OK. Satu lagi artikel kompilasi majlis ilmu. Kali ini khas untuk majlis-majlis di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) atau dipancarkan secara atas talian dari sana. Atau anjurannya di mana-mana walau atas nama lain.
Undangan bagi majlis pertama yang melibatkan saya dengan ISTAC. Walaupun nama institusi yang tertera adalah Centre for Malay World and Islamic Civilisation (Pusat Dunia Melayu dan Tamadun Islam) ia sebenarnya adalah ISTAC dalam bentuk lain...
Merujuk pada artikel Majlis-majlis ilmu selepas 14 Februari 2020 yang mengumpulkan pautan bagi artikel-artikel tentang majlis ilmu dan sebagainya dalam CATATAN SI MERAH SILU sejak tarikh tersebut hingga semalam 6 Oktober 2024. Ia melibatkan pelbagai pihak dan banyak lokasi tempat namun ada bahagian khas untuk majlis-majlis ilmu di ISTAC. Artikel tersebut turut mengandungi pautan bagi beberapa artikel kompilasi sebelum itu. Kompilasi terawal, Apabila jumlah artikel "Refleksi Sejarah" mencapai 222 yang ditulis 22 Februari 2019 mengandungi pautan bagi cerita-cerita berkenaan sejak mula rajin menghadiri menghadiri majlis-majlis sebegitu penghujung 2009.
Turut dipautkan Artikel-artikel ilmu selepas "Siri Refleksi Sejarah" mencapai jumlah 222 pada 8 bulan lalu yang ditulis 20 Oktober 2019. Ia terdiri daripada pautan majlis-majlis bukan ISTAC sahaja. Ini kerana pada tarikh sama dibuat Kumpulan syarahan dan majlis ilmu di ISTAC. Cuma pautan-pautannya diatur menurut tema, bukan kronologi tempoh waktu majlis diadakan di ISTAC.
Artikel keempat kompilasi, Sedar tak sedar - Majlis-majlis ilmu dan tulisan berkenaan yang dibuat dalam tempoh kurang 4 bulan, pula dibahagi dua - Satu untuk majlis-majlis bukan bawah ISTAC, satu bawah ISTAC. Artikel kelima, Pembentangan ilmu daripada acara-acara HIKMAH yang ditulis 22 Mac 2020 ada beberapa tajuk melibatkan ISTAC. Ini kerana acara ke-22 atas nama HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman) diadakan oleh pihak saya di sana. Cuma artikel-artikel berkenaan dikongsikan dalam blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Akhir sekali adalah artikel keenam kompilasi, Tentang siri diskusi bulanan buku di ISTAC yang ditulis 17 Julai 2024. Tetapi ia sekadar memuatkan pautan beberapa artikel yang relevan dengan tempoh masa cerita iaitu tahun 2019 sehingga awal 2020 lalu bertindih dengan artikel-artikel kompilasi sebelumnya.
Sekadar menambah. ISTAC diasaskan oleh Tan Sri Profesor Dr Syed Naquib al-Attas pada tahun 1987. Tetapi cuma mendapat bangunan sendiri di Bukit Damansara lalu dilancarkan secara rasmi pada tahun 1991. Saya pula mula mengenalinya ketika masih berkhidmat sebagai wartawan akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times tahun 1996-2001. Tidak ingat tepatnya bila. Cuma ketika itu masih bertugas di meja utama (main desk) akhbar sekitar tahun 1997.
Saya telah dihantar untuk satu tugasan di kampus tersebut lalu berkenalan dengan anak pengasas, Sharifah Shifa. Beliau ada mengajak menyambung pengajian di tempat mereka. Namun saya sudah hilang minat untuk belajar secara formal sejak mendapat ijazah sarjana muda dalam bidang matematik daripada University College of London tahun 1995. Tidak pernah pun menyangka, lebih 20 tahun kemudian masuk sebagai pelajar, ketika Syed Naquib sudah lebih sedekad tidak lagi menerajui ISTAC, di kampus baru di Bukit Tunku yang mula dibuka awal tahun 2000an.
Oh. Semakan menunjukkan ada majlis dihadiri tahun 2016 sebenarnya adalah anjuran ISTAC tetapi atas nama lain iaitu Centre for Malay World and Islamic Civilisation (Pusat Dunia Melayu dan Tamadun Islam), di kampus utama UIA (Universiti Islam Antarabangsa), Gombak. Untuk pengetahuan ISTAC yang nama sebenarnya dalam bahasa Inggeris adalah International Institute of Islamic Thought and Civilisation pernah ditutup dan dibuka kembali beberapa kali lalu fungsinya diteruskan atas nama lain. UIA pula adalah badan yang menaungi sejak mula. Pada tahun 2016 malah selewatnya sejak tahun 2015 lagi ISTAC sudah tidak wujud, sekurang-kurangnya atas nama itu. Pusat Dunia Melayu menjadi ganti menggunakan kampus lama di Bukit Damansara. Kampus baru di Bukit Tunku pula diletakkan atas nama lain iaitu IIUM Crescent (IIUM adalah singkatan bagi International Islamic University of Malaysia, nama UIA dalam bahasa Inggeris).
Pada tahun 2016 juga ada majlis diadakan atas nama Pusat Dunia Melayu di kampus Bukit Damansara. ISTAC cuma dibuka kembali secara rasminya pada tahun 2017 di Bukit Tunku, tetapi atas nama International Institute of Islamic Thought and Malay Civilisation (Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Tamadun Melayu). Namun singkatan nama ISTAC dikekalkan. Dengan itu segala fungsi Pusat Dunia Melayu dialihkan ke situ.
Pada tahun 2019 ISTAC dikembalikan nama penuh asal Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, fungsi Dunia Melayu diteruskan bawah satu unit. Pada tahun 2024 pula ada acara anjuran ISTAC diadakan di UIA Gombak lalu saya telah menyenaraikan ceritanya di bawah "bukan ISTAC" dalam Majlis-majlis ilmu selepas 14 Februari 2020. Di sini biar semua itu dimasukkan di bawah ISTAC. Dengan itu dapatlah senarai seperti berikut...
2016
1. Orang Melayu : Asal usul mereka, penghijrahan dan pengembaraan
2017
Tidak dapat ditemukan apa-apa artikel berkenaan di CATATAN SI MERAH SILU. Ketika itu ISTAC sudah dihidupkan kembali di Bukit Tunku. Nampaknya saya tidak ada ke sana pada tahun itu.
2018
1. Dunia Melayu Dalam Peradaban Islam : Keperluan Untuk Kebudayaan Tinggi
3. Syarahan "Muslim and the West" oleh John Esposito di ISTAC
4. Kedudukan sebenar kedaulatan raja-raja Melayu dan perlembagaan negara
5. Tentang sistem kepercayaan sebagai penyatu ummah
6. Sejarah Asal Usul Melayu : Fakta Lama & Fakta Baru di Sebalik Kemerdekaan
7. Cakap-cakap "kedai kopi" bersama Profesor Kopanski di ISTAC
8. Menyahut Panggilan Andalusia setelah 30 tahun ia menjelma - Qada' dan Qadar seorang pelajar berusia
10. Sedikit perkongsian setelah sebulan setengah menyambung pengajian di ISTAC
13. Semangat keilmuan Andalusia dalam menongkah arus zaman
4. Islam dan makna kebebasan sebenar - Memasuki dimensi keTuhanan yang kurang difahami orang
5. Tujuan sebenar wujudnya Islam - Ke arah sintesis pelbagai wadah demi kesejahteraan ummah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan