Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Oktober 01, 2024

Selesai hal supervisor PhD di ISTAC baru dapat mendaki Bukit Lanjan

Salam. Satu perkongsian istimewa juga luahan rasa.



Sabtu malam Ahad 28 September 2024 saya telah meletakkan gambar atas di Facebook bersama teks berikut...



FUH. LEGANYA...

Alhamdulillah. Prof Osman Bakar dah sign borang yang menunjukkan secara rasmi bersetuju untuk jadi supervisor PhD saya di ISTAC. Sebelum ini risau juga beliau menolak walaupun secara lisan sudah bersetuju sejak bulan Januari. Ini kerana beliau harus disibukkan dengan banyak perkara apalagi baru sahaja memegang jawatan sebagai rektor ke-7 UIA, bermula 21 September iaitu tepat 7 hari lalu.

Tadi pun beliau ada memberitahu banyak sangat mesyuarat perlu dihadiri dan diberi keputusan rasmi dalam tempoh 5 hari berkerja kebelakangan ini. Sambil itu beliau juga adalah supervisor kepada 11 orang pelajar, belum campur saya. Kata beliau, seeloknya seorang pensyarah ada 5 orang sahaja yang di bawah penyeliaannya, beliau punya jumlah dah memang terlebih. Nasib baik beliau masih sedia menerima saya. Asalkan faham dan sabar dengan kesibukan beliau lalu boleh mengusahakan tesis dengan minimum supervision.




Tadi tengah hari Selasa 1 Oktober baru keluar untuk melakukan tindakan susulan iaitu menyerahkan borang bertandatangan Osman itu ke pejabat ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku. Dalam perjalanan ambil gambar ini. Kelihatan Bukit Lanjan yang sudah lama mahu didaki puncaknya tapi asyik tak jadi. Pertama kali betul-betul mahu melangkah iaitu selepas beberapa hari mengkaji laluan di Intenet adalah pada Rabu 4 September, atas asbab mahu ke rumah kawan di  Desa Sri Hartamas. Tetapi isteri pula meminta agar diambil satu barangam di Gombak, jauh mencapah perjalanan dari Bukit Lanjan. Maka ditukar jadi panjat Bukit Dinding berdekatan Keramat. Lihat Dari 31 Ogos hingga masuk 1 Rabiulawal.

Kali kedua betul-betul mahu melangkah pula adalah pada hari Ahad 8 September. Cadangnya petang selepas menghadiri satu majlis ilmu separuh hari di ISTAC. Tengok-tengok ada kawan baik meninggal dunia lalu tak jadi panjat. Sebaliknya bawa isteri dan anak ke pengkebumian lalu keluar bersama sepanjang hari termasuk singgah sebentar di ISTAC. Lihat Sekali lagi, dari tanah perkuburan ke ISTAC.




Sebelum ke ISTAC siang tadi singgah dahulu ke medan selera berdekatan pejabat lama saya The New Straits Times untuk  mendapatkan hidangan nasi beringin kegemaran. Satu perkara menarik, terus dapat tempat letak kereta percuma tanpa susah mencari seperti selalu. Sampai ke medan selera pula cuma perlu menunggu 2-3 minit sahaja untuk mendapatkan hidangan. Sedangkan kali terakhir ke sana seminggu lalu harus menunggu setengah jam baru dapat. Dan saya sampai ke medan selera itu selepas jam 1 petang. Selalunya keberangkalian nasi beringin sudah habis sangatlah tinggi pada waktu itu. Namun saya sudah pasrah sama ada dapat atau tidak. Alhamdulillah ada rezeki...




Sampai ke ISTAC selepas 2 petang terus ke pejabat untuk menyerahkan borang. Petugas di pejabat menyatakan rasa terperanjat melihat borang dengan tandatangan Osman kerana menyangkakan beliau tidak akan mengambil lagi pelajar untuk diselia lantaran telah mendapat tugas baru sebagai Rektor UIA (Universiti Islam Antarabangsa), badan induk yang menaungi ISTAC. Ini kerana faham skop tugas Rektor sebagai jawatan tertinggi bagi menentukan perjalanan dan hala tuju universiti yang memiliki lebih  20,000 pelajar itu sangatlah besar lalu beliau harus menjadi lebih sibuk. Kiranya saya orang pertama diterima untuk diselia setelah tokoh besar pemikir Melayu bertaraf dunia ini menerima jawatan tersebut bermula 21 September. Besar kemungkinan beliau tidak akan mengambil lagi pelajar untuk diselia setahun dua ini.
 



Semakan di pejabat menunjukkan ada 9 nama tersenarai di bawah seliaan Osman selain saya. Termasuk seorang dari Indonesia yang saya fikir sudah graduate tahun lalu tetapi sebenarnya statusnya adalah TE (Temporary Extension) iaitu lanjutan sementara. Status diberikan oleh mereka yang sudah siap dan menyerahkan tesis lalu menunggu untuk dinilai. Atau sudah lulus dalam penilaian namun perlu membuat pembetulan. Kalau begitu mungkin masih TE kerana belum siap pembetulan. Kalau sudah siap lalu  diserahkan pun tetap perlu menunggu beberapa formaliti atau perkara rasmi siap sebelum boleh diberikan status graduate.

Selain itu ada ada beberapa nama lain lagi termasuk nama saya semasa membuat Master ada dalam rekod sebagai pelajar yang pernah diselia oleh Osman. Cuma ia telah ditanda sebagai sudah graduate lalu tidak termasuk yang 9. Terdapat juga nama seorang tokoh politik veteran bergelar Tan Sri yang pernah menjadi menteri besar sebagai antara pelajar di bawah seliaan. Tetapi petugas menyatakan status  tokoh ini sebagai MIA - Missing in Action atau hilang dari pemantaun. Mungkin kerana 'pelajar' berumur lebih 80 tahun sibuk dengan hal-hal lain lalu tidak memberikan laporan tentang perkembangan pengajian atau penulisan tesis. Kemudian ada yang telah kena terminate atau ditamatkan pengajian disebabkan tidak menunjukkan apa-apa perkembangan dalam penulisan tesis setelah beberapa lama terlebih masa jangkaan namun tidak memberikan sebab. Nampaknya tiada usaha untuk memohon sambungan tempoh lalu dilihat sebagai sudah hilang minat.




Kalau tak salah, saya adalah pelajar menerima pengesahan penyeliaan dari Osman ketika beliau mula-mula masuk menerajui ISTAC penghujung tahun 2018. Berbalik pada hal mahu mendaki Bukit Lanjan. Selasa 10 September, tepat 3 minggu lalu. Selepas menghadiri satu majlis di ISTAC buat pertama kali saya sampai ke bahagian bukit yang mana ada dinyatakan dalam Internet terdapat denai untuk mendaki ke puncak. Namun disebabkan kedudukannya begitu tersorok jam 6 petang baru dapat menemui permulaan denai. Melihat keadaan denai yang memang dalam hutan licin selepas hujan selain takut sampai atas dah nak gelap saya pun tak jadi panjat. Sebaliknya tukar ke satu bukit berkaitan yang lebih rendah dan mudah. Lihat Dari aktivisme pelajar ke Bukit Lanjan.



Nah. Dah 3 kali kan merancang untuk  mendaki sejak awal September tapi tak dapat disebabkan keadaan. Pada Jumaat 13 September pula memanjat bukit lain disebabkan ada urusan dengan anak di kawasan berdekatan. Lihat Dari online ISTAC ke fizikal ke Bukit Besi - Masuk sedikit hal rambut panjang....  Pada Rabu 18 September pula membawa anak memanjat dua bukit lain. Lihat Dari Bukit Guling Ayam ke UIA ke ISTAC ke Bukit Lanjan West bersama anak. Kembali dari itu tiba-tiba dilanda demam, batuk-batuk dan sakit urat. Beberapa hari juga keadaan lalu banyak terbaring atas katil, sampailah sedikit segar Selasa seminggu lalu 24 September. Lalu tanpa dirancang memanjat satu lagi bukit lain selepas satu majlis di ISTAC. Lihat Sains semulajadi daripada pandangan alam Al-Quran : Adakah perlu?.




Satu perkara menarik. Saya jadi bersemangat memanjat bukit-bukit berkenaan di sekitar bandar raya Kuala Lumpur setelah pertama kali mendaki Bukit Kiara pertengahan Julai lalu. Lihat Apabila Bukit Kiara menjadi persinggahan antara majlis zikir dan tazkirah ilmu. Bukit pula  didaki setelah mendapat tahu wujudnya laluan umum untuk ke puncak, ketika pertama kali mahu menghadiri satu majlis ilmu tertutup bersama Osman di Taman Tun Dr Ismail 2 bulan lebih awal. Sedangkan tadi saya ke ISTAC atas asbab untuk menyerahkan borang penyeliaan PhD yang sudah ditandatangani beliau.




Dengan itu ditetapkanlah hasrat untuk menyelesaikan pendakian Bukit Lanjan yang sudah lama tertunda. Dipendekkan cerita, walaupun menghadapi masalah laluan mendaki licin selepas hujan sedangkan saya cuma memakai kasut plastik yang sudah luntur bunga tapak, ada pula sakit-sakit lutut dan peha selain pernafasan kurang sedap beberapa hari kebelakangan, walaupun hilang jejak di beberapa tempat, akhirnya dapat juga sampai ke atas. Saya jadi lebih berani kerana memulakan pendakian sekitar jam 5. Dengan itu dapat dianggarkan dapat sampai ke puncak dan turun kembali ke kaki bukit sebelum gelap.




Oh, ketika gambar tadi diambil belum betul-betul sampai puncak. Ketika sampai di situ tiba-tiba turun hujan panas lalu saya harus menunggu buat satu waktu berteduh di bawah rimbunan pokok. Sementara menunggu hujan surut baca Surah At-Talaq.



Lebih 20 minit menunggu juga sebelum dapat menyambung kembali ke puncak. Alhamdulillah, satu kejayaan yang agak signifikan kerana sudah lama menyimpan hajat untuk mendaki Bukit Lanjan sebenarnya, sejak pertama kali terlihat ketika berjalan keluar daripada asrama dan kampus zaman kolej pengajian peringkat A Level di Damansara Utama bermula tahun 1988. Sudah 36 tahun itu...



Membaca Surah at-Tahrim di puncak lalu menamatkan pembacaan Juzuk ke-28 yang dimulakan pagi itu. Sesungguhnya berjayanya mendaki Bukit Lanjan ini memberikan harapan untuk lebih menjayakan lagi pengajian peringkat PhD di ISTAC. Ini kerana pada zaman kolej ketika dapat melihat Bukit Lanjan dari jauh itulah berlaku sejumlah perkara yang mula membuat tersasar daripada matlamat. Kalau tidak kerana tersasar harus sudah mendapat ijazah muda sains dalam bidang Matematik kepujian kelas pertama pada tahun 1993 lagi, bukan kepujian kelas ketiga  tahun 1995 seperti yang ada. Dan kalau tidak tersasar harus tahun 1996 sudah mendapat PhD, bukan baru hendak memulakannya seperti hakikatnya kini. Untuk gambar-gambar sekitar pendakian lihat artikel-artikel berikut  di blogspot BERPETUALANG KE ACEH :-





Tiada ulasan: