Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, November 16, 2026

Memajukan hubungan Malaysia-Pakistan melalui pemikiran dan legasi Allama Muhammad Iqbal

OK. Buat ke sekian kali, setelah memulakan cerita harian perjalanan Kalimatan penghujung Oktober, beralih lagi sejenak ke majlis ilmu di ISTAC (Institut Antarabanga Pemikiran dan Tamadun Islam).



Majlis kali ini diadakan untuk memperingati pemikir besar Islam warga Pakistan, Muhammad Iqbal yang hidup 1877-1938. Dalam kalangan ilmuwan dan pelajar pemikiran nama ini tidak perlu diperkenalkan. Sejak melihat poster bagi majlis lebih seminggu lalu memang menyimpan hajat untuk datang.



Majlis membawa tema "Memajukan Hubungan Malaysia-Pakistan Melalui Pemikiran dan Legasi Allama Muhammad Iqbal". Antara pembentang adalah penyelia tesis PhD saya di ISTAC, Profesor Emeritus Dato' Sri Dr Osman Bakar yang merupakan Rektor UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia). Tetapi sampai masa untuk bergerak pagi tadi terasa tak larat. Penat sangat selain tidak sihat. Mungkin disebabkan berturut-turut melakukan pelbagai perkara dan banyak berjalan.

Adapun sejak kembali dari perjalanan Kalimantan yang berlangsung 9 hingga 25 Oktober, perjalanan yang menyaksikan saya dan isteri meliputi jarak pengembaraan darat lebih 3,000km termasuk 1,338km menunggang motosikal, cuma sempat berehat sedikit sahaja sebelum harus kembali aktif. Isnin 26 Okt membuat artikel  Menyahut panggilan Kalimantan - Satu pengenalan sebelum cerita terperinci harian, Selasa malam Rabu 27 Okt melaksanakan edisi ke-47 "Merah Silu Live" lalu menyelitkannya dalam artikel Rabu Malaysia negara Madani moden? Rabu 28 Okt. Siang Rabu itu juga hadir majlis ilmu di ISTAC, esok Khamis 29 Okt menulis tentangnya dalam artikel Satu perspektif sistem terhadap pengajian tamadun Melayu dan kepulauannya. Lima hari berikutnya Jumaat hingga Selasa 30 Okt-3 Nov setiap hari menulis tentang perjalanan Kalimatan, setiap satu memerlukan sejumlah artikel sokongan bagi melancarkan cerita seperti berikut :-








Selasa malam Rabu 3 Nov melaksanakan "Merah Silu Live" ke-48, siang Rabu 4 Nov hadir majlis ilmu di ISTAC lagi lalu ceritanya Perlembagaan purbakala luak Jelebu dan kaitan deng... ditulis Khamis 5 Nov bersama sedikit hal "Merah Silu Live". Empat hari berikutnya Jumaat hingga Isnin 6-9 Nov ditulis lagi cerita Kalimantan setiap hari dengan begitu banyak artikel sokongan seperti berikut :-







Selasa 10 Nov menghadiri lagi majlis ilmu di ISTAC kemudian berkejar untuk balik kampung di Muar. Malam itu diadakan "Merah Silu Live" ke-49 lalu diselitkan dalam artikel majlis ilmu, Teologi Muslim tentang pembebasan dari Zionisma - Satu Sudut Pandang Faruqi yang dipersembahkan Rabu 11 Nov. Tiga hari berikutnya 11-13 Nov ditulis lagi cerita Kalimantan setiap hari :-




(16 artikel sokongan)


Sambil itu Rabu hingga Jumaat 11-13 itu turut dilakukan pelbagai urusan keluarga. Jumaat malam Sabtu sampai ke rumah akak ipar isteri di Salak Tinggi lalu ada urusan keluarga belah mereka pula. Awal pagi Sabtu 14 Nov berkejar untuk balik ke rumah sendiri di Bandar Sungai Buaya. Ambil sedikit barangan sebelum ke Bukit Sentosa untuk kursus haji. Malam itulah dibuat artikel Menyahut panggilan Kalimantan - Dari Sanggau ke makam Daeng Menambon melengkapkan hasrat dan artikel-artikel sokongannya. 

Awal pagi Ahad 15 Nov dah kena keluar lagi untuk mengambil anak-anak di sekolah tahfiz di selatan Cheras untuk outing. Lewat petang baru balik rumah. Fikirnya ada lagi tenaga untuk keluar pagi Isnin tadi bagi mengikuti majlis tentang Allama Iqbal di ISTAC. Tengok-tengok bukan sahaja tak larat untuk itu. Bangun untuk sahur puasa sunat hari Isnin yang menjadi kebiasaan saya sejak lebih 10 tahun lalu pun terlupa. Punyalah tak larat sampai tak jadi puasa. Kalau setakat terlupa bersahur bukanlah masalah sangat.




Kenapa bercerita panjang lebar tentang penat lelah penulisan, balik kampung urusan keluarga dan macam-macam? Kerana penulisan adalah cara saya melepaskan rasa. Memang hendak pergi menghadiri majlis tapi tak larat sangat. Nak bercerita tentang majlis pun tak terkeluar kalam kecuali sedikit pengenalan tadi. Sila ikuti sendiri melalui rakaman video ya, boleh klik sini. Cukup.