Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Ogos 15, 2009

Berkejar ke Lampuuk... tempat matahari terbenam cantik dan masjid paling teruk diserang tsunami

OK. Sampai masanya untuk menamatkan cerita tentang aktiviti-aktiviti yang dibuat hari Selasa, hari kedua saya di Aceh. Bersambung daripada artikel Dayah / Pesantren / Sekolah pondok Tanoh Abee... dan perpustakaan lebih 300 kitab lama!

Selesai ziarah di Tanoh Abee, kami terus berkejar untuk kembali ke Banda Aceh...


Manakan tidak. Kami meninggalkan Tanoh Abee pun sudah jam 6.30 petang sedangkan kami mahu melihat matahari terbenam yang dikatakan sangat cantik di satu tempat, tempat yang memerlukan kami berkejar 42 km gitu melalui jalan bukan highway bersimpang-siur kembali ke Banda Aceh sebelum menghala 15 km lagi ke arah barat...


Aktiviti-aktiviti yang dibuat sepanjang hari sudah cukup memenatkan. Ya lah, bangun pagi awal berjalan-jalan di luar hotel kemudian naik ke bumbung menikmati pemandangan sebelum berziarah ke makam Syiah Kuala 5 km ke utara Banda Aceh, kemudian makam Teungku di Anjung dan makam Tuan di Kandang. Lepas makan tengahari pergi pula ke Masjid Indrapuri 25 km tenggara Banda Aceh, kemudian ke makam Teungku Chik di Tiro kemudian baru Tanoh Abee.

Hasilnya dalam perjalanan kembali ke Banda Aceh, saya dan isteri tertidur petang nyenyak. Sedar-sedar je dah 7 km melepasi Banda Aceh, berhenti le di hadapan rumah srikandi Aceh terkenal Chut Nyak Dien yang pernah giat mempimpin angkatan melawan penjajah Belanda dari tahun 1878 hingga 1905...


Inilah rumah peninggalan Chut Nyak Dien. Biar dipaparkan sedutan berkenaan dari buku ketiga saya "Berpetualang ke Aceh: Sirih pulang ke gagang?", daripada bab bertajuk "Aceh sekarang: Bilakah kembali Darussalam?"...

------------------



Antara mereka, Chut Nyak Dien dikira srikandi paling terserlah sehingga kisahnya diabadikan dalam sebuah filem Indonesia dengan wataknya dipegang pelakon terkenal Christine Hakim. Wanita cantik berketurunan Puteri Nanta Seutia Raja Ulebalang Mukim ini berkahwin dengan Ibrahim Lam Naga kemudian bersuamikan Teuku Umar apabila lelaki itu meninggal dunia 29 Jun 1878 semasa melawan Belanda. Ketika itu, banyak daerah kekuasaan hulubalang telah dirampas penjajah sehingga para pejuang Aceh tertekan untuk mengalah dan berdamai. Tetapi Chut Nyak Dien terus membakar semangat... Beliau kemudian menggantikan kedudukan ayahnya yang meninggal dunia untuk memegang jawatan hulubalang yang berkuasa ke atas daerah VI Mukim atau enam mukim.

Teuku Umar pernah menyeberang ke pihak Belanda dalam satu taktik untuk mengenal-pasti kelemahan musuh dan mendapatkan senjata mereka. Beliau kemudian kembali bersama hulubalang Aceh tetapi gugur lalu Chut Nyak Dien bertindak memimpin saki-baki perjuangan selama 16 tahun di tengah hutan rimba sehingga kesihatannya menjadi teruk dan matanya rabun. Beliau terus memimpin walaupun kurang nampak dan terpaksa dipikul para pengikut. Pada 16 November 1905 sepasukan askar Belanda telah menyerbu tempat persembunyiannya dan beliau pun ditangkap.

Mengikut satu cerita, Chut Nyak Dien sudah bersedia untuk mengorbankan diri sendiri. Beliau yang lebih rela mati daripada ditangkap penjajah sudah mencabutkan senjata rencongnya dan mengarahkannya ke dada sendiri namun berhasil dicegah oleh seorang pegawai Belanda. Srikandi wanita inipun dibuang daerah ke Sumedang di Pulau Jawa. Beliau menghembuskan nafas yang terakhir lalu dimakamkan di sana.



Sayangnya, rumah serta kawasan sekitar yang telah dijadikan tempat lawatan kebudayaan telah ditutup untuk hari itu... maklumlah, dah masuk jam 7 petang!




Lagipun kami perlu berkejar ke Lampuuk untuk melihat matahari terbenam. Itupun sempat berhenti sebentar membeli kuih-muih di tepian jalan...





Perjalanan disambung sedikit terganggu akibat halangan seperti yang kelihatan...






Namun Alhamdulillah, kami sampai ke Lampuuk dalam keadaan matahari masih cukup terang!




Kami memang cukup masa untuk melihat matahari terbenam. Cuma langit pula tidak berapa terang akibat kepulan awan. Lihat gambar-gambar dan cerita pada artikel Catching the sunset over the Indian Ocean at Lampuuk... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH .



Masuk Maghrib, kami bersolat di sebuah masjid yang agak istimewa...



Apakah yang begitu istimewa tentang masjid ini? Lihat gambar lama di atas. Dan lihat gambar-gambar lain dan ceritanya pada artikel Masjid (mosque of) Rahmatullah, satu monumen tsunami Aceh (a tsunami monument of Aceh) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) ...



Apapun, kawasan keliling masjid ini kini sudah kembali cantik. Banyak rumah-rumah baru dan kedai-kedai telah dibina termasuk banyak rumah bungalow dua tingkat kecil tapi menarik yang dibina kerajaan dan badan NGO dari Turki untuk penduduk yang selamat daripada serangan ombak ganas tsunami yang menelan lebih 200,000 nyawa dan menghancurkan banyak infrastruktur malah mengubah sedikit bentuk mukabumi di Aceh 26 Disember 2004.

Tetapi pertolongan material bukan segala-galanya. Pengisian hidup baru juga diperlukan Saya teringat cerita isteri saya yang sempat berbual-bual dengan dua orang wanita Aceh berumur yang duduk di sekitar. Dari segi rumah yang mereka dapat, kelihatan agak selesa dan mewah... maklumlah, bungalow dua tingkat setiap seorang yang walaupun kecil tetapi cantik teratur. Tetapi mereka telah kehilangan keluarga dan anak-anak. Untuk meneruskan kerjaya yang sudah mereka kenali lama iaitu bersawah pula sudah tidak boleh. Segala sawah berdekatan semuanya rosak akibat tsunami membawa batu dan pasir mengisi tanah.

Akhirnya apa yang mereka boleh buat adalah banyak mengisi masa di masjid bersolat, beribadat dan mendengar ceramah. Walaupun mungkin ini hikmah untuk membawa mereka lebih selalu mengimarahkan masjid, sebagai warga yang meningkat tua dan tidak ada lain ahli keluarga suami dan anak-anak untuk menemani mahupun dijadikan tempat bergantung dan mengadu nasib, sesuatu perlu dibuat untuk mengisi kekosongan selain memastikan pendapatan...



Malam selepas Isyak baru kami kembali ke Banda Aceh...




Kami makan malam satay Aceh di tengah bandar. Sataynya lebih kurang sama dengan apa yang ada di Malaysia... bezanya mereka tidak menggunakan nasi himpit mahupun ketupat. Sebaliknya satay dimakan dengan nasi biasa. Dan kuahnya sedikit lain, dah lupa bagaimana rasa untuk menerangkannya.

Selesai makan, baru saya dan isteri dihantar kembali ke hotel. Cerita akan disambung untuk perjalanan hari Rabu iaitu hari ketiga ke Aceh. Kali ini kami akan pergi lebih jauh keluar Banda Aceh, sehingga turun lebih 400 km ke tenggara sampai ke bandaraya Langsa tempat saya pernah terkandas sebelum dihalau keluar oleh imigresyen ketika pernah kali sampai ke Aceh Januari 2004, ketika bumi Serambi Mekah ini masih dalam darurat peperangan.

Walaupun perjalanan hari Rabu itu dirancang mahu pergi setakat sampai lebih sikit dari Lhoksuemawe iaitu kurang 100-150 km gitu perjalanan ke Langsa, ditakdirkan Allah SWT tanpa kami rancang, keadaan nanti akan membawa saya ke sana untuk menyambung kembali jejak perjalanan lama malah di tempat tertentu dapat pula sampai pada hari dan waktu seperti yang dihajatkan lebih 5 tahun lalu. Sekian, selamat malam! :]

Jumaat, Ogos 14, 2009

Dayah / Pesantren / Sekolah pondok Tanoh Abee... dan perpustakaan lebih 300 kitab lama!

Dari Masjid Indrapuri dan kompleks makam Teungku Chik di Tiro, kita beralih ke Tanoh Abee sekitar 42 km ke selatan atau tenggara Banda Aceh...


Apa ada di sini? Nanti sikit-sikit kita kasi tahu. Sebelum itu, sila lihat cerita perjalanan dan gambar-gambar yang terpapar dalam artikel On to Tanoh Abee... so what exists over there? di blogspot BERPETUALANG KE ACEH .


Untuk pengetahuan, di sini terdapat salah satu dayah paling terkemuka di Aceh. Apa itu dayah? Dayah adalah bahasa Aceh untuk sekolah atau institusi pondok pengajian agama, juga dipanggil pesantren dalam bahasa Indonesia. Ingat. Dayah ya, bukan serbuk pencuci Daia atau Ultraman Daia. Heh! :]



Selalunya institusi-institusi sebegini dapat dikaitkan dengan para ulamak besar bertaraf wali...


Dan Dayah Tanoh Abee memang bukan sembarangan tempat. Ia dibuka oleh seorang ulamak besar dahulukala yang merupakan putra seorang hakim dari Baghdad beberapa ratus tahun lalu...


Biar dipaparkan artikel dalam website http://aliansisastrawanaceh.wordpress.com/ di Internet ini ya, katanya dari Harian Analisa, 22 Juli (Julai) 2002.

----------------

Perpustakaan Tanoh Abee yang terdapat di Desa Tanoh Abee, Kecamatan Seulimum, Kabapaten Aceh Besar. Menurut hasil penelitian Arkeologi Islam Indonesia, perpustakaan tersebut merupakan satu-satunya perpustakaan Islam tertua di Nusantara, bahkan termasuk perpustakaan Islam yang paling tua di Asia Tenggara.

CIKAL

Keberadaan perpustakaan Tanoh Abee ini tak terlepas dari sejarah pendirian sebuah pesantren (dayah) yang dibangun oleh ulama asal negeri Baghdad, bernama Fairus Al-Baghdady yang datang ke Aceh pada masa pemerintahan Sultan Iskandar Muda (1607-1636 M).

Fairus hijrah ke Aceh waktu itu bersama 7 saudaranya. Empat orang, termasuk Fairus menetap di wilayah Aceh Besar. Tiga saudara lainnya menyebar ke Pidie dan Aceh Utara.

Diperkirakan Fairus Al-Baghdady inilah sebagai ulama yang mula-mula membangun pesantren (dayah) tersebut, yang kemudian dikenal dengan pesantren Tanoh Aceh sebagai cikal-bakal dari perpustakaan kuno Tanoh Abee sekarang ini.

Karena di dalam pesantren tersebut tersimpan ribuan kitab tulisan tangan karya para ulama Aceh terdahulu.

PEWARIS

Perpustakaan yang terletak di kaki gunung Seulawah yang berjarak sekitar 42 km ke arah Timur Kota Banda Aceh, atau sekitar 7 km ke pedalaman sebelah Utara ibukota Kecamatan Seulimum ini, dikelola secara turun temurun sejak 600 tahun lalu.

Mulai dari pendirinya Syeh Fairus Al-Baghdady pada masa pemerintahan Sultan Iskandar Muda, diteruskan oleh seorang anaknya bernama Syeh Nayan. Kemudian Syeh Nayan ini mewariskan kembali perpustakaan tersebut sekaligus pesantrennya bernama Syeh Abdul Hafidh.

Selanjutnya beralih ke tangan Syeh Abdurrahim, yang menurut catatan sejarah, Syeh Abdurrahim termasuk pewaris pesantren Tanoh Abee yang sangat banyak mengumpulkan naskah-naskah kuno untuk menjadi koleksi perpustakaan.

Dari Syeh Abdurrahim perpustakaan dan pesantren ini diwarisi oleh Syeh Muhammad Saleh. Diteruskan oleh anaknya Syeh Abdul Wahab. Kemudian Syeh Muhammad Sa’id.

Dari Muhammad Sa’id pesantren ini diurus oleh Teungku Muhammad Ali, hingga kemudian jatuh kepada pewaris terakhir sekarang ini, yaitu Al-Fairusy, sebagai pewaris urutan ke-9.

DISALIN

Dari pewaris terakhir inilah penulis memperoleh sejumlah keterangan tentang sejarah dan keberadaan perpustakaan kuno Tanoh Abee.

Dari 9 orang keturunan yang mewariskan perpustakaan ini, yang menonjol kemajuannya adalah pada masa kepemimpinan Syeh Abdul Wahab (pewaris ke-6).

Syeh Abdul Wahab inilah yang kemudian dikenal sebagai ulama besar yang berpengaruh di Aceh dengan sebutan Teungku Chik Tanoh Abee.

Ketika pesantren Tanoh Abee berada di bawah kepemimpinannya, hampir seluruh perhatian Syeh Abdul Wahab dicurahkan untuk memajukan perpustakaan. Ia sangat berminat agar perpustakaan pesantren Tanoh Abee menjadi sebuah perpustakaan Islam terbesar di Nusantara, dan bahkan dapat menjadi perpustakaan Islam terbesar di Asia Tenggara.

Untuk mengujudkan cita-cita itu, Syeh Abdul Wahab menyalin ribuan kitab berbahasa Arab ke dalam bahasa Jawi dari berbagai ilmu pengetahuan untuk menjadi perbendaharaan perpustakaan Tanoh Abee.

Hal yang menyedihkan ketika ulama Nuruddin Ar-Raniry memusnahkan kitab-kitab karya ulama Sufi terbesar di Aceh, yaitu Syeh Hamzah Fansuri, karena ajarannya dianggap “sesat” oleh Nuruddin Ar-Raniry.

Orang memperkirakan dengan kejadian itu semua kitab Hamzah Fansuri telah habis dibakar saat itu. Ternyata sebahagian besar kitab-kitab dari karya Hamzah Fansuri yang ditulis tangan masih sempat diselamatkan di perpustakaan Tanoh Abee hingga sekarang ini.

RUSAK

Sejumlah naskah kuno, kitab hasil karangan para ulama Aceh terdahulu, hingga akhir abad ke-18 diperkirakan sekitar 10.000 buah naskah (tulis tangan) tersimpan di perpustakaan ini.
Namun dalam perjalanan waktu naskah-naskah tersebut banyak yang lapuk dan rusak akibat tidak mendapat perawatan sebagaimana mestinya.

Selain itu, naskah-naskah tersebut juga banyak yang dimusnahkan dan dicuri oleh Belanda ketika mereka masuk ke Tanoh Abee waktu itu.

Kini menurut cerita Tgk. M. Dahlan Al Fairusy selaku pimpinan pesantren sekaligus pengelola perpustakaan kuno Tanoh Abee ini, jumlah kitab yang masih tersisa di perpustakaan ini sekitar 3.000 naskah lagi. Sebagian disimpan di pesantren dan sebagian lagi tersimpan di rumah Tgk. Dahlan agar tidak sampai hilang.

[H.Harun Keuchik Leumiek]


Oh. Satu sahaja komen dari saya tentang artikel ini. Ada satu ayat tersilap sebut iaitu perpustakaan di sini telah berdiri sejak 600 tahun lalu. Silap kira tu kerana Sheikh Fairus mendirikannya pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda (1607-1636), maka lebih tepat mengatakan ia telah berdiri sekitar 400 tahun gitu...

OK. Saya dan isteri datang bersama pemandu ke sini atas cadangan kenalan kami Kak Ann yang membiayai perjalanan dan penginapan kami di Aceh (lihat artikel pembukaan Sampai ke Aceh setelah 5 tahun 5 bulan menunggu! Rupa-rupanya ada faktor 131 di sini... ). Adapun Kak Ann ini selalu mengunjungi dayah-dayah dan para ulamak di Aceh dan selalu memberikan sumbangan. Maka itu kami disambut baik oleh waris-waris utama keluarga ulamak yang membuka dan menjaga tempat ini. Sambil minum petang di kediaman, kami diberi kesempatan untuk melihat kitab-kitab mereka yang dikira paling berharga lalu tidak pernah dipaparkan pada mana-mana orang biasa...




Kemudian baru kami keluar dan melihat kawasan sekitar seperti pondok-pondok mengaji dan suluk...



Sebuah surau berdekatan kediaman keluarga pengasas...



Yang ini kalau tak salah bangunan makam keluarga terdekat pengasas dan keturunannya, mereka-mereka yang mewarisi kepimpinan juga kekhalifan dayah ini. Oh, baru teringat. Tadi di kediaman, kami diberitahu bahawa di Tanoh Abee ini mereka berkelayakan untuk mengijazahkan zikir serta amalan beberapa jenis tarikat termasuk Naqshabandiah, Qadiriyah dan Shadziliah!







Yang ini memang makam-makam tetapi apakah ia terletak di dalam bangunan yang kelihatan atas tadi, saya pun tak ingat. Maklumlah gambar-gambar ini diambil lebih sebulan lalu dan tidak ditanda apa-apa kecuali jika ada maklumat tertera dalam gambar. Selain itu saya cuma mengharapkan ingatan dan gerak yang timbul apabila melihat sesuatu gambar... yang pasti ia memang makam-makam para pemimpin terdahulu dayah ini.



Sebagai sebuah institusi pondok yang telah berdiri kukuh beberapa ratus tahun lamanya, Dayah Tanoh Abee tentu memiliki banyak bangunan walaupun daripada kayu...













Sampai ke satu bangunan tertentu saya pun masuk ke dalam.




Ini kelihatan seperti ruang suluk istimewa...





Terdapat pula banyak koleksi kitab di satu bahagian...






Saya membuka sebuah pintu melintang. Apakah ini satu tempat suluk istimewa untuk mengingati alam mati? Kalau ya, saya tidak terperanjat. Saya pernah masuk seorang diri dan duduk (sebenarnya berbaring sisi seperti mayat) di dalam lubang suluk gelap gelita seperti kubur atau liang lahad yang terletak berdekat masjid dan makam Tok Selehor di Kelantan (lihat artikel lama "Mematikan diri" di makam Tok Selehor...) juga di hadapan Masjid Sungai Cincin di sekitar Gombak, Selangor (lihat artikel lama Masjid (mosque of) Sungai Cincin dan (and) Sheikh Muhammad Nur di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) ).




Malah semasa melihat isi di dalam inipun saya masih menyangkakan ia tempat suluk istimewa. Memang sangat istimewa kerana rupa-rupanya ia adalah tempat bersuluk orang yang sudah mati! Untuk pengetahuan di dalam ini juga terdapat makam para khalifah Dayah Tanoh Abee, saya tak pasti yang mana. Mungkin Sheikh Fairus sendiri?



Kemudian saya menaiki bangunan atau pondok ini pula...




Saya amat tertarik dengan gambar-gambar serta ilustrasi @ lakaran tokoh-tokoh besar yang ada...




Paling istimewa adalah ini, katanya Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, raja yang sering dicatatkan sebagai pemerintah terunggul Aceh sepanjang zaman. Salam sejahtera dan menjunjung kasih nenda. Allahuma solli ala Muhammad wa ala ali Muhammad... :]


Mengenang Teungku Chik di Tiro dan perjuangan Aceh melawan penjajah... terlihat makam kerabat di tepian jalan

Dari Masjid Indrapuri, kami bergerak sekitar 5 km selatan ke kompleks makam ulamak dan pejuang terkenal Teungku Chik di Tiro...

Siapakah Teungku Chik di Tiro? Sila lihat artikel Makam (tomb of) Teungku Chik di Tiro yang baru dibuat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) tadi ...




Di luar kompleks makam, betul-betul berhadapan makam terlihat pula pokok berbentuk pelik ini...


Saya terus teringat pokok Beruas, sejenis pokok manggis hutan. Apakah ini pokok Beruas? Saya pun tak tahu. Tetapi bentuknya kelihatan seakan-akan sama. Yang saya tahu, setiap kali teringat nama Beruas, saya mesti mengaitkannya dengan kisah cucu Sultan Malikus Salih iaitu Sultan Malikul Mansur yang diturunkan daripada takhta kerajaan Samudera kerana mengambil seorang perempuan dari istana kekandanya Sultan Malikul Mahmud yang memerintah Pasai.

Sebuah cerita lama Beruas menyebut, Sultan Malikul Mansur yang dibuang negeri pernah singgah di Perak di mana baginda berehat di bawah pokok Beruas. Maka itu baginda mendirikan sebuah kerajaan baru yang dipanggil Beruas. Kali pertama saya mengenali pokok Beruas adalah di sekitar pantai Pasir Panjang berdekatan Segari, Perak. Sila lihat artikel lama The origin of the name Beruas. di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Dalam kawasan kompleks bersebelahan makam, terdapat pondok kayu ini...



OK. Sebenarnya saya sudah terlupa apakah pondok tadi yang saya naiki atau ada sebuah pondok lagi. Yang pasti saya tertarik dengan gambar-gambar yang terdapat di pondok itu...




Ini katanya adalah ilustrasi atau lukisan pemilik makam iaitu Teungku Chik di Tiro, atau nama sebenarnya Sheikh Muhammad Saman.



Turut terdapat adalah gambar ini, katanya Teungku Chik di Tiro juga tetapi yang bernama Teungku Umar. Rupa-rupanya nama Teungku Chik di Tiro itu adalah satu gelaran ulamak besar daerah yang boleh dipakai turun-temurun dalam satu keluarga!

Semasa baginda diturunkan takhta, Sultan Muhammad Daud telah mengamanahkan agar perjuangan membebaskan Aceh diteruskan oleh ulamak terkenal Teungku Chik di Tiro. Kebetulan makam ulamak ini terletak tidak jauh dari Indrapuri, maka ke situlah kami seterusnya dan ini akan diceritakan nanti.

Adapun saya membuat kenyataan di atas ini berdasarkan cerita-cerita tentang Teungku Chik di Tiro yang saya dengar selama ini terutama daripada tulisan-tulisan yang pro pihak GAM (Gerakan Aceh Merdeka yang kini bergerak secara sah sebagai parti politik Partai Aceh). Sering disebut bahawa disebabkan Sultan Muhammad Daud mengamanahkan perjuangan melawan Belanda agar diteruskan oleh Teungku Chik di Tiro lah maka itu seorang anak cucu keluarga itu, Teungku Hassan Chik di Tiro yang menjadi pemerintah tertinggi GAM layak memegang Aceh sebagai Sultan akan datang...

Pada saya keluarga di Tiro ini setakat memegang amanah menjadi wali negara atau penjaga Aceh sementara waris paling afdal berketurunan Sultan belum muncul, bukan untuk terus menggantikan Sultan. Apapun, baru siang tadi, setelah membuat sedikit research, saya dapat tahu bahawa Teungku Chik di Tiro yang paling banyak berperanan melawan Belanda iaitu Teungku Chik di Tiro Sheikh Muhammad Saman meninggal dunia tahun 1891 sedangkan Sultan Muhammad Daud dipaksa turun takhta 1903. Maka itu, jika betul pun Sultan ada mengamanahkan penjagaan negeri Aceh kepada Teungku Chik di Tiro, ia mesti kepada Teungku Chik yang kemudian, bukan Sheikh Muhammad Saman.




Pandangan dari dalam kompleks makam ke kampung di luar. Di sini biar saya copy and paste sedikit maklumat tentang Teungku Chik di Tiro Sheikh Muhammad Saman yang diambil dari Wikipedia ya...
---------------


Teungku Chik di Tiro (Bahasa Aceh, artinya Imam ulama di daerah Tiro) atau Muhammad Saman (Tiro, Pidie, 1836Aneuk Galong, Januari 1891), adalah seorang pahlawan nasional dari Aceh.

Teungku Muhammad Saman adalah putra dari Teungku Syekh Ubaidillah. Sedangkan ibunya bernama Siti Aisyah, putri Teungku Syekh Abdussalam Muda Tiro. Ia lahir pada tahun 1836, bertepatan dengan 1251 Hijriah di Dayah Jrueng kenegerian Cumbok Lam Lo, Tiro, daerah Pidie, Aceh. Ia dibesarkan dalam lingkungan agama yang ketat.

Ketika ia menunaikan ibadah haji di Mekkah, ia memperdalam lagi ilmu agamanya. Selain itu tidak lupa ia menjumpai pimpinan-pimpinan Islam yang ada di sana, sehingga ia mulai tahu tentang perjuangan para pemimpin tersebut dalam berjuang melawan imperialisme dan kolonialisme. Sesuai dengan ajaran agama yang diyakininya, Muhammad Saman sanggup berkorban apa saja baik harta benda, kedudukan, maupun nyawanya demi tegaknya agama dan bangsa. Keyakinan ini dibuktikan dengan kehidupan nyata, yang kemudian kebih dikenal dengan Perang Sabil.

Dengan Perang Sabilnya, satu persatu benteng Belanda dapat direbut. Begitu pula wilayah-wilayah yang selama ini diduduki Belanda jatuh ke tangan pasukannya. Pada bulan Mei tahun 1881, pasukan Muhammad Saman dapat merebut benteng Belanda Lam Baro, Aneuk Galong dan lain-lain. Belanda merasa kewalahan akhirnya memakai "siasat liuk" dengan mengirim makanan yang sudah dibubuhi racun. Tanpa curiga sedikitpun ia memakannya, dan akhirnya Muhammad Saman meninggal pada bulan Januari 1891 di benteng Aneuk Galong.

Salah satu cucunya adalah Hasan di Tiro, pendiri dan pemimpin Gerakan Aceh Merdeka.[1]





Dari kompleks makam kami keluar balik melalui jalan kampung yang diambil untuk sampai ke makam tadi.



Ada beberapa rumah tradisional kampung yang terukir cantik sepanjang jalan. Sila lihat gambar-gambar lain pada artikel Aceh rural views around Indrapuri di blogspot BERPETUALANG KE ACEH .





Ada pula kilang papan. Apakah kayu-kayu ini yang digunakan untuk membuat rumah di sekitar?





Dalam perjalanan keluar dari kampung sekitar ini, baru saya tersedar akan kewujudan beberapa makam lama di tepian jalan...





Kalau tak salah, letaknya cuma 1-2 km sahaja dari kompleks makam Teungku Chik di Tiro pada satu puncak bukit yang dilalui jalan...





Bentuk batu nesan menandakan ia milik ahli kerabat diraja kalau tidak raja sendiri!




Cuma kelihatannya ia tidak terjaga, mungkin kerana orang tidak menyedari kepentingannya atau tidak tahu ia milik siapa.





Saya pula sanggup berhenti lalu keluar dari kereta untuk melihat lebih dekat. Nasib baik isteri saya menyedari tentang kewujudan makam-makam ini lalu menunjukkan kepada saya. Syukur Alhamdulillah, Allah SWT memberi saya seorang isteri yang dapat mengingatkan saya pelbagai perkara apabila saya sendiri terlepas pandang. Malah kadangkala pula, ada tanda-tanda ghaib termasuk melalui mimpi yang disampaikan kepada saya melalui isteri...


Cerita perjalanan hari Selasa di Aceh ini akan disambung dengan lawatan ke sebuah pesantren (dipanggil dayah di Aceh) atau institusi pondok di Tanoh Abee. Sebelum itu biar diletak gambar-gambar cantik persekitaran kampung dalam perjalanan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Perhatikannya sebentar lagi...