Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, Mei 19, 2021

Analisis corak dan tren perjalanan - Obsesi tentang jarak

Berbalik pada cerita-cerita perjalanan yang sekarang adalah tentang analisis corak dan tren perjalanan. Saya harus membuat satu artikel khas untuk menangani obsesi tentang jarak. Ini kerana semua artikel atas nama "Analisis corak dan tren perjalanan" harus akan 'terpalit' dengan obsesi hingga selesai.


Semalam ketika menelefon seorang kawan lama untuk bertanyakan bilakah kami mula duduk menyewa serumah di Bangsar (rujuk Analisis corak dan tren perjalanan - Zaman wartawan di New Straits Times 1996 - 2001) saya ada memberitahu tentang keperluan untuk mengira jarak selain yang sudah dikira melalui perjalanan-perjalanan yang disebut dalam Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021. Beliau yang merupakan seorang wartawan permotoran terkemuka tanah air sehingga sekarang pun memberitahu bahawa purata orang biasa memandu dalam tempoh sebulan adalah 2,000 km. Maka setahun menjadi 24,000 km. 

Ini kelihatan bersesuaian dengan anggaran saya sendiri awal Sabtu lewat malam Ahad lalu bahawa sesiapa pun boleh berjalan 171,000 km dengan mudah tanpa menyedarinya. Anggaran dibuat berdasarkan pembacaan meter kereta yang dibeli second-hand selepas pertengahan tahun 2014. Pemilik dahulu nampaknya sudah memandu sejauh itu dalam tempoh sekitar 13 tahun memiliki kereta walaupun beliau seorang perempuan yang tidak selalu berjalan. Lihat Setakat 179,389 km apa barang kan?.

Saya jadi obsesi kerana tahu ada segelintir orang tidak suka lalu akan memperkecilkan setiap pencapaian saya. Terasa harus menunjukkan bahawa pengembaraan saya mesti melepasi purata jarak orang biasa.  Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021 meliputi tempoh waktu lebih 31 tahun. Berdasarkan purata orang biasa pun boleh berjalan 24,000 km setahun sepatutnya saya sudah berjalan lebih 744,000 km dalam tempoh waktu itu bukan?

Takpa. Biar digali dan korek satu persatu, itupun ambil jumlah minimum. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ketiak masam. Saya pun membuka siri ini dengan cerita sebelum tahun 1989 walau tiada dalam Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021. Maka dibuatlah artikel Analisis corak dan tren perjalanan - Melihat dahulu zaman membesar sebelum tahun 1989 awal pagi Isnin lalu dibuat kira-kira berkenaan. 

Dapatlah menunjukkan saya ada berjalan sekurang-kurangnya 30,000 km sejak lahir tahun 1970 sehingga tahun 1989. Masih terlalu sangat sedikit malah amat-amat memalukan kerana kalau menurut purata 24,000 km setahun seharusnya saya sudah berjalan 456,000 km dalam tempoh waktu itu! Tapi sekurang-kurang ada juga. Lagipun purata yang dikira berdasarkan 2,000 km sebulan itu sebenarnya untuk orang bekerja lalu perlu berulang-alik dari rumah ke tempat kerja, kebiasaannya paling kurang 5 hari seminggu. Tentu tak sama dengan zaman membesar masuk sekolah kemudian kolej bagi saya 1970 hingga 1989 itu.

Hmm. Mungkin saya harus melihat bagaimana purata  2,000 km sebulan yang disebut kawan itu dikira. Rasanya boleh dibahagi sebegini - 2,000 km/30 hari sebulan jadi 66.6 km. Walaupun bukan tiap-tiap hari bekerja boleh dianggap pada hari tidak bekerja orang keluar berjalan-jalan. 66.6 km boleh dibahagi 2 untuk pergi dan balik dari tempat bekerja/tempat berjalanan. Itu menjadikan 33.3 km. Macam sama dengan kes bapa saya ketika bekerja di Kuala Lumpur tahun 1982 hingga 1997 atau lebih. Saya ambil tahun 1997 sebab itu tahun beliau pencen. Selepas itu beliau ada menyambung secara kontrak selama beberapa tahun.



Peta daripada artikel Setakat 179,389 km apa barang kan? ini dibuat berdasarkan fakta bapa menetap di Sungai Jelok dan bekerja di Pusat Bandar Damansara. Nah. Jarak yang diberikan Google Map adalah 33.3 km. Sesuai sangat dengan anggaran 2,000 km sebulan yang disebut kawan itu. Namun bapa sebenarnya memandu lebih jauh kerana setiap hujung minggu akan kembali ke Muar 340 km pergi balik untuk bersama ibu dan adik beradik saya. Tapi purata ini boleh dipakai. Ia nampaknya membayangkan kebiasaan ramai orang di Lembah Klang yang menetap jarak sekitar itu juga dari tempat kerja.

Gambar paling atas diletakkan di sini ditemui di Internet. Ia menunjukkan purata rakyat Eropah memandu setahun cuma 7,170 batu bersamaan 11,950 km sahaja. Ia dibuat untuk dibandingkan dengan kereta Leaf yang didakwa dibawa pada purata 10,307 batu bersamaan 17,178 km. Mungkin kerana lebih ekonomi daripada segi penggunaan minyak berbanding lain-lain model? Apapun ini lebih rendah daripada 24,000 km setahun berdasarkan kenyataan kawan saya. Takpa, kita terus pada usaha kiraan jarak.

Dalam artikel kedua siri iaitu Analisis corak dan tren perjalanan - Dari zaman kolej 1989 sehingga penghujung zaman universiti di UK 1995 kira-kira yang dapat dibuat menunjukkan saya ada berjalan lebih 32,000 km dalam tempoh waktu tersebut iaitu 6 tahun. Berdasarkan purata 24,000 setahun sepatutnya saya sudah berjalan lebih 144,000 km. Adus 'kudut' betul le jarak aku tu. 

Artikel ketiga siri, Analisis corak dan tren perjalanan - Zaman wartawan di New Straits Times 1996 - 2001 pula menunjukkan saya ada berjalan lebih 62,000 km selain daripada apa yang disebut dalam Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021. Kalau campur yang dalam senarai jadi 73,272 km. Masih kurang daripada 100,000 km untuk purata orang biasa bagi 5 tahun. Tapi tidaklah terlalu 'kudut' seperti tadi. 

Hmm. Kalau nak banding dengan purata orang biasa berjalan pun kalah saya nampaknya. Rasa macam mustahil sebab saya berjalan ke mana ke mari ke tempat-tempat yang pasti bukan semua orang pergi dan tidak sekerap saya keluar kawasan kecuali mereka itu pemandu lori atau pemandu bas ekspress. Nampaknya saya 'kalah' kerana tidak dapat mengira jumlah semua perjalanan yang pernah dibuat. Purata orang biasa berjalan itu harus meliputi sekecil-kecil perjalanan seperti pergi ke kedai runcit untuk membeli barangan sedangkan ini tidak masuk dalam kira-kira saya. 

Takpa. Layan sahaja obsesi ini dahulu. Dah selesai perkara nanti boleh dibuat analisis diikuti sintesis meminjam dua ungkapan akademik daripada syarahan yang diikuti pagi tadi. Lihat Tujuan sebenar wujudnya Islam - Ke arah sintesis pelbagai wadah demi kesejahteraan ummah. :]




Tiada ulasan: