
Pagi Sabtu 3 September 2011, kami keluar sarapan nasi beringin bersama ibu dan bapa.

Rasanya inilah kali pertama dalam tempoh berpuluh tahun saya makan bersama mereka di kedai makan stesyen bas tepian Sungai Muar ini. Semasa kecil dahulu bapa selalu juga membawa ke kedai nasi beringin berdekatan yang dimiliki arwah bapa kepada peniaga sekarang.

Ini pula di hadapan stesyen bas antara bandar. Kami membawa ibu bapa minum kopi di kedai 434 yang cukup terkenal di Muar.

Tengahari kami meninggalkan Muar.

Selain tidak mahu bersesak-sesak dengan trafik pulang balik dari kampung yang dijangkakan mula keluar hari Ahad kami mahu melawat Gunung Ledang.

Asalnya saya cuma mahu melihat dan mendapatkan gambar-gambar elok gunung. Kemudian teringat bagaimana saya pernah menaiki motosikal besar hingga ke puncak kira-kira 13 tahun lalu. Timbul rasa untuk membawa anak dan isteri naik. Saya pun mencari jalan masuk...

Jalan ini melalui estet kelapa sawit.

Kemudian sampai ke bahagian yang sudah pecah dan rosak.

Tetap juga kami redah dengan kereta kecil. Sampailah ke satu bahagian mendaki di mana batu-batu dan lubangnya terasa tidak selamat untuk kereta lalu. Takut terperangkap terus. Terpaksalah keluar balik.

Tak mengapa. Kembali ke rancangan asal menghala ke Bekoh.

Perjalanan membawa kami menyeberangi sempadan masuk ke negeri Melaka.

Kelihatan Sungai Kesang yang menjadi sempadan semula jadinya dengan negeri Johor. Ini adalah pemandangan ke hilir iaitu ke laut.

Pemandangan ke hulu menunjukkan aliran berpunca dari Gunung Ledang.

Maka ada bahagian gunung yang terletak di dalam negeri Melaka iaitu di tempat yang dipanggil Asahan.

Kami pun menuju ke sana.

Perjalanan diteruskan menghala ke Selandar.

Singgah di Nyalas untuk makan.

Sampai di Selandar kami harus mengambil jalan ke Alor Gajah.

Tempat yang ingin dituju seterusnya terletak di Machap.

Dari hadapan pekan barunya boleh kelihatan pinggir sebuah tasik yang agak luas.

Kami pun mencari jalan masuk ke dalam. Lihat
Durian Tunggal lake from Machap.

Namun untuk tempat yang dituju kami harus mengambil lorong atau jalan lain di hadapan.