Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Thursday, September 08, 2011

Kedudukan tempat-tempat di sekitar Sungai Mati dan Pulau Penarek

Ah. Hampir sahaja saya mahu menamakan artikel ini "Jajahan Wak Dogol" atas sebab yang anda akan nampak nanti. Tapi tak eloklah pula nama artikel begitu, kalau disebut dalam cerita sahaja tak mengapa. Bersambung dari artikel Menjejak sejarah di sungai yang mati dan sekitarnya. Artikel ini akan menerangkan beberapa perkara dan menunjukkan dengan lebih jelas tempat-tempat di dalam artikel itu.

Ini adalah peta satelit menunjukkan aliran berliku-liku Sungai Muar hingga beberapa kilometer ke pendalaman.






Zoom in ke satu bahagian. Nampak tak kepala 'Wak Dogol'? Siap ada bentuk buih atau chewing gum keluar dari hidung. Tak senonoh! :]


Tak nampak? Meh saya tambah ilustrasi. Kalau tak nampak gak nanti jadi macam cerita Si Luncai ke. Ibarat kata apek pelat, lu anak halam... hehe...


Zoom in pada area 'hidung' dan chewing gum. Adapun garisan chewing gum itu sebenarnya aliran sungai yang telah mengecil akibat satu fenomena alam.



Perhatikan garisan petunjuk kuning. Apa yang kelihatan adalah aliran Sungai Muar suatu masa dahulu sebelum berlaku proses hakisan yang menyebabkan aliran membuat shortcut. Akibatnya aliran asal terpotong dari sumber terus air lalu mengecil.



Disebabkan aliran mengecil lalu airnya kelihatan seperti tak mengalir, ia dipanggil "sungai mati" sehingga timbul nama kawasan dan pekan Sungai Mati dalam daerah Ledang (dahulu sebahagian dari Muar). Namun ia tetap bersambung dengan Sungai Muar walaupun kurang menerima keluar masuk air maka tanah yang dikelilingi aliran pun dikenali sebagai Pulau Penarek atau Penarik. Tapi saya tak tahu kenapa dipanggil Penarik. Mungkin ada pembaca boleh menjawab.

Sekarang rujuk balik artikel dan bandingkan tempat-tempat yang dilihat dalam artikel tersebut dengan peta. Perhatikan juga di manakah kedudukan sebenar Kampung Pantai Layang. Adapun saya membuat perjalanan di sekitar ini dengan niat asal mahu mencari makam seorang tokoh yang dipanggil Datuk Pasir Raja Sayyid Jaafar yang pernah memerintah Muar dari Pantai Layang lebih 300 tahun lalu. Nampaknya pada zamannya aliran Sungai Muar masih melalui kawasan yang kini menjadi 'sungai mati'.




Beralih pula pada 'dagu' 'Wak Dogol'.




Beginilah kedudukan beberapa tempat yang diceritakan dalam Menjejak sejarah di sungai yang mati dan sekitarnya.




Zoom out agar kedudukan dapat dibandingkan dengan beberapa lagi tempat. Adapun ini adalah artikel ke 898 di blogspot ini. Maka biar diulangi satu jemputan. Saya copy and paste apa yang ditulis dalam Facebook tadi ya.


Jemputan terbuka kepada semua. Sabtu 10 September 12pm-12am. Majlis kahwin dan katam suluk di rumah suluk Baitul Ibadah Nurus Saadah (Tariqat Naqsyabandiah, Qadiriah dan Samaniyah). Saya telah diminta memberi ceramah tentang "Mencari diri dan erti" pada malamnya. Lihat lokasi di sini... Tempat suluk di Pantai Layang dan legasi Temenggung Muar.




Menjejak sejarah di sungai yang mati dan sekitarnya

Selepas membuat artikel 'separa' raya Suasana awal raya kira-kira 30 jam lepas sekarang kita boleh kembali kepada aktiviti menjejak sejarah.





Tengahari Khamis 1 September 2011, hari raya ketiga tiba-tiba timbul rasa untuk membawa anak dan isteri mencari jejak sejarah di satu tempat. Perjalanan membawa ke satu pintu tali air. Kelihatan di atas aliran masuk ke satu bahagian Sungai Muar.




Pemandangan ke kiri iaitu arah bertentangan. Kelihatan tali air yang sebenarnya bukan tali air. Nanti akan diceritakan sebabnya...




Papan tanda menyebut pintu air Pantai Layang.




Di bahagian bertentangan ada denai ke sebuah jeti. Lihat artikel The jetty at Pulau Penarik di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Perjalanan diteruskan ke hadapan sehingga kelihatan lagi satu 'tali air'.


Kelihatan juga sebuah lagi pintu. Ketika ini kami sudah masuk ke satu simpang kiri.




Perjalanan diteruskan mengikut jalan kampung melawan arah jam. Terlihat pula pondok dengan bentuk ukiran yang saya suka panggil 'lidah terjulur' ini, bentuk yang biasanya cuma terdapat di sekitar Perak, sebahagian Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Apakah ada yang tersirat?




Terserempak lembu-lembu. Rasyid seronok melihat.




Sambil mengikut jalan, 'tali air' terus kelihatan.




Kemudian kelihatan satu jambatan.




Saya pun masuk mengambilnya...




Pandangan ke kanan dari tengah jambatan.




Pandangan ke kiri.




Ke hadapan jalan membawa ke satu taman perumahan. Saya berjalan hingga ke jalan besar yang ternyata terletak di kawasan Serom, Ledang, dahulu sebahagian dari daerah Muar. Cukuplah untuk tahu kedudukan tempat sebelum masuk kembali ke kawasan 'tali air' tadi.




Jalan kampung melengkok lagi. Kali ini mula kelihatan banyak kereta diletakkan.









Nampak satu lagi jambatan. Sekali lagi saya masuk untuk memastikan kedudukan.




Pandangan ke kanan.




Pandangan ke kiri.




Ke hadapan jalan ditutup kepada kenderaan sedangkan boleh kelihatan ramai orang berpakaian cantik berhari raya. Saya sudah boleh mengagak di manakah ini...





Oleh kerana jalan tadi ditutup kami mesti mengikut laluan tepi keluar ke pekan yang dipanggil Sungai Mati. Semasa berpusing balik untuk kembali ke jalan 'tali air' saya mengambil gambar jalan tadi dari arah bertentangan. Rupa-rupanya rumah terbuka Menteri Besar Johor, Datuk Ghani Othman sedang diadakan. Beliau memang berasal dari Sungai Mati.







Perjalanan menyusuri 'tali air' lawan arah jam diteruskan. Rasanya ada pembaca yang sudah mula dapat mengaitkan nama Sungai Mati dengan 'tali air' ini. Tidak jauh selepas meninggalkan jambatan isteri terlihat sesuatu di seberang.




Zoom in camera. Nampaknya ada kepok makam. Tak pa. Kita teruskan dahulu ke hadapan.




Ke hadapan lagi kelihatan satu lagi jambatan. Kali ini saya tidak mengambilnya.




Berhadapan jambatan kelihatan papan tanda menyebut tempat ini sebagai "Pulau Penarik". Sudah nampakkah corak penceritaan ini membawa ke mana wahai para pembaca budiman?




Dan tidak lama kemudian sampailah kami kembali ke pintu air yang mula-mula tadi. Ternyata 'tali air' yang dilihat pada pintu air kedua dan pintu air ini adalah 'tali air' yang sama. Maka fikirkan. Tali air yang bukan tali air membentuk separuh pusingan (hampir satu pusingan sebenarnya), tempat bernama Sungai Mati, ada pula tempat bernama Pulau Penarik. Apakah kaitan semua ini?




Kami menyeberang lagi pintu air tadi tetapi ke arah bertentangan untuk masuk ke jalan ini.




Singgah sebentar di rumah suluk yang pertama kali saya jejaki semasa hujung minggu pertama bulan Ramadhan iaitu kira-kira sebulan lalu. Berjumpa lagi mursyidnya. Rujuk artikel Tempat suluk di Pantai Layang dan legasi Temenggung Muar yang dibuat 2 minggu lalu.




Adapun salah satu sebab saya ke sini lagi adalah untuk mencari makam orang yang dipanggil Datuk Pasir Diraja Sayyid Jaafar, ayahanda kepada Temenggung Muar pertama dan datuk serta moyang kepada temenggung-temenggung seterusnya. Ketika pertama kali sampai ke sekitar ini awal Ramadhan itu saya teringat ada kerabat Temenggung Muar dikatakan dimakamkan di sini tapi saya tak ingat siapa. Balik ke rumah kemudian baru saya menyemak kembali.

Apabila ditanya pada mursyid beliau pun tidak tahu siapakah itu Sayyid Jaafar yang pernah memerintah NEGERI Muar lebih 300 tahun lalu. Namun beliau tahu di satu tempat wujud beberapa makam lama yang terpisah dengan tanah-tanah perkuburan lain sekitar itu. Saya pun mencarinya di sekitar satu hutan buluh. Lihat artikel Makam lama di (Old tombs at) Teluk Kemang, Ledang di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Hutan buluh itu terletak di tepian Sungai Muar. Dari satu bukaan antara kehijauan pokok-pokok saya dapat melihat menara telekomunasi yang saya cukup cam. Kerana letaknya begitu dekat dengan rumah ibu bapa saya di Kampung Temiang, di seberang sana sungai!



Puas berlegar-legar mencari kesan sejarah kami kembali ke rumah ibu bapa.




Itupun saya sebenarnya mahu menyambung adventure dengan melihat kawasan tepian sungai bertentangan hutan buluh tadi. Tetapi apabila lalu di hadapan rumah kelihatan beberapa orang saudara datang bertandang jadi eloklah meluangkan masa bersama mereka terlebih dahulu.



Kemudian baru mencari kawasan yang dimaksudkan.



Di sekitar ini ada pondok kecil tepi sungai di sebalik hutan bakau tempat saya suka menyendiri 4-5 tahun lalu. Tetapi saya tidak dapat dan tidak ingat jalan masuknya sebaliknya terjumpa jalan masuk ke jeti kecil lain.



Tak mengapa. Saya membawa anak dan isteri melalui menara telekomunakasi yang dilihat tadi.



Saya pernah memanjatnya seorang diri hingga ke punca tanpa sebarang alat bantuan dan keselamatan semata-mata untuk melihat kawasan sekitar, dalam keadaan sakit badan dan terasa seperti sudah patah tulang rusuk dan belakang akibat terjatuh dari pokok, terhempas mendarat pada belakang badan dari ketinggian 10-12 kaki. Baru hari ketiga raya ini dapat memastikan duduk letak tempat berdasarkan apa yang dilihat dari atas juga dari bawah. Lihat artikel Views from on top a telecommunication tower in Muar... yang dibuat 4 tahun lalu. Baca penerangan pada Text for Views from on top a telecommunication tower in Muar....



Seterusnya saya tergerak untuk melihat tepian Bukit Treh. Kali ini terlihat satu laluan yang tidak pernah ternampak sebelum itu, terus sahaja saya berlari menuju ke sana sementara isteri dan anak menunggu dalam kereta.



Masyaallah! Sudah bertahun-tahun saya cuba mencarinya tetapi boleh pula terjumpa ketika mahu melihat bukit sepintas lalu. Inilah mulut gua di Bukit Treh tempat orang dahulukala masuk untuk meminjam pinggan mangkuk dari alam bunian, untuk digunakan pada hari keramaian seperti majlis perkahwinan dan kenduri kendara. Cuma selepas itu pintu gua jadi sempit atau tertutup disebabkan ada yang melanggar perjanjian.




Lewat petang itu kami ke Sungai Mati lagi tanpa dirancang. Kali ini disebabkan seorang ibu saudara kehilangan kunci kereta sedangkan cermin tingkapnya ternganga, kalau tak hidupkan enjin tak boleh tutup. Adapun keluarganya telah membawa 3 buah kereta untuk kembali ke Muar. Petang itu 2 kembali ke Kuala Lumpur tinggal dia dan anak sulung yang ingin menetap satu lagi malam dengan satu kereta. Rupa-rupanya kunci kereta itu ada pada anak bongsunya yang mahu kembali ke KL. Nasib baik kereta yang dinaiki anak tersebut baru menghampiri Tangkak, belum masuk tol lebuhraya.

Kesian melihat ibu saudara tersebut, lagipun saya pernah menumpang duduk lama di rumahnya di Ampang, saya pun menawarkan diri untuk mengambil kunci. Jumpa di Bukit Kangkar, lalu di Sungai Mati. Kembali dari sana saya mengambil peluang untuk melihat makam yang kepoknya dilihat semasa melalui 'tali air' tadi. Lihat artikel Makam kerabat Johor di Sungai Mati? (Tomb of Johor royalties at Sungai Mati?). Dan sekadar untuk menyatakan malam itu kami kembali kepada aktiviti 'normal' berhari raya. Lihat A night at Kim Leng.

Sekarang kita kembali kepada kenapa tadi ada disebut tentang tali air yang bukan tali air, kaitan dengan Sungai Mati dan Pulau Penarik. Tapi saya rasa ada baiknya ia dikupas dalam satu artikel baru...



Tuesday, September 06, 2011

Suasana awal raya

OK. Sekarang kita boleh bercerita pasal raya.



Pagi Isnin 29 Ogos 2011, hari terakhir bulan Ramadhan tahun ini kami anak-beranak singgah di masjid ini. Kami dalam perjalanan hendak kembali ke kampung isteri di Tanjung Sepat, Selangor. Tetapi timbul rasa penat yang amat sangat lalu saya berehat sebentar di sini. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Ar-Rahman, Sungai Manggis, Banting di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Sempat juga menjenguk makam di belakang. Lihat Sebuah makam di Sungai Manggis (A tomb at Sungai Manggis).



Ini pula gambar di pagi hari raya pertama 30 Ogos. Solat raya di masjid kampung isteri.


Ziarah ke kubur almarhum ayahanda mertua.


Dan tentunya keluar beraya di rumah sanak saudara.



Lewat malam kami bergegas ke selatan untuk ke kampung saya di Muar.




Sampai rumah ayah dan ibu di Kampung Temiang sekitar 3 pagi. Tengahari keluar berjalan-jalan.



Sebenarnya nak cari samping untuk Rasyid. Tapi biasa le... tak sah kalau tak menyimpang sana sini.




Pusing-pusing bandar Muar lagi. Petang sedikit baru betul-betul beraya bersama keluarga. Lihat artikel Raya family function at grandma's place dan Continuing the family tradition di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Kemudian lihat klip-klip video di bawah...