Pagi ini 13 Mac 2025 saya dan isteri secara rasminya telah memulakan satu lagi sesi permusafiran bulan Ramadan, kali ini ke Pantai Timur. Tetapi seperti pada perjalanan balik kampung di Muar yang baru sahaja selesai Selasa malam Rabu 11 Mac, isteri harus masuk pejabat dahulu di Shah Alam. Apabila dibenarkan keluar nanti teruslah bergerak ke Pantai Timur. Sementara itu saya berlegar-legar di sekitar, beriktikaf di masjid negeri, sekarang ini di Rumah Bugis di sebelah Muzium Sultan Alam Shah. Sebelum bergerak biar dilepaskan kompilasi artikel perjalanan balik kampung itu.
Perjalanan awal Ramadan ini secara rasminya bermula pada petang Rabu 4 Ramadan 1446 Hijriah bersamaan 5 Mac 2025. Pergi ke tahfiz anak di selatan Cheras untuk bertarawikh kemudian menginap di rumah kami yang di Hulu Langat. Siang Khamis 6 Mac pergi ke Shah Alam kerana isteri perlu masuk pejabat. Selepas jam 3 bergerak ke Muar untuk menyambut awal Ramadan bersama ibu bapa di kampung.
Mengikut rancangan asal mahu meninggalkan Muar selepas Zohor petang Sabtu 8 Mac 2025. Tetapi disebabkan banyak kerja mengemas rumah ibu bapa sebagai persediaan awal untuk berhari raya, petang Ahad 9 Mac hampir jam 6.30 baru mengorak langkah menuju ke rumah akak isteri di Felda Jelai Negeri Sembilan. Esoknya Isnin 10 Mac bergerak ke Kuala Klawang sebelum menginap di Hulu Langat. Selasa 11 Mac isteri boleh bekerja di cawangan pejabat di Tasik Titingwangsa sementara saya menghadiri majlis ilmu di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) lalu kami kemudian berbuka puasa di kafe ISTAC. Apabila sampai kembali ke rumah lewat malam didapati saya telah memandu sejauh lebih 800 km.
1. Rupa baru Muzium Sultan Alam Shah (New look of Sultan Alam Shah museum)
2. Checking out Sungai Muar around Kampung Belambang - Part I
Tiada ulasan:
Catat Ulasan