Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Januari 18, 2025

Islamisasi ilmu pengetahuan, kecerdasan buatan dan robot - Apakah usaha dan peranan ilmuwan Islam?

OK. Sedikit perkongsian daripada aktiviti semalam.



Tengah hari Jumaat 17 Disember 2025. Motosikal besar kesayangan di hadapan pejabat lama saya The New Straits Times di Jalan Riong, Bangsar.



Tak ingat kali terakhir pernah sampai dengan motosikal. Asbabnya untuk menikmati nasi beringin kegemaran di medan selera bersebelahan.



Solat Jumaat di masjid ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam).




Asbab utama saya keluar semalam adalah untuk  mengikuti majlis ilmu di ISTAC, kali pertama ke tempat pengajian saya peringkat pascasiswazah itu bagi tahun baru 2025. Tajuknya boleh diterjemahkan sebagai "Islamisasi Ilmu Pengetahuan : Satu Perspektif Pengurusan Islam & Robotik, AI dan Penghasilan Hidupan Buatan dan Warisan Saintifik Islam serta Implikasi terhadap Islamisasi Ilmu Pengetahuan". Sebetulnya ia adalah gabungan dua tajuk yang mahu dibawa oleh dua orang pembentang tentang Islamisasi ilmu pengetahuan. Rujuk artikel lama Renungan terhadap legasi pengIslaman ilmu pengetahuan dan masa hadapannya - Satu gagasan besar ummah yang harus diteruskan.




Pembentang pertama, Profesor Madya Dr Rodrique Ancelot Harvey Fontaine memulakan dengan memberikan satu gambaran keseluruhan tentang falsafah Barat meliputi sedikit pemikiran Plato dan Aristotle daripada zaman Yunani kuno hingga ke pemikiran Nietsche dan Karl Max pada zaman Eropah moden. Dinyatakan bagaimana pemikiran Barat yang asalnya masih memikirkan hal-hal metafizik yang bersifat keTuhan menjadi rosak disebabkan kemunculan aliran Positivisma yang hanya percaya pada apa yang dapat dicerap melalui pancaindera zahir dan alatan sains.




Oh. Saya telah mengambil lebih 40 gambar slaid daripada majlis ini. Terlalu banyak. Untuk perkongsian biar dipilih cuma sejumlah.




Pembentang yang memiliki nama Islam Ridhwan itu menyatakan bahawa cara fikir Barat menjadi rosak disebabkan pemikiran Positivisma yang menolak kewujudan Tuhan. Namun cara fikir berdasarkan logik akal itu mendominasi dunia malah negara-negara Islam dalam segenap bidang. Untuk memperbaiki keadaanlah muncul usaha Islamisasi ilmu pengetahuan (Islamisation of knowledge) bermula penghujung tahun 1970an. Namun masing-masing pihak yang terlibat ada cara dan faham tersendiri dalam melaksanakan perkara. Sedangkan setelah beberapa lama ia masih dilihat kurang berkesan.




Disebutlah tentang teori pengurusan sebagai satu cara menangani keadaan. Ada yang dipanggil sebagai "uninteded consequences", kesan tidak dijangkakan. Misalnya semasa mengimplementasikan suatu polisi nampak seperti semua sudah difikirkan bagi mendapatkan hasil terbaik. Selepas 15 tahun lain pula jadinya. Tak terjangkau sebelum itu bagaimana boleh jadi begitu. 




Ini disebabkan delay atau penangguhan antara sebab dan kesan. Antara suatu sebab boleh makan bertahun-tahun baru betul-betul terlihat kesan. Namun ada pula yang pada awalnya kelihatan tidak baik. Tetapi setelah beberapa lama muncul kesan baik malah berganda baiknya...




Diberikanlah contoh kehidupan Nabi Muhammad SAW. Ridhwan melihat ia harus dimulakan dengan Tahun Gajah, tahun ketika pasukan gajah Abrahah dari Yaman menyerang Ka'abah di Mekah. Pada tahun itulah baginda Rasullah SAW dilahirkan. Ini diikuti peristiwa-peristiwa lain dalam sirah seperti mula berdakwah, tentangan orang kafir Quraish Mekah, peristiwa Hijrah juga perang Badar dan lain-lain.




Setelah beberapa lama baru baginda betul-betul mencapai kemenangan yang nyata, melalui peristiwa pembukaan atau Fathul Mekah. Sedangkan ia adalah susulan daripada Perjanjian Hudaibayah yang dilihat sangat merugikan umat Islam.




Lihat bagaimana Rasulullah SAW bermula dengan cuma beberapa puluh orang sahaja memeluk Islam, tetapi kemudian meningkat mendadak terutama selepas Fathul Mekah. Ada pelajaran pengurusan di sebalik itu yang boleh digunakan untuk memajukan Islamisasi ilmu pengetahuan.




Sampai giliran pembentang kedua Safiyah Sabreen Syeed membuat perkongsian. Beliau membentang secara atas talian dari wilayah Kashmir di utara India. Dalam poster dinyatakan bergelar doktor (PhD). Rupa-rupanya masih dalam usaha bagi menyelesaikan pengajian.




Pun begitu beliau memberikan pembentangan yang sangat matang. Dinyatakan perkongsian adalah seperti berikut :-


1. Tentang perkembangan robotik dan alat-alat yang boleh diprogramkan pada zaman revolusi saintifik Islam.

2. Permula cara penaakulan algoritma dan alat-alat computational (saya tidak dapat menemui terjemahan bahasa Melayu yang betul-betul sesuai untuk perkataan ini, kalau setakat "perkiraan" tidak cukup untuk mencakupi makna).

3. Islamisasi ilmu pengetahuan - Prosedur dua langkah

4. Implikasi sosial, keagamaan dan ekonomi terhadap Islamisasi teknologi-teknologi ini.




Disebutlah teknologi robotik dan alatan yang boleh diprogramkan sudah wujud dalam dunia Islam sejak abad ke-13 Masihi lagi. Ilmuwan Islam bernama Al-Jazari telah melakukannya secara mekanikal menggunakan tekanan air dan sebagainya (sekarang adalah berdasarkan elektrik).




Ini turut dilakukan oleh adik beradik Banu Musa. Terbit dalam fikiran saya - Sebetulnya pada air dan tekanannya ada prinsip serupa seperti terdapat pada elektrik. Sebab itu ada istilah arus letrik. Memang ada prinsip sama seperti arus air.




Ilmuwan Islam bernama Al-Khwarizi pula membawa konsep aturan fikir dan perkiraan bagi menghasilkan sesuatu. Itulah yang kemudian ditiru Barat lalu menamakan prinsip tersebut sebagai Algoritma. Prinsip ini masih terpakai hingga sekarang termasuk bagi menerbitkan AI - Artificial Intelligence atau kecerdasaran buat.




Seorang lagi ilmuwan silam Islam, Jabir bin Hayyan terkenal sebagai pengasas kimia eksperimental. Beliau menetap asas dan langkah bagi melakukan ujikaji makmal.




Seawal abad ke-8 Masihi lagi Jabir telah berteori tentang penerbitan kehidupan buatan. Inilah konsep yang membawa pada pembuatan robot juga kecerdasaran buatan.




Masuk pada Islamisasi ilmu pengetahuan. Dinyatakan prosedur dua langkah seperti diangkat oleh pemikir besar kita Profesor Diraja Tan Sri Syed Naquib al-Attas seperti berikut :-


1. Mengasingkan elemen-elemen yang merosakkan daripada ilmu pengetahuan

2. Memasukkan konsep-konsep utama Islam lalu menjadikan ia 'ilmu pengetahuan benar'.




Sesungguhnya kerangka falsafah Barat dalam memanfaatkan teknologi sebegitu adalah bersifat utilitarianisma (memenuhi keperluan semasa semata-mata), berseronok dan materialisma (mengaut keuntungan dunia). Ini memenuhi kehendak bagi menjajah dan hegemoni (memegang kuasa mutlak). Perkara-perkara ini harus dikeluarkan daripada pengajian dan pembentukan teknologi di negara-negara Islam.




Dengan kerangka Islamisi ilmu pengetahuan teknologi boleh digunakan untuk memahami kesedaran manusia dan teori-teori tentang minda. Boleh juga menyelami makna "dua wahyu" iaitu dunia dan kitab. Rujuk artikel lama Kenapa ciptaan adalah wahyu : Mengimbau teori dua kitab. Dapat juga menilai kembali sistem-sistem ilmu pengetahuan. Sambil itu boleh meningkatkan industri-industri halal.


Tiada ulasan: