Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Oktober 03, 2026

Tentang mendaki bukit, gunung dan cabaran

Kesinambungan gerak yang seterusnya. Menyambung daripada artikel Aku, buku dan perjalanan, sebelum itu Renungan seorang pelajar PhD berumur yang suka mengembara.



Salam. Semoga pembaca berada dalam keadaan sihat walafiat, dilimpahi taufik dan hidayah serta ketenangan jiwa. Hidup adalah satu siri perjalanan yang panjang. Ia adalah permusafiran yang membawa untuk menyusuri sempadan keupayaan tubuh fizikal kurniaan Tuhan. Jika penulisan lalu merenung kembali jejak langkah sebagai seorang pelajar PhD berumur kemudian tentang diri, buku dan perjalanan kali ini gerak hati membawa untuk merekodkan penyaksian terhadap alam dari tempat-tempat tinggi.



Beberapa bulan lalu saya tergerak untuk menyusun satu senarai kronologi puncak-puncak gunung, permatang, dan bukit yang pernah didaki sejak berpuluh tahun lalu. Ini termasuk bukit-bukit kecil malah gunung yang boleh dicapai dengan kereta juga motosikal besar kesayangan. Mengapa senarai dibuat?  Kerana tidak lagi muda. Saya selalu sahaja terlupa apakah yang telah dilakukan dalam suatu tempoh masa. Ini semakin menjadi-jadi apabila muncul pengembaraan dan hal-hal baharu.

Selain supaya tidak lupa senarai dibuat untuk mengingatkan pada fasa-fasa sukar. Ramai tidak tahu bahawa ada satu ketika dahulu saya sering mengalami masalah pernafasan yang agak ketara. Jangankan ketika berjalan, ada masa ketika berbaring atas katil pun boleh berlaku begitu.  Dada terasa sempit, susah hendak bernafas. Rasa seperti hendak mati pun ada.  Apa lagi ketika memanjat ketinggian. Mungkin kerana pernah berhenti merokok secara mendadak pertengahan tahun 2006. Alhamdulillah masih lagi bertahan...

Nasib baiklah masalah pernafasan tidak berlaku setiap masa. Itu yang masih dapat dibuat pengembaraan demi pengembaraan yang ada masanya memerlukan berjalan kaki berbatu jauhnya. Ada masa perlu menaiki bukit dan gunung. Apapun, sejak kecil saya suka memanjat pokok juga mendaki tempat tinggi. Tentunya masalah pernafasan yang boleh muncul tiba-tiba sangat mengganggu.



Tahun 2013 pula pertama kali seumur hidup merasa patah kaki. Berbulan lama memerlukan kerusi roda. Kalau terpaksa berjalan harus bertongkat kiri dan kanan.  Kalau kena naik tangga harus meloncat menggunakan sebelah kaki sambil memegang apa yang dapat. Tuhan sahaja tahu betapa sakitnya rasa kaki yang patah itu.

Pun begitu tetap dilaksanakan pelbagai perkara. Ini termasuk menelusuri tempat-tempat bersejarah jauh di Sulawesi dan menerajui majlis ilmu hingga ke Terengganu kemudian menulis tentangnya. Lihat artikel-artikel berikut :-








Tetapi itu semua dengan menaiki kenderaan, kebanyakannya isteri yang pandu sambil saya duduk di belakang dengan kaki yang patah bersimen diletakkan tinggi atas kerusi untuk mengurangkan bengkak. Sedangkan saya seorang musafir yang suka mendaki ke tempat-tempat tinggi dengan berjalan kaki. Saya pun mula membina kembali kekuatan diri secara perlahan-lahan. Setelah beberapa lama asyik mampu memerhati langkah pertama dimulakan dengan mendaki bukit kecil berketinggian sekitar 100 meter, berdekatan kawasan rumah baru saya di Bandar Sungai Buaya. 



Gambar ini diambil di atas Gua Hira' di Jabal Nur lebih 13 tahun lalu. Lihat Ziarah dan umrah 2013 - Dari mula sampai ke tamat..... Kurang 2 minggu selepas kembali ke tanah air itulah mengalami patah kaki setelah jatuh tergelincir mengejar sesuatu. Selepas setengah tahun baru boleh berjalan kaki kembali, dengan bantuan tongkat. Empat bulan kemudian baru memberanikan diri mendaki bukit kecil, dalam keadaan masih bertongkat.

