Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Januari 30, 2026

Mengingati Ahmat Adam : Sejarawan dan ahli mengkaji Indonesia

Salam petang Jumaat kedua bulan Sya'aban. Jumaat lalu saya telah menulis dan mempersembahkan artikel Tentang kemahiran menafsir untuk menceritakan tentang majlis ilmu yang berlangsung di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) pagi itu. Ini pula adalah tentang majlis ilmu seterusnya yang berlangsung di institusi sama petang semalam.



Majlis kali ini diberi tajuk yang boleh diterjemahkan sebagai "Mengingati Ahmad Adam : Sejarawan dan ahli mengkaji Indonesia". Ia merujuk pada almarhum Profesor Emeritus Ahmat Adam yang meninggal dunia pada 3 November 2025, pada usia lebih 84 tahun.



Untuk itu sejumlah pembentang akan bercakap tentang tokoh.



Saya sampai ke ISTAC jam 2 petang Khamis 29 Januari 2026 dalam keadaan perjalanan 2 hari kebelakangan di mana saya memandu hampir 900 km masih terasa. Lihat Ke JB secara impromptu dan "Merah Silu Live" ke-21.



Selepas menunaikan solat kemudian beriktikaf juga menyambung bacaan Al-Quran bagi proses pengkhataman bulan Sya'aban baru ke dewan untuk majlis yang bermula jam 2.30.






Profesor Dato' Dr Ahmad Murad Merican yang mengetuai unit Tamadun Melayu di ISTAC memperkenalkan majlis. Beliau yang bertindak sebagai convener iaitu penganjur menyatakan Ahmat Adam sebagai tokoh yang patut diraikan. Diceritakan bagaimana semenjak almarhum meninggal dunia kurang 3 bulan lalu telah difikirkan mahu menganjurkan majlis. Akhirnya baru jadi...




Di sini tak perlulah dinyatakan biodata atau kredibiliti Ahmat Adam. Almarhum cukup dikenali sebagai seorang intelektual negara. Rektor UIAM (Universiti Islam Antarabangsa) Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar mengambil tempat sebagai pembentang pertama. Diceritakanlah beliau mengenali Ahmat ketika sama-sama belajar di London tahun 60an. Kedua-duanya aktif dalam kalangan pelajar Malaysia memikirkan hal-hal kenegaraan dan nasib bangsa.



Pembentang kedua Profesor Dr Zaid Ahmad, seorang pensyarah UIAM, menceritakan pengalaman mengenali Ahmat sejak hadir sebagai anak murid dalam satu kelas pada tahun 1980an. Beliau melihat almarhum sebagai seorang yang gigih mengkaji lalu mempertahankan integriti keilmuan.



Pembentang ketiga, Profesor Dr Mohd Samsudin, timbalan pengerusi jawatankuasa eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia menyatakan hal serupa. Cuma jika Zaid pernah mengikuti satu sahaja kelas, Mohd memang anak murid Ahmat sepanjang membuat ijazah pertama di UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) tahun 1980an.



 
Pembentang keempat, Dr Siti Hadija Mohd, pembantu profesor di Jabatan Sejarah, UIAM pula mengaku mengenali Ahmat dari jauh. 



Beliau  yang kelihatan dua dekad lebih muda daripada dua pembentang sebelumnya adalah satu-satunya pembentang yang mengemukakan sejumlah slaid.






Hadija menyatakan diri sebagai generasi kemudian sejarawan yang cuma dapat mengikuti pemikiran almarhum melalui penulisan, syarahan umum dan sebagainya.



Sifat-sifat almarhum dalam menanggapi ilmu dilihat sebagai contoh yang patut diikuti para sejarawan kemudian.






Beliau menyatakan ada menulis satu bab buku yang didekasikan kepada almarhum.



Seterusnya Murad Merican bercakap lagi, kali ini sebagai pembentang kelima.



Ditunjukkan gambar beberapa buku tulisan almarhum. Dinyatakan buku bertajuk "Suara Minangkabau" menarik minat untuk berhubung lalu selalu bertukar fikiran. Dinyatakan Ahmat sebagai seorang sejarawan intelektual dan ahli falsafah bidang. Disebut almarhum sebagai seorang Indonesianist (seperti terpapar pada tajuk majlis, saya terjemahkan sebagai ahli mengkaji Indonesia) kerana banyak mengkaji tentang hal pulau Jawa dan struktur masyarakat lalu memberitahu umum.



Pembentang keenam, Profesor Madya Dr Mehmet Ozay dari ISTAC merupakan satu-satunya bangsa asing berkongsi pengalaman. Berasal dari Turki tapi kemudian berumahtangga dengan wanita Aceh beliau menyatakan mula berhubung lalu mengenali Ahmat 3 tahun lalu untuk kajian tentang Sumatera Utara.


Pembentang ketujuh dan terakhir, saudara Imran Hidayat pula berkongsi pengalaman sebagai anak. Sifat tegas ayahandanya dalam memartabatkan ilmu sudah disebut pembentang-pembentang lain, Lalu beliau kelihatan lebih meluahkan rasa tentang bagaimana susahnya membesarkan dalam bayangan bapa yang dianggap sebagai seorang tokoh ilmuwan besar sebelum dapat menentukan hala tuju hidup sendiri dengan penuh keyakinan. Untuk mengikuti sendiri majlis sila tonton rakaman di bawah...


Saya sendiri telah mengenali almarhum selewatnya tahun 2011, kerana selalu terserempak di majlis ilmu. Dalam beberapa majlis kelihatan beliau 'bertekak' dengan sejarawan-sejarawan lain, agak selalu juga dengan Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali, tokoh yang dianggap guru utama saya dalam dunia kajian sejarah. Ada sekali itu terserempak di UKM ketika berjalan kaki untuk menunaikan solat Jumaat di masjid selepas menghadiri satu majlis. Beri salam pun tidak, helo pun tidak tiba-tiba sahaja dengan suara lantang beliau menyebut Hang Tuah tidak wujud. Nampaknya itu reaksi akibat melihat saya memakai busana tradisional Melayu penuh, bersampin, bertanjak dan berkeris. Lihat tulisan-tulisan lama saya melibatkan almarhum. 


1. Sepetang di Universiti Malaya (2011)

2. Hari pertama Seminar 400 Tahun Sulalatus Salatin di DBP - Mencari bahan dan 'rasa' untuk filem epik Melayu (2013)

3. Pintu gerbang, gajah, meriam dan gendang Patani (2014)

4. Pelancaran kitab Sulalatus Salatin versi Krusenstern di DBP (2016)

5. Batu Bersurat Terengganu - Pentarikhan 708 Hijrah dan kritikan-kritikan berkenaan (2018)

6. Bila Jomo bercakap tentang Melaka abad ke-15 - Kenapa ramai bukan Melayu nak ambil tahu? (2019)

7. Pelancaran pembacaan baru Hikayat Raja Pasai oleh Timbalan Perdana Menteri (2019)


Empat artikel melibatkan Ahmat sebagai pembentang utama, satu  sebagai seorang daripada ramai pembentang, satu sebagai hadiran terhormat, dan satu yang nama dan kata-kata almarhum dipetik untuk menguatkan dakwaan seorang pembentang.


Tiada ulasan: