Perjalanan pertama dalam senarai bagi tahun 2012 berlaku pada bulan Mac. Apakah tiada perjalanan langsung dibuat pada bulan Januari dan Februari? Dalam artikel Analisis corak dan tren perjalanan - Zaman lebih santai awal tahun 2007 hingga penghujung 2011 ada disebut bahawa beberapa perjalanan terakhir dibuat dalam keadaan isteri sedang sarat mengandungkan seorang lagi anak. Masuk bulan Januari tahun 2012 dah 8 bulan mengandung sebenarnya. Mungkin harus berehat tidak keluar lagi berjalan.
Semakan terhadap arkib pada sidebar kanan blogspot menunjukkan bulan Januari banyak dihabiskan untuk menulis artikel-artikel tentang perjalanan-perjalanan pada penghujung tahun 2011. Pun begitu kami rupanya tetap keluar berjalan apabila ada peluang...
Tengok perut isteri. Semasa ini sedang 8 bulan setengah mengandungkan anak kedua kami...
Artikel
Kota-kota Bugis di Kuala Linggi dan Lukut yang ditulis pada 4 Februari 2012 menunjukkan jejak sejarah yang kami buat selepas kembali ke rumah ibu bapa saya sempena cuti Tahun Baru Cina. Perjalanan ini meliputi jarak lebih 500 km sambil kami anak beranak ada mendaki bukit. Alhamdulillah isteri yang sedang sarat mengandung tiada masalah.
Kurang 2 minggu selepas artikel ditulis isteri melahirkan anak awal pagi Jumaat. Ketika itu 17 Februari saya sedang menulis artikel
Jejak "Berpetualang ke Aceh" : 3 x 11 dan jejak warisan Bugis Aceh. Ia merujuk pada segmen perjalanan berkenaan yang berlaku pada tarikh 11.11.11 (11 November 2011, kebetulan hari Jumaat). Hal kelahiran anak disebut dalam artikel sebegini :-
OK. Cerita dalam buku yang mula ditulis tahun 2004 itu ada sedikit ralat. Bapa Laksamana @ Maharajalela @ Sultan Ahmad Shah Johan Berdaulat bukan bernama Abdul Rahman tetapi Abdul Rahim. Apapun perhatikan nama Daeng Mansur ada disebut. Di atas adalah gambar kami anak beranak yang akhirnya dapat sampai ke makam Daeng Mansur!
Allah. Sebaik sahaja siap perenggan atas saya mendapat panggilan daripada isteri yang beliau mahu dibawa masuk ke bilik bersalin. Nanti sambung.
----------------------
Sambung balik penulisan. Dah nak masuk jam 11 pagi ni dah. Tadi isteri saya membuat panggilan jam 3 pagi. Jam 5:24 gitu anak kami lahir, seorang bayi lelaki alhamdulillah yang diberi nama Muhammad Alauddin Johan sempena mengambil gelaran sejumlah Raja Aceh (misalnya Sultan Alauddin Ahmad Shah Johan Berdaulat... cuma Ahmad aje nama, yang lain semua gelaran). Selepas menemani isteri dan anak beberapa lama saya kembali ke rumah untuk membasuh dan menanam uri. Kemudian baru mandi dan buka laptop untuk menyambung kerja...
Selepas isteri melahirkan anak lalu mula tempoh berpantang saya ada membuat perjalanan ke Melaka untuk menghadiri satu majlis ilmu lalu mengambil peluang untuk turut menjejak sejarah. Lihat artikel-artikel berikut :-
Saya rasa tidak perlu lagi mengorek lagi apa-apa perjalanan lain yang dibuat tetapi tiada dalam senarai. Cukuplah sedikit yang disua tadi untuk menunjukkan tetap ada perjalanan-perjalanan lain walau tiada dalam senarai malah ada yang langsung tidak diceritakan. Masuk bulan Mac anak kecil kami pun mula turut serta dalam setiap pengembaraan kecuali yang mana saya hendak keluar berseorangan atau mahu bersama kawan seperti diceritakan dalam... Ah. Baru tersedar ada membuat kesilapan dalam senarai.
Sepatutnya bagi tahun 2012 ada cerita saya pertama kali membuat perjalanan jauh dengan motosikal setelah 9 tahun tidak melakukannya. Rupanya-rupanya tersalah letak ke dalam senarai tahun 2011. Pembetulan mudah pun dilakukan dengan meletakkannya kembali ke tempat sepatutnya dalam
Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021. Cuma dalam membuat semakan didapati ada ralat besar bagi jarak satu perjalanan lain yang berkaitan lalu dinyatakan sebagai berikut :-
Bila disemak betul-betul rupa-rupanya ada rekod berdasarkan meter motosikal menunjukkan perjalanan ini sebenarnya memakan jarak 1,849.28 km. Tapi dah tak larat hendak dibetulkan 'ke belakang'. Kerana harus memperbetulkan kedudukan senarai-senarai sebelum ini, kira-kira berkenaan dan macam-macam. Maka itu biar dikekalkan sebagai lebih 1,400 km. Cuma di sini, dalam artikel ini biar ditambah nota bahawa jarak 179,389 km bagi 171 perjalanan yang telah disebut merata sebelum ini harus ditambah lagi 449 km menjadi 179,838 km.
Kembali pada apa yang hendak dinyatakan sebelum tersedar kesilapan. Selepas ada anak baru beliau turut bersama dalam setiap perjalanan kecuali yang mana saya memang ingin keluar berseorangan atau bersama kawan. Maka bolehlah dirujuk perjalanan yang tersalah diletakkan masuk tahun 2010 itu diikuti perjalanan seterusnya dengan pernomboran yang telah disemak semula dalam
Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021. Ia adalah :-
2. Misi HIKMAH III Lumut Jan 2013 - lebih 450 km. Lihat Misi HIKMAH Lumut Jan 2013.
Acara pertama Nov 2012 dan keenam Sept 2013 tiada dalam senarai kerana dibuat di Shah Alam lalu jaraknya boleh diabaikan. Begitu juga nanti acara ke-8 di rumah sendiri Feb 2014, ke-16 hingga ke-19 tahun 2016 (di Janda Baik diikuti Seremban, Muzium Negara dan Bukit Tinggi) kerana terletak dalam lingkungan jarak yang boleh diabaikan memandangkan senarai ini sendiri mula dibina untuk melihat apakah perjalanan-perjalanan terjauh saya.
Hal ini menunjukkan beberapa banyak perjalanan telah diabaikan dalam membina senarai. Nak ambil semua akan jadi terlalu banyak lalu diambil setakat yang perlu untuk menunjukkan betapa aktif saya bergerak ke sana ke mari bagi melakukan pelbagai aktiviti terutama menggali cerita-cerita sejarah. Sambil itu isteri dan anak-anak tetap dibawa ke sana ke mari kecuali bagi sedikit sahaja perjalanan yang elok dibuat sendiri.
Cuma satu fakta penting tentang perjalanan tahun 2013. Selepas sebulan lebih kembali daripada menunaikan umrah bersama isteri bulan April saya mengalami kecederaan patah kaki namun tetap meneruskan perjalanan seterusnya ke Sulawesi kerana sudah lama menempah tiket. Ini adalah kali pertama saya mengalami kecederaan sebegitu walaupun banyak perkara lasak telah dilakukan termasuk terjun dari tingkat 3 bangunan beberapa kali semasa zaman sekolah menengah. Disebabkan itu berlaku hal-hal seterusnya termasuk pembedahan bagi membetulkan kerosakan. Namun tetap diteruskan komitmen seperti menganjur acara ke-5 HIKMAH di Terengganu bulan Jun.
Dalam keadaan masih belum pulih itu saya juga membuat beberapa perjalanan atas permintaan keluarga walaupun ia menyakitkan. Walaupun pergerakan jadi terhad saya tetap tidak dapat menahan tabiat untuk keluar berjalan asal ada peluang. Dengan itu bergerak kita ke senarai bagi tahun seterusnya...
2014
Pada tahun 2014 ini acara HIKMAH pertama kali diadakan di Aceh sambil membawa ibu bapa saya berjalan-jalan. Selepas itu akan diadakan lagi acara HIKMAH di Aceh tahun 2017 kemudian tahun 2019. Berlaku juga saya dibawa ke Borobudur tanpa disangka tahun 2014. Seperti biasa dicelah-celah ini ada perjalanan-perjalanan lain tetapi tidak perlulah dipanjangkan cerita.
2015
Pada tahun 2015 berlaku beberapa lagi perjalanan di luar kawasan untuk menjayakan acara-acara HIKMAH. Berlaku juga tawaran saya dibelanja berjalan menjejak sejarah lagi di Aceh kemudian di Kalimantan Barat. Pada tahun itu juga saya mendapatkan tawaran untuk menyertai satu projek dokumentari 13 episod bernama "Daulah Melayu". Tetapi biar cerita-cerita berkenaan dimasukkan ke dalam senarai tahun 2016. Di celah-celah itu sempat bekerja kembali dengan bapa saudara untuk memajukan yayasan di bawah beliau lalu perlu ke pejabat Yayasan di Bukit Jalil sekurang-kurangnya sekali seminggu. Rujuk cerita berkenaan dalam artikel Analisis corak dan tren perjalanan - Zaman pencarian makna diri penghujung 2001 sehingga blogspot dibuka penghujung 2006.
Tapi akhir kalam orang yang pada penglihatan saya dahulu cuba menyelewengkan aset masih terlibat dengan yayasan lalu berusaha untuk mengeluarkan saya. Pergi pada tahun seterusnya merangkap terakhir bagi artikel ini...
2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan