Salam. Satu cerita daripada siang tadi.
Merujuk pada artikel Majlis-majlis ilmu selepas 14 Februari 2020 yang dipersembahkan Ahad malam Isnin 6 Oktober 2024 diikuti Majlis-majlis ISTAC sejak mula terlibat tahun 2016 pagi seterusnya. Sewaktu mempersembahkannya saya berhasrat untuk menghadiri majlis baru ilmu di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) pagi Selasa hingga tengahari 8 Oktober. Diadakan sebagai edisi ke-6 daripada siri syarahan tentang kesejahteraan muda mudi tajuknya boleh diterjemahkan sebagai "Muda Mudi dan Pendidikan Persekitaran : Mengasuh Penetapan Minda yang Dipandu Nilai". Membawa tajuk adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, Profesor Dato' Seri Ir. Dr Zaini bin Ujang.
Ia adalah syarahan umum pertama di ISTAC setelah semester baru bermula Isnin 7 September. Dengan itu juga pengajian PhD saya di institusi tersebut secara rasminya bermula, menurut jadual rasmi UIA (Universiti Islam Antarabangsa), badan induk yang menaunginya Pun begitu secara praktikalnya aktiviti-aktiviti ISTAC tidak pernah terikat dengan jadual sebegitu. Ini kerana ia adalah institusi kajian (research institution) sepenuh masa. Kelas bagi pelajar diadakan sebagai keperluan untuk memenuhi syarat minima sahaja. Yang menentukan lulus ijazah adalah kualiti tesis yang dihasilkan. Lalu kelas boleh dimulakan sedikit lewat...
Selain menjadi majlis pertama semester, ia akan menyaksikan guru dan penyelia tesis saya Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar pertama kali bercakap secara umum di ISTAC setelah dilantik sebagai Rektor ke-7 UIA iaitu bermula 21 September. Tugas baru sebagai pentadbir dan penentu tertinggi keputusan dan hala tuju universiti telah menyebabkan beliau sentiasa disibukkan di kampus utama di Gombak, walaupun sebagai pemegang Kursi Al-Ghazali masih menduduki satu bilik di ISTAC. Nasib baiklah dapat menemui beliau di satu majlis tertutup kurang 2 minggu lalu. Dapatlah meminta tandatangan untuk beliau secara rasmi menjadi penyelia tesis, yang pertama diberikan sejak menjadi rektor. Lihat Selesai hal supervisor PhD di ISTAC baru dapat mendaki Bukit Lanjan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan