Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, November 23, 2026

Menyahut panggilan Kalimantan - Pesona kemeriahan Kuching dan refleksi sejarah tempatan

Salam. Setelah beberapa lama pergi pada hari ke-17 iaitu hari terakhir perjalanan Kalimantan. Bagi membantu penceritaan 12 artikel sokongan harus disediakan terlebih dahulu di blogspot  SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART dan 10 di BERPETUALANG KE ACEH. Bersambung daripada Menyahut panggilan Kalimantan - Sungai demi sungai dari Saribas ke Santubong membawa ke Kuching.


Pagi Ahad 25 Oktober 2026. Keluar berjalan kaki dari hotel untuk meninjau-ninjau pusat bandar raya Kuching terutama di tepian sungai.


Dapatlah melihat kesan sejarah daripada zaman pemerintahan keluarga Brooke dari England yang pernah menguasai Sarawak. Pergi lagi ke tepian sungai, kali ini untuk melihat keadaan waktu siang. Lihat artikel-artikel berikut :-


1. Walking in downtown Kuching

2. Bangunan mahkamah (courthouse of) 1874, Kuching

3. Day look at Kuching waterfront


Kebetulan Ahad adalah hari terakhir Pesta Bot Naga tahunan. Suasana meriah amat. 


Edisi kali dikatakan mempertemukan sekitar 80 pasukan dan 2,450 pengayuh dari 22 negara dalam tujuh kategori perlumbaan. Kebetulan kami menginap sama hotel dengan satu pasukan dari Putrajaya. Lihat  Dragon boat festival in Kuching.


Pergi lagi ke tugu kucing di timur pusat bandar raya... 



Berdekatan ada satu bangunan yang kelihatan seperti lama bersejarah tetapi bukan. Lihat White Barouk.



Selepas berehat sedikit di hotel sampai masa untuk mendaftar keluar. Kami dibenarkan menumpang meninggalkan barangan. Keluar lagi berjalan kaki lalu menuju ke masjid ini.



Ternyata di situlah terletak masjid tertua di Kuching. Cuma bangunan lama tahun 1840an telah digantikan dengan bangunan sedia ada tahun 1960an. Mungkin disebabkan itulah terdapat banyak kubur Islam termasuk milik bangsawan Melayu Sarawak bergelar Datu Patinggi dan keluarga. Kedudukan atas bukit memberikan pemandangan menarik sekitar. Lihat artikel-artikel berikut :-









Berjalan kaki kembali ke tepian sungai lalu singgah lagi satu masjid. Lihat Walking back towards the Kuching waterfront diikuti Masjid Indian (Indian mosque of) Kuching.




Isteri mahu membeli-belah lagi sedangkan saya masih mahu melihat tempat-tempat. Kami pun berpecah arah, saya ke jambatan pejalan kaki untuk menyeberangi Sungai Sarawak ke satu tempat. Lihat Kuching pedestrian bridge in broad daylight diikuti On to Dataran Ibu Pertiwi.



Inilah tempatnya, kubu tinggalan keluarga Brooke. Saya ingin menjejakkan kaki juga melihat persekitaran dari kedudukan atas bukit juga pameran dalam kubu yang telah dijadikan muzium warisan Brooke. Lihat artikel-artikel berikut :-








Cuma saya tidak berpuas hati dengan naratif yang diangkat. Keluarga Brooke diangkat tinggi sebagai penyelamat yang adil terhadap semua kaum. Menghapuskan ketidakadilan (konon) oleh kerabat Sultan Brunei yang dikatakan sering bertindak keras terhadap penduduk sebelum Brooke sampai awal abad ke-19. Sarawak dahulu memang sebahagian daripada Kesultanan Brunei. Brooke dinyatakan sangat diterima oleh warga tempatan sendiri termasuk orang Melayu. Sehingga Datu Patinggi yang memang turun temurun adalah wakil Sultan Brunei pun menyokong sehingga Brooke dapat menjadi Raja Sarawak. Mungkin faktor bahawa Datu Patinggi berasal daripada keturunan bangsawan sedia ada Sarawak sebelum naiknya Kesultanan telah digunakan untuk meraih sokongan sambil membebaskan diri daripada pengaruh Brunei?



Naratif serupa 'keadilan Orang Putih' sering diangkat oleh pihak yang menolak keutamaan orang Melayu dan Islam. Malas hendak bercerita panjang kerana boleh membuat sakit hati. Selain kubu saya ingin melihat istana Brooke yang kini menjadi kediaman Yang di-Pertua Sarawak. Lihat  Astana Sarawak.



Gambar ini pula diambil lewat petang. Kami telah diambil menaiki kereta seorang kawan warga tempatan, pensyarah di Universiti Malaysia Sarawak.



Supaya tidak perlu melalui kesesakan lalu lintas berdekatan hotel kami berjanji untuk berjumpa di hadapan bangunan lama yang kemudian menurut beliau adalah pusat pentadbiran terawal Brooke. Beliau membawa kami berjalan-jalan ke beberapa lagi tempat sambil berkongsi sejarah. Lihat artikel-artikel berikut :-








Kawan membawa ke lapangan terbang kerana kami dijadualkan kembali ke Semenanjung dengan penerbangan lewat malam.



Beliau membelanja makan sebelum harus bergerak. Selesailah penceritaan harian perjalanan di Kalimantan.