Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Januari 13, 2025

Sesat lebih sejam malam 14 Rejab dalam hutan belukar ladang Sungai Buaya/Bukit Beruntung

Salam semua. Adapun saya baru kembali daripada hiking yang mana ada sesat lebih sejam dalam kegelapan selepas Maghrib, selepas berbuka puasa sunat hari Isnin dan puasa putih dengan 3 biji kurma dan 3 teguk air. Saya memang selalu hiking seorang diri masuk hutan ladang belukar rimba. Ada le 2-3 kali sesat tapi tak lama. Setakat beberapa minit sebelum dapat menemui kembali jalan. Kali terakhir sesat lama adalah selama 19 jam di Gunung Nuang. Tapi itu cerita lebih 20 tahun lalu. Umur pun baru dalam 32-33 gitu  Lihat artikel lama Pendakian dan sesat di Gunung Nuang dalam ingatan.... Sekarang pergi pada cerita yang baru berlaku tadi.


Mukadimah kesesatan ini sebenarnya bermula petang Khamis 2 Januari 2025 apabila tergerak mencuba satu laluan ladang yang boleh menyambung kawasan Sungai Buaya di mana terletaknya rumah saya dengan Prima Beruntung yang terletak dalam kawasan Bukit Beruntung. Saya sudah lama mendengar tentang wujudnya laluan yang katanya turut menyambung ke kampung Orang Asli di utara Prima Beruntung. Tetapi baru seminggu dua mendapat tahu di manakah simpang masuk laluan.


Walaupun dikatakan boleh menggunakan motosikal sepanjang laluan saya memilih untuk meninggalkan dekat jalan masuk lalu berjalan kaki. Selepas beberapa lama sampai ke menara kabel eletrik di atas puncak bukit yang memberikan pemandangan menarik sekeliling. Lihat artikel Checking out a plantation route from Sungai Buaya to Prima Beruntung di blogspot BERPETUALANG KE ACEH

Sebetulnya saya rajin masuk ke kawasan ladang sekeliling Sungai Buaya yang turut dipenuhi hutan belukar juga laluan turun naik bukit bukau. Tapi kadang-kadang sahaja bercerita kepada umum. Apapun tujuan utama mengambil laluan ke Prima Beruntung adalah untuk sampai ke tasik yang dapat dilihat melalui paparan satelit Google Map. Dalam penerokaan petang Khamis ada nampak simpang tapi tak tahu itulah yang membawa ke tasik. Sebaliknya diteruskan lalu sampai ke menara.


Petang hari berikutnya Jumaat 3 Januari tergerak untuk mengajak isteri mencari tasik. Kali ini menaiki kereta hingga ke Prima Beruntung. Dari situ berjalan kaki ambil laluan ladang kerana cukup dekat. Lihat The lake at Prima Beruntung.



Untuk tadi pagi Isnin 13 Januari, sebenarnya sejak minggu lalu saya bercadang hendak menunggang motosikal besar kesayangan ke UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) bagi mengikuti majlis yang diwar-warkan dalam poster. Tapi entah kenapa terasa kepala berat dan tak sedap badan. Lebih banyak berbaring lalu tak jadi pergi. Bangun setakat untuk bersolat, mengaji Al Quran dan menghantar anak pergi balik sekolah.



Selepas jam 4 petang timbul rasa hendak melawan rasa kepala berat dan tak sedap badan dengan cara pergi hiking mengulang kembali laluan. Nasib baik isteri sedang bekerja di rumah lalu boleh mengambil anak balik sekolah petang. Tidaklah perlu terkejar-kejar. Terperanjat saya apabila terlihat ada bahagian telah mula dibuka luas. Nampaknya untuk membuat jalan bagi menyambungkan kawasan projek perindustrian yang sedang dibina di Sungai Buaya dengan Bukit Beruntung. Dapatlah naik motosikal melihat setakat mana laluan telah dibuka. Lihat Upcoming road to Bukit Beruntung?.



Cuma yang dibuka itu melalui satu simpang kanan yang tidak diambil dalam perjalanan terdahulu. Memang kali ini berniat untuk mengambilnya Selepas itu diletakkan motosikal di persimpangan lalu menyambung dengan berjalan kaki mengikut laluan tengah kemudian mengambil simpang kiri yang tidak diambil dahulu. Seterusnya ambil simpang yang membawa ke tasik di Prima Beruntung lalu turut melihat sebuah lagi tasik. Lihat Checking again the rest of the plantation road on to the lake at Prima Beruntung.




Dari Prima Beruntung memotong dengan mendaki bukit ke menara-menara telekomunisasi ini.




Dari satu menyambung ke laluan menuju ke menara kabel eletrik yang pernah dicapai 11 hari lalu. Lihat Back via electric tower route near Bukit Beruntung. Ketika meninggalkan menara kedengaran azan Maghrib. Saya yang sedang berpuasa Isnin merangkap puasa putih (siang tadi 13 Rejab) pun berbuka dengan 3 biji kurma dan 3 teguk air.

Fikirnya tiada masalah kembali ke motosikal walaupun dalam gelap kerana pernah mengambil laluan. Tidak disangka sampai satu bahagian hilang jejak. Diteruskan mengikut satu laluan tetapi menemui jalan buntu. Ditukar laluan demi laluan kejap naik lereng, kejap turun lereng, kena tembus semak samun paku pakis dan pokok akar berduri, tetapi semuanya juga buntu.

Di celah-celah mencari kembali laluan sebenar harus kejap merujuk kompas dalam telefon bimbit, kejap merujuk program hiking, kejap merujuk Google Map. Kemudian harus membuka lampu pada telefon untuk menyambung perjalanan, berhenti apabila menyedari tersilap lagi jalan. Apabila hendak merujuk balik program jadi gelap kembali. Bila dah buka program ada sedikit terang cahaya daripada skrin telefon.

Ini berlaku berkali-kali walhal masih tak jumpa laluan sebenar. Sehingga timbul rasa perlukah bermalam menunggu siang? Bukan tidak pernah bermalam berseorangan dalam hutan. Tapi dah penat dan lapar, tiada makanan. Ada sedikit air sahaja dalam botol kecil. Kalau perlu bermalam bolehkah bertahan?  Walaupun sudah banyak kali masuk hutan belukar seorang diri dalam kegelapan malam kali ini kurang bersedia kerana menyangkakan dapat sampai ke rumah selewatnya jam 8.

Lebih penting adalah untuk sentiasa tenang. Dalam kegelapan malam hutan belukar disertai kepenatan sambil rasa lapar dekat puncak bukit malam 14 Rejab itulah paling penting harus dijaga terutama bagi orang masuk umur 55 tahun seperti saya. Tak boleh panik walaupun timbul rasa begitu. Nanti jantung jadi berdegup kencang tak boleh kawal, nafas jadi tercungap-cungap. Silap-silap boleh pengsan. Mati pun boleh kalau tidak dapat kawal.  




Sebenarnya saya baru betul-betul tersedar tersilap menanggapi arah apabila hendak menyemak kedudukan kiblat untuk bersolat Maghrib dalam hutan. Tadi lebih awal sudah bersolat Asar beralaskan daun besar untuk sujud ketika hendak menghampiri tasik. Solat Maghrib dalam kegelapan terpaksa beralaskan rucksack kecil. Saya memang selalu menjaga wuduk lalu boleh solat terus tanpa perlu mencari air. Cuma ada batal ketika singgah ke surau di Prima Beruntung menunaikan hajat selepas tengok tasik. Kemudian memperbaharui wuduk.

Ketika itulah tersedar. Walau beberapa kali merujuk kompas, saya sebenarnya telah salah membaca kedudukan berdasarkan bentuk muka bumi. Selepas hilang jejak asyik bergerak ke arah timur menuju kembali ke Bukit Beruntung menggunakan laluan-laluan lain yang banyak terhalang dengan semak samun, pokok tumbang dan sebagainya. Sedangkan sepatutnya ke barat untuk ke motosikal dan rumah.

Selepas menyedari kesilapan ketika hendak bersolat baru lebih tenang lalu dapat lebih baik membaca keadaan. Sejam lebih juga turun naik kawasan sekitar bukit sebelum menyedari kesilapan membaca arah lalu dapat menemui kembali laluan sebenar ke motosikal. 

Di atas adalah lakaran laluan menggunakan motosikal sehingga ke penghujung laluan dalam Google Earth. Dilakarkan sendiri berdasarkan ingatan dan bacaan terhadap bentuk muka bumi setakat dapat dilihat menggunakan perisian. Saya telah berjalan kaki mendaki bukit 150 meter sebelum menyedari ada laluan untuk kenderaan besar telah dibuka lalu berpatah balik 150 meter ke motosikal. Selepas itu baru menunggang hingga ke penghujung.




Masih jauh sebenarnya sebelum boleh sampai ke Bukit Beruntung...




Ini adalah lakaran laluan hiking/berjalan kaki sehingga sampai ke menara kable eletrik. Lebih 5 km dalam keadaan sedang berpuasa sambil melawan rasa berat kepala dan tak sedap yang melanda seharian. Sebenarnya dah bertahun kurang sihat begitu. Cuma ada hari-hari lebih baik dan bersemangat.




Lakaran sehingga kembali ke motosikal. Lebih 7 km berjalan kaki turun naik bukit. Berbuka cuma dengan makan 3 biji kurma dan 3 teguk air. Lepas tu cuma ada sekali berhenti untuk menambah 3 teguk. Alhamdulillah. Dapat juga sampai kembali ke rumah dengan selamat malam 14 Rejab. Semoga ada hikmah dan berkat.


Tiada ulasan: