Salam hari Rabu malam Khamis 8 Syawal. Setelah mempersembahkan artikel Analisis corak dan tren perjalanan - Zaman pencarian makna diri penghujung 2001 sehingga blogspot dibuka penghujung 2006, artikel-artikel analisis untuk tahun-tahun seterusnya harus lebih mudah. Ini disebabkan sudah masuk zaman di mana kebanyakan perjalanan saya direkod kemas melalui penulisan artikel di blogspot. Takpa. Ketika teliti dahulu tengok bagaimana.
Tempoh seterusnya mahu dibuat analisis adalah dari awal tahun 2007 hingga penghujung 2011. Ini meliputi 5 tahun. Berikut adalah perjalanan-perjalanan dalam tempoh masa berkenaan yang ada dalam Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021 (nota : Sebelum dibuat pembetulan berkenaan pada 20 Mei). Biar dikekalkan dahulu pernomboran asal seperti dalam artikel :-
25. NS ke Pulau Besar awal 2008 - lebih 600 km. Lihat Mengenang kembali perjalanan mengambil video pusing Negeri Sembilan hingga ke Pulau Besar.
26. Perak Mei 2008 - tak kurang 500 km. Lihat Perjalanan 'terbaru' ke Perak (Mei 2008).
27. Sekitar Perjanjian Pangkor (Ogos 2008) - sekitar 750 km. Lihat Perjalanan ke Perak: DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" dah siap!.
Kelihatan 42 perjalanan dalam senarai bagi tempoh masa berkenaan sudah cukup banyak. Walhal ia sebenarnya tidak meliputi segala aktiviti saya dalam tempoh masa berkenaan. Walaupun perjalanan pertama iaitu Mengenang kembali pengembaraan 2 bulan Disember 2006-Februari 2007 bermula pada Disember 2006 ia masuk ke dalam "Zaman lebih santai awal tahun 2007 hingga penghujung 2011" kerana satu ia berlanjutan sehingga Februari 2007. Kedua kerana ia berlaku selepas
blogspot ini dibuka 12 November 2006. Sekarang biar dipecahkan senarai menurut tahun dengan pernomboran baru sambil membuat analisis.
2007
Ait. Ada 3 sahaja perjalanan yang cukup signifikan dalam tempoh masa ini? Itupun termasuk satu perjalanan yang berpanjangan sehingga tahun 2008. Mustahil, sangat mustahil ini sahaja perjalanan. Saya pasti ada berjalan jauh ke sana ke mari banyak kali lagi.
Nampaknya sedikit sangat yang direkodkan. Apakah kerana belum betul-betul rajin menulis ketika itu? Bila disemak arkib pada sidebar kanan tak pulak. Saya ada menulis 162 artikel bagi tahun 2007.
Cuma bila dilihat satu persatu nama artikel dalam arkib nampaknya ketika itu saya lebih banyak mahu mempromosikan siri trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" yang buku pertamanya terbit Jun 2006, buku kedua terbit Mei 2007, buku ketiga November 2007. Maka tumpuan tidak diberikan pada perjalanan kecuali melibatkan buku seperti boleh dilihat pada 3 perjalanan atas. Lebih banyak artikel dibuat untuk menonjolkan topik-topik tertentu menggunakan sedutan daripada buku. Namun ada juga cerita-cerita perjalanan di celah-celah itu (selain yang terangkum dalam 3 perjalanan atas). Biar diletakkan pautan :-
1. Banjir Kuala Lumpur 2007... Apakah ada yang tersirat?
2. Nyamannya Janda Baik!
3. Jalan-jalan KL malam-malam buta!
4. Janda baik tempat rehatku
5. Pendakian dan sesat di Gunung Nuang dalam ingatan...
6. Sumpah-sumpah di atas motosikal dan belalang kunyit di batu nesan Sultan....
7. Berjalan-jalan ke Jugra, sebuah tempat bersejarah....
8. Saja-saja di Bukit Treh
9. Teks untuk "Saja-saja di Bukit Treh"
10. Orang kenit di Pulau Besar, Melaka?
11. 13 haribulan 11 dan 131... Sesuatu yang istimewa...
12. Khabar daripada Muar, bandar tempatku lahir dan membesar...
13. Ziarah terbaru ke makam Sheikh Shamsuddin Pasai
14. Saja-saja di Muar...
Hmm. Cukuplah disenaraikan begini sahaja ya. Dah tak larat hendak mengira jarak dan sebagainya. Sangat memenatkan kerana harus menyemak kembali semua laluan lalu dilakarkan dalam Google Map. Terus pada perjalanan-perjalanan bagi tahun seterusnya.
2008
1. NS ke Pulau Besar awal 2008 - lebih 600 km. Lihat Mengenang kembali perjalanan mengambil video pusing Negeri Sembilan hingga ke Pulau Besar.
2. Perak Mei 2008 - tak kurang 500 km. Lihat Perjalanan 'terbaru' ke Perak (Mei 2008).
3. Sekitar Perjanjian Pangkor (Ogos 2008) - sekitar 750 km. Lihat Perjalanan ke Perak: DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" dah siap!.
Oh. Satu perkara yang terlupa hendak disebut sebelum ini, sepatutnya sudah dinyatakan dalam artikel Analisis corak dan tren perjalanan - Zaman pencarian makna diri penghujung 2001 sehingga blogspot dibuka penghujung 2006 adalah selepas berkenalan dengan penulis buku politik terkenal Syed Hussein Al-Attas/S.H.Alattas/Pak Habib saya menjadi anak angkat beliau. Lupa tarikh tepat bila ini bermula, harus pada penghujung tahun 2002 atau awal 2003. Saya pun mula selalu menginap sama ada di rumah rehat beliau di Janda Baik atau di pejabat di Gombak. Sambil menolong penulisan-penulisan buku beliau di pejabat saya membuat perjalanan ke bermacam-macam tempat.
Perkara ini berlanjutan sehingga pertengahan 2005 gitu. Selepas itu saya menumpang menginap di rumah ibu saudara di Ampang lalu ia menjadi 'markas' untuk membuat perjalanan-perjalanan ke bermacam tempat seperti halnya ketika menumpang dengan Pak Habib. Dari rumah inilah saya menyiapkan penulisan trilogi buku "Berpetualang ke Aceh" lalu menerbitkannya Jun 2006 hingga November 2007. Selepas beberapa lama iaitu pada September 2008 motosikal besar kesayangan yang sudah 5 tahun tersadai dapat dipulihkan sepenuhnya lalu perjalanan-perjalanan seterusnya dapat dilakukan dengan motosikal.
Hal ini berlanjutan sehingga hampir pertengahan Disember 2008 yang mana saya kembali berumahtangga. Saya tidak ingin lagi menyemak apakah lagi perjalanan ada dibuat dalam tahun 2008 tapi tiada dalam senarai kecuali melibatkan perkahwinan. Ia sepatutnya sudah menjadi siri kecil untuk membentuk satu perjalanan dalam
Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021 apa lagi artikel-artikel berkenaan telah lama ditulis di
blogspot tetapi boleh terlepas pandang. Tapi dah tak larat dah hendak mengemaskinikan senarai jadi biar ditonjolkan di sini sahaja.
Saya terlepas pandang kerana menyangkakan artikel-artikel berkenaan tiada kaitan. Walhal ia merujuk pada satu perjalanan sama yang berterusan. Saya kembali ke Muar dengan motosikal besar untuk sambutan Aidil Adha 10 Zulhijjah dalam keadaan harus cepat kembali ke Lembah Klang kerana pernikahan berlaku 13 Zulhijjah. Selepas bermalam di rumah bapa saudara di Bukit Damansara rombongan keluarga menghantar saya ke kampung isteri di Tanjung Sepat untuk bernikah. Selepas majlis makan siang bagi meraikan pernikahan sempat melawat seorang bapa saudara yang masuk hospital di Putrajaya dengan kereta pinjam. Esoknya kembali ke KL dengan bas supaya dapat bersama menyambut rombongan pengantin perempuan menghantar isteri dari kampung. Ini ada diceritakan dalam artikel-artikel berikut :-
Bila dilakarkan laluan dalam Google Map jarak yang diberikan adalah 653 km. Tapi itu lakaran yang tidak ada ruang untuk memasukkan perjalanan dari Tanjung Sepat ke Putrajaya sedangkan itu sahaja memakan jarak pergi balik lebih 140 km. Tak campur lagi beberapa persinggahan dalam tempoh waktu berkenaan. Anggaran saya perjalanan keseluruhan harus memakan jarak lebih 810 km.
Selepas itu saya berpindah ke rumah yang isteri sewa di Bandar Tasik Puteri. Lalu perjalanan-perjalanan seterusnya banyak berlaku dengan isteri. Dalam tempoh-tempoh berikut juga saya selalu berulang-alik ke pejabat isteri di Jalan Ipoh sekitar 37 km dari rumah, pergi balik dah 74 km. Apabila sudah masuk persekitaran Kuala Lumpur perjalanan selalu dipanjangkan ke pusat bandar lagi 10 km perjalanan. Kalau dari rumah jadi pergi balik 94 km.
Apapun seperti disebut tadi saya sudah malas untuk membuat kira-kira jarak. Maka terus pada perjalanan seterusnya dalam senarai...
2009
Satu perkara menarik tentang tempoh masa ini adalah sebulan lebih selepas bernikah iaitu masuk bulan Februari isteri pun mengandungkan anak sulung kami. Semakin lama semakin besar perut tapi kami tetap keluar berjalan ke sana ke mari. Tanpa dipinta isteri malah merangka perjalanan pertama kami ke Aceh pada bulan Jun, perjalanan kedua bagi saya kerana sudah pergi Januari 2004. Cuma kali ini dapat pergi lebih jauh. Pada 13 Oktober pula anak kami lahir.
Ada beberapa perjalanan berlaku sekitar waktu menunggu anak lahir tapi tak perlulah dinyatakan lagi. Cukup disebut tidak lama kemudian dibuat perjalanan jauh bersama anak menjelang usia 40 hari. Penghujung tahun dibuat lagi perjalanan jauh. Kali ini turut bersama dua anak isteri daripada perkahwinan terdahulu.
2010
Anak kecil kami yang diberi nama Muhammad Al-Aminul Rasyid terus dibawa berjalan ke sana ke mari. Pada awal tahun 2010 pun sampai dua kali dibawa ke Aceh. Bulan Ogos dibawa ke Brunei, bulan November dibawa lagi ke Singapura (kerana sudah pergi penghujung 2009). Tapi kali ini dengan kereta api...
2011
Berdasarkan senarai atas dari Disember 2010 hingga penghujung April 2011 kelihatan seperti saya tidak ada pergi ke mana-mana. Mustahil ini. Saya pun membuat semakan menggunakan arkib. Tengok-tengok ada 2 perjalanan berlaku Disember 2010 tetapi entah kenapa telah diletakkan sebagai berlaku Julai 2009 lalu dimasukkan ke dalam senarai tahun itu.
Untuk tempoh Januari hingga April pula didapati saya sibuk hendak menyiapkan artikel-artikel yang kemudian dikumpulkan dalam Susah-payah mencari jejak Merong. Didapati juga saya ada membuat perjalanan-perjalanan berikut tetapi tidak dimasukkan ke dalam senarai :-
Nah. Saya pasti kalau dikira jarak-jarak untuk perjalanan-perjalanan 'kecil' ini akan dapat sekurang-kurangnya jumlah 2,000 km. Dan lagi rupa-rupanya terlupa hendak meletakkan satu perjalanan penting sama ada pada penghujung tahun 2010 atau awal 2011. Ia ada dalam senarai awal pada permulaan artikel ini. Entah kenapa boleh terlupa...
Cuma cerita-ceritanya baru betul-betul mula ditulis lewat iaitu pada pertengahan April 2011. Apapun masuk bulan Mei isteri mengandung lagi. Pun tetap dibuat lagi perjalanan-perjalanan jauh walau sarat mengandung sambil membawa Rasyid yang menjejak usia 2 tahun. Ini termasuk mendaki Gunung Ledang, pergi ke Medan membawa ke Danau Toba membawa Aceh kemudian ke Pulau Bentan. Sedangkan banyak lagi perjalanan dibuat tetapi tidak dimasukkan ke dalam senarai. Hal ini boleh disemak dalam arkib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan