Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, Januari 05, 2025

Perjalanan selatan penghujung 2024 - Membawa anak-anak mengecapi pengalaman zaman Sekolah Sains

Kembali pada cerita perjalanan. Oh, hari ini 5 Januari 2025 adalah hari kelahiran isteri saya yang ke-50. Bersambung daripada artikel Perjalanan selatan penghujung 2024 - Dari penghujung tanah besar Asia ke Johor Bahru, Kota Tinggi dan Kluang.



Pagi Jumaat 27 Disember 2024. Saya membawa anak-anak untuk mendaki Gunung Lambak di Kluang.




Seperti pada hari sebelumnya di Tanjung Piai isteri tinggal di hotel. Ini supaya dapat menyambung kerja-kerja pejabat secara atas talian. Lagipun beliau tak berapa lasak seperti saya dan anak-anak.




Saya sudah banyak kali membawa anak-anak mendaki bukit. Tetapi ini adalah kali pertama membawa ke yang bertaraf gunung.




Saya sendiri pertama kali mendaki Gunung Lambak semasa di Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Sains Johor yang terletak di bahagian lain Kluang. Semasa itu pergi atas aktiviti pengakap lalu berkhemah di lereng bawah gunung kalau tak salah 2 malam.




Kali kedua pula semasa Tingkatan 3, bersama rakan-rakan sekelas tahun 1985. Ke satu tingkatan semua pergi panjat? Yang pasti satu kelas tu memang ada. Lihat artikel lama Nostalgia Sekolah Menengah Sains Johor...




Kali ketiga adalah berseorangan pada bulan puasa awal tahun 1998. Ketika itu baru mendapat cuti panjang setelah setahun lebih bertugas sebagai wartawan akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times. Ia adalah semasa membuat perjalanan solo motosikal besar pusing sekeliling Semenanjung meliputi jarak hampir 4,000 km. Dalam perjalanan turut naik Gunung Ledang dan Gunung Jerai juga Bukit Larut (gunung sebenarnya) di Taiping. dan Penang Hill (bertaraf gunung juga) selain kawasan pergunungan Cameron Highlands. Lihat Kompilasi artikel mengingat kembali perjalanan pertama bermotosikal besar solo keliling Semenanjung




Sekarang anak-anak pula dapat mengecapi pengalaman lama penuh makna yang membentuk jati diri. Cuma dahulu tidak ada segala macam kemudahan seperti hari ini. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot BERPETUALANG KE ACEH...








Turun dari gunung terus mengambil isteri check out dari hotel lalu ke stesyen kereta lama Kluang untuk menikmati hidangan kopinya yang terkenal.




Ketika bersekolah di Kluang tahun 1983-1986 selalu ke stesyen. Tetapi bukan untuk hidangan sebaliknya melihat kereta api datang dan pergi...




Alhamdulillah walaupun turun dari gunung pun sudah jam 1 kemudian makan di stesyen masih sempat menunaikan solat Jumaat di masjid jamek.




Inipun satu kenangan dan pengalaman lama yang diajak anak merasa. 





Dan alhamdulillah juga selepas itu mendapat kebenaran untuk membawa anak-anak berjalan dalam kawasan sekolah. Lihat Checking out (again) my alma mater in Kluang.





Secara rata saya membawa anak-anak untuk mengecapi pengalaman daripada zaman Sekolah Sains. Malah ketika menuju ke pekan Ayer Hitam di barat Kluang pun masih dalam konteks mengecapi pengalaman lama. Ini kerana apabila balik kampung di Muar memang perlu mengambil laluan itu.




Cuma semasa zaman saya hampir 40 tahun lalu tidak wujud lagi masjid ini. Lihat artikel Masjid jamek (Main mosque of) Ayer Hitam, Johor di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Dan lagi, dahulu selepas Ayer Hitam sama ada melalui Batu Pahat atau Yong Peng ke Muar. Tapi kali ini cuma ada lalu Yong Peng untuk ke Labis diikuti Segamat dan Gemas di mana saya suka singgah untuk melihat kenangan kereta api lama. Masih terkait dengan zaman sekolah menengah. Kerana kereta api dari Kluang mesti melalui Gemas untuk ke Kuala Lumpur. Saya pernah melarikan diri dari sekolah lalu ke KL naik kereta api seorang diri. Lihat 'Muzium kereta api' ('Train museum' of) Gemas.


Tiada ulasan: