Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, April 26, 2025

Mendalami makna mengIslamkan diri di ISTAC pada Jumaat terakhir Syawal

Merujuk pada artikel  Beriktikaf berseorangan pertengahan Syawal di Hulu Langat yang ditulis lalu diterbitkan awal pagi tadi. Ada dinyatakan, ia adalah kesinambungan daripada penceritaan dalam artikel Raya Aidilfitri 2025 di selatan Thailand - Jumaat di Janda Baik dan UIA. Artikel tentang hari terakhir perjalanan ke selatan Thailand (bermula lewat 4 April 2025 Jumaat malam Sabtu, selesai petang Jumaat 11 April) itu pula ada menyatakan ia dipersembahkan di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam), selepas menunaikan solat Jumaat semalam di masjid situ. Ini cerita berkenaan.



Sejak setengah bulan kebelakangan timbul rasa kuat untuk menikmati nasi beringin kegemaran di medan selera sebelah pejabat lama saya, The New Straits Times di Jalan Riong, Bangsar. Namun Sabtu 12 April hingga Khamis 17 iaitu sekembalinya dari perjalanan selatan Thailand saya berpuasa enam. Jumaat berikutnya 18 April berehat sahaja di rumah kerana Sabtu dan Ahad 19-20 hendak keluar beraya sehingga ke Semenyih. Selepas itu puasa sunat Isnin (21 Apr) dan Khamis (24 Apr). Semalam Jumaat 25 April bersamaan 26 Syawal yang merupakan hari Jumaat terakhir bulan raya baru dapat menikmati hidangan.



Saya memilih hari Jumaat supaya dapat juga menunaikan solat Jumaat di ISTAC. Ia adalah kali pertama singgah ke tempat saya sedang menyambung pengajian pascasiswazah ini, dahulu pada peringkat Masters, sekarang PhD, bagi bulan raya. Datang naik motosikal besar kesayangan. Kebetulan ada majlis ilmu petang itu. Kebiasaan saya kalau keluar agak jauh dari kawasan rumah mesti melakukan banyak aktiviti. Baru berbaloi masa, tenaga dan duit minyak.




Tajuk majlis boleh diterjemahkan sebagai "Islamisasi Diri Dalam Konteks UIAM Melalui Paradigma Ketauhidan - Jalan ke Hadapan". UIAM merujuk pada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, badan induk yang menaungi ISTAC. Membawa tajuk adalah Profesor Dr Thameem Usama. Beliau yang pernah menjadi Dekan ISTAC adalah orang lama UIAM, begitu juga moderator, Profesor Dr Khaliq Ahmad.



Khaliq bertanggungjawab mengatur syarahan atas siri berkenaan yang sudah masuk 23 edisi. Saya ada hadir ke beberapa edisi lalu menulis tentangnya. Lihat artikel-artikel berikut :-











Setakat itulah dapat dikesan penulisan saya tentang siri berkenaan iaitu tentang apa yang dipanggil sebagai "Islamisasi Ilmu Pengetahuan" (Islamisation of Knowledge). Namun konsep atau projek yang sama ada juga dibincangkan dalam siri atau syarahan lain. Boleh rujuk artikel Majlis-majlis ISTAC sejak mula terlibat tahun 2016 yang ditulis setengah tahun lalu.



Apapun ini adalah majlis pertama anjuran ISTAC yang dihadiri sejak lebih sebulan lalu. Kali terakhir adalah pada 21 Mac. Lihat Iktikaf malam 21 Ramadan di ISTAC. Selepas minggu pertama raya ada beberapa majlis termasuk di UIAM. Tetapi sekembalinya dari selatan Thailand terasa penat hendak ke majlis terutama apabila ada VVIP dan ramai orang.




Saya sudah mengikuti banyak syarahan melibatkan projek Islamisasi ilmu pengetahuan baik anjuran ISTAC mahupun UIAM. Anjuran pihak lain pun ada diikuti. Tetapi jarang sekali ada yang menekankan tentang Islamisasi diri. Yang banyak adalah tentang bagaimana secara intelektual hendak menjadikan bidang ilmu pengetahuan yang dikuasai Barat lalu menolak peranan malah kewujudan Tuhan lebih menepati kehendak Islam.



Jarang sekali majlis ilmu bersifat syarahan di universiti bercakap tentang mengIslamisasikan diri sendiri. Selalunya ini cuma ditangani dalam bentuk usrah dan tarbiyah luar daripada kurikulum wajib universiti.



Namun Thameem sebagai orang lama menyatakan inilah yang paling ditekankan Rektor ke-3 UIAM iaitu almarhum Profesor Emeritus Tan Sri Kamal Hassan ketika menerajui universiti (1998-2006). Ia ada ditekankan dalam kurikulum tetapi lebih banyak disampaikan melalui aktiviti seperti kem ibadah.



Usaha ini meliputi perkara-perkara seperti menjalankan amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi, menjadi hamba yang menyebarkan sifat Rahman iaitu Maha Penyayang Allah kepada semua dan sebagainya juga Tazkiyatun Nafs, usaha pembersihan jiwa, seperti dinyatakan di dalam Al Quran.












UIAM diasaskan tahun 1983. Menurut Thameem perkara ini sangat ditekankan pada tahun-tahun awal universiti terutama ketika Kamal Hassan menerajui. Tetapi kemudian menjadi agak longgar, apabila kampus dan jumlah fakulti semakin membesar, kini mencapai lebih 30,000 pelajar pada setiap suatu masa.









Hal-hal yang diangkat ini biasa saya dengar dalam halaqah atau perhimpunan-perhimpunan tertentu.



Hal-hal seperti mencipta personaliti Ulul Albab ini akhir sekali saya ikuti dalam majlis kecil di UIAM, menurut acuan Kamal Hassan. Lihat Makna sebenar ulamak dan Ulul Albab.







Ia juga sering disebut oleh guru dan penyelia tesis saya Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar yang kini adalah Rektor ke-7 UIAM selain pemegang Kursi Al-Ghazali di ISTAC. Cuma beliau menyatakan dalam konteks syarahan yang lebih meluas, selalunya melibatkan hal metodologi dan epistemologi ilmu pengetahuan.






Seingat saya, sejak menyertai ISTAC hampir penghujung 2018 inilah kali pertama menghadiri syarahan ilmiah yang secara rata bercakap tentang Islam dalam diri.










Thameem menyatakan pembentangan beliau itu adalah pandangan sendiri dalam usaha untuk membebaskan setiap individu Islam daripada cengkaman pemikiran acuan Barat yang merosakkan lalu kembali pada penghambaan kepada kehendak Ilahi. Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,655 di CATATAN SI MERAH SILU


Tiada ulasan: