Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Oktober 05, 2024

Membentuk identiti : Perjalanan Azerbaijan melalui empayar, konflik dan kemerdekaan

OK. Kembali pada acara ilmu.



Tajuk majlis ilmu kali ini boleh diterjemahkan sebagai "Membentuk Identiti : Perjalanan Azerbaijan Melalui Empayar, Konflik dan Kemerdekaan". Oleh kerana ia diadakan di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) pada jam 3 petang Jumaat 4 Oktober 2024 saya pun pergi bersolat Jumaat dahulu di masjid sana.




Sejak 2-3 bulan kebelakangan ini, apabila hendak ke ISTAC saya akan terlebih dahulu singgah di medan selera berdekatan pejabat lama saya The New Straits Times di Jalan Riong, Bangsar untuk menikmati hidangan kegemaran nasi beringin.




Kali ini tidak. Selepas mengambil anak balik dari sekolah pagi saya menyelesaikan beberapa perkara di rumah kemudian terus ke ISTAC.




Selepas solat memulakan usaha mengkhatamkan al-Quran bagi bulan Jamadil Akhir. Oh. Tarikh Hijriah hari itu adalah 1 Jamadil Akhir 1446. Tahu-tahu sahaja sudah hampir jam 3 lalu bergegas ke dewan majlis.



Majlis diperkenalkan oleh Profesor Dato' Dr Ahmad Murad Merican sebagai yang kedua dalam siri syarahan istimewa ISTAC. Kemudian Profesor Madya Dr Mehmet Ozay, pensyarah asal Turki yang sudah beberapa tahun berkhidmat di ISTAC memberikan latar belakang tentang bagaimana negara Azerbaijan yang terletak ke barat 'Laut' Kaspian (sebenarnya bukan laut tapi tasik terbesar di dunia) terkait dengan Turki - Kerana majoriti rakyatnya adalah daripada ras bangsa Turk,  sama ras dan asal usul dengan orang negara Turki atau Turkiye yang kita kenali sekarang tetapi merujuk pada satu ras bangsa dari Asia Tengah yang menerbitkan Kesultanan Seljuk pada abad ke-11 Masihi, semasa Kekhalifahan Daulah Abbasiyah masih berdiri dan berpusat di Baghdad. Ini diikuti oleh kata-kata aluan daripada Duta Azerbaijan ke Malaysia, Irfan Davudov. Selepas itu baru pembentang iaitu Elchin Huseynov, seorang warga Azerbaijan yang sedang membuat PhD di Universiti Malaya bercakap.




Ditunjukkanlah kedudukan Azerbaijan ke barat Laut Kaspian, dalam lingkungan tanah besar yang dikenali sebagai Kaukasus yang diapit oleh Laut Hitam (kelihatan seperti tasik lebih besar tetapi sebenarnya menyambung ke Laut Mediterranean) jauh lebih barat. Kelihatan beberapa negara jiran  termasuk Turki atau Turkiye itu, Armenia, Georgia, Russia dan Iran.




Disebut bahawa Azerbaijan yang ada sekarang sebenarnya adalah Azerbaijan Utara. Wilayah asal Azerbaijan yang secara keseluruhannya adalah dua kali ganda lebih besar pernah berada di bawah pemerintahan kerajaan Parsi Safavid diikuti Dinasti Qajar selama beberapa abad. Kemudian berlaku konflik dengan kerajaan beraja Russia membawa kepada perjanjian yang menyebabkan Azerbaijan Utara dimasukkan ke dalam Russia. Ini merujuk kepada zaman sebelum sistem berajanya runtuh akibat kenaikan Komunisma. Azerbaijan Selatan yang masih dipegang Dinasti Qajar kemudian menjadi sebahagian daripada kerajaan moden Iran.




Secara rata apa yang ingin dikongsikan adalah 3 peringkat  yang membentuk identiti orang Azerbaijan. Ini dinyatakan sebagai :-


1.  Minat intelektual.

2. Pembaharuan nasional

3.  Permintaan bagi kemerdekaan




Disebut nama Mirza Fath Ali sebagai tokoh intelektual yang dianggap sebagai pengasas semangat kebangsaan Azerbaijan malah semangat kebangsaan Iran sekali.




Ditunjukkan satu keratan surat khabar tahun 1891 tentang identiti orang Azerbaijan. Apabila ditanya apakah kerakyatan kamu maka dijawab, saya orang Islam juga orang Turk. Apabila ditanya apakah kamu orang Ottoman (kerana zaman itu orang Turk atau bangsa Turki sering dikaitkan dengan kerajaan Ottoman atau Uthmaniyah yang berpusat di negara Turki sekarang) dijawab tidak, saya orang Bijanli ('tidak memiliki jiwa'). Di manakah tanah orang Bijanli ini? Setakat saya tahu di sisi lain Araxes (merujuk pada Sungai Aras di sempadan Turki-Armenia) di mana menetapnya orang Azeris (satu pecahan bangsa Turk di barat laut Iran dan Azerbaikan) - di sisi sini Bijanli. Bersama, ia membentuk orang Azerbaijan. Tetapi secara berasingan saya adalah Bijanli.

Ditanya pula, bahasa kamu adalah Turki (ya, orang Azerbaijan bercakap dalam satu loghat bahasa Turki), maka adakah kamu orang Turk? Dijawab, tiada kata-kata untuk menerangkan kedudukan saya. Saya adalah orang Turk tetapi Bijanli. Lalu ditanya, daripada dipanggil sebagai Bijanli Turk kenapa tidak menyelesaikan dilema dengan memanggil diri kamu orang Turk Azerbaijan?




Ditunjukkan lagi tokoh-tokoh utama yang membantu pembentukan identiti Azebaijan...




.



Malah Azerbaijan dikatakan adalah negara republik demokratik Islam yang pertama di dunia. Ia dapat membebaskan diri daripada cengkaman kerajaan atau empayar beraja Russia tahun 1918 atas pertolongan kerajaan Uthmaniyah. Ketika itu Russia sedang mengalami pertukaran besar akibat bermulanya Revolusi Bolshevik 1917 yang membawa kepada kejatuhan raja dan istana lalu naiklah kekuasaan Komunisma. Kelihatan bendera awal Azerbaijan serupa dengan bendera kerajaan Uthmaniyah.

Saya pula apabila melihat tahun-tahun tersebut teringat bahawa pada tahun 1917 lah moyang atau lebih tepat, datuk kepada datuk saya, Orang Kaya Arshad bin Laksamana Muhammad Amin dapat menjadi Laksamana negeri Perak. Namun pada tahun 1918 beliau melepaskan jawatan atas sebab tertentu lalu naiklah orang lain. Namun itu menurut kajian saya yang rupa-rupanya ada dalam rekod istana. Sebelum itu sejarah beliau seperti hilang digelapkan sehingga keluarga dan saudara mara pun tak tahu cerita, entah kenapa. Lihat Perbicaraan hak faraid harta Laksamana Muhammad Amin dan hal-hal berkaitan.

Tahun 1918 juga dikenali sebagai tempoh waktu berakhirnya Perang Dunia Pertama. Dalam perang ini kerajaan Uthmaniyah termasuk pihak yang kalah lalu kekhalifahan dan sistem berajanya jatuh. Tidak lama kemudian ia menjadi republik tetapi selepas Azerbaijan.




Bendera Azerbaijan kini.




Saya rasa cukuplah mengulas agak panjang tentang majlis.


















Cukuplah dikatakan Azerbaijan pernah berdiri sebagai negara sendiri seawal tahun 1918 tetapi dapat ditakluk oleh "Tentera Merah" (Komunis) Russia tahun 1920 lalu dijadikan sebahagian daripada kerajaan USSR (Union of Soviet Socialist Republics - Kesatuan Republik-republik Sosialis Soviet).


















Tahun 1990an baru dapat membebaskan diri kembali sambil kerajaan USSR juga jatuh dan terpecah-pecah akibat perubahan polisi.




Selebihnya ikuti sendiri majlis melalui rakaman video di sini.




Satu perkara sahaja lagi hendak ditambah. Majlis ini bermula dengan pembentang juga duta dengan penuh rendah diri menyatakan Azerbaijan sebagai negara yang kurang diketahui orang termasuk di Malaysia.



Namun masuk sesi soal jawab banyak perkara terkeluar. Antaranya adalah Azerbaijan memiliki kedudukan geopolitik sangat penting antara benua Asia dan Eropah disebabkan kedudukan yang diapit  Russia sekarang, juga negara-negara Iran, Turki. Dan melaluinya juga terdapat laluan penting paip-paip yang membekalkan gas kepada Eropah.



Petang itu saya menghabiskan bacaan Juzuk pertama Al Quran dekat puncak bukit berdekatan ISTAC. Lihat artikel Spending time at Bukit Tunku looking point di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Saya di situ sehingga selepas jam 8 malam. Ada juga beberapa orang masih ada sejak saya sampai, masing-masing sanggup berdiri lama dengan kamera. Katanya untuk mendapatkan gambar kilat sabung menyabung berlatarbelakangkan pusat bandar raya Kuala Lumpur. Siap bersolat Maghrib atas jalan tar.


Tiada ulasan: