Salam pagi Ahad 15 Muharram 1445 Hijriah. Melengkapkan perkongsian dengan membuat kompilasi bagi artikel-artikel dalam siri "Demi Muhammad Al-Aminul Rasyid".
Perjalanan berlaku atas asbab utama mahu mendengar keputusan kes faraid Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin yang sudah beberapa kali ditangguhkan, setelah perbicaraan dimulakan tahun 2020. Dahulu Mahkamah Tinggi Syariah mengatakan keputusan mahu dikeluarkan pada 20 Februari 2024 namun ditunda ke bulan Mac. Kemudian ditunda lagi ke 15 April dan ini kelihatan muktamad. Oleh itu ramailah hadir ke mahkamah. Namun setelah beberapa lama menunggu hakim menyatakan perlu ditunda ke 25 Jun. Alasannya banyak lagi perlu dikaji. Sedangkan kalau sudah memberitahu untuk kami datang itu sepatutnya sudah cukuplah kajian lalu dapat membuat keputusan. Lihat Dugaan perjalanan raya 1445 Hijriah.
Hampir tarikh tersebut dinyatakan pula mahu ditunda ke 9 Julai, kurang 2 minggu lalu. Sekurang-kurangnya diberitahu lebih awal, taklah menyusahkan orang perlu ambil cuti atur jadual kerja dan keluarga bagai kemudian datang, ramai daripada tempat-tempat yang berjauhan. Kebetulan seorang ibu saudara menghantar undangan agar hadir ke majlis perkahwinan anaknya di Batak Rabit, Teluk Intan pada hari Ahad 7 Julai yang bersamaan 1 Muharram tahun baru 1446 Hijriah. Dan kebetulan anak saya yang bernama Muhammad Al-Aminul Rasyid sedang bercuti lama antara tukar tahfiz menghafaz Al-Quran. Lalu dibawalah beliau ke Perak menyusuri kembali laluan ketika kali pertama menziarahi makam-makam lama tahun 2001. Dalam perjalanan lama itulah saya menerima nama Muhammad Al-Aminul Rasyid dalam bentuk lintasan hati ketika menyeberang Sungai Perak melalui satu jambatan.
1. Demi Muhammad Al-Aminul Rasyid - Mengejar 1 Muharram di Perak
2. Perak river from Batak Rabit on 1st Muharram 1446
3. Views from Batak Rabit mosque tower on 1st Muharram 1446
4. Perak river from the original Teluk Intan on 1st Muharram 1446
5. Perak river from around Sayong river mouth on 1st Muharram 1446
6. Kolam bersiram puteri (Princess bathing pool), Teluk Bakong
7. Demi Muhammad Al-Aminul Rasyid - Menjejak laluan pertama ziarah makam bersama anak
8. Pedestrian bridge at the real Kuala Kangsar
9. Perak river from different spots at the Kangsar jetty
10. Views from Kampung Semat old mosque
12. Demi Muhammad Al-Aminul Rasyid - Menjejak tempat punca nama anak
13. Limestone lake of Malim Nawar
14. Masjid jamek (Main mosque of) Malim Nawar
15. Demi Muhammad Al-Aminul Rasyid - Akhirnya, keputusan kes faraid harta Laksamana
Tiada ulasan:
Catat Ulasan