Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Oktober 11, 2025

Asbab isteri bermesyuarat di Pulau Pinang - Tersangkut kereta rosak di Parit Buntar sebelum dapat mendaki Gunung Semanggol

Salam. Pergi pula pada hari ke-4 perjalanan utara. Bersambung daripada artikel Asbab isteri bermesyuarat di Pulau Pinang - Dari Gunung Jerai ke Bukit Mertajam.



Awal pagi Jumaat 3 Oktober 2025. Keadaan telah membawa untuk bermalam di masjid ini. Lihat artikel di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN Masjid (Mosque of) Al-Ridzuan, pusat bandar (town centre of) Parit Buntar.




Apa yang berlaku adalah selepas bandar Parit Buntar menuju ke Bagan Serai tiba-tiba kereta hilang kuasa lalu enjin mati. Berkali-kali cuba dihidupkan tetapi tak jadi. Sedangkan kuasa bateri masih kuat. Nasib baik ada kenalan isteri sama syarikat tetapi di Bagan Serai datang membantu membawa kawan-kawan menengokkan kereta. Dapat disimpulkan masalah adalah minyak tak naik ke enjin entah kenapa. Mereka menolong menarik kereta ke bengkel berdekatan kemudian menghantar untuk menginap di masjid. 




Pagi jam 9 baru bengkel dibuka lalu kereta mula dibaiki. Setelah beberapa lama didapati pam menarik minyak ke enjin elok berfungsi. Bateri memang elok begitu juga alat pengecas bateri (alternator). Yang menjadi masalah ada litar pintas menyebabkan fius bagi pam asyik terbakar.



Hendak mengesan wayar manakah yang menyebabkan litar pintas mengambil masa. Beberapa kali kereta dibawa berjalan setelah dapat dihidupkan kemudian mati lalu harus diganti fius. Gambar ini diambil jam 11.11 pagi. Saya telah meminjam motosikal dari bengkel untuk keluar makan di restoran berdekatan masjid, 1 km dari bengkel.




Hampir jam 11.30 baru dapat diselesaikan masalah. Itupun dibekalkan beberapa keping fius lalu ditunjukkan yang mana perlu diganti kalau berlaku enjin mati lagi. Saya pun menyambung perjalanan ke Bagan Serai.




Singgah di masjid lama ini dan masjid lebih baru di seberang jalan. Lihat artikel Lawatan baru (New visit to) masjid lama (old mosque of) Bagan Serai diikuti Masjid (Mosque of) al-Athar, Kampung Masjid Tinggi, Bagan Serai.



Selepas itu baru ke destinasi utama iaitu Gunung Semanggol.



Kalau tidak kerana kerosakan kereta di Parit Buntar tentu sudah menginap malam Jumaat di masjid di kaki gunung yang memberikan nama. Ini kerana sudah lama menyimpan hajat untuk mendaki hingga ke puncak. Denai pendakian bermula di sebelah masjid.



Sebaik sahaja sampai jam 12.30 tengah hari terus memulakan pendakian...




Niat asal adalah pagi sebelah Subuh mahu mula mendak. Selepas turun bersolat Jumaat di masjid tersebut. Tapi kini memang tak sempat. Apapun saya sedang bermusafir. Tak wajib pun bersolat Jumaat.


'
Kalau mendaki selepas solat keberangkalian untuk terpaksa meredah hujan lebat amatlah tinggi. Ketika memulakan pendakian pun langit penuh awan gelap. Bila-bila masa sahaja hujan boleh turun. Selain itu isteri sudah memberitahu agar berjumpa di Taiping jam 3. Kalau naik selepas solat memang tak terkejar...




Dipendekkan cerita. setelah bertahun menyimpan hajat dapat juga sampai ke puncak. Dan doa agar hujan jangan turun lagi dimakbulkan walau puncak diselaputi kabus/awan. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.








Duduklah di atas sana buat beberapa lama.



Apabila sampai kembali ke kereta sudah jam 3.22. Nasib baik isteri yang menumpang kereta bersama beberapa orang kawan dari Pulau Pinang masih dalam perjalanang.



Sebetulnya hujan lebat mula turun ketika  tinggal sekitar 1/4 perjalanan ke kaki gunung. Hujan berterusan lebat sambil bergerak ke Taiping.



Saya harus ke satu bahagian Taiping terlebih dahulu untuk satu urusan sebelum bertemu isteri yang singgah bersama kawan-kawan di kedai makan di Simpang. 




Selepas minum petang singgah di masjid berdekatan. Lihat Masjid (Mosque of) al-Ikhwaniah, Simpang, Taiping. Selepas itu baru berpisah arah dengan kawan-kawan. 



Isteri naik kereta bersama saya mengambil Lebuh Raya Pantai Barat menuju ke arah selatan.




Singgah di Simpang Empat, Hutan Melintang untuk membasuh baju-batu kotor di dobi lalu makan malam. Sempat singgah masjid situ. Lihat Masjid (Mosque of) al-Aula, Simpang Empat, Hutan Melintang.


Tiada ulasan: