Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Friday, October 17, 2014

Borobudur tinggalan Nabi Sulaiman? - Ratu Boko adalah Ratu Balqis?

Salam satu lagi Jumaat untuk meneliti. Bersambung dari Borobudur tinggalan Nabi Sulaiman? - Iskandar Zulkarnain, Ratu Balqis dan Nabi Daud.


Awal pagi Ahad 27 September 2014, sangat sangat awal. Kami bersiap untuk keluar lagi.


Seawal 3 pagi ramai dah bangun untuk bersiap. Dekat jam 4 bertolak daripada rumah penginapan. Kami mahu ke satu destinasi dengan tujuan yang memerlukan kami bergerak awal. Singgah untuk bersolat Subuh di sebuah masjid berdekatan destinasi.


Nah. Jam 4.23 bilal melaungkan Iqamat untuk solat Subuh berjemaah. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Baitul Muttaqin, Kurahan, Karangrejo, Borobudur di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Selepas solat baru masuk ke destinasi.



Boleh baca kan apa yang tertera? Boleh agak apa yang mahu kami buat?



Dalam kegelapan awal pagi kami mendaki bukit yang bernama Setumbu. Nasib baik ada lampu-lampu pada jarak tertentu.



Hampir jam 5 sampai ke puncak.



Tujuannya untuk melihat pemandangan matahari terbit di atas Candi Borobudur. Tak perlulah ditunjukkan di sini ya. Gambar-gambar yang patut telah diletakkan dalam artikel Catching sunrise over Borobudur from the peak of Setumbu di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Kelihatan dalam gambar ini pula seorang lagi anak Malaysia yang mengikuti rombongan kami, rombongan yang ke-42 aktiviti yang dipanggil Jelajah Negeri Saba' (JNS). Biar diberitahu hamba Allah bernama Fareq Rizal inilah yang mengajak bersama lalu menaja perjalanan saya. Beliau meminati siri trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" yang saya terbitkan 2006-2007 dan sering mengikut penulisan saya di Internet hingga sekarang.


Turun dari bukit kami berehat sarapan. Di sini seorang peserta dari Indonesia mendapat tahu bahawa saya adalah seorang penulis, setelah diberitahu Rizal kerana asyik ditanya. Ini disebabkan sepanjang perjalanan malah sejak taklimat pagi di rumah penginapan di Jogjakarta pagi Sabtu saya banyak melontarkan soalan kepada ketua rombongan iaitu KH Fahmi Basya, penulis buku Indonesia yang mendakwa Borobudur adalah tinggalan Nabi Sulaiman. Baru peserta itu tahu saya juga seorang bekas wartawan. 


Kami kembali ke rumah penginapan berdekatan Candi Borobudur untuk berehat.


Rumah penginapan ini sendiri sudah cukup cantik dan nyaman untuk kami berehat lama. Kelihatan ada pengantin mengambil gambar... majlis perkahwinan mereka diadakan di sebuah dewan rumah penginapan. Lihat The resort called Pondok Tingal.


Dekat jam 9 baru kami check-out untuk menyambung perjalanan atau jelajah...


Kami mahu pergi ke satu tempat yang katanya dapat mengesahkan lagi dakwaan Borobudur adalah tinggalan Nabi Sulaiman. Dalam perjalanan ada candi lebih kecil lalu saya tergerak melihat lebih dekat. Lihat Candi (Temple of) Mendut.


Perjalanan juga membawa kami melalui satu tempat yang dipanggil Muntilan. Oh, selepas candi tadi saya dapati Fahmi yang duduk satu kereta dengan kami tidak banyak bercakap seperti sebelumnya. Fikir saya beliau sudah penat. Selepas kembali ke Malaysia baru Rizal memberitahu peserta yang asyik bertanyakan pekerjaan saya telah menyatakan siapa saya kepada Fahmi. Ketika itu saya keluar kereta mengambil gambar candi. Reaksi penulis Indonesia : "Ah... ini saingan saya..." :]


Apapun saya bukan mahu mengorek rahsia atau menandinginya. Saya sekadar diajak oleh Rizal meneliti dakwaan Borobudur adalah tinggalan Nabi Sulaiman. Berbalik pada perhentian di Muntilan. Ia terkenal dengan ukiran-ukiran atau hasil kerja pahatan batu berbentuk patung, Katanya ini digemari rakyat terutama sekitar Jogja sebagai hiasan terutama di hotel, rumah penginapan dan restoran.


Saya diberitahu orang tempatan mengenali Muntilan sebagai tempat 'buat tuhan'. Memang nyata patung-patung banyak berbentuk berhala seperti disembah penganut agama Hindu. Tetapi saya juga diberitahu ini tidaklah bermakna orang Jogja dan sekitarnya berjiwa Hindu. Mereka tetap Islam dan menjaga syariat, berpuasa dan bersolat...sangat sedikit yang masih memegang amalan kebatinan Kejawen yang mengaku Islam tetapi meninggalkan syariat atas alasan sudah mencapai hakikat dan makrifat. Hal ini boleh saya lihat apabila kedengaran azan Subuh sahut menyabut di masjid dan surau-surau sekitar Candi Borobudur. Cuma mereka menganggap patung-patung serupa berhala sebagai hasil kerja seni...


Perjalanan membawa kami memintas batas utara kota Jogja menghala ke timur. Melihat saya berminat dengan candi pemandu kereta membawa ke sebuah lagi tinggalan lama berdekatan laluan. Lihat Candi (Temple of) Sambisari.


Laluan membawa kami masuk ke jalan yang menghubungkan Jogja dengan kota Solo. Sampai satu simpang kami masuk ke kawasan kampung lalu mula mendaki bukit menuju tinggalan sebuah istana lama. Lihat Going up to Keraton Ratu Boko diikuti  Entering the Boko palace ground.


Selamat datang ke Istana Ratu Boko. Menurut Fahmi, Ratu Boko tidak lain adalah Ratu Balqis, pemerintah perempuan kerajaan Saba' yang disebut di dalam Al-Quran kemudian tunduk kepada Nabi Sulaiman, Tambah beliau di sinilah asalnya terletak arasy atau singgahsana (Fahmi menafsirkan arasy sebagai bangunan) Ratu Balqis yang kemudian dialih ke tempat lain dalam sekelip mata oleh seorang manusia alim yang tahu ilmu kitab. Itulah yang didakwa membentuk beberapa lapisan teratas Candi Borobudur, bahagian yang dipanggil arupadhatu mewakili alam tanpa rupa. Baca balik Borobudur tinggalan Nabi Sulaiman? - Iskandar Zulkarnain, Ratu Balqis dan Nabi Daud.



Kami berhenti sebentar membaca maklumat yang tertera...


Ada lempengan atau kepingan emas pernah ditemui dalam kompleks istana ini dan menurut Fahmi itulah surat Nabi Sulaiman yang dilemparkan burung hud-hud kepada Ratu Balqis.



Pintu gerbang yang kelihatan tadi ada satu lagi lapisan gerbang. Di belakangnya ada satu kawasan kosong, didakwa di situlah terletak bangunan Ratu Balqis yang dialih ke Borobudur. Tetapi Fahmi mahu menunjukkan beberapa 'bukti' lain terlebih dahulu. Dengan itu kami tidak memasuki pintu gerbang sebaliknya menyusur dinding luar bangunan utama menghala ke kawasan di belah tenggara. Lihat Bypassing the main door to get to the south-east....


Sampai di satu sudut kami disuruh membaca satu kumpulan gabungan Asmaul Husna beramai-ramai. Kata Fahmi supaya kami boleh nampak apa yang beliau nampak dan dibukakan ilmu pengetahuan.



Kami dibawa turun ke satu lapangan. Di tepiannya terdapat beberapa stupa yang kelihatan tak siap atau hilang batu bata. Kata Fahmi inilah tinggalan stupa daripada bangunan yang telah dialihkan ke Borobudur. "Kan di sana ada stupa-stupa terbuka yang tak cukup batunya?" (merujuk pada dua stupa di arupadhatu Borobudur yang mana patung-patung di dalamnya terdedah, tidak dilitupi formasi penuh seperti stupa-stupa lain).


Di lapangan kami ditunjukkan bongkah-bongkah batu besar yang tertancap separuh ke dalam tanah.


Fahmi memanggilnya 'batu penggertakan'. Katanya Nabi Sulaiman pernah menghantar satu pasukan jin untuk menggertak tentera Ratu Balqis dengan cara mencampakkan batu-batu dari udara.


Ke timur berhadapan lapangan terdapat dua buah pentas batu. Kata Fahmi di sinilah Ratu Balqis dan rakyatnya dilihat menyembah matahari oleh burung hud-hud lalu perkara ini dilaporkan kepada Nabi Sulaiman.


Di selatan pentas tedapat batu-batu ini. Katanya di sinilah Ratu Balqis dan orang-orang besarnya bermesyuarat selepas menerima surat Nabi Sulaiman.


Yang ini katanya batu khas untuk Ratu Balqis berdiri. Ini berdasarkan relif di Borobudur menunjukkan watak perempuan dikatakan raja besar itu berdiri di atas batu yang kelihatan serupa. Semua ahli rombongan diminta berdiri atas batu seorang demi seorang. Lihat Stupa remains, the altars and a meeting place of sorts.


Seterusnya kami merentasi sebuah bangunan yang dikatakan asrama orang perempuan, Di luar kelihatan bekas sebuah kolam. Kata Fahmi di sinilah Ratu Balqis mandi ketika menerima surat Nabi Sulaiman.


Dalam lingkungan bangunan ada beberapa lagi kolam tetapi serupa telaga,


Di luar sisi selatan seorang pembantu menunjukkan pada ukiran/pahatan/hasil kerja batu yang mereka panggil Batu Gangsing..


Salah satu batu kelihatan hilang sedikit badan. Katanya bahagian yang tinggal seperti menggelupas akibat cair, bukan diketuk mahupun dipahat, Lalu ini dikatakan bukti batu-batu ini dibuat oleh jin, bukannya manusia...



Tidak lama selepas itu kamera saya kehabisan bateri. Setelah itu baru kami ke bangunan utama lalu ke pintu gerbangnya. Gambar ini dan kemudiannya diambil selepas kami duduk lama di pintu gerbang utama menghadap kawasan kosong yang katanya pernah menempatkan arsy atau bangunan Ratu Balqis sebelum dialihkan ke Borobodur. Selesai itu kami menghala ke luar lalu singgah di sebuah kedai makan. Ketika makan itulah baru teringat bahawa telefon bimbit saya juga boleh digunakan untuk mengambil gambar lalu saya pum berkejar kembali ke pintu gerbang.



Oh. Warna gambar-gambar yang diambil menggunakan telefon bimbit ini keliharan agak pelik sedikit kerana ada setting tertekan secara tidak sengaja. Tak mengapa, yang penting ada juga gambar. Sebetulnya saya sudah lupa apakah kami duduk lama di pintu gerbang lapisan pertama (gambar atas) atau pintu gerbang lapisan kedua yang lebih besar (gambar ini). Ah. Baru ingat. Melihat kembali formasinya 1-3-1 (3 pintu tengah diapit 1 pintu kecil kanan 1 pintu kecil kiri) sekarang baru saya pasti kami duduk lama di pintu gerbang pertama. Ini kerana sambil duduk itu beliau menceritakan pelbagai perkara termasuk menunjukkan pada pintu gerbang kedua lalu menyatakan formasi 1-3-1 itu.

Ketika duduk itulah beliau mendakwa bahawa pintu gerbang yang kelihatan meniru bentuk bangunan serupa dalam syurga. Katanya Nabi Idris melihat ini di syurga lalu apabila kembali ke bumi, baginda membina model yang sama sebagai kenangan. Fahmi memanggilnya Sidron Qolil, mengambil petikan daripada ayat Quran yang saya tak ingat mana. Beliau mendakwa Nabi Idris lah yang membina istana di bukit ini sebelum diwarisi Ratu Balqis. Cukup buat masa ini.



1 comment:

Anonymous said...

Fosil candi Di amuntai kalimantan selatan beribu tahun lebih tua dari candi borobudur kajian terbaru pakar2 dunia.