Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, Ogos 25, 2024

Apabila Bukit Kiara menjadi persinggahan antara majlis zikir dan tazkirah ilmu

Salam semua.  Khamis lalu saya telah mempersembahkan artikel Apa cerita Sayang 717 ya? sebagai "pelepas rasa". Sekarang biar dikongsikan satu lagi "pelepas rasa".



Pagi tadi sekitar jam 8.20 saya sampai di puncak Bukit Kiara lalu tergerak untuk membuat hantaran di atas ke Facebook. Lebih 2 jam kemudian ketika menghadiri majlis tazkirah ilmu yang disebut itu timbul rasa elok ia dan cerita berkenaan dipanjangkan dalam CATATAN SI MERAH SILU. 




Ini adalah laluan yang digunakan untuk mendaki pagi tadi.




Saya baru tahu laluan ini wujud ketika pertama kali mendaki ke puncak Bukit Kiara tepat 6 minggu lalu.




Dahulu saya sampai ke jalan bertar ini melalui taman rekreasi diikuti hutan lereng bukit dari arah masjid Taman Tun Dr Ismail.




Selepas jalan tar terus mengambil jalan hutan untuk ke puncak. Kemudian turun dari arah lain sebelum bertemu jalan tar lebih jauh ke hadapan. Kali ini naik masuk hutan ke puncak dari jalan ke hadapan itu.











Ini pula hantaran di Facebook selepas kali pertama sampai ke puncak Bukit Kiara tepat 6 minggu lalu. Seperti pada pagi tadi saya mendaki selepas hadir majlis zikir di Petaling Jaya malam sebelumnya, selepas mendaki pergilah ke majlis tazkirah ilmu di Taman Tun.




Semasa itu saya telah singgah dahulu di masjid Taman Tun lalu meletakkan kereta di situ. Dari sana berjalan kaki menuju ke puncak Bukit Kiara melalui  taman ini.













Masuk sikit hutan lereng bukit sebelum dapat bertemu jalan tar...







Ketika itulah baru tahu tentang kewujudan laluan bertar ini...







Pun begitu masuk awal ke jalan hutan apabila mendapat tahu denai yang kelihatan boleh digunakan untuk menuju ke puncak...













Disebabkan itulah kali pertama mendaki Bukit Kiara maka banyaklah gambar diambil.










Tetapi tidak dikongsikan gambar-gambar di CATATAN SI MERAH SILU. Hari ini baru tergerak.







Saya cuma ada menyebut sedikit sahaja hal mendaki ini, dalam artikel Demi Muhammad Al-Aminul Rasyid - Menjejak laluan pertama ziarah makam bersama anak.







Pada permulaan artikel yang dipersembahkan pada 15 Julai itu ia disebut begini :-


Adapun Sabtu malam Ahad saya telah disibukkan dengan satu majlis zikir. Esoknya pagi Ahad buat pertama kali seumur hidup mendaki Bukit Kiara hingga ke puncak, satu perkara yang pertama kali dilakukan seumur hidup walhal sudah lama menyimpan hajat kerana selalu melihatnya dari persekitaran rumah bapa saudara di Bukit Damansara sejak berumur 12 tahun lebih 40 tahun lalu, sebelum ke satu majlis ilmu tertutup di Taman Tun Dr Ismail




Sebenarnya rumah yang dijadikan tempat malis ilmu pagi Ahad itu sendiