OK. Pergi pada cerita hari ketiga perjalanan di selatan Thailand baru ini. Untuk itu harus terlebih dahulu menyediakan 5 buah artikel sokongan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan 10 di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Bersambung daripada artikel Misi kedaulatan Singgora - Pertama kali sempat bersolat di Jumaat di selatan Thailand. Apakah yang tersirat?.
Pagi Sabtu 11 Mac 2023. Meninjau pemandangan dari hotel inapan kami di tengah bandar Songkhla. Lihat Songkhla from a midtown hotel.
Jam 10.30 pagi mendaftar keluar daripada hotel tetapi meninggalkan beg di lobi. Kami mahu berjalan-jalan dahulu ke di sekitar bandar...
Dari hotel cuma satu kilometer sahaja untuk ke sebuah bukit menarik bernama Bukit Tang Kuan.
Sejak pertama kali sampai ke Songkhla awal tahun 2017 saya ada menyimpan hajat untuk naik ke puncak bukit. Kali ini baru tahu rupa-rupanya ada jalan mudah berupa suatu macam lif ke atas sana. Kami pun mengambilnya dari timur kaki bukit.
Ternyata pemandangan memang menarik di atas sana. Lihat artikel-artikel berikut :-
Ini memberikan semangat untuk isteri berjalan lebih jauh lagi bersama saya. Anak kecil kami ikut sahaja.
Asalnya isteri tidak mahu berjalan kaki lagi ke mana-mana akibat penat daripada hari sebelumnya. Takpa. Saya ajak naik dahulu tuk tuk ke suatu destinasi.
Sampai ke seberang iaitu kawasan asal pusat kerajaan Melayu Islam Singgora yang mana masih ramai lagi penduduk Melayu sehingga hari ini kami makan tengah hari di sebuah restoran tepi perairan.
Puas makan isteri pun sedia untuk mendaki sedikit bukit berdekatan.
Dapatlah sampai ke pagoda berkembar yang dahulu, dalam perjalanan pertama saya ke Songkhla awal 2017, tak sempat naik akibat kepenatan selain perut lapar kerana mendaki dan sebelum itu berjalan kaki merata tanpa mengisi perut terlebih dahulu. Satu perkara menarik didapati adalah secara rasmi tempat ini dinyatakan sebagai pagoda berkembar. Sedangkan susunan batu bata yang ada menunjukkan ia didirikan atas kota pertahanan tertinggi tinggalan kerajaan Melayu Islam Singgora. Namun hakikat ini nampaknya cuma dihilangkan daripada sejarah dengan cara tidak memasukkan ia sebagai antara sekian banyak tinggalan kota yang wujud di sekitar bukit setingga 150-160 meter dari paras laut ini (seperti bangunan 50 tingkat).
Dapatlah ditunjukkan tempat juga pemandangan kemudian ke tinggalan kota tertinggi yang saya sempat sampai dahulu sebelum turun melalui tangga yang pernah dinaiki awal 2017.
Perjalanan kami anak beranak dari jeti ke tempat makan kemudian mendaki bukit hingga ke puncak lalu turun di belah lain boleh dilakarkan dalam Google Earth seperti di atas...
Selepas itu naik motosikal sewa untuk kembali ke jeti...
Sampai sahaja jeti terus naik feri...
Selepas itu dapatkan tuk tuk untuk kembali ke hotel.
Kemudian berjalan kaki ke stesyen van untuk ke Hatyai.
Lepak lama makan minum dan bersantai. Siap 'buat konsert' lagi. Lihat videonya di
sini dan
sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan