Beralih pada majlis ilmu.
Poster bagi majlis. Maklumat yang tertera cukup jelas untuk memberikan gambaran tentangnya. Batu Bersurat Terengganu yang dipercayai ditulis pada tahun 1303 Masihi pula sangat terkenal dalam kalangan peminat apatah lagi pengkaji sejarah Alam Melayu dan Islam. Boleh Google untuk mendapatkan latar belakang.

Majlis diadakan sepenuhnya atas talian tadi pagi Isnin 19 Januari 2026. Saya masuk sedikit lambat melalui Youtube di televisyen lalu mendapati pensyarah iaitu Dr Wan Ali sedang membandingkan penggunaan huruf vokal "alif" dalam Batu Bersurat (paling kiri) dengan dalam manuskrip Jawi lama (abad ke-14 hingga 17 Masihi, barisan tengah) dan Jawi moden (tempoh masa kemudian tetapi lebih pada abad ke-19 hingga sekarang).
Dibanding juga penggunaan vokal "waw" kemudian "ya".
Didapati tulisan Jawi pada Batu Bersurat banyak menggunakan huruf vokal (kerana umumnya masih dalam tempoh peralihan yang mana dahulu penggunaan bahasa Sanskrit dalam tulisan Melayu lebih meluas), tulisan Jawi kemudian (setelah pengaruh Arab menguat) dikurangkan kerana sudah sedia boleh difahami ramai.
Kembali pada slaid ini yang harus adalah slaid terawal.
Apa yang tertulis pada harus cukup jelas. Tak perlu mengulas sangat.
Selepas beberapa lama asyik berlaku gangguan siaran paparan jadi beku. Saya pun beralih ke Zoom dalam komputer riba. Kelihatan saluran tersebut tidak terganggu.
Sampai pada rumusan sekitar jam 11.07 lalu masuk sesi soal jawab. Ketika itulah disedari ada kesalahan typo pada perenggan akhir. Yang dirujuk sebenarnya adalah abad ke-14 Masihi, bukan ke-4.
Dipanjangkan tentang hal penggunaan huruf vokal semakin mengurang. Wan Ali memetik pujangga Melayu terkenal abad ke-19, Raja Ali Haji sebagai mengatakan, orang bijak pandai itu kurang menggunakan vokal dalam tulisan (kerana boleh menangkap dengan jelas apakah bunyi vokal yang mahu disuarakan tanpa perlu dinyatakan melalui tulisan).
Oh. Kebiasaannya. Sebaik sahaja selesai suatu majlis ilmu anjuran ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) yang ada dipancarkan melalui Youtube boleh mencapai rakaman dalam halaman ISTAC TV. Kali ini tak jumpa. Mungkin kerana perlu disunting disebabkan gangguan siaran. Nanti bila dah ada akan dipautkan di bawah ya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan