Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Ogos 26, 2019

Bersedia untuk acara ke-21 HIKMAH di Kompleks Makam Sultan Malikus Saleh 1 September 2019

Daripada blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)..


--------------


Salam semua wahai para pembaca yang dimuliakan. Pada 10 Mac iaitu lima bulan setengah lalu saya ada membuat artikel bertajuk Rancangan perjalanan pusing utara Sumatera dan Aceh berserta acara HIKMAH ke-21 di kompleks makam Sultan Malikus Saleh 1 Muharram 1441 lalu memberitahu tentang rancangan mahu menghidupkan kembali HIKMAH dengan mengadakan acara ke-21 kami di Kompleks Makam Sultan Malikus Saleh pada hari Ahad 1 September 2019 bersamaan Muharram 1441 Hijriah. Sejak itu saya tidak memberikan apa-apa maklumat baru tentang majlis di mana-mana. Saya lebih banyak menyebut tentang perjalanan pusing Sumatera yang mana acara HIKMAH terkandung dalam rancangan besar perjalanan.

Sekarang biar dikongsikan maklumat terkini dalam satu artikel. Sebelum itu biar dikongsikan perkembangan berkenaan  yang telah diceritakan di Facebook...




Adapun rancangan perjalanan yang diceritakan dalam artikel Rancangan perjalanan pusing utara Sumatera dan Aceh berserta acara HIKMAH ke-21 di kompleks makam Sultan Malikus Saleh 1 Muharram 1441 dibuat berdasarkan saya dan keluarga akan sampai ke Banda Aceh dengan penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur jam 10 pagi. Penyertaan pun dibuka kepada sesiapa yang berminat untuk bersama. Lebih 4 bulan kemudian saya menerima makluman kami telah dialihkan ke penerbangan jam 2 petang. Dengan itu sedikit perubahan harus dilakukan. 

Pada 26 Julai maklumat berkenaan dikongsikan di FB berserta panggilan akhir untuk mereka yang berminat untuk turut serta. Begini bunyinya :-



RANCANGAN PERJALANAN PUSING UTARA SUMATERA DAN ACARA HIKMAH DI ACEH 28 OGOS - 4 SEPT 2019 - LAST CALL UNTUK SESIAPA YANG MAHU TURUT SERTA

Salam pagi Jumaat 23 Zulkaedah. Sudah lama saya tidak memberikan perhatian pada perkara atas kerana kesibukan dengan hal-hal lain terutama penerbitan buku terbaru saya "KENANGAN KEMBARA SOLO HITCHHIKE EROPAH TAHUN 1995". Sekarang sudah sampai masanya perkara mula dimuktamadkan. Ini kerana perjalanan yang dimaksudkan akan dilaksanakan sebulan sahaja lagi daripada sekarang.

Merujuk pada artikel berkenaan yang dipersembahkan dalam blogspot CATATAN SI MERAH SILU lebih 4 bulan lalu. Adapun selepas ia diwar-warkan di Facebook saya telah menerima sejumlah maklum balas daripada mereka yang berminat untuk pergi. Namun setakat ini yang saya tahu cuma 5 orang dewasa sahaja telah memberikan komitmen dengan membeli sendiri tiket penerbangan ke Banda Aceh bagi tarikh 28 Ogos dan kembali 4 Sept. Ini supaya dapat bersama saya, isteri dan 2 orang anak kecil mengembara.

Untuk makluman logistik perjalanan akan dibuat secara ad hoc berdasarkan jumlah penyertaan untuk menjimatkan belanja, bukan berdasarkan kebiasaan harga yang ditetapkan oleh travel agent. Saya akan meminta kerjasama kawan-kawan di Aceh untuk itu. Jumlah penyertaan akan menentukan jenis dan jumlah kenderaan mahu digunakan selain hal-hal lain seperti penginapan dan makan minum. Dianggarkan tidak lebih daripada RM2,000 satu kepala (tak campur tiket penerbangan) insyaallah bagi keseluruhan tempoh 8 hari 7 malam...

Cadangan saya kalau boleh biarlah dapat menumpang bermalam di sekolah-sekolah pondok, masjid dan sebagainya. Ini kerana selain mahu menjimatkan belanja kami dijangka sampai ke tempat-tempat rehat pada waktu malam, esoknya awal pagi terus bergerak untuk menyambung perjalanan kecuali pada 2 atau 3 hari terakhir di Banda Aceh.

Dengan itu saya menyeru. Sesiapa lagi yang berhajat mahu menyertai kembara sila beli sendiri tiket pergi balik kapal terbang ke Banda Aceh yang dapat meliputi tarikh perjalanan 28 Ogos hingga 4 Sept. Selepas itu beritahu saya melalui WhatsApp 013-3082131 supaya dapat bersama mengatur perkara.

Saya akan membuka ruang penyertaan ini selama 2 minggu. Pada Jumaat 2 minggu akan datang iaitu pada 9 Ogos 2019 bersamaan 8 Zulkaedah 1440 Hijriah ia akan ditutup supaya logistik perjalanan dapat dimuktamadkan. Sebagai mengakhiri pengumuman biar disenaraikan tujuan-tujuan utama pengembaraan dibuat...


1) Ziarah ke Barus di mana dikatakan terdapat makam pendakwah Islam dengan tarikh meninggal dunia 43 Hijriah bersamaan 664 Masihi (Kerajaan Srivijaya diketahui mula berkuasa di Sumatera pada tahun 683 M iaitu dekat 20 tahun kemudian). Dikatakan Barus telah dikenali dunia sejak zaman Mesir purba kerana terdapat bekalan kapur (dipanggil kapur barus) terbaik untuk pelbagai kegunaan terutama menguruskan mayat.

2) Ziarah ke tempat-tempat bersejarah terutama melibatkan kedatangan Islam sepanjang pantai barat utara Pulau Sumatera menghala ke Barus di selatan membawa ke pantai timur menghala ke Banda Aceh di utara. Banyak persinggahan akan dilakukan. Maka perjalanan agak lasak dan kurang rehat tapi harus amat memuaskan.

3) Iktikaf di kompleks makam Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz Shah di Perlak pada malam 1 Muharram 1441 Hijriah (siangnya Sabtu 31 Ogos). Dikatakan Kesultanan Islam Perlak diasaskan dengan naiknya sultan berketurunan Rasulullah SAW ini pada 1 Muharram 225 Hijriah iaitu 1216 tahun Qamariah yang lampau (berdasarkan bulan menurut kalender Islam)! Ini diperkirakan bersamaan tahun 840 Masihi iaitu 1159 tahun Syamsiah lalu (menurut matahari seperti digunakan kalendar Barat) .

4) Mengadakan satu acara berupa wacana ilmu atas nama HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman) di kompleks makam Sultan Malikus Salleh iaitu pengasas kerajaan Samudera-Pasai pada pagi 1 Muharram 1441 bersamaan Ahad 1 Sept 2019. Acara dikira terus berjalan membawa ke Banda Aceh di mana kawan-kawan di sana sedia menyambut dengan majlis yang lebih teratur.


Nota : Tiket ke Banda Aceh sebenarnya dibeli untuk penerbangan pagi jam 10. Tetapi baru beberapa hari lalu AirAsia memaklumkan penerbangan pagi dibatalkan lalu penumpang dialih masuk ke penerbangan jam 2 petang. Harap maklum.



Lima hari kemudian dikongsikan rancangan terbaru perjalanan dari hari ke hari :-



TERBARU TENTANG RANCANGAN PERJALANAN PUSING ACEH/SUMATERA UTARA 28 OGOS - 4 SEPT

Salam awal pagi Rabu 28 Zulkaedah. Merujuk kepada rancangan tersebut yang ada diwar-warkan di Facebook 2-3 kali. Tergerak saya untuk berkongsi rancangan terbaru berdasarkan perubahan jadual penerbangan (KL-Banda Aceh Rabu 28 Ogos diubah oleh Air Asia dari 10 pagi ke 2 petang) juga persetujuan ahli rombongan (setakat ini 7 dewasa 2 kanak-kanak) untuk bermalam di masjid atau sekolah pondok.


1. Hari pertama Rabu 28 Ogos

Banda Aceh - Meulaboh (238 km)

- Menginap di masjid raya yang merupakan satu-satunya bangunan tidak diranapkan Tsunami 26 Disember 2006. Menggantikan rancangan asal Banda Aceh - Tapak Tuan (434 km)

2. Hari kedua Khamis 29 Ogos

Meulaboh - Barus (484 km)

- Persinggahan akan dibuat di Labuhan Haji diikuti Tapak Tuan kemudian makam Sheikh Hamzah Fansuri di Singkil. Bermalam Jumaat di sebuah masjid di Barus (belum dapat ilham yang mana)

3. Hari ketiga Jumaat 30 Ogos

Barus - Deli Tua (dekat Medan, 326 km)

- Persinggahan akan dibuat di Kompleks Makam Mahligai Barus di mana dikatakan terdapat makam pendakwah Islam dengan tarikh meninggal dunia 43 Hijriah (sekitar 664 Masihi). Akan masuk ke Pulau Samosir di Danau Toba sebelum naik ke Berastagi kemudian bermalam di Masjid as-Syakirin, Deli Tua

4. Hari keempat Sabtu 31 Ogos

Deli Tua - Makam Sultan Sayid Maulana Abdul Aziz Syah, Perlak (265 km)

Singgah ke Medan untuk lawatan ke Istana Maimoon dan masjid lama Manshun, singgah ke Masjid Azizi di Tanjung Pura, Langkat lalu masuk ke Kampung Besilam (pusat Tariqat Naqsyabandiah-Khalidiah di bawah almarhum Sheikh Abdul Wahab), lalu di Pengkalan Brandan diikuti Temiang dan Langsa. Kalau ada kesempatan masa masuk ke Pengkalan Susu untuk melihat Teluk Haru, Pulau Kampai dan Pulau Sembilan (tambah 25 km pergi balik simpang).

Ini adalah laluan yang diceritakan dalam siri trilogi novel "Berpetulang ke Aceh" tulisan dan terbitan saya 2006-2007. Bermalam 1 Muharram 1441 Hijriah di kompleks makam Sultan Sayid Maulana Abdul Aziz Syah yang merajai Kesultanan Perlak bermula 1 Muharram 224 Hijriah lebih 1,000 tahun lalu.

5. Hari kelima Ahad 1 September 2019 bersamaan siang 1 Muharram 1441 Hijriah

Makam Sultan Abdul Aziz - Makam Sultan Malikus Saleh di Geudong, Lhokseumawe (130 km)

Dibuat persinggahan ke makam Ratu Nurul Aqla sebelum ke makam Sultan Malikus Saleh di mana acara ke-21 HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman) bermula selewatnya jam 10 pagi insyaallah. Boleh jadi bermalam di sekolah pondok berdekatan, boleh jadi teruskan perjalanan menghala ke Banda Aceh bergantung pada gerak dan keadaan.

6. Hari keenam Isnin 2 September

Menuju ke Banda Aceh.

Harus ada persinggahan ke makam Tun Sri Lanang di Semerlanga dan makam Daeng Mansur selepas Sigli di Pidie (Pedir). Boleh jadi bermalam di Banda Aceh, boleh jadi di satu lokasi sebelum itu.

7. Hari ketujuh Selasa 3 September

Acara ke-21 HIKMAH disambung di Banda Aceh.

Masa akan ditetapkan selewatnya waktu malam. Acara HIKMAH kali ini dikira berlangsung daripada 1 hingga 3 September, dari makam Sultan Malikus Saleh membawa ke Banda Aceh (284 km). Bermalam di Banda Aceh.

8. Hari kelapan Rabu 4 September

Santai di Banda Aceh sebelum kembali ke Malaysia dengan penerbangan jam 4 petang


Sesiapa yang mahu mengikuti pengembaraan ini boleh membeli sendiri tiket pergi ke Banda Aceh 28 Ogos dan kembali 4 Sept kemudian WhatsApp saya di nombor 013-3082131. Perjalanan dibuat dengan konsep memudahkan belanja secara berkongsi kesemuanya, bukan ikut harga biasa travel agent. Insyaallah tak sampai RM2,000 satu kepala (tidak termasuk tiket penerbangan).

Atau anda boleh atur sendiri perjalanan pergi balik dan lain-lain lalu bertemu kami di makam Sultan Malikus Saleh 284 km ke tenggara Banda Aceh jam 10 pagi Ahad 1 September untuk menyertai acara ke-21 HIKMAH. Tak pun jumpa sahaja di Banda Aceh Selasa 3 September kerana acara disambung di sana selewatnya pada waktu malam...



Pada 10 Ogos satu update ringkas dibuat di FB seperti berikut :-


PANGGILAN KEMBARA KE-9 DI ACEH SEMAKIN KUAT

Salam 1 Ogos 2019 bersamaan 29 Zulkaedah 1440 Hijriah. Alhamdulillah baru siap membuat rangka penuh perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera yang dijadualkan berlangsung 28 Ogos hingga 4 September insyaallah. Banyak tempat-tempat baru yang belum pernah saya sendiri sampai akan dijejaki. Ia akan menjadi lawatan saya yang ke-9 ke Aceh, sejak pertama kali sampai ketika darurat perang masih berlangsung awal 2004.

Semoga akan menerima pembukaan yang memuktamadkan makna hidup ini dan arah tujuan. Semoga semua yang turut bersama juga mendapat berkat...


STANDBY - Acara ke-21 HIKMAH akan bermula di kompleks makam Sultan Malikus Saleh jam 10 pagi Ahad 1 September bersamaan 1 Muharram 1441 Hijriah dan berlanjutan sehingga ke Banda Aceh hari Selasa 3 September...



Ini diikuti update berikut 5 Ogos :-


PELUANG MENGEMBARA LEBIH 2,000 KM JEJAK SEJARAH PUSING ACEH DAN UTARA SUMATERA 8 HARI 7 MALAM DENGAN BELANJA KURANG RM1,500 SEORANG

Salam malam 6 Zulkaedah, Merujuk kepada posting berkenaan sebelum ini . Setelah mengambil kira pelbagai faktor saya dapati kos membuat pengembaraan selama 8 hari 7 malam ini boleh dijimatkan sehingga menjadi kurang RM1,500 seorang. Ini berdasarkan 4 malam pertama menginap di masjid dan sebagainya, 3 malam terakhir baru menginap di hotel selesa pada kadar RM150 semalam satu bilik berkongsi 2-3 orang. Syaratnya dapatkan satu kumpulan 5-7 orang supaya boleh berkongsi satu kereta Innova sepanjang tempoh 8 hari 7 malam itu dan tiket pergi balik kapal terbang beli sendiri.

Yang penting pada jam 2.40 petang Rabu 28 Ogos sudah berada di lapangan terbang Banda Aceh untuk bersama rombongan. Dan sedia bersama sehingga Rabu 4 September. Sila berikan maklum balas sesiapa yang berminat. Untuk makluman tawaran ini akan ditutup apabila masuk jam 12 tengah malam Sabtu 8 Ogos ini. Rujuk posting lama untuk butiran rancangan pengembaraan...




Sehari sebelum hari raya Aidil Adha saya menulis lagi tentang perjalanan dan acara :-


PERUTUSAN HARI ARAFAH 9 ZULHIJJAH TENTANG KEMBARA PUSING ACEH DAN UTARA SUMATERA JUGA ACARA KE-21 HIKMAH

Salam hari Arafah 9 Zulhijjah 1440 Hijriah. Merujuk pada update saya 2 minggu lalu tentang kembara pusing Aceh dan utara Sumatera 28 Ogos - 4 September 2019. Setelah menunggu beberapa lama didapati tidak ada penyertaan baru. Malah terpaksa dikurangkan pula satu tempat apabila ada peserta mendapat panggilan untuk mendaftar masuk ke universiti pada hari Isnin 2 September 2019.

Dengan itu bolehlah dimuktamadkan bahawa kembara ini akan disertai 6 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak sahaja dari Malaysia. Namun masih ada ruang untuk sesiapa yang berminat menyertai separuh akhir kembara, cuma kena atur sendiri perjalanan.

Untuk makluman, separuh awal kembara merujuk pada permulaan dari Banda Aceh petang Rabu 28 Ogos menuju selatan ke Lamno diikuti Meulaboh. Khamis 29 Ogos bergerak ke selatan lagi menuju ke Labuhan Haji, Tapak Tuan, Singkil dan Barus. Jumaat 30 Ogos baru menaik ke utara melalui Danau Toba, Berastagi dan Deli Tua. Ketika rakyat di Malaysia sedang menyambut hari kemerdekaan Sabtu 31 Ogos kami pula akan berangkat ke Medan, Binjai, Langkat, Pengkalan Brandan, Temiang dan Langsa, Malam itu yang sudah masuk tarikh 1 Muharram 1441 Hijriah kami harus sampai ke Perlak untuk bermalam di kompleks makam Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz, seorang Ahlu Bait keturunan Nabi Muhammad SAW yang merajai Kesultanan Perlak bermula 1 Muharram 225 Hijriah lebih 1,000 tahun lalu!

Separuh akhir perjalanan dikira bermula daripada situ terutama pada siang Ahad 1 September. Kami dijadualkan bergerak menziarahi makam Ratu Nur'Ila di Minye Tujuh (yang katanya berkuasa ke atas Kedah dan Pasai, laut dan darat lebih 600 tahun lalu) sebelum ke kompleks makam Sultan Malikus Saleh, raja yang mengasaskan kerajaan Samudera-Pasai hampir 800 tahun lalu. Di situlah acara ke-21 HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman) akan bermula, Acara berupa perkongsian ilmu tentang sejarah dan jati diri Melayu Islam ini akan berpanjangan sehingga ke Banda Aceh Selasa 3 September.

Sesiapa yang berminat boleh sahaja bergerak sendiri berjumpa kami di Perlak malam 1 Muharram itu atau bertemu di makam Sultan Malikus Saleh pada siangnya. Tak pun terus bertemu di Banda Aceh hari Selasa di suatu tempat yang akan diumumkan nanti. Kawan-kawan kami di Aceh boleh membantu perjalanan anda. Boleh hubungi melalui duta Muzium Aceh, Ustaz Mujiburrizal. Tinggalkan pesanan dalam FB beliau.

Pengembaraan ini ada mengulangi sedikit laluan yang diambil saya, isteri dan seorang anak tahun 2011 untuk menunjukkan tempat-tempat yang diceritakan dalam siri trilogi novel "BERPETUALANG KE ACEH" (terbit 2006-2007). Ini adalah berdasarkan kembara solo saya ke Aceh ketika darurat perang masih melanda Januari 2004. Dipautkan cerita perjalanan kami anak beranak pada 9 Zulhijjah iaitu tepat 8 tahun Hijriah yang lalu (rujuk Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Keluar pulau untuk ke Medan...



Sebelas hari kemudian iaitu pada 21 Ogos berlaku suatu perkembangan tidak menyenangkan melibatkan suasana sosio-politik negara. Ini menyebabkan saya menulis hal berikut dalam konteks yang terkait dengan perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera yang tentunya terkait dengan acara ke-21 HIKMAH :-



TENTANG BENDERA MALAYSIA TERBALIK - PANDUAN TINDAKAN DARI KERAJAAN AHLUL BAIT PERLAK?

Entah kenapa susah sungguh hendak tidur malam ini walau kepala dan tubuh badan sangat penat. Asyik terfikir akan hal bendera Malaysia terbalik ditunjukkan berlaku di banyak tempat oleh ramai di media sosial. Ada yang kata ini isyarat ada pihak dah gatal sangat hendak menjual. Namun ada yang berkata kalau betul pun menjual janganlah termakan umpan. Kelak keluarga kita binasa tak kiralah betapa hebat pun kita sendiri mampu berperang dan bersilat.

Saya pun berkira-kira apakah sikap yang perlu diambil kalau benar pihak anti-Melayu dan anti-Islam itu sudah kemaruk sangat hendak menjual? Melihat pada keadaan dan tempoh masa kelihatan hal bendera terbalik ini ditujukan pada sambutan hari kebangsaan akan datang 31 Ogos 2019. Sedangkan pada tarikh tersebut saya dan keluarga dijadualkan mengambil jalan darat dari Medan ke Perlak. Ia adalah sebahagian daripada pengembaraan pusing Aceh dan utara Sumatera 28 Ogos hingga 4 September yang sudah dirancang sejak beberapa bulan lalu.

Kami bercadang mahu menginap di Perlak malam itu kerana menurut sejarah Kesultanan Perlak yang diterajui Ahlul Bait keturunan Nabi Muhammad SAW ia mula diasaskan pada tanggal 1 Muharram 225 Hijrah iaitu sekitar tahun 840 Masihi. Menurut kalendar esoknya siang Ahad 1 September 2019 pula adalah bersamaan 1 Muharram 1441 Hijriah. Sebetulnya masuk sahaja Maghrib malam sebelumnya iaitu pada 31 Ogos sudah masuk 1 Muharram kerana kalendar Islam memulakan tarikh baru apabila malam menjelang. Memandangkan pada ketika itu sudah masuk tahun baru 1441 Hijriah yang nombornya terasa unik lagi bermakna saya pun teringin sangat untuk menginap malam tersebut di Perlak.

Pada tarikh 1 Muharram 1441 itu genaplah 1216 tahun Hijriah Kesultanan Perlak diasaskan (1216 - 225 iaitu tahun pengasasan). Sebelum ini saya tidak memikirkan apakah ada apa-apa perkara signifikan tentang ulang tahun ke-1216 (menurut kiraan Hijriah, kalau kiraan Gregorian Barat ia adalah bersamaan 1,178.5 tahun) Kesultanan Perlak itu. Tetapi disebabkan hal bendera Malaysia terbalik baru saya mencuba memikirkannya.

Terus nampak dengan mudah 1216 boleh dibahagikan dengan 4. Ini kerana nombor 12 di hadapan (merujuk kepada 1200) boleh dibahagi dengan 4, begitu juga 16 di belakang.

Hasilnya adalah 304. Ini pun terus nampak boleh dibahagi dengan 4 jadi 76.

76 pun boleh bahagi 4. Jadi 19...

Nombor 19 yang merupakan nombor ganjil ini sendiri ada signifikannya. Mereka yang rajin mengkaji mesti pernah dengar tentang kod 19 untuk menafsirkan makna tersembunyi di sebalik ayat-ayat Al-Quran.

Kepala pun mula ligat berfikir mencari makna dan kaitan.

1216 = 304 x 4 = 76 x 4 x 4 = 19 x 4 x 4 x 4 = 19 x 64

Hati terdetik untuk melihat apakah terjemahan Surah 19 : 64 (Surah ke-19 ayat ke-64). Ini yang saya jumpa :-

Dan (berkatalah malaikat): "Kami tidak turun dari semasa ke semasa melainkan dengan perintah Tuhanmu (wahai Muhammad); Dia lah jua yang menguasai serta mentadbirkan apa yang di hadapan kita dan apa yang di belakang kita serta apa yang di antara itu; dan tiadalah Tuhanmu itu lupa."

Rasa macam tak jelas. Saya pun melihat pada terjemahan ayat seterusnya :-

"Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepadaNya; adakah engkau mengetahui sesiapapun yang senama dan sebanding denganNya?"

Baru rasa jelas apakah sikap atau pendirian yang perlu diambil berkenaan hal bendera Malaysia yang terbalik itu.

Sekadar menambah - Sekali lagi, apabila masuk waktu Maghrib 31 Ogos akan datang ini maka masuklah tahun baru Islam bertarikh 1 Muharram 1441 Hijriah.

Ini boleh juga ditulis begini - 1.1.1441 - Ada 2 kali nombor 4 dan 4 kali nombor 1.

Jadi siapa yang takut nombor 4 fikir betul-betul sebelum memanjangkan dan memperhebatkan provokasi. Kami anak Melayu Islam sejati tak takut mati. Yang kami takut cuma mati tanpa menyediakan amal secukupnya untuk akhirat.

Gambar hiasan : Lawatan ke makam Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz Shah di Perlak tahun 2011. Saya dan isteri sudah 5 kali menziarahi makam tersebut...




Sekarang baru boleh dikongsikan perkembangan paling baru tentang acara. Kelihatan di atas poster acara yang baru dibuat petang tadi. Tema acara iaitu "Panggilan Wasiat Nabi" baru difikirkan ketika membuat poster. Ini merujuk kepada pesanan yang menurut kitab Hikayat Raja-raja Pasai ada dibuat oleh Nabi Muhammad SAW membawa kepada pengIslaman kerajaan Samudera, raja dan rakyatnya.

Raja Samudera bernama Merah Silu ditabalkan menurut cara Islam menggunakan alatan dari Mekah lalu memakai nama baru Sultan Malikus Saleh. Hikayat menyebut sebelum itu Nabi Muhammad SAW ada bersabda :-


“Sepeninggal aku telah wafat kelak,
akan muncul sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya.”
“Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu,
serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu,
serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadat.
Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan menjadi wali Allah.”
“Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu,
hendaklah kamu singgah mengambil seorang fakir di negeri Mengiri,
bawalah fakir itu bersama-sama belayar ke negeri Samudera itu.”


Walaupun ada yang mempertikaikannya saya percaya sabda Nabi ini benar-benar wujud. Saya percaya ia adalah wasiat yang disampaikan kepada orang-orang tertentu daripada zaman ke zaman sehinggalah dimasukkan ke dalam hikayat, bukan ajaran umum yang disampaikan kepada semua lalu dapat dikumpulkan ke dalam kitab Sahih Bukhari dan sebagainya. Apapun acara HIKMAH kali ini dibuat dalam keadaan yang boleh dikatakan 100% ad hoc - nak jadi bagaimana ikutlah apa yang Allah SWT nak bahagi nanti. Biasanya saya akan mula mengatur pengisian dan tajuk-tajuk perkongsian ilmu untuk acara paling lewat 3 minggu sebelum ia berlangsung. Kali ini tema majlis pun baru dicipta tadi. Sedangkan acara akan berlangsung cuma 6 hari lagi.

Dengan ini cukuplah perkongsian terbaru tentang acara. Pada sesiapa yang hendak menyertai belum terlewat untuk bersama. Anda boleh mengatur sendiri perjalanan ke lokasi majlis iaitu Kompleks Makam Sultan Malikus Saleh di Geudong, Lhokseumawe dari Banda Aceh di barat-laut lokasi atau Medan di selatannya. Yang penting pada jam 9 pagi Ahad 1 September bersamaan 1 Muharram sudah sampai ke lokasi.

Tak pun terus ke Banda Aceh untuk bahagian majlis yang dipanjangkan hingga 3 September. Lokasi tepat akan diumumkan nanti. Saya percaya walaupun ia diadakan secara ad hoc acara ke-21 HIKMAH yang juga merupakan kali ke-3 HIKMAH diadakan di Aceh (rujuk Acara kesepuluh HIKMAH di Muzium Aceh, Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014 diikuti Acara kedua puluh HIKMAH di Rumah Cut Nyak Dhien, Aceh 19 Mac 2017) tetap akan berjaya mencapai matlamatnya. Ia berkaitan satu ramalan yang katanya pernah disampaikan seorang ulamak besar bertaraf wali. Wassalam.