjalanan naik kapal terbang lihat apa yang sudah dipersembahkan dalam artikel Flight to Pontianak.


Sampai sahaja ke lapangan terbang Pontianak saya lihat burung enggang menjadi satu macam lambang.


Kami kemudian dibawa pusing kota Pontianak menaiki kereta sewa. Ini ada ditunjukkan dalam artikel On to Pontianak city and across....


Tapi kami tidak lama di kota kerana mahu pergi lebih jauh ke utara. Rancangnya sebelum kembali ke Malaysia petang Jumaat baru kami betul-betul melihat Pontianak. Dalam perjalanan ke utara itu kami harus mengambil satu jalan yang menghala ke barat terlebih dahulu lalu kelihatan pintu gerbang jalan masuk ke kawasan pemakaman Kesultanan Pontianak. Kami pun singgahlah. Baru dapat tahu berdekatan situlah berlaku peristiwa pontianak menyerang Sultan Sharif Abdurrahman al-Qadri lalu baginda membalas dengan tembakan meriam. Hal ini membawa kepada pengasasan kesultanan hampir 250 tahun lalu. Lihat artikel-artikel berikut :-







Oh, Baru teringat. Sebelum ke makam kami singgah dahulu di satu tempat di mana yang dikatakan terletak di atas laluan tepat garisan Khatulistiwa yang membelah bumi kepada 2 bahagian - hemisfera utara dan hemisfera selatan. Lihat Tugu Khatulistiwa (Equator monument). Selepas itu saya dapati kawasan yang dilalui bernama Wajok Hulu diikuti Wajok Hilir. Ini mengingatkan pada kerajaan Bugis Wajo' (disebut Wajok) di Sulawesi Selatan lalu saya cuba mengambil gambar menunjukkan perkataan Wajok itu tanpa menganggu perjalanan kereta. Entah kenapa dapat yang ini paling terang...


Ikut rancangan kami mahu ke Sambas sekitar 6 jam perjalanan lalu bermalam di sana. Sambas pernah memiliki sebuah kesultanan yang diasaskan oleh anak cucu keturunan Sultan Brunei, letak pusatnya kira-kira 2 jam perjalanan daripada sempadan Malaysia iaitu di barat Sarawak...





Perjalanan ini memerlukan kami lalu di kabupaten atau daerah Mempawah, satu lagi wilayah yang pernah memiliki raja-raja sendiri.


Fikir kami selepas menginap satu malam di Sambas baru singgah dan bermalam di Mempawah iaitu dalam perjalanan kembali ke Pontianak.



Tetapi timbul rasa untuk singgah di kawasan istana Mempawah terlebih dahulu lalu apabila melihat ada peluang kami masuk ke istana kemudian ke masjid berdekatan istana. Di istana kami dilayan baik oleh menantu raja terakhir Mempawah lalu ditunjukkan segala macam barangan yang ada di dalam bangunan. Di masjid kami berkenalan dengan ramai anak tempatan selain dapat melihat pemandangan cantik di tepian Sungai Mempawah.

Di sini tak perlulah ditunjukkan gambar-gambar yang memperincikan keadaan mahupun diulas. Cukuplah apa yang sudah dikongsikan melalui artikel-artikel berikut :-



Masjid istana Mempawah (Mosque of the palace of Mempawah)




Disebabkan kami sampai ke masjid pun dah senja, kami menunggu sehingga masuk waktu Maghrib untuk solat berjemaah. Menyedari bahawa banyak lagi tempat boleh dan mahu dikunjungi di Mempawah dan kami tak mahu menunggu beberapa hari lagi baru boleh bertandang, kami membuat keputusan untuk mencari tempat penginapan berdekatan. Lagipun dari Mempawah masih memerlukan hampir 5 jam perjalanan, mungkin lebih untuk sampai ke Sambas. Buat apa bersusah-payah berpenat-lelah meredah kegelapan malam untuk berjalan begitu jauh? Kan rugi tak dapat melihat pemandangan sepanjang jalan? Maka rancangan untuk bermalam pertama di Sambas bertukar jadi bermalam di Mempawah. Keesokan malamnya iaitu malam ini, barulah sampai di Sambas di mana saya sedang menulis ayat ini dalam sebuah hotel selesa yang ada Wi-Fi.

Cukuplah ya. Saya harus berehat kerana perjalanan masih jauh. Ketika ini sudah jam 2,22 waktu Malaysia seperti kelihatan pada laptop saya. Di Kalimantan Barat pula sudah jam 1.22. Tapi sebelum jam 5 sudah masuk waktu Subuh. Selamat malam. :]



Sunday, June 07, 2015

Daulah Melayu - Memohon restu Sultan Alauddin di Pagoh

Salam semua. Sampailah masa untuk menutup siri cerita tentang recce atau tinjauan ini. Bersambung daripada Daulah Melayu -Sekitar Kota Tinggi dan Johor Lama.


Pagi Ahad 6 Jun 2015, hari ke-6 perjalanan kami mengorak langkah meninggalkan bandar Kota Tinggi.


Sambil menyeberang Sungai Johor yang mengecil di sekitar ini (di Johor Lama lebarnya sekitar 2-3 km!) timbul rasa lega kerana perjalanan menghampiri penghujungnya. Maklumlah dah penat 5 hari kebelakangan mengembara...


Destinasi seterusnya adalah di Pagoh, Muar. Kami memilih untuk menghala ke Johor Bahru agar dapat mengambil Lebuh Raya Senai-Desaru lalu daripada situ masuk Lebuh Raya PLUS menghala ke Muar.





Sekitar 12.15 sampailah ke destinasi iaitu Kampung Raja.


Ziarah ke makam Sultan Alauddin Riayat Syah I, satu-satunya makam Sultan Melaka yang masih terpelihara di Malaysia.


Kebetulan hari itu, 6 Jun adalah hari rasmi keputeraan DYMM Yang di-Pertuan Agong. Tepatlah sungguh kami sampai pada hari itu. Selain ziarah dan buat kerja recce bolehlah dikatakan kami, tak pun saya seorang, memohon restu roh almarhum Sultan yang bertaraf wali ini agar mendapat keberkatan daripada Allah SWT dalam meneruskan usaha besar menjayakan dokumentari "Daulah Melayu".


Sambil itu teringat bagaimana satu acara HIKMAH telah diadakan di sini berserta apa yang mungkin adalah sambutan hol almarhum Sultan Alauddin yang pertama dalam tempoh 500 tahun di mana-mana. Lihat artikel Acara kesebelas HIKMAH di masjid dan makam Sultan Alauddin Riayat Shah (Melaka), Pagoh, Muar 8 Nov 2014 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Selesai hal di makam kami makan tengah hari di pekan kecil Panchor yang terletak berdekatan.



Special ni, mee bandung udang galah...


Jam 1.40 baru meninggalkan pekan kecil di tepian Sungai Muar ini.





Kami masuk kembali ke Lebuh Raya plus melalui tol Bukit Gambir. Ketika ini saya cuba mengambil gambar Gunung Ledang yang menghiasi latar belakang pemandangan tetapi nampaknya kurang terang...



Sampai di Seremban sekitar 3.15 petang kelihatan kesesakan teruk menghala ke selatan. Nasib baik kami bergerak melawan arah. Apapun ini cerita semalam. Hari ini tim recce "Daulah Melayu" telah bergerak ke Kedah untuk meninjau kompleks arkeologi Sungai Batu di Sungai Petani juga naik Gunung Jerai. Mereka berehat dahulu di Kuala Lumpur sebelum ke Kedah sedangkan saya sendiri kembali ke rumah. Saya tidak dapat mengikut mereka ke utara kerana sudah dijadualkan akan membuat perjalanan lain ke Kalimantan meliputi tapak-tapak kerajaan lama Pontianak, Mempawah dan Sambas dalam masa terdekat.

Di sini biar dimaklumkan perjalanan recce kami dikira tamat selepas tempat-tempat yang disebut di Kedah itu diliputi 2-3 hari ini. Tetapi akan ada banyak lagi perjalanan lain dibuat dalam masa beberapa bulan akan datang termasuk untuk menemuramah beberapa orang cendekiawan dalam bulan puasa, perjalanan pusing Semenanjung selepas raya juga perjalanan-perjalanan ke luar negara seperti ke Aceh, Jawa dan Champa. Awal tahun hadapan kami dijangka akan meliputi tempat-tempat di United Kingdom, Belanda dan Turki. Insyaallah saya akan menceritakan apa yang boleh dikongsi di blogspot ini ya. Doakan kami semua dilindungi dan dibantu agar dapar menjayakan "Daulah Melayu". Amin... :]


Daulah Melayu -Sekitar Kota Tinggi dan Johor Lama

Masuk penceritaan hari ke-5 perjalanan. Bersambung daripada Daulah Melayu - Bergegas ke Pekan dan Kota Tinggi.


Pagi Jumaat 5 Jun 2015. Daripada hotel kami terus menuju ke satu kawasan kampung berdekatan, bersebelahan Sungai Johor.


Melawat makam Laksamana Bentan di Kampung Kelantan. Lihat New visit to the tomb of Laksamana Bentan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Ini diikuti lawatan ke makam Bendahara Tun Habib dan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.




Selesai itu baru kami keluar daripada lingkungan bandar Kota Tinggi untuk melawat tempat-tempat lebih jauh...






Kawasan yang ingin dituju adalah Johor Lama, pusat pemerintahan Empayar Johor-Riau-Lingga 500 tahun lalu.


Ada sebuah muzium...



Ada tinggalan kota pertahanan...


Ada makam lama. Lihat New visit to old Johor.



Di Johor Lama juga masih ada sebuah kampung yang diduduki orang ramai lalu mengekalkan nama itu. Untuk cerita berkaitan lihat artikel lama Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan : Kerajaan Johor Lama, waris Empayar Melaka?.


Ke selatan 3 km pula terdapat pekan kecil Telok Sengat. Seperti Kampung Johor Lama ia juga terletak di tepi bahagian Sungai Johor yang amat lebar. Lihat Again, the views at Teluk Sengat
.


Dengan itu selesailah proses recce di sekitar Kota Tinggi membawa ke Johor Lama yang terletak di dalam daerah KT juga. Petang itu, buat pertama kali dalam perjalanan ini dapatlah kami berehat lama santai sementara menunggu masa untuk membuat perjalanan recce keesokan harinya, perjalanan yang akan membawa kami kembali ke Kuala Lumpur sebelum bergerak utara ke Sungai Batu dan Gunung Jerai. Kelihatan dalam gambar pemandangan uptown malam hari di tengah bandar Kota Tinggi. Mengambil kesempatan atas keluangan masa yang ada saya berjalan kaki seorang diri pusing-pusing bandar melihat pemandangan dan keadaan...