Saya belajar menghormati rentak tubuh sendiri sambil mendaki lebih banyak bukit, semakin lama semakin tinggi dan lebih mencabar. Buat beberapa lama selalu terasa hendak tumbang apabila jantung berdegup laju, dada menjadi sesak. Terpaksa berhenti panjang untuk mengatur kembali pernafasan. Kemudian baru dapat diteruskan, tidak mahu mengalah.  Dengan itu saya memilih kaedah solo hiking agar dapat menikmati keheningan alam tanpa perlu terkejar-kejar mengikut langkah pendaki pantas, dan tanpa perlu hilang sabar menunggu mereka yang terlalu perlahan. 

Memang pun saya lebih selesa bersendirian. Di atas laluan pendakian, saya adalah nakhoda kepada diri sendiri. Boleh menjaga dan mencatu nafas tanpa risaukan orang lain. Kalau penat sangat boleh berbaring berapa lama suka atas tanah atau batu. Sehingga sudah menjadi kebiasaan. Kalau setakat bukit bukau di sekitar kawasan perumahan solat Maghrib di puncak sudah selalu sebelum turun dalam kegelapan tanpa membawa lampu suluh. Saya membiasakan  diri menyesuaikan mata supaya dapat melihat sedikit sebanyak dalam kegelapan malam.


Kini, pada usia hampir mencecah 56 tahun, boleh dikatakan puncak berketinggian 200 hingga 300 meter dari pangkal sudah menjadi kebiasaan. Sesekali dipilih yang melepasi 500 meter tinggi. Sudah beberapa kali merasa sesat seorang diri dekat puncak dan lereng dalam kegelapan, kena kejang otot lagi... tapi alhamdulillah dapat keluar dengan selamat. Banyak bukit yang pernah diidamkan untuk didaki zaman muda, ketika lebih sihat dan kuat, tetapi tak berkelapangan, dapat dicapai puncak dalam tempoh 3 tahun kebelakangan.  Tubuh ini perlu disedarkan dan dilatih lagi untuk menghadapi cabaran lebih bermakna. Isyarat alam memanggil untuk bersiap sedia.

Bagi seorang pendaki gunung tegar senarai yang bakal dikongsikan mungkin tidak membawa makna apa-apa. Tiada puncak salji yang teknikal atau banjaran ekstrem yang mencabar rekod sukan dunia (walaupun pernah sampai satu puncak bersalji sebenarnya di Switzerland). Namun bagi seorang penulis, pencari sejarah, dan peminat wacana akademik yang taksub dengan jejak tamadun serta makam para wali, senarai ini adalah sebuah diari geografi bagi kehidupan yang aktif dan berfikir. Di sini bertemunya memori kembara zaman muda di Eropah pada tahun 90-an, ziarah spiritual di Jabal Nur dan Jabal Uhud di Tanah Arab, penjejakan makam Wali Songo di Tanah Jawa, sehinggalah kepada bukit bukau di belakang rumah yang setia menyaksikan jatuh bangun fizikal seorang yang sudah berumur tetapi tidak pernah serik mencuba. 

Biar dipersembahkan senarai menurut ketinggian bukit/gunung sehingga paling rendah. Banyak lagi sebenarnya tetapi tidak dimasukkan atas sebab tertentu :-


1. Gunung Kinabalu (4,095m dari paras laut)

2. Gunung Irau (2,110m)

3. Gunung Brinchang (2,032m)

4. Gunung Rigi Kulm, Switzerland (1,797m) 

5. Gunung Ulu Kali (1,776m) 

6. Gunung ganang Pulau Samosir, Sumatera Utara (puncak tertinggi 1,698m) – Sampai pada ketinggian 1,560m dengan motosikal

7. Gunung Muria, Jawa Tengah (1,607m) – Sampai ke makam Sunan  Muria 870m.

8. Gunung Nuang (1,493m) 

9. Bukit Gundaling, Sumatera Utara (1,475m) 

10. Bukit Fraser (1,325m) 

11. Gunung Ledang (1,276m) 

12. Bukit Larut (1,250m) 

13. Gunung Jerai (1,217m) 

14. Bukit Tinggi, Pahang (puncak tertinggi sekitar 1,140 m) – Sampai Colmar Resort sekitar 784m

15. Gunung Raya, Langkawi (881m) - naik dengan kereta ke puncak

16. Penang Hill (833m) 

17. Gunung Kledang (808meter) 

18. Watu Blencong, dekat Purwokerto, Jawa Tengah (673m) 

19. Jabal Nur, Mekah (642m)

20. Castle atas bukit di Salzburg, Austria (sekitar 610m) 

21. Jabal Khandamah, Mekah (610m) 

22. Bukit pemanah Jabal Uhud, Madinah (609m) 

23. Bukit megalith Talago Gunung, Sumatera Barat (568m)

24. Bukit Tokkun, Bukit Mertajam (545m) 

25. Gunung Lambak (510m) 

26. Puncak Suryalaya, Jawa Barat (480m)

27. Bukit Baginda, Negeri Sembilan (450m)

28. Gunung Banang (428m) 

29. Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu (426m) 

30. Bukit Batu Putih dekat Cheras (420m) 

31. Gunung Besout (418m) 

32. Bukit Saga (410m) 

33. Apek Hill (400m+) 

34. Bukit Broga (400m) 

35. Bukit Tabur West (396m)  

36. Gunung Semanggol (390m) 

37. Bukit Pangkor (380m) 

38. Goa Safawardi, Pamijahan, Jawa Barat (359m) 

39. Puncak Setumbu, Borobudur, Jawa Tengah (358m) 

40. Bukit Tanjung Bajau, Kalimantan Barat (350m)

41. Bukit Taisho, Bahau (semua puncak, tertinggi 348m) 

42. Jabal Rahmah, Mekah (338m) 

43. Bukit Lanjan (335m)

44. Bukit Penarikan (332m) 

45. Bukit Engku Busu (331.4m)

46. Bukit tinggi sebelah Ukay Perdana (327m) 

47. Bukit Wang Kelian (304m) 

48. Bukit 300, Lumut  (300+m)  

49. Bukit Singa, Sungai Siput (300+m) 

50. Bukit Ketumbar, Cheras (sekitar 300m) 

51. Puncak Kuil Borobudur (300m) 

52. Bukit Dinding, Keramat, Kuala Lumpur (291m) 

53. Bukit Besi, Sungai Besi (291m) 

54. Bukit Permata, Gombak (286m) – Sampai atas dari Air Terjun Puteri sekitar 220m

55. Bukit Pelindung, Kuantan (285m) 

56. Bukit Kertau, Chenor (266m) 

57. Puncak Ukay Perdana (260m) 

58. Bukit Kiara (258m) 

59. Bukit Gua Madu, Kelantan (255m) – naik tangga ke gua atas sekitar 180m

60. Arthur’s Seat, Edinburgh, Scotland (251m) 

61. Bukit Payung, Parit Sulong (semua puncak, tertinggi 244m) 

62. Bukit Kembara, Ampang (244m) 

63. Bukit Jugra (243m) 

64. Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur (240m)

65. Bukit Changkat Asa, Tanjung Malim (234m) 

66. Bukit Mor (233m) 

67. Bukit Panau (230m) 

68. Bukit Pengkalan, Pagoh (226m) 

69. Bukit Lanjan West (220+m) 

70. Bukit di Sungai Penchala (220m)  

71. Bukit Montcuq, Perancis (218m) 

72. Bukit Teluk Rubiah (215)m 

73. Bukit Sri Bintang, Kepong, Kuala Lumpur (212m) 

74. Bukit di Taman Melawati (210m) 

75. Bukit di Sungai Pusu menyambung ke Bukit Tabur (210m) 

76. Bukit Sapu Tangan, Shah Alam (204m) 

77. Bukit Kiara yang belah utara Hartamas (200+m) 

78. Mesian Hill/Station B, Cherakah (200+m) 

79. Bukit paling tinggi belakang Sungai Buaya (202m) 

80. Bukit 2RM, Rawang (201m) 

81. Bukit Mutiara Condo dekat Taman TAR, Ampang (190m)

82. Bukit tertinggi Sungai Buaya (180m) 

83. Bukit Papan Tinggi, Barus, Sumatera Utara (175m)

84.  Bukit Khao Deng, Songkhla (184m)  –  sampai kuil dekat puncak sekitar 151m

85. Bukit dekat belakang Apartment Seri Tanjung, Bukit Beruntung (175m) 

86. Bukit dekat rumah sepupu di Raub (171m) 

87. Bukit kedua tertinggi sekitar Sungai Buaya seberang tol (170m) 

88. Puncak Templer (167m)

89. Bukit Pudu Ulu (166m) 

90. Bukit Gua Bama, Lipis (165m) – Naik sampai ke tali sekitar 137m

91. Bukit Gasing (160m) 

92. Bukit Shamsul Bahrin, Beruas (160m) 

93. Bukit belakang kampung Sungai Buaya seberang ke Prima Beruntung (160m) 

94. Bukit Guling Ayam (160m) 

95. Bukit Besar, Kuala Terengganu (160m) 

96. Bukit Damansara (hingga puncak tertinggi152m) 

97. Bukit Damansara Damai (sekitar 150m) 

98. Bukit terserlah dekat padang golf Bukit Beruntung (148m) 

99. Bukit Bandaraya, Bangsar (148m) 

100. Bukit Tunku (puncak tertinggi 141m) 

101. Bukit-bukit dekat Kiambangsari, Sungai Buaya (tertinggi 140m) 

102. Bukit Sri Damansara seberang masjid (135m) 

103. Bukit Gaharu Tea Valley, Gopeng (134m) 

104. Bukit Chandang, Batang Kali (130m) 

105. Bukit Ko Yo, Songkhla (130m) 

106. Bukit Sri Damansara sebelah masjid (129m) 

107. Bukit Phnom Krom dekat Siem Reap (129m) 

108. Bukit sebelah terowong ECRL dekat rumah (127m) 

109. Bukit di Sungai Buaya belakang Speed Mart (124m) – Kali pertama betul-betul mendaki selepas patah kaki.

110. Bukit makam Putri Cempo, Gresik, Jawa Timur (120m) 

111. Bukit Bangkinang, Sumatera (sekitar 120m)

112. Bukit “I love Sabang”, Aceh (116m)

113. Bukit sebelah Japan Department, Universiti Malaya (115m) 

114. Bukit Marak (113.4m) 

115. Bukit makam Sunan Giri (112m) – sampai ke makam Sunan Prapen 93m,

116. Bukit menghadap masjid Sungai Buaya (112m) 

117. Bukit Persekutuan (112m) 

118. Bukit Kasturisari, Sungai Buaya (110m) 

119. Bukit sebelah kampung Orang Asli dekat Prima Beruntung (110m)  

120. Bukit Meriam, Kota Kuala Muda (110m) 

121. Bukit Pantai (110m) 

122. Mount Faber, Singapura (106m) 

123. Bukit Kota (Maharaja Perba Jelai), Kuala Lipis (105m)

124. Bukit belakang masjid Kamala, Phuket (103m) 

125. Bukit Penjajat, sebelah Telaga Simpul, Kemaman (103m) 

126. Bukit Gua Kajang, Lenggong (102 m) 

127. Bukit di Tasik Widuri, Bukit Beruntung (101m) 

128. Bukit Rasah (100m), Seremban

129. Bukit Tepe Restaurant, Istanbul (90m) 

130. Bukit Tanjung Tuan (88m) 

131. Tang Kuan Hill, Songkhla (87m) 


Sebahagian dari pendakian ada direkodkan dalam artikel lama :-


1. Kenangan outward bound training di Pulau Pangkor Disember 1989 

2. Perjalanan ke Scotland tahun 1993 - Edinburgh dan puncak Arthur's Seat

3. Kenangan perjalanan pusing Eropah secara solo hitchhiking tahun 1995 (Ogos-Sept)

4. Kenangan mendaki Gunung Kinabalu tahun 1997 (Jun)

5. Meredah hujan lebat ke Cameron Highlands (Dis 1997)

6. Taiping, Bukit Larut dan pusing Pulau Pinang Hari Krismas (Dis 1997)

7. Laluan yang mengingatkan pada zaman sekolah menengah (Jan 1998)

8. Menghabiskan baki cuti kerja di Muar sebelum kembali ke Kuala Lumpur (Jan 1998)

9. Kompilasi cerita kenangan liputan sukan berkuda di Perancis tahun 2000 (Nov)

10. Pendakian dan sesat di Gunung Nuang dalam ingatan... (2003)

11. Umrah 2005 - Akhirnya Jabal Nur dan Gua Hira...

12. Lawatan ke Singapura 2006. 'Melawan' penjajah di atas Mount Faber!

13. Mendaki Bukit Panau (2007)

14. Dari Central Market ke Bukit Broga (Jul 2011)

15. Membawa isteri dan anak ke puncak Gunung Ledang (Okt 2011)

16. Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Dari Berastagi ke Danau Toba (Nov 2011)

17. Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Cabaran pusing pulau (Nov 2011)

18. Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Dari Giri ke makam Sunan Drajat dan Sunan Bonang (Mei 2012)

19. Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Sunan Muria, Sunan Kudus, Sunan Kalijaga dan Demak. Fasa perjalanan lasak pun bermula... (Mei 2012)

20. Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Pesantren Abah Anom dan makam Sheikh Abdul Muhyi Pamijahan (Mei 2012)

21. Explorasi bermotosikal besar Pantai Timur bersama rakan - Berposing di merata Kelantan sebelum buat kerja gila mendaki Bukit Panau (Sept 2012)

22. Awal Muharam di Tanjung Tuan (Nov 2012)

23. Kelantan-Langkawi-Perak hujung tahun - Dayang Bunting, Gunung Raya dan Mahsuri (Dis 2012)

24. Ziarah dan umrah 2013 - Keseronokan berada lama di Gua Hira' dan Jabal Nur (Apr)

25. Memanjat bukit-bukau di sekitar rumah baru (Feb 2014)

26. Borobudur tinggalan Nabi Sulaiman? - Ratu Boko adalah Ratu Balqis? (Sept 2014)

27. Misi jejak Aceh-Langkasuka : Masjid Kerisek, makam Sheikh Abdul Samad dan kota atas bukit Singgora (Jan 2017)


30. Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Merenung hal Melayu lagi sambil pusing pulau Phuket sebelum berkejar ke Krabi (Dis 2017)

31. Memanjat bukit di Janda Baik anak beranak - Kali pertama setelah lama mengenali tempat (Okt 2018)

32. Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Angkor Wat dan kuil-kuil lama di sekitar (Nov 2018)

33. Menjejak bukit daripada mimpi tahun 2007 - Dari puncak Bukit Mor ke batu nesan Aceh di Jorak dan beberapa tempat berkenaan (Jan 2019)

34. Perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera - Puncak Geurute, Marhum Daya dan mencari si mata biru keturunan Portugis di Lamno (Ogos 2019)

35. Perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera - Mencari jejak Awalun Islam di Barus ketika Malaysia menyambut Hari Merdeka (Ogos 2019)

36. Pantai Timur penghujung 2021 - Membawa bekalan bicara tinggi Tauhid hingga ke puncak Bukit Keluang (Dis 2021)

37. Misi keluarga Laksamana part IV - Bukit Engku Busu, Nakhoda Muhammad Taib dan Bukit Syamsul Bahrin (Ogos 2022)

38. Misi keluarga Laksamana part V - Beruas, Batu Dinding dan Bukit Syamsul Bahrin (Sept 2022)

39. Misi keluarga Laksamana part V - Dari Gunung Keledang ke Banjaran Bintang menunaikan hajat (Sept 2022)

40. Menyahut panggilan Gunung Ulu Kali (Okt 2022)

41. Perjalanan selatan Thailand penghujung 2022 : Wang Kelian, Satun dan 'keterangan' di Trang (Dis 2022)

42. Misi kedaulatan Singgora - Membawa keluarga menggapai pengalaman lebih 6 tahun lalu (Mac 2023)

43. Masuk jalan kebun dan panjat bukit sebagai terapi untuk memperdalamkan ilmu (Feb 2024)

44. Bermusafir mengikuti pelbagai majlis dan aktiviti selama 2 hari (Feb 2024)

45. Antara Janda Baik dan ISTAC - Dua tempat kesukaan (Mac 2024)

46. Apabila Bukit Kiara menjadi persinggahan antara majlis zikir dan tazkirah ilmu (Ogos 2024)

47. Follow up Bukit Kiara lalu ke ISTAC lama dan Sungai Penchala (Ogos 2024)

48. 'Perimeter walk' di ISTAC Bukit Tunku (Ogos 2024)

49. Dari 31 Ogos hingga masuk 1 Rabiulawal (2024)

50. Dari aktivisme pelajar ke Bukit Lanjan (Sept 2024)

51. Dari online ISTAC ke fizikal ke Bukit Besi - Masuk sedikit hal rambut panjang... (Sept 2024)

52. Dari Bukit Guling Ayam ke UIA ke ISTAC ke Bukit Lanjan West bersama anak (Sept 2024)

53. Sains semulajadi daripada pandangan alam Al-Quran : Adakah perlu? (Sept 2024)

54. Selesai hal supervisor PhD di ISTAC baru dapat mendaki Bukit Lanjan (Sept 2024)

55. Membentuk identiti : Perjalanan Azerbaijan melalui empayar, konflik dan kemerdekaan (Okt 2024)

56. Hari Ta'aruf ISTAC dan 'kelas' pertama juga tentang mendaki bukit (Okt 2024)

57. Meneroka tasik dan bukit di sekitar Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung 3 petang berturut (Okt 2024)

58. Perjalanan selatan penghujung 2024 - Membawa anak-anak mengecapi pengalaman zaman Sekolah Sains (Dis 2024)

59. Sesat lebih sejam malam 14 Rejab dalam hutan belukar ladang Sungai Buaya/Bukit Beruntung (Jan 2025)

60. 'Berbulan madu' dengan motosikal besar ke Cameron Highland (Jan 2025)

61. Mendaki dua buah bukit boleh tahan tinggi - 'Last kopek' sebelum berpuasa bulan Ramadan (Mac 2025)

62. Pantai Timur Ramadan 2025 - Mencari jejak Puteri Saadong hingga ke puncak Bukit Marak(Mac 2025)

63. Asbab ke Muar awal Zulkaedah - Menunaikan hajat yang sudah lebih 40 tahun tertunda (Mei 20(25)

64. Pelbagai hal dalam 2 minggu kebelakangan (Mei 2025)

65. Asbab majlis di Jelai - Dapat mendaki 3 bukit merangkumi 12 puncak setelah lama menyimpan hajat (Jun 2025)

66. Jejak Langkasuka 2025 - Ma'al Hijrah di Singgora (Jun)

67. Asbab isteri ke Redang - Menyahut 'panggilan' Bukit Kertau (Ogos 2025)

68. Asbab isteri ke Redang - Dari Gunung Ulu Kali ke Bukit Tabur (Ogos 2025)

69. Menyahut panggilan Bukit Pengkalan di Pagoh (Ogos 2025)

70. Ringkasan aktiviti 12 hari terakhir Ogos (2025)

71. Jejak kerajaan lama tengah Sumatera - Sekitar Pagaruyung lagi sebelum ke Pariangan dan lain tempat (Sept 2025)

73. Asbab isteri bermesyuarat di Pulau Pinang - Dari Gunung Jerai ke Bukit Mertajam (Okt 2025)

74. Asbab isteri bermesyuarat di Pulau Pinang - Tersangkut kereta rosak di Parit Buntar sebelum dapat mendaki Gunung Semanggol (Okt 2025)

75. Tinjauan beberapa puncak bukit di Kuala Lumpur (Okt 2025)

76. Manifestasi kemaruk senarai panjat bukit dan gunung (Okt 2025)

77. Antara santai outdoor bersama isteri, majlis Maulud dan melaksanakan Merah Silu Live di Tiktok (Nov 2025)

78. Umrah sekeluarga 2026 - Sehari di Istanbul (Feb 2026)

79. Umrah sekeluarga 2026 - Dari Jabal Thur ke Jabal Nur dan Gua Hira' malam Jumaat (Feb 2026)

80. Umrah sekeluarga 2026 - Umrah ke-3 dari Taif lalu menuju kebotakan (Feb 2026)

81. Umrah sekeluarga 2026 - Umrah ke-4 dari Jiranah diikuti Umrah ke-5 dari Taneem, malam 1 Ramadhan (Feb 2026)

82. Umrah sekeluarga 2026 - Sehari lagi di Istanbul (Feb 2026)

83. Asbab Haul Tokku Paloh - Antara Haul Tokku Paloh dan Bukit Besar (Jul 2026)


Hmm. Letih juga hendak mencari artikel menunjukkan panjat bukit dan/atau gunung. Banyak  sebenarnya tidak diceritakan langsung dalam CATATAN SI MERAH SILU. Ada pula cuma disebut sepintas lalu dalam artikel ilmu dan sebagainya lalu tidak dimasukkan dalam senarai. Cukuplah sedikit ini untuk menunjukkan saya agak kemaruk mendaki bukit dan gunung. 


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

3 oktober 2026. Masih setia menulis blog. Hebat