Salam pagi Isnin 5 Syawal. Artikel Analisis corak dan tren perjalanan - Melihat dahulu zaman membesar sebelum tahun 1989 telah memperihalkan secara umum perjalanan yang pernah dibuat sehingga sampai satu tahap umur iaitu 19 tahun. Sekadar untuk seronok membuat kira-kira didapati saya telah berjalan lebih 30,000 km dalam tempoh masa tersebut. Tetapi ia belum meliputi apa-apa perjalanan dalam senarai Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021. Sekarang baru hendak dibuat.
Gambar daripada artikel Kenangan outward bound training di Pulau Pangkor Disember 1989.. Seorang junior zaman kolej yang ditemui kembali lebih 30 tahun kemudian yang berikan. Beliau siap menandakan manakan saya...
Artikel ini mahu menumpukan pada suatu waktu ketika zaman kolej tahun 1989 sehingga ke penghujung zaman saya bertugas sebagai wartawan di akhbar The New Straits Times bulan Disember 2001. Disebut suatu waktu kerana sebenarnya sudah masuk ke kolej berkenaan iaitu PPP/ITM - Pusat Persediaan Pelajar di bawah Institut Teknologi MARA (sekarang universiti) pada pertengahan tahun 1988. Tetapi perjalanan-perjalanan yang cukup signifikan cuma dibuat apabila junior bawah setahun masuk tahun 1989. Ini disebabkan mereka yang berjumlah lebih 400 orang iaitu dua kali jumlah batch saya (masuk berdasarkan keputusan bagus peperiksaan SPM iaitu Sijil Pelajaran Malaysia tahun 1987) menerbitkan kelab pengembaraan lalu saya ada ikut serta aktiviti-aktiviti mereka. Dengan itu perjalanan-perjalanan dalam tempoh waktu berkenaan seperti ada dalam Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021 pun dirujuk...
1. Naik basikal separuh Semenanjung 1989 - lebih 1,250 km. Lihat Kompilasi cerita kenangan berbasikal ke separuh Semenanjung tahun 1989.
2. Mengikuti program outward bound di Pulau Pangkor tahun 1989 - 486 km. Lihat Kenangan outward bound training di Pulau Pangkor Disember 1989.
3. Trip ke Cardiff 1992-93 - lebih 750 km. Lihat Ke Cardiff di Wales sekitar tahun 1992-1993.
4. Scotland 1993 - mendekati 1,700 km. Lihat Kompilasi cerita perjalanan ke Scotland tahun1993.
5. Sewa kereta di England 1994 - lebih 1,100 km. Lihat Kompilasi cerita sewa kereta ke separuh England tahun 1994.
6. Kembara solo Eropah tahun 1995 - mendekati 5,900 km. Lihat Kenangan perjalanan pusing Eropah secara solo hitchhiking tahun 1995.
7. Naik Gunung Kinabalu Jun 1997 - 237 km. Lihat Kenangan mendaki Gunung Kinabalu tahun 1997.
1. Naik basikal separuh Semenanjung 1989 - lebih 1,250 km. Lihat Kompilasi cerita kenangan berbasikal ke separuh Semenanjung tahun 1989.
2. Mengikuti program outward bound di Pulau Pangkor tahun 1989 - 486 km. Lihat Kenangan outward bound training di Pulau Pangkor Disember 1989.
3. Trip ke Cardiff 1992-93 - lebih 750 km. Lihat Ke Cardiff di Wales sekitar tahun 1992-1993.
4. Scotland 1993 - mendekati 1,700 km. Lihat Kompilasi cerita perjalanan ke Scotland tahun1993.
5. Sewa kereta di England 1994 - lebih 1,100 km. Lihat Kompilasi cerita sewa kereta ke separuh England tahun 1994.
6. Kembara solo Eropah tahun 1995 - mendekati 5,900 km. Lihat Kenangan perjalanan pusing Eropah secara solo hitchhiking tahun 1995.
Sebetulnya ada ralat pada perjalanan nombor 4 dan 5. Yang nombor 5 itu mulanya disangka berlaku sekitar musim panas tahun 1994. Tetapi ketika menulis artikel-artikel berkenaan lalu bertanyakan kawan lama untuk pengesahan satu dua perkara didapati ada yang ditemui dalam perjalanan sudah kembali ke tanah air pada penghujung musim panas 1993. Bermakna besar kemungkinan perjalanan berlaku penghujung tahun 1992 sebelum musim sejuk. Hal ini menyebabkan timbul ragu-ragu bilakah perjalanan nombor 4 sebenarnya berlaku.
Namun ia tidak merosakkan butiran lain tentang apakah tempat-tempat yang disinggahi, berapakah jarak berkenaan. Cuma tak pasti sahaja berlaku tepatnya bila. Selain itu ada perjalanan-perjalanan lain yang tidak dipanjangkan cerita sedangkan jaraknya boleh diambik kira untuk menentukan beberapa jauhkah saya ada mengembara ketika masih bergelar pelajar di UK.
Artikel pertama tentang perjalanan ke Scotland iaitu Perjalanan ke Scotland tahun 1993 - Dari sekitar London membawa hampir 700 km ke utara serta tidur luar diselimuti salji ada menyebut begini :-
Dalam tempoh setahun pertama pengajian saya di UK iaitu daripada separuh kedua tahun 1991 membawa ke separuh pertama tahun 1992 sudah merata saya berjalan dalam lingkungan London besar. Pun begitu saya cuma ada keluar daripada lingkungan dalam 2-3 kali sahaja, dan itupun tidak berapa jauh. Ia adalah ke bandar kecil Hatfield yang terletak kurang 40 km ke utara pusat bandar raya London.
... Selepas beberapa lama baru saya juga teman wanita ada keluar lebih jauh iaitu ke Canterbury untuk melawat seorang kawan lama saya yang menuntut di sana. Menurut Google Map jaraknya hampir 100 km ke timur dari pusat kota London.
Beberapa lama selepas perjalanan ke Canterbury baru saya ada membuat perjalanan lagi ke luar London. Kali ada adalah lebih jauh iaitu ke Sheffield sekitar 270 km ke utara. Ketika itu cuti musim panas pertengahan tahun 1993.
Artikel pertama perjalanan pusing England iaitu Sewa kereta ke separuh England tahun 1994 - Membina perspektif berdasarkan beberapa perjalanan lain pula ada menyebut begini :-
... membawa ke pertengahan tahun 1994 saya juga ada membuat perjalanan ke beberapa tempat lain di UK, cuma tak ingat bila. Sekadar untuk menyegarkan ingatan sambil membina perspektif biar dibuat senarai seperti berikut :-
1. London ke Brighton sekitar 90 km ke selatan
2. London ke Cambridge 100 km ke utara
3. London ke Nottingham lebih 200 km ke utara di laluan ke Sheffield. Tetapi sudah lupa apakah dalam perjalanan khas ke sana atau disinggahi ketika kembali dari Sheffield pertengahan tahun 1993. Boleh jadi dalam perjalanan lain ke arah utara.
4. London ke Manchester 335 km ke arah barat kemudian ke utara dari London. Boleh juga dicapai dari arah Sheffield. Yang ingat memang ada membuat perjalanan khas untuk bertemu kawan-kawan lama di sana.
Cuma bila difikirkan kembali mungkin perjalanan ke Brighton dibuat sebelum pertengahan tahun 1993. Perjalanan ke Cambridge pula ada dibuat sekurang-kurangnya 2 kali kerana seorang bapa saudara ada membeli rumah untuk dijadikan penginapan anak yang sedang belajar di situ.
Adapun pada awal di London saya menetap di Baker Street dalam 2.2 km ke kelas di Jabatan Matematik UCL di Gower Street. Pergi balik jadi 4.4 km. Dalam tempoh sebulan dua pertama kira selalu juga hadir syarahan 5 kali seminggu kemudian berjalan merata pusing di tengah kota London. Ini jadi 22 km seminggu. Dalam tempoh 2 bulan boleh darab 4 jadi 88 km. Ini tak campur berjalan merata di bahagian lain kota. Saya percaya dalam tempoh 2 bulan itu pun sudah berjalan tidak kurang 200 km di sekitar London sahaja.
Selepas itu saya berpindah ke Bermondsey 7.5 km tenggara dari kelas. Masih ada pergi kelas 15 km ulang alik tetapi sudah kurang kerap. Selepas 2 bulan gitu berpindah ke Shepherds Bush lebih sikit jauh ke arah barat. Seterusnya seingat saya di Archway 6.5 km ke utara. Kemudian dah lupa apa ke nama tempatnya atas sebuah restoran Pakistan selama dekat setahun juga (pertengahan 1993 hingga 1994) diikuti Edgware Road 3 km ke kelas, Chepstow Road 5.2 km ke kelas dan Holland Park 6 km ke kelas.
Walaupun ada satu tempoh terlalu sangat kerap ponteng kelas sehingga seminggu, ada masa dua minggu sekali baru datang pun boleh kata hampir setiap hari saya akan keluar berjalan sehingga pusat kota. Walaupun dari Bermondsey dan Sheperds Bush misalnya ada jarak pergi balik 15 km yang boleh dicampur 3 km lagi berjalan ke sana ke mari untuk anggaran mudah biar dikatakan saya cuma berjalan 10 km sehari walaupun sebenarnya lebih. Empat tahun menetap ada tempoh 365 hari x 4 + 1 hari untuk tahun lompat. Ini menjadikan 1,461 hari. Darab 10 km tadi. Jadilah saya berjalan-jalan di London sahaja tidak kurang 14,610 km sepanjang berada di sana 1991-1995 km!
Ya. Ini bukan exaggeration untuk terlebih menambah. Walaupun dalam tempoh masuk tersebut ada beberapa kali keluar London saya sudah pun mengambil kira faktor apabila mengecilkan jumlah perjalanan pergi balik dari tempat seperti Bermondey dan Sheperds Bush campur jalan-jalan (18 km) menjadi purata 10 km. Saya memang rajin berjalan. Selain berjalan kaki jauh saya selalu menaiki pengangkut awam menggunakan pas Travelcard yang selalu dibeli untuk kegunaan sebulan setiap kali beli lalu boleh menaiki bas dan kereta api bawah tanah tanpa perlu lagi membayar.
Sekarang biar diambil kira pula perjalanan ke beberapa tempat di luar London :-
1) Ke Hatfield 34 km ke utara pusat London. Pergi balik 68 km. Jalan ke sana ke mari bulatkan jadi 70 km pun dah rendah sebenarnya. Darab sekurang-kurangnya 3 kali pergi jadi 210 km.
2) Ke Canterbury 101 km ke timur London. Pergi balik 202 km. Jalan ke sana ke mari bulatkan jadi 210 km pun tidak melangkaui kebenaran kerana ada pergi ke luar bandar. Darab 2 kali pergi jadi 420 km.
3) Ke Brighton 90 km di selatan. Pergi balik 180 km. Campur jalan-jalan rasanya 185 km sahaja.
4) Ke Cambridge 100 km ke utara. Pergi balik 200 km. Campur jalan-jalan 205 km. Sekurang-kurangnya 2 kali pergi jadi 410 km.
5) Ke Nottingham pula rasanya berserta perjalanan ke Sheffield. Lalu biar ambil kira ke Sheffield sahaja. Sekurangnya ada 2 kali ke sana 270 km dari London lalu memanjangkan hingga ke Leeds lagi 57 km untuk jumlah 324 km. Pergi balik dah 648 km. Campur berjalan ke sana ke mari memang wajib lebih 650. Dua kali pergi (tak campur perjalanan pusing England) dah jadi 1,300 km.
6) Ke Manchester 335 km barat laut. Pergi balik 770 km. Jalan ke sana ke mari ada juga 780 km.
7) Ke Liverpool. Tidak ada disebut dalam artikel-artikel yang dipautkan tadi tapi rasanya ada dalam satu artikel lain. Ini berlaku dalam seminggu sebelum kembali terus ke tanah air hampir penghujung tahun 1995. Jarak dari London 353 km. Pergi balik 706 km. Campur jalan-jalan wajib lebih 710 km.
Campurkan jarak-jarak perjalanan ini (210 km + 420 km + 185 km + 410 km + 1,300 km + 780 km + 710 km) jadi 4,015 km. Boleh tahan jauh itu. Campurkan pula perjalanan sekitar London sahaja selama 4 tahun tadi iaitu 14,610 km jadi jumlah 18,625 km. Tak salah untuk membulatkan jadi 19,000 km memandangkan dah banyak 'diskaun' sebenarnya malah tak salah untuk mengatakan berjalan lebih 19,000 km. Ini tidak termasuk 4 perjalanan yang ada dalam senarai Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021.
OK. Asalnya saya hendak menangani perjalanan-perjalanan sehingga zaman bertugas sebagai wartawan di NST tahun 1996-2001 tetapi apa yang disuakan pun sudah terlalu banyak. Maka biar dibuat cut off sehingga habis zaman jadi pelajar di UK hampir penghujung 1995. Daripada zaman kolej 1989 hingga ke waktu itu pun dah 6 tahun. Zaman wartawan 1996-2001 pula lebih 5 tahun jadi biar ia ditangani dalam satu artikel lain.
Dengan itu biar tajuk kecil asal artikel ini iaitu "Dari zaman kolej 1989 sehingga penghujung zaman wartawan 2001" ditukar menjadi "Dari zaman kolej 1989 sehingga penghujung zaman universiti di UK 1995". Cukuplah dikatakan begini. Untuk zaman kolej terdapat 2 sahaja perjalanan masuk dalam senarai iaitu :-
1. Naik basikal separuh Semenanjung 1989 - lebih 1,250 km. Lihat Kompilasi cerita kenangan berbasikal ke separuh Semenanjung tahun 1989.
2. Mengikuti program outward bound di Pulau Pangkor tahun 1989 - 486 km. Lihat Kenangan outward bound training di Pulau Pangkor Disember 1989.
Ini membentuk jumlah jarak 1,736 km. Sedangkan untuk tempoh berkenaan iaitu 1989 hingga sebelum ke UK hampir penghujung 1991 boleh ditambah jarak ke sana ke mari sekurang-kurangnya 2,000 km lagi.
Untuk zaman UK pula terdapat 4 sahaja perjalanan membentuk senarai :-
1. Trip ke Cardiff 1992-93 - lebih 750 km. Lihat Ke Cardiff di Wales sekitar tahun 1992-1993.
2. Scotland 1993 - mendekati 1,700 km. Lihat Kompilasi cerita perjalanan ke Scotland tahun1993.
3. Sewa kereta di England 1994 - lebih 1,100 km. Lihat Kompilasi cerita sewa kereta ke separuh England tahun 1994.
4. Kembara solo Eropah tahun 1995 - mendekati 5,900 km. Lihat Kenangan perjalanan pusing Eropah secara solo hitchhiking tahun 1995.
Ini menjadikan jumlah jarak 9,450 km (tanpa mengira penerbangan). Sedangkan boleh ditambah lagi jarak 19,000 km. Biar jarak boleh ditambah 2,000 km dari zaman kolej dicampur jarak boleh ditambah zaman UK 19,000 km jadi 21,000 km. Jumlah ini biar akan digunakan untuk kira-kira akhir pada artikel yang bakal merangkumi analisisi semua 'zaman'.
Analisis terakhir tentang perjalanan-perjalanan yang disuakan dalam artikel ini? Semuanya terkait dengan had sebagai seorang pelajar. Had masa disebabkan ada kelas dan syarahan selain had duit belanja. Namun dapat sahaja peluang dan ada sedikit belanja saya pun keluar berjalan. Ini membentuk jarak keseluruhan lebih 32,000 km (1,736 km + 2,000 km + 9,450 km + 19,000).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan