Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Disember 21, 2024

Antara ilmu wahyu dan sains di ISTAC dengan orientalisma di IIIT

Majlis ilmu ketiga  dihadiri di kampus utama UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) di Gombak siang tadi. Campur sekali satu majlis dari ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) yang diikuti secara atas talian. Bersambung daripada Pemahaman kerohanian dan falsafah yang tercermin dalam teknologi kecerdasan buatan.



Jam 1 petang pergi ke masjid UIA untuk menunaikan solat Jumaat...




Merujuk kembali pada penulisan berkenaan dalam Minda ketauhidan dan keummahan - Misi pendidikan Islam sejagat. Selepas solat Jumaat baru dapat menghabiskan bacaan Surah Al-Kahfi. Ini diikuti usaha bagi mengkhatamkan Al-Quran bagi bulan Jamadil Akhir. Di masjid dapat menghabiskan Surah As-Saffat dalam juz 23, menyusul daripada bacaan Surah Yassin malam Jumaat.

Sekadar berkongsi. Selain membaca penuh Surah Al Kahfi setiap pagi Jumaat (walau kadangkala terlajak petang baru nak buat) saya juga membaca Surah Yassin setiap malam Jumaat. Bagi setiap bulan diatur proses pengkhataman atau dikejar sebegitu rupa supaya bacaan separuh kedua Juz 15 jatuh pada pagi Jumaat. Dengan itu bacaan mingguan Al-Kahfi dapat disekalikan dengan proses pengkhataman. Begitu juga diatur supaya penghujung Juz 22 jatuh pada malam Jumaat. Ini untuk mensekalikan bacaan Yassin.

Ini dan sejumlah wirid harian juga beberapa amalan lain termasuk puasa sunat Isnin dan Khamis juga puasa putih 13 hingga 15 haribulan Islam adalah yang mampu DIbuat masa ini. Bukan untuk membanggakan diri, sekadar usaha untuk memperbaiki diri. Saya asalnya orang yang banyak dosa.  Kawan-kawan lama zaman remaja sehingga penghujung 20an ada yang tahu sedikit cerita. Saya terdorong untuk berubah antaranya apabila menyedari siapakah nenek moyang, bagaimana darah daging mempengaruhi pengalaman hidup terutama yang bersifat mistik sejak kecil lagi. Sekarang pun masih banyak dosa sebenarnya. Walau banyak keburukan zahir sudah ditinggalkan hati masih terganggu dengan ajakan yang bukan-bukan. Cuma tidak dilaksanakan lagi sahaja.

Apapun, ini juga usaha untuk mencapai 'minda kenabian' seperti dinyatakan guru saya Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar pagi itu. Minda ketauhidan dan keummahan - Misi pendidikan Islam sejagat. Ini kerana sejak kecil lagi, walaupun senakal mana sekalipun diri, saya tetap suka berfikir kerana sudah begitu sifat semulajadi. Inilah yang mendorong untuk mengikuti majlis-majlis ilmu di berbagai tempat dan institusi kemudian menulis tentangnya. Lihat artikel Majlis-majlis ilmu selepas 14 Februari 2020 dan Majlis-majlis ISTAC sejak mula terlibat tahun 2016. Itu setakat awal bulan Oktober. Selepas itu banyak lagi majlis dihadiri, cuma belum dibuat kompilasi. Bukan kerana hendak mengejar mata, nama, kedudukan dan sebagainya. Menulis ini pun sudah melepas jam 2 pagi setakat ini. Sedangkan jam 8.30 nanti kena berada di satu majlis keagamaan lebih 50 km dari rumah, malam nanti ada lagi di tempat lain. Tidak ada apa-apa imbuhan pun diperolehi kecuali rasa lega dapat melepaskan rasa di dada.





Apapun, untuk siang Jumaat tadi sebenar saya cuma bercadang untuk menghadiri satu majlis ilmu sahaja iaitu di ISTAC pada petangnya. Ia adalah seperti dalam poster atas ini, diterima tidak kurang 3 minggu lalu. Tajuk yang boleh terjemahkan sebagai "Menghubungkan Jurang Antara Sains yang Diwahyukan dengan yang Dicapai di Universiti-universiti : Pendekatan Lalu dan Halatuju Masa Hadapan" kelihatan seperti kesinambungan daripada syarahan perdana Osman 2 bulan lalu. Lihat Menjuarai epistemologi ketauhidan - Syarahan perdana Osman Bakar sebagai Rektor ke-7 UIAM. Sekitar seminggu selepas itu baru diberitahu tentang syarahan terbaru guru saya itu yang memang kesinambungan perkara, seperti dinyatakan dalam Minda ketauhidan dan keummahan - Misi pendidikan Islam sejagat yang dipersembahkan sebelum tengah malam tadi.

Hendak dijadikan  cerita sekitar seminggu lalu baru mendapat tahu majlis yang asalnya boleh dihadiri secara fizikal ditukar menjadi atas talian sahaja. Ini disebabkan dalam tempoh beberapa hari itu ada dibuat semburan bahan kimia (fumigation exercise) untuk penyelenggaraan kampus di Bukit Tunku. Dalam tempoh itu juga mendapat tahu ada majlis ilmu mahu diadakan di UIA pada masa sama. Oleh kerana sudah sedia berada di kampus Gombak itu maka diputuskan biar keutamaan diberikan pada  yang itu.




Selepas menghabiskan bacaan Surah Sad di masjid timbul rasa untuk pergi makan di kedai berdekatan. Disebabkan jam 2.45 begitu baru meninggalkan masjid diikuti beratur menunggu giliran membuat pesanan kemudian menunggu makanan siap masuk jam 3 iaitu masa majlis petang di UIA juga di ISTAC bermula. Tergerak untuk menyertai yang di ISTAC melalui Zoom menggunakan telefon pintar. Ketika itu makan sudah habis, tunggu untuk menghabiskan minuman yang sedang begitu panas.





Walaupun kedai makan bising akibat ramai pelanggan dapat ikuti sedikit kupasan oleh pembentang, Profesor Dr Khairudin Aljuneid. Antaranya adalah tentang bagaimana Islam sangat membudayakan menuntut ilmu sehingga dapat membina peradaban yang tinggi pada zaman awalnya.




Selesai minum terus mengikuti majlis sambil berjalan ke kereta.




Sampailah ke lokasi majlis yang di UIA pula, di pejabat IIIT (International Institute of Islamic Thought - Institut Antarabangsa Pemikiran Islam). Hampir sama nama dengan ISTAC bukan? Sebetulnya ia ada sejarah yang memang seiring. Kedua-dua IIIT dan ISTAC terbit hasil gagasan Islamisasi ilmu pengetahuan (Islamisation of knowledge) yang timbul selepas Persidangan Pendidikan Islam pertama di Mekah tahun 1977. IIIT membawa wawasan Arab Islam, almarhum Ismail Faruqi  di Amerika Syarikat,  ISTAC membawa wawasan Arab "Melayu", Syed Naquib al-Attas di Malaysia. Kedua-dua pemikiran besar Islam bertaraf dunia.




Poster bagi majlis. Ia adalah resensi buku tentang orientalisma tulisan pemikir sains sosial terkenal abad ke-20 iaitu Edward Said, orang Arab asal Palestin beragama Kristian yang mencipta nama di Amerika. Walaupun belum pernah membaca buku tersebut saya tahu sedikit kerana isinya selalu disinggung dalam majlis-majlis lain. Orientalisma merujuk pada bagaimana negara-negara Barat terutama kuasa-kuasa kolonial Eropah seperti United Kingdom dan Perancis melihat negara-negara dan warga yang dijajah di Asia terutama orang Islam pada abad ke-19 dan 20 Masihi.




Sebetulnya selepas melihat poster majlis 9 hari lalu baru tahu IIIT ada pejabat dalam kampus UIA. Ketika hendak ke majlis kedua pagi tadi (rujuk balik Pemahaman kerohanian dan falsafah yang tercermin dalam teknologi kecerdasan buatan.) terlihat papan tanda menunjukkkan arah ke IIIT dalam kompleks bangunan sama. Itu yang menyebabkan ditetapkan mahu hadir selepas solat Jumaat. Alang-alang sudah berada di Gombak biar diikuti semula majlis ilmu terbuka yang ada pagi hingga ke petang
Masuk ke ruang majlis baru menutup Zoom lalu memutuskan hubungan dengan majlis atas talian di ISTAC. Fikirnya boleh ikuti nanti rakaman di Youtube. 




Sebagai seorang aktivis yang mahu memperjuangkan kedaulatan bangsa Melayu subjek orientalisma adalah sesuatu yang patut diketahui dan difahami, tentang bagaimana penjajahan berlaku, atas sebab dan alasan apa. Tentang bagaimana ia membentuk masyarakat hingga  kesannya terlihat kuat hingga ke hari ini, walaupun secara zahirnya penjajah telah meninggalkan kita lebih seabad lalu. Hingga masih lagi memandang tinggi nilai-nilai Barat walau bertentangan dengan agama dan budaya, hingga nilai asal bangsa sendiri dilihat ketinggalan, tidak lagi relevan dan sebagainya. Daripada situ baru boleh dirangka cara dan gerak kerja untuk menyahkan kesan orientalisma itu. Baru boleh betul-betul mengembalikan kedaulatan sebenar bangsa, bukan sekadar slogan menang sorak kampung tergadai gitu.



Sebagai mengakhiri penulisan lewat malam (sebetulnya awal pagi) ini biar dikongsikan rakaman video kedua-dua majlis. Ini yang di ISTAC.



 
Ini di IIIT. Untuk  makluman ini adalah artikel ke-2,595 di CATATAN SI MERAH SILU.


Tiada ulasan: