Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Mei 13, 2021

Iktikaf penghujung Ramadhan tahun 2021 - Terkejar untuk meliputi banyak tempat akibat arahan terbaru PKP

Salam siang 1 Syawal. Selamat hari raya Aidil Fitri. Saya belum dapat masuk mood sambutan hari raya 100 peratus selagi belum selesai perkongsian cerita-cerita tentang perjalanan iktikaf. Tinggal satu lagi sahaja cerita untuk dikongsikan tetapi itulah paling mencabar dan memenatkan. Ternyata hari ketiga perjalanan merangkap hari terakhir meliputi banyak perkara dan persinggahan sehingga  perlu disiapkan dahulu 16 artikel sokongan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan 8 di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Nak membuat artikel sokongan pula perlu menggunakan sehingga lebih 200 gambar. Sambil itu timbul pelbagai hal selain perlu menyiapkan rumah untuk berhari raya. Pada ketika ayat ini ditulis jam 11.08 pagi baru boleh menyambung cerita daripada artikel sebelum ini iaitu Iktikaf penghujung Ramadhan tahun 2021 - Sungai Bernam dan kisah Pulau Ganda Suli.



Pagi waktu Subuh hari Ahad 9 Mei 2021 bersamaan 27 Ramadhan. Saya telah mendapatkan tidur yang agak memuaskan di Masjid Marzukiyah, Lubuk Pusing. 



Sebenarnya saya tidak cukup tidur. Susah hendak melelapkan mata kerana mengharapkan sesuatu yang istimewa muncul seperti malam Lailatul Qadar. Apapun ada sekumpulan orang berjubah datang sekitar jam 1.30 untuk menziarahi makam pengasas masjid, Sheikh Marzuki yang dianggap keramat. Saya yang asalnya cuma bercadang untuk menziarahi pada siang hari pun ikut berziarah lewat malam. Kemudian mereka beriktikaf sebentar di masjid. Selepas berbual-bual bercerita macam-macam sehingga jam 2.30 pagi itu tinggallah saya kembali seorang diri di masjid.



Selepas matahari naik tergerak untuk keluar melihat tempat yang memberikan nama Lubuk Pusing. Ia adalah satu lokasi yang dahulu terletak di tengah Sungai Bernam, ada pusaran air mengancam sampan dan kapal yang lalu lalang. Lokasi ini kini tinggal suatu macam kolam dengan air terus berbuih-buih tetapi dingin.  Lihat artikel di blogspot Latest visit to the mysterious place called Lubuk Pusing.


Keadaan membuat saya begitu teruja sehingga tergerak untuk membuat live Facebook. Sampai satu bahagian tersilap melangkah lalu kaki tenggelam ke dalam selut sehingga paras lutut. Bila cuba berdiri menolak ke atas dengan kaki tersebut tenggelam masuk lagi hingga separuh peha. Silap bergerak boleh tenggelam lebih dalam hingga ke paras mana entah, takut terus jerlus. 

Memang asalnya kawasan dan jalur berkenaan terletak di tengah sungai  selebar lebih 100 meter (ada diceritakan dalam artikel Iktikaf penghujung Ramadhan tahun 2021 - Sungai Bernam dan kisah Pulau Ganda Suli.) Takut-takut boleh terus tenggelam hilang orang. Nasib baik berjaya menarik diri keluar dengan cara tertentu sambil siaran langsung dengan telefon bimbit terus berjalan tanpa putus. Kalau tersilap langkah mungkin penonton menjadi saksi terkorbannya seorang peminat sejarah. Sila klik sini untuk menonton video tersebut.



Kembali ke masjid saya mengambil gambar juga menziarahi lagi makam pengasas masjid. Lihat artikel Lawatan baru ke (New visit to) Masjid (mosque of) Marzukiyah, Lubuk Pusing diikuti Lawatan baru ke (New visit to) makam (tomb of) Sheikh Marzuki.  Tiba-tiba mendapat panggilan telefon daripada seorang anak muda yang menetap di Sungai Besar. Beliau teruja apabila mendapat tahu saya berada dekat kawasannya lalu ingin bertemu. Beliau mahu menunjukkan beberapa tempat bersejarah.



Beliau muncul sekitar jam 10.40 lalu kami pun keluar. Saya mengikut sahaja ke suatu tempat tidak jauh dari Lubuk Pusing.







Ini anak muda tersebut. Nama beliau Hafiz berasal dari Kuala Kangsar tetapi sudah bertahun menjadi orang Sungai Besar. Di hadapan adalah pakcik yang memiliki rumah berdekatan. Beliau terkait dengan pemilik makam yang mahu diziarahi di kawasan kebun beliau.



Menurut ceritanya pemilik makam ialah seorang kerabat diraja Selangor yang meninggalkan istana akibat sengketa dalaman. Ada cerita menyebut beliau membawa diri bersama Raja Mahadi, satu nama yang sangat terkenal dalam sejarah negeri penghujung abad ke-19. Lalu ada percaya beliau dimakamkan berdekatan. Lihat artikel Makam (Tomb of) Raja Chinong diikuti Makam (Tomb of) Raja Mahadi?.



Seterusnya saya dibawa melihat suatu tempat yang ada kena mengena dengan satu tokoh lain yang dihormati lebih seabad lalu. Lihat Makam di tapak masjid Tok Khalifah? (Tomb at the site of Tok Khalifah mosque)?. Selesai itu kami ke Sabak Bernam. Singgah dua masjid dalam perjalanan. Lihat Rupa baru (New look of) Masjid (mosque of) Marzukiyah, Jalan Sepintas diikuti Masjid (Mosque of) Al-Abrar, Jalan Sepintas.



Di Sabak Bernam saya ditunjukkan tapak asal makam seorang kerabat diraja Selangor yang pernah menjadi pemerintah Bernam. Sambil itu saya mengambil peluang untuk mengamati aliran Sungai Bernam. Lihat artikel-artikel berikut :-








Perjalanan diteruskan ke arah kuala Sungai Bernam. Singgah bersolat di bangunan madrasah lama cantik ini tidak jauh selepas bandar Sabak Bernam. Lihat Rupa baru (New look of) Madrasah Muhammadiah Al-Diniah, Sabak Bernam.



Ke hadapan lagi saya ditunjukkan makam seorang lagi kerabat diraja Selangor. Lihat Makam (Tomb of) Raja Zabit.



Selepas singgah di dua buah lagi masjid baru melihat lagi Sungai Bernam di bahagian yang sangat luas menghampiri kuala. Pergi singgah ke tempat terdekat ke kuala boleh dicapai dengan kenderaan juga berjalan kaki. Selepas itu perlu meredah payah hutan bakau atau naik bot. Lihat artikel-artikel berikut :-









Dengan itu selesailah penerokaan berkenaan Sungai Bernam dan sekitarnya. Sampai masa untuk menghala ke Sungai Besar melihat sebuah masjid lama. Di masjid itu yang merupakan ke-19 disinggahi sejak meninggalkan kawasan rumah petang Jumaat 25 Ramadhan baru mendapatkan sedikit rehat lalu menunaikan solat Asar. Sebelum itu ada singgah di dua lagi masjid. Lihat :-







Sebetulnya sejak keluar rumah petang Jumaat saya ada memikirkan kemungkinan bermalam di masjid kayu lama tersebut. Apabila dah sampai, pertama kali ke sana memang kuat rasa untuk menginap sambil beriktikaf. Isteri tiada masalah jika saya memanjangkan lagi perjalanan ke hari Isnin. Masalahnya lewat Sabtu malam Ahad baru dapat tahu melalui FB dan WhatsApp bahawa telah keluar arahan baru PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bahawa bermula tarikh 10 Mei tiada siapa boleh merentas daerah. Ertinya saya harus kembali ke daerah sendiri iaitu Hulu Selangor sebelum jam 12 malam. 



Pada ketika berada di masjid lama Panchang Bedena tinggal lagi 6 jam sedangkan perjalanan masih panjang. Selepas itu harus di Kuala Selangor untuk memenuhi gerak. Pun begitu apabila terlihat satu tempat cantik dari jalan berdekatan laut selepas Sungai Besar saya pergi sebentar untuk melihat lebih dekat. Lihat :-







Selepas itu terkejar-kejar lagi ke Kuala Selangor. Saya mesti berbuka puasa di sebuah masjid lama.






Alhamdulillah sampai ke masjid berkenaan tepat jam 7. Lihat Lawatan baru (New visit to) Masjid (Mosque of) Rahmani, Kampung Permatang, Kuala Selangor.




Di dalam masjid yang merupakan ke-20 disinggahi ini saya mengambil gambar sebegini. Di setiap masjid saya mengambil masa untuk sekurang-kurangnya membuat 2 raka'at solat Tahiyatul Masjid. Kemudian dihadiahkan senaskah buku ke-13 saya "Kenangan Kembara Solo Hitchhike Tahun 1995" kepada masjid. Kalau ada ahli qariah saya sampaikan kepada seorang terutama imam. Kalau tiada  tinggalkan di meja imam/penceramah atau tempat letak utama Quran. Paling kurang ia berfungsi untuk menjawab kenapa ada seorang manusia macam saya sanggup keluar beriktikaf dari masjid ke masjid seorang diri terutama dalam musim PKP. Selalunya orang keluar beriktikaf secara berjemaah seperti dilakukan orang Tabligh...



Fikir saya selepas itu mahu beriktikaf di dua buah masjid lagi untuk menjadikan jumlah cantik 22. Satu di Kampung Kuantan kemudian di Batang Berjuntai. Tetapi timbul rasa penat amat sedangkan saya tidak boleh berhenti berehat. Takut terlajak tidur terlepas had waktu jam 12 untuk kembali ke daerah sendiri. Naya nak dekat raya ni kalau tersangkut di daerah lain tak boleh balik rumah. 

Maka dibuat keputusan untuk kembali lalu sampai rumah sebelum jam 10 malam. Gambar atas  menunjukkan meter kereta selepas isteri membawanya ke tempat kerja di Rawang pada esok siang Isnin 28 Ramadhan. Sepatutnya saya ambil gambar sebaik sahaja sampai rumah sebagai rekod jarak perjalanan tetapi terlupa. Saya minta isteri ambil kemudian boleh ditolak dengan jarak kereta dibawa ke tempat kerja melalui Lebuh Raya PLUS (tak boleh lalu jalan biasa disebabkan halangan rentas daerah walau isteri boleh rentas kerana menjaga hal teknikal di pejabat).

Jarak dengan jalan biasa adalah dalam 13 km. Melalui PLUS adalah 19.9 km. Tolak jumlah ini jadilah perjalanan saya adalah 399 km. Dicampur perjalanan sebelum itu yang sangat kena mengena (rujuk balik artikel Iktikaf penghujung Ramadhan tahun 2021 - Mukadimah di Kuala Langat) iaitu 259 km jadilah jumlah keseluruhan 658 km. Sekian penceritaan. Baru terasa lega untuk menyambut 1 Syawal.


Tiada ulasan: