Salam petang Ahad 4 Syawal. Meneruskan proses seterusnya selepas mempersembahkan artikel Senarai 60 perjalanan terjauh 30 istimewa dan 81 lain-lain petang semalam.
Artikel ini menonjolkan 171 perjalanan sama tetapi diatur menurut kronologi atau bilakah ia berlaku, bukan menurut jarak. Saya buat ini supaya selepas ini dapat membuat analisis terhadap tren/corak perjalanan-perjalanan dan pengembaraan saya sejak tahun 1989. Kenapa sejak tahun 1989, kenapa tidak sejak saya lahir tahun 1970? Hal ini sebenarnya ada diterangkan sedikit pada penghujung artikel Kenangan berbasikal ke separuh Semenanjung tahun 1989 - Usaha awal menggali kembali ingatan tiga bulan lalu. Insyaallah akan dipanjangkan lagi apabila dibuat analisis mengikut set-set atau tempoh masa tertentu.
Tanpa memulakan analisis pun senarai menurut kronologi boleh menunjukkan sesuatu untuk memanjangkan persoalan seperti dibangkit dalam artikel Setakat 179,909.5 km apa barang kan? malam semalam. Walaupun pada penghujung artikel ada disebut bahawa jumlah jarak perjalanan saya menjadi 308,822 km jika dicampur dengan jarak menaiki kapal terbang ia tetap bukan jumlah sebenar perjalanan saya secara keseluruhan. Jumlah yang disebut ini SETAKAT untuk 171 perjalanan YANG DICERITAKAN. Masih ada banyak boleh dikongsikan kisah tetapi cukuplah 171 untuk mewakili keadaan. Itu pun bagi tahun 1989 ke atas. Dalam tempoh 19 tahun sebelum itu apakah seorang kaki mengembara seperti saya tidak ada membuat apa-apa perjalanan?
Banyak lagi boleh dikupas dengan melihat senarai tanpa perlu pun menjadi begitu analitik. Misalnya tempoh dari penghujung tahun 2001 hingga penghujung tahun 2006 iaitu selama 5 tahun. Takkan le setakat ada 9 perjalanan? Sedangkan senarai ini dapat menunjukkan 12 perjalanan yang cukup signifikan bagi tahun 2009 sahaja, 13 bagi tahun 2010, 9 bagi tahun 2011 dan 10 bagi tahun 2012. Sebetulnya tempoh masa penghujung 2001 hingga penghujung 2006 itu terdapat lagi banyak pengembaraan kerana pada masa itulah saya paling galak keluar ke sana ke mari mencari makna sehingga sanggup tidur di makam-makam lama. Tetapi apabila sudah terlalu banyak, maka banyak jugalah yang tak ingat. Yang dapat dikongsikan cuma cerita beberapa perjalanan yang dapat digali ingatan, cukuplah untuk mewakili keadaan secara keseluruhan. Berbeza dengan tahun-tahun selepas itu kerana blogspot ini mula wujud penghujung tahun 2006 lalu saya mula rajin mencatat.
Apapun senarai menurut kronologi disediakan supaya dapat dilakukan analisis menurut 'zaman'. Tunggu ia keluar apabila datang 'angin' untuk melakukannya....
1. Naik basikal separuh Semenanjung 1989 - lebih 1,250 km. Lihat Kompilasi cerita kenangan berbasikal ke separuh Semenanjung tahun 1989.
2. Mengikuti program outward bound di Pulau Pangkor tahun 1989 - 486 km. Lihat Kenangan outward bound training di Pulau Pangkor Disember 1989.
3. Trip ke Cardiff 1992-93 - lebih 750 km. Lihat Ke Cardiff di Wales sekitar tahun 1992-1993.
4. Scotland 1993 - mendekati 1,700 km. Lihat Kompilasi cerita perjalanan ke Scotland tahun 1993.
5. Sewa kereta di England 1994 - lebih 1,100 km. Lihat Kompilasi cerita sewa kereta ke separuh England tahun 1994.
6. Kembara solo Eropah tahun 1995 - mendekati 5,900 km. Lihat Kenangan perjalanan pusing Eropah secara solo hitchhiking tahun 1995.
7. Naik Gunung Kinabalu Jun 1997 - 237 km. Lihat Kenangan mendaki Gunung Kinabalu tahun 1997.
8. 4 x 4 Challenge Sept 1997 - lebih 750 km. Lihat Kenangan 4x4 tahun 1997.
9. Bermotosikal besar solo keliling Semenanjung Dis 1997 – Jan 1998 - sekitar 3,850 km. Lihat Kompilasi artikel mengingat kembali perjalanan pertama bermotosikal besar solo keliling Semenanjung.
10. Mengikut aliran Sungai Perak tahun 2000 - sekitar 950 km. Lihat Kompilasi cerita kenangan perjalanan bermotosikal besar mengikut aliran Sungai Perak tahun 2000.
11. Jelajah Mesra PDRM sekitar tahun 2000 - dalam 2,155 km. Lihat Jelajah Mesra PDRM sekitar tahun 2000.
12. Liputan sukan berkuda di Perancis tahun 2000 - lebih 2,250 km. Lihat Kompilasi cerita kenangan liputan sukan berkuda di Perancis tahun 2000.
13. Meliputi acara X Games di Phuket tahun 2000 - lebih 300 km. Meliputi Asian X-Games di Phuket tahun 2000.
14. Kali pertama ziarah makam tahun 2001 - sekitar 780 km. Lihat Kompilasi cerita kali pertama ke makam-makam lama tahun 2001.
15. Kali pertama ke makam Tok Kenali sekitar 2003 - sekitar 1,250 km. Lihat Kompilasi cerita kali pertama ke makam Tok Kenali tahun 2003.
16. Kali pertama ke makam Tok Pulau Manis tahun 2003 - harus lebih 1,100 km. Lihat Kompilasi cerita kali pertama ke makam Tok Pulau Manis tahun 2003.
17. Berpetualang ke Aceh 2004 - sekitar 1,900 km. Lihat Kompilasi cerita "Berpetualang ke Aceh" tahun 2004.
18. Ke Terengganu selepas Aceh 2004 - sekitar 1,900 km. Lihat Kompilasi cerita ke Terengganu selepas Aceh tahun 2004.
19. Umrah ziarah 2005 - lebih 1,100 km. Lihat Cerita An-Nur yang membawa kepada Umrah 2005 dan seterusnya....
25. NS ke Pulau Besar awal 2008 - lebih 600 km. Lihat Mengenang kembali perjalanan mengambil video pusing Negeri Sembilan hingga ke Pulau Besar.
26. Perak Mei 2008 - tak kurang 500 km. Lihat Perjalanan 'terbaru' ke Perak (Mei 2008).
27. Sekitar Perjanjian Pangkor (Ogos 2008) - sekitar 750 km. Lihat Perjalanan ke Perak: DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" dah siap!.
32. Fraser-Janda Baik-Raub-Lipis awal 2009 - lebih 550 km. Lihat Perjalanan hujung minggu lalu - Bukit Fraser, Janda Baik, Raub dan Kuala Lipis
33. Jengka-Bagan Datoh awal 2009 - hampir 900 km. Lihat Meraikan pengantin di Jengka, Pahang membawa ke Bagan Datoh, Perak.
34. Melaka Mei 2009 - sekitar 550 km. Lihat Takdir yang mencorak perjalanan terbaru ke Melaka....
35. Muar-Ledang Mei 2009 - sekitar 580 km. Lihat Perjalananan terbaru ke Muar dan Ledang... ada kena-mengena ke dengan Ahlul Bait?.
36. Aceh Jun 2009 - 1,150 km. Lihat Koleksi cerita perjalanan Aceh yang lebih teratur....
37. Raub ke Sepang Julai 2009 - dekat 500 km. Lihat Mencari gulai asam rong di Raub, nombor 66666 dan majlis Ijtimak di Sepang....
40. Linggi Ogos 2009 - lebih 1,050 km. Lihat Mencari makam tertentu di Linggi.
41. Pantai Timur Ramadhan 2009 (September) - 1,700 km. Lihat Koleksi artikel "Perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan".
123. Berbusana ke Negeri Sembilan Jun 2016 - lebih 330 km. Lihat Berbusana tradisional Melayu dari Lembah Klang ke Negeri Sembilan.
124. Malam Tujuh Likur Julai 2016 - sekitar 120 km. Lihat Misi malam Tujuh Likur - Iktikaf di 11 buah masjid....
125. Busana tradisonal raya Julai 2016 - menghampiri 600 km. Lihat Ledakan busana tradisional Melayu di masjid-masjid pagi raya.
126. Beruzlah ke Pantai Timur Ogos-Sept 2016 - 2,660 km. Lihat Mengharapkan terungkai lebih banyak perkara tersurat dan tersirat daripada perjalanan 3 kali ke Pantai Timur dalam tempoh dua bulan.
127. Chohong Sept 2016 - lebih 500 km. Lihat Menjejak tanah perkuburan lama di Kampung Chohong.
128. Bukit Chandan-Kuala Linggi Sept 2016 - lebih 1,000 km. Lihat Dari Bukit Chandan ke Kuala Linggi - Menurut gerak untuk penghujung 1437 Hijriah.
129. PD Disember 2016 - hampir 310 km. Lihat Ke PD bersama keluarga.
130. Muar Dis 2016 - sekitar 550 km. Lihat Di Muar bersama ibu bapa yang baru kembali daripada percutian di negara-negara Balkan.
131. Ke Patani Januari 2017 - lebih 1,400 km. Lihat Misi jejak Aceh-Langkasuka - The compilation.
132. Tengah Sumatera Jan-Feb 2017 - lebih 900 km. Lihat Jejak kerajaan lama tengah Sumatera - The compilation.
133. Muar lagi Mac 2017 - sekitar 1,030 km. Lihat Menyahut (lagi) panggilan Muar.
134. Aceh Mac 2017 - 1,000 km. Lihat Misi HIKMAH Aceh 2017 - Kompilasi perjalanan 8 hari.
135. Teluk Intan April 2017 - sekitar 285 km. Lihat Talian Teluk Intan.
136. Hol Gunung Jerai April 2017 - sekitar 1,030 km. Lihat Kenangan sambutan Maulidur Rasul dan Hol di Gunung Jerai tahun 2017.
137. Pahang April 2017 - sekitar 750 km. Lihat Jejak Tok Bahaman.
138. Parit Betak Jun 2017 - hampir 800 km. Lihat Majlis perjumpaan keluarga dan keturunan Daeng Betak di Pontian.
139. Dari Pagoh ke Pulau Besar Ogos 2017 - lebih 570 km. Lihat Dari Pagoh ke Pulau Besar.
140. Cameron Highlands Ogos 2017 - hampir 600 km. Lihat Ke Cameron Highlands membawa ke Kuala Kangsar.
141. Bermotosikal dan naik gunung Okt 2017 - lebih 570 km. Lihat Antara kenangan pengembaraan bermotosikal dan naik gunung dengan pusing separuh Semenanjung bersama ibu bapa.
142. Aktiviti kecil Okt 2017 - lebih 480 km. Lihat Aktiviti-aktiviti kecil bulan Oktober - Ganti balik masa bersama keluarga....
143. Jalan-jalan Ipoh Nov 2017 - sekitar 490 km. Lihat Jalan-jalan Ipoh : Melacak nostalgia tanah milik Melayu yang sudah terlepas tangan...
144. Pusing Thailand Disember 2017 - 4,167 km. Lihat Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - The Compilation.
145. Ke Patani Mac 2018 - harus 1,600 km. Lihat Jejak Wasilah Patani - The compilation.
146. Iktikaf 10 malam terakhir Ramadhan Jun 2018 - lebih 850 km. Lihat Iktikaf 10 hari terakhir Ramadhan 2018.
147. Perjalanan 'terbaru' ke Terengganu Ogos 2018 - lebih 1,100 km. Lihat Perjalanan terbaru ke Terengganu tahun 2018 - Menyahut panggilan kebatinan dan isyarat-isyarat yang muncul kemudian....
148. Menyambung wasilah Teluk Intan Sept 2018 - lebih 320 km. Lihat Menyambung/memperbarui wasilah keluarga di Teluk Intan sempena Ma'al Hijrah tahun 1440.
149. Muar-Bukit Kepong-Pulau Besar Sept 2018 - lebih 660 km. Lihat Muar, Bukit Kepong dan Pulau Besar sekitar awal Muharram
150. Cambodia Nov-Dis 2018 - lebih 3,000 km. Lihat Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - The compilation.
151. Tahlil ad hoc Batak Rabit Dis 2018 - sekitar 280 km. Lihat Majlis tahlil ad hoc keluarga Laksamana Raja Mahkota di masjid lama Batak Rabit.
152. Menjejak bukit daripada mimpi tahun 2007 (Januari 2019) - lebih 600 km. Lihat Menjejak bukit daripada mimpi tahun 2007.
153. Perjalanan jauh pertama tahun 2019 (Mac) - lebih 1,000 km. Lihat Perjalanan jauh pertama tahun 2019.
154. Hol Tok Pulau Manis April 2019 - hampir 1,100 km. Lihat Kenangan menyahut panggilan hol Tok Pulau Manis 2019.
155. Awal Syawal Jun 2019 - lebih 550 km. Lihat Hari-hari awal bulan Syawal tahun 1440 Hijriah dan usaha memartabatkan busana tradisional Melayu.
156. Putrajaya Jun 2019 - sekitar 310 km. Lihat 'Melepaskan angin' di Putrajaya dan beberapa tempat....
157. Misi buku Kenangan Kembara Eropah 1995 (Jun 2019) - 540 km. Lihat Apabila buku Kenangan Kembara Eropah 1995 mula ditatap pembaca.
158. Jelai Jul 2019 - sekitar 470 km . Lihat Perjalanan ke Jelai dan bermalam di dua masjid lama.
159. Sekitar Aidil Adha Ogos 2019 - lebih 630 km. Lihat Sekitar Aidil Adha 1440 Hijriah dan kelesuan fikiran sebulan kebelakangan.
160. Aceh-Sumatera Utara Ogos-Sept 2019 - lebih 1,800 km. Lihat Kompilasi artikel perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera 28 Ogos - 4 September 2019.
161. Membawa semangat Aceh ke Perak Sept 2019 - lebih 800 km. Lihat Kompilasi cerita "Membawa semangat Aceh ke Perak".
162. Krabi Dis 2019 - sekitar 2,200 km. Lihat Kompilasi cerita perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019.
163. Kuala Selangor Feb 2020 - sekitar 135 km. Lihat Mengimbau jejak sejarah di Kuala Selangor.
164. KKB-Fraser-Raub-JB Jul 2020 - lebih 300 km. Lihat KKB-Fraser-Raub-JB dan sedikit luahan rasa.
165. Menjejak masjid-masjid lama di Negeri Sembilan Ogos 2020 - lebih 700 km. Lihat Menjejak masjid-masjid lama di Negeri Sembilan sekitar Aidil Adha 1441 Hijriah.
166. Kuala Muar ke Kuala Pahang Ogos 2020 - hampir 1,100 km. Lihat Kumpulan artikel "Dari Kuala Muar ke Kuala Pahang".
167. Road trip ke Melaka Ogos 2020 - sekitar 420 km. Lihat Road trip kawan lama kolej ke Melaka dan kenangan masa lalu.
168. Misi menghantar anak balik kolej Ogos-Sept 2020 - 861 km. Lihat Kompilasi "Misi menghantar anak balik kolej".
169. Misi Teluk Intan-Beruas Dis 2020 - tidak kurang 500 km. Lihat Dari Teluk Intan membawa ke Beruas : Satu misi keluarga.
170. Perjalanan ke selatan penghujung 2020 - sekitar 1,040 km. Lihat Kompilasi cerita perjalanan di selatan penghujung 2020.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan