Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Mei 18, 2021

Tujuan sebenar wujudnya Islam - Ke arah sintesis pelbagai wadah demi kesejahteraan ummah

Salam hari Selasa malam Rabu 7 Syawal. Keluar sebentar daripada cerita-cerita perjalanan untuk perkongsian ilmu.


Pagi tadi berlangsung webinar dengan tajuk dan pensyarah seperti tertera di atas.



Memperkenalkan majlis adalah Profesor Madya Dr. Imtiyaz Yusuf daripada ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Ketamadunan Islam). Diberitahu ia adalah yang ke-7 dan terakhir dalam siri syarahan penglibatan masyarakat oleh Profesor Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar, guru saya di ISTAC. Tajuk kali ini yang menggunakan perkataan bahasa Perancis "raison de'tre" boleh diterjemahkan secara mudah sebagai "Tujuan sebenar wujudnya Islam". Ia boleh dikira sebagai klimaks hasil rentetan daripada syarahan-syarahan sebelum ini :- 





5. Islam sebagai jalan kebenaran dan keadilan - Isu penggunaan kalimah Allah oleh Kristian (Mac 2021)

6. Islam dan makna kebebasan sebenar - Memasuki dimensi keTuhanan yang kurang difahami orang (April 2021)




Osman membuka dengan mengucapkan selamat hari raya kemudian terus membuka pada dua cara utama menangani ilmu. Ia adalah analisis dan sintesis. Ini ada dalam kedua-dua tamadun Islam dan Barat. Dalam kedua-dua tamadun juga ada analisis yang cetek, ada mendalam, ada kecil, ada besar.

Tetapi Islam memiliki tujuan dan pengalaman yang berlainan. Kata Osman apa yang hendak dibawa hari ini ada satu sintesis agung (grand synthesis) bukan analisis. Menurut beliau kebanyakan orang membuat analisis. Kebanyakan kajian PhD adalah tentang analisis, sedikit sangat tentang sintesis. Sintesis in boleh dilihat apabila mengkaji Al-Quran.

Satu perbezaan besar antara Barat dan Islam adalah dimensi keTuhanan (theological dimension) bukan sekadar penggunaan akal manusia. Tuhan mesti ada dalam gambaran. Dalam Islam dimensi keTuhanan ini lebih jelas dan menonjol. 

Dalam dunia Barat dimensi keTuhanan itu seperti satu sisi tepi (pheriperal). Malah dalam dunia lama Barat pun (medieval West) ia sisi tepi berbanding dalam sejarah pemikiran Islam. Kenapa? Kerana ada perbezaan antara cara Islam dan Kristian melihat ilmu pengetahuan sebagai alat menyelamatkan manusia (salvation). Kristian disebut kerana asas pemikiran Barat berpunca daripada bagaimana mereka melihat agama tersebut (kerana ia adalah anutan utama di dunia Barat sejak zaman berzaman).

Dalam Islam ilmu pengetahuan adalah teras bagi menyelamatkan manusia di dunia dan akhirat. Dalam Kristian terasnya adalah kasih sayang (love). Maka dalam Islam ada epistemologi keTuhanan (theological epistemology). Maka ada hal keTuhanan dalam sintesis (theology of synthesis).

Berbalik pada hal analisis dan sintesis. Bolehkah ini dilakukan terhadap 'pemikiran' Tuhan (divine mind )?. Bolehkah kita menerima Tuhan juga membuat analisis dan sintesis? Ada kata tidak boleh ada kata kenapa tidak?

Yang berkata tidak boleh menyatakan tidak ada persamaan antara pemikiran manusia dan Tuhan. Yang kata boleh pula menyatakan pemikiran manusia adalah gambaran pemikiran Tuhan.  Ini adalah hubungan (connection) antara ilmu dan Iman. Di sini terletak perbezaan antara pemikiran yang terputus dengan pemikiran yang bersambung dengan Ilahi (divine).

Namun manusia boleh berbuat kesilapan Ilahi tidak. Maka disebut tentang 'pertemuan' antara pemikiran manusia dengan 'pemikiran' Tuhan. Ini terangkum dalam wahyu (yang perkataan bahasa Inggerisnya adalah revelation - daripada perkataan akar reveal, untuk menunjukkan suatu yang sebelum itu tidak diketahui). Apakah wahyu (atau revelation) ini dalam Islam dan lain-lain tradisi kerohanian? Bukankah ia suatu bentuk 'sentuhan' (contact) juga pertemuan antara pemikiran Ilahi/keTuhanan (divine mind) dengan pemikiran manusia? Orang Sufi selalu menyebut tentang pengalaman kerohanian yang terbit melalui pertemuan ini. 

Kata Osman Tuhan juga membuat analisis dan sintesis. Kita boleh melihat ini dalam Al-Quran. Beliau pun memberikan anologi atau perumpamaan - Kita tidak tahu apakah yang bermain dalam fikiran seorang ahli akademik tetapi dia selalu menulis. Daripada situ kita boleh melihat analisis dan sintesisnya. Ini boleh dilihat dalam hal Tuhan. Melalui apa yang tertulis di dalam Al Quran kita boleh melihat analisis dan sintesis Tuhan. 

Allah  adalah Tuhan yang menunjukkan apa yang belum diketahui (Allah is a revealing God). Adalah sifat semulajadi Tuhan untuk menunjukkan dan mencipta (It is God's nature to reveal and create). Daripada perspektif ini penunjukkan (revelation) adalah lebih penting daripada penciptaan (creation). Penciptaan itu sendiri adalah penunjukan (Creation is itself revelation).


Nota saya : Baru terfikir mungkin perkataan 'pendedahan' lebih sesuai untuk mewakili 'revelation' berbanding penunjukkan. Kalau guna wahyu untuk relevation sahaja tiada masalah. Tetapi untuk membawa makna perkataan akar reveal itu tak dapatlah digunakan wahyu. Kalau 'pendedahan' sekurang-kurangnya boleh dipadankan dengan perkataan reveal yang boleh membawa makna 'dedah' atau mendedahkan.


Berbalik pada syarahan Osman. Kata beliau Tuhan mencipta untuk mendedahkan dirinya (God creates to reveal himself). Quran bercakap tentang Ayatullah - tanda-tanda daripada Tuhan. Tuhan menampilkan dirinya (God's self disclosure) dalam sejarah dan macam-macam (saya tidak dapat menaip sepantas yang dicakapkan).

Sekarang kita melihat pelbagai peristiwa sedang berlaku di Timur Tengah. Tuhan sedang menunjukkan tanda-tanda dalam sejarah. Tuhan mendedahkan diri kepada para Nabi. Baca kitab-kitab terdahulu dan Al-Quran.

Quran mendakwa ia adalah pesanan keTuhanan yang terakhir (last divine message). Ini adalah ide yang sangat penting dalam sintesis, tujuan sebenar Islam (raison de etre, reason/purpose of Islam). Sengaja syarahan terakhir dalam siri ini mahu bercakap tentang sintesis. Kerana ia adalah tujuan utama Islam.

Maka akan dibincangkan satu,  teologi sintesis (hmm... saya tidak boleh lagi menterjemahkan perkataan teologi menjadi keTuhanan dalam hal ini). Dua, contoh pemikir Muslim yang bersifat sintesis.

Adapun minda Muslim itu sendiri (ya, dah kena pakai perkataan minda pula berbanding pemikiran) dibentuk oleh teologi sintesis Al-Quran. Quran sendiri adalah sintesis agung. Ia memiliki dua nama yang menggambarkan pembacaan (recitation) dan mengumpulkan bersama (bringing together).

Kata Ibn Arabi (pemikir dan Sufi besar Islam di Andalusia 1,000 tahun lalu) Quran mengumpulkan bersama hikmah dan pengetahuan semua Nabi.  Mengumpulkan bersama ini membawa makna sintesis. Tetapi bukan secara sembrono seperti rojak. Sintesis adalah mengumpulkan pelbagai elemen untuk membentuk keseluruhan yang jelas lalu ada aturan, makna dan jelas.

Oleh kerana Quran adalah pesanan terakhir ia adalah sintesis paling sempurna. Sebelum itu ada peringkat-peringkat sintesis. Quran dapat melihat ke belakang lalu mengumpulkan kesemua ilmu pengetahuan dan hikmah daripada kitab-kitab terdahulu. Sintesis ini dibuat oleh pengarangNya iaitu Tuhan.  Ia memberikan gambaran bagaimana Tuhan menjalinkan kesemuanya. 

Quran kelihatan berkecamuk (incoherent) bagi mereka yang tidak mempercayai (unbelievers) tetapi harmoni dan teratur bagi mereka yang percaya (believer). Disebutlah tentang sintesis kitab-kitab - Dalam rukun Iman ada disebut percaya pada semua kitab (yang diturunkan oleh Allah). Sintesis bersifat inklusif - universal, menyatukan, kreatif. Berlawanan dengan eksklusif yang memecah belah, tidak aktif dan sebagainya.

Dimensi-dimensi utama bagi sintesis (dalam Al-Quran) ini adalah bersifat teologikal (dalam konteks ini perkataan keTuhanan boleh digunakan), legal-ethical (perundangan dan etika), epistemological (ada kaedah mendalami ilmu). Paling penting adalah Tauhid (kesatuan, keesaan).

Tentang konsep Islam itu sendiri, berbalik pada makna perkataan Islam iaitu penyerahan (submission).  Kita mesti memahaminya seperti mana Tuhan sendiri memahami. Sesungguhnya agama bagi Tuhan adalah Islam, agama penyerahan,

Maka Ibnu Abbas (saudara dan sahabat Nabi Muhammad SAW yang terkenal sebagai pakar tafsir itu) memahaminya sebagai merujuk pada Islam yang ada pada semua Nabi. Ada satu sahaja Islam dalam sejarah tetapi banyak bentuk dalam melaksanakan penyerahan. 

Ada Syariah-syariah berlainan seperti dibawa oleh Nabi Musa AS. Ajaran Nabi Isa AS sepatutnya mengekalkan ini tetapi St Paul (yang katanya adalah sahabat Nabi Isa) telah meninggalkannya atas nama roh (abandoned in the name of the spirit). Sebab itu agama Kristian tidak ada Syariah (berupa undang-undang keTuhanan) seperti halnya orang Yahudi dan Islam.  

Islam yang pertama adalah seperti disampaikan kepada Nabi Adam AS. Yang terakhir adalah seperti disampaikan kepada Nabi Muhammad SAW.  Antara itupun semuanya Islam.

Terdapat 124,000 Nabi. Islam diwahyukan (atau didedahkan tapi wahyu lebih sesuai dalam konteks ini) kepada Nabi Muhammad SAW sebagai sintesis terakhir. Begitulah Quran memberitahu. Implikasinya orang Islam boleh melihat pada lain-lain agama untuk mencari apa yang boleh diterima. Kerana Quran boleh digunakan untuk memastikan kebenaran yang wujud dalam agama lain.

Disebut pula tentang konsep Tuhan mendedahkan diri (concept of God self-disclosure) atau  Tajalli. Tuhan mewahyukan (mendedahkan) nama-namaNya kepada para Nabi. Isunya apakah nama-nama yang diberikan itu sama bagi setiap Nabi? Kata Osman dahulu diberikan sebahagian (tidak seperti kepada Nabi Muhammad SAW). 

Mungkin kita boleh mengkaji apakah Bible menyebut nama-nama Tuhan sama seperti dalam Al- Quran. Harus yang dahulu tidak begitu menyeluruh seperti 99 nama yang ada dalam Quran. Tapi bukan itu sahaja. Menurut Imam Al-Ghazali ada beratus lagi nama boleh diperolehi daripada Al-Quran. 

Tentang aspek legal-ethical atau perundangan dan etika Syariah Nabi Muhammad SAW adalah sintesis semua  Syariah. Quran memberitahu semua Nabi diberikan Syariah juga Minhaj (jalan kerohanian). Syariah Nabi Muhammad adalah yang paling menyeluruh. Ia untuk semua, tidak ada lagi (Syariah lain) selepas itu. Dengan itu Islam juga menerima adat tempatan yang tidak melanggar Syariah.

Tentang aspek epistemologi, lihat pada metodologi (maaf. sebagai seorang bekas wartawan saya cuba sedaya upaya untuk mencari perkataan dan ayat paling mudah untuk awam. Tapi kadangkala tak dapat). Lihat pada wahyu, ilham, penggunaan akal (reasoning), fizikal (seperti lima pancaindera) sebagai cara untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Sesungguhnya semua ilmu datang daripada Tuhan. Tetapi cara ia sampai kepada manusia banyak.

Sekarang baru boleh disebut tentang contoh pemikir Muslim yang bersifat sintesis. Osman memberikan empat nama - Al-Farabi, Ibnu Sina, Al-Ghazali- Ibn Khaldun (maaf saya sudah terlalu letih untuk memberikan butiran zaman dan sebagainya ya). Al-Farabi dan Al-Ghazali telah dibincangkan dalam buku Osman "Classification of Knowledge in Islam" Ibn Sina pula terkenal dengan kitab Qanun fi al-Tibb (Canon of Medicine) yang menjadi rujukan ilmu perubatan di dunia Barat sehingga abad ke-18. Ibnu Khaldun dengan kitab Mukaddimah yang mengkaji ketamadunan manusia 400 tahun selepas Al-Farabi lalu lebih komprehensif.

Kata Osman tidak akan ada kemajuan dalam proses 'mengIslamkan' ilmu pengetahuan (mengkaji kembali semua ilmu yang disampaikan Barat sambil disesuaikan dengan ajaran Islam) tanpa sintesis. Beliau menekankan sintesis sebagai tujuan sebenar wujudnya Islam (raison de etre of Islam). Adalah menjadi takdir Islam untuk memperjuangkan sintesis. Dunia ini terpecah-teroecah akibat terlalu banyak analisis sedikit sangat sintesis.  


----------


Oh. Kali ini sengaja hendak ditinggalkan nota yang ditaip terus ke dalam draf artikel ini ke blogger.com. Sahaja hendak bagi nampak bagaimana artikel ini dibina. Apa yang tertulis ini ditaip terus sambil mendengar syarahan. Masalahnya  adalah apabila tersilap taip atau ejaan nak kena betulkan sambil mengejar kembali syarahan yang sangat sarat dengan makna...


At tahlil at tahkim - analysis and synthesis

Looking at both Islamic and western civilisation

In both there is deep and shallow, small and big analysis

However Islam has different aim and experience

Today on grand synthesis not on analysis. Said most people do analysis

Most PHD about analysis, very few on synthesis

As to be found in Quranic synthesis

One major difference between West and Islam is theological dimension, not just human reason.'

God must be in the picture.

In Islam theological dimension more visible and pronounced

In the theological is pheriperal. Even in medieval west, pheriperal compared to in history of Islamic thought

Why? Because difference between Islam and Christianity in viewing knowledge as in salvation

In Islam knowledge central to human salvation in this life and after - as mentioned in Islam as way of knowledge

In Christian love is central. So in Islam there is theological epistemology

So theology of synthesis

Back to analysis and synthesis

Apply to God - divine mind - can we do that?

Can we accept God also perform analysis and synthesis

So said can't apply that to God, some say why not

Those who said then said no similiraty human mind and God

Those who said can human thought is reflection of God thought - rooted in divine mind

This is connection between knowledge and Iman.

Difference between detached way of thinking and attached to divine

But human err not divine thought

If human thought rooted in my human analysis and synthesis may be reflected 

Meeting of human thought and divine thought also in knowledge

In Islam and also other spiritual tradition what is revelation? Isn't that a form of contact between divine mind and human mind

The Sufis talk about spiritual experience of that meeting point

Osman said in his view God do analysis and synthesis

So where can look for divine model - answer is the Quran

Philosopically how to justify

Osman gave analogy - we don't know what is going in the mind of an academic but he writes regularly. From here we can see analysis and synthesis

This can be applied in case of God. Analogous situation.

Allah is a revealing God. It is God's nature to reveal and create.

In this perspective revealation is more important that creation. Creation is itself revelation.

God creates to reveal himself. Quran talks about Ayatullah - signs of God. God's self disclosure in history in everything

Now see events unfolding in the middle east - displaying signs in history.

God reveal himself to prophets

Read previous scripture and Quran - '

Quran claims it is the last divine message

This is very important in idea of synthesis

Raison de etre is reason/purpose - of Islam

Said this is last of series to talk about synthesis

Said synthesis is primary reason of Islam

1. Will discuss theology of synthesis 

2. Example of Muslim synthetical mind

Muslim mind shaped by Quran theology of synthesis

First on position of Quran on synthesis. It is itself grand synthesis - Quran is named such because 2 fundamental reasons - recitation and bringing together.

Ibn Arabi said Quran brings together wisdom and knowledge of all Prophets

Bringing together implies synthesis

Synthesis means bringing together many elements, combining to form coherent whole - not intelectual rojak. Not simply bring together any element. To combine in such a way there is order, meaning, coherence.

Because Quran is the last message - the most perfect analysis. Before there were levels of synthesis. Quran can look back.

Quran brings back all knowledge and wisdom from previous scriptures

Sythesis performed by author of the Quran

Provide great insight how God weaves together everything

It is incoherent to unbeliever but harmony and order to the believer

Scriptural synthesis - In Rukun Iman there is believe in all the kitab

Synthesis is inclusive - universal, integration, creativity opposed to division, inactivity,  tak include

Major dimenstion of synthesis :-

Theological

Legal-ethical

Epistemological

Paling penting at-Tauhid

On concept of Islam - submission. As God himself understands it.

Verily the religion for God is Islam -religion of submission.

Ibnu Abbas understood it as referring to Islam of all Prophets.

The is only one Islam throughout of history but many forms of Islam and submission

Different Syariahs - Like Moses. Isa supposed to maintain. But St Paul abandoned in the name of the spirit - So Christian don't have divine law like the Jews and Muslim

First Islam is of Adam. Last is of Muhammad. In between also Islam

There is 124,000 Prophets. Islam revealed to Muhammad is final syntesis. That's how Quran narrates

Implication - How Muslims view other religions. Can look at other religion where is acceptable.

Musadiqun - to conform truth (in other religions)

Concept of God self-disclosure - Tajalli. God reveal His names to the Prophets

Issue is Tuhan bagi tahu nama sama ke pada setiap Nabi. Yang dulu partial.

Boleh cuba tengok Bible sebut nama Tuhan sama ke seperti Quran

Divine self-disclosure not all comprehensive before - dalam Quran ada 99 nama. Tapi bukan itu sahaja.

Al-Ghazali kata ada beratus lagi boleh derived from the Quran. 

2) Legal-ethical - synthesis of all Syariah.

Quran said semua Nabi diberikan Syariah juga Minhaj (spiritual way)

Syariah Nabi Muhammad most comprehensive. Untuk semua. Tidak ada lagi selepas itu.

Islam accepts adat tempatan yang tidak melanggar Syariah.

3) Epistimological -

Lihat methodology - wahy, ilham, reasoning, fizikal.

All knowledge comes from God but the way it came down is many

2nd part of thesis - major examples of synthesis performed by Muslim scholars.

Al-Farabi, Ibnu Sina, Al-Ghazali- Ibn Khaldun

10th century AD can be described as golden era

Al-Farabi and Al-Ghazali has been discussed in Osman's book Classification of Knowledhe

Al-Farabi did on Plato, Aristole on many - law and such

Discussed Maqasid secara falsafah - kenapa bagi law to manusia 

Al-Farabi sintesis  Al Ain al Madani -science of civilisation - falsafah, sosiologi 

Ibn Sina - most important synthesis in medicine - At-Tibb ad Nabawi - ada Greek, Persian, Arabic, jadi text book Canons of Medicine di Barat sehingga abad ke-18.

Ia cuma ditolak kerana new approach to medicine. Mechanical philosophy of nature - body regarded as a machine

Al-Ghazali seorang jurist, ahli falsafah mutakalim, sufi  - dia berjaya sintesis in his own mind on different field of knowledge terbukti pada Ihya Ulumuddin - within a spiritual 

Ibnu Khaldun performed sintesis of kalam, sosiology, histori dalam kitab Mukaddimah 400 tahun selepas Al-Farabi. Lebih komprehensif

Osman said no progress in Islamisation of knowledge without synthesis. Semua ni Ibnu Sina bagai buat sintesis.

Said syntesis is reason de etre of Islam. Destiny of Islam to be champion of synthesis. World is fragmented - to much analysis but not much synthesis.


---------


Sebelum memulakan penulisan ini saya telah berkongsi dapatan ringkas di Facebook dan WhatsApp mengunakan gambar poster atas iaitu pada 8 jam lalu. Biar dikongsikan teksnya sebagai penutup...


TEGURAN DARIPADA GURU - JANGAN TUNGGU IMAM MAHDI TURUN UNTUK MENJANA KEBANGKITAN UMMAH.
Salam. Baru habis mengikuti syarahan ke-7 dan terakhir dalam siri berkenaan oleh Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar, guru saya di ISTAC. Teras utama daripada syarahan ini adalah Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW merupakan sintesis bagi semua bentuk Islam yang dibawa oleh nabi2 terdahulu. Lalu di dalam kitab Al-Quran terkandung segala hikmah dan ilmu pengetahuan yang pernah diterima oleh para nabi. Seterusnya kita mesti lebih banyak melakukan sintesis iaitu menggabungkan segala bentuk ilmu pengetahuan daripada segala macam sumber setelah disaring mana boleh dipakai mana tidak, mana benar, mana palsu seperti pernah dilakukan ilmuwan2 besar Islam pada zaman kegemilangan ummah sekitar abad ke-10 Masihi.
Sekarang ini berlaku banyak orang membuat analisis lalu mencipta dunia yang terpecah2 (fragmented). Ini adalah akibat pemikiran yang terpecah2, kurang usaha sintesis iaitu mahu menggabungkan pelbagai wadah. Ketika sesi soal jawab saya mengambil peluang untuk bertanya bagaimana beliau melihat sintesis ini dalam konteks eskatologi akhir zaman... dengan segala macam kejadian terutama hal Palestin-Israel yang seperti menunjukkan pada hadis2 membawa pada peperangan besar, turunnya Nabi Isa, munculnya Imam Mahdi dan seterusnya.
Kelihatan muka beliau tidak senang dengan soalan. Bukan sebab tidak faham atau tidak percaya, beliau sendiri seorang sheikh tariqat. Tetapi arah tuju fikiran apa lagi bila bercakap dalam kalangan akademik Islam yang diharapkan dapat membantu kebangkitan ummah. Jawaban beliau boleh diringkaskan begini. Jangan mengharapkan pada sesuatu yang kita pun tak tahu bila akan berlaku. Kalau begitu kita akan hidup dalam dunia khayalan...
Jangan tunggu Imam Mahdi muncul untuk menyelesaikan masalah ummah. Sebaliknya kita sendiri harus mengkaji di manakah kesilapan kita lalu membetulkannya. Kita sendiri harus menggunakan apa2 sumber yang ada dan boleh dicapai untuk membentuk sintesis yang boleh membangkitkan ummah. Syarahan boleh diikuti di sini...

2 ulasan:

Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa berkata...

Laporan sdr membantu orang yang tidak sempat mengikutinya.

Radzi Sapiee berkata...

Alhamdulillah. Ada pautan untuk rakaman video disertakan bersama Prof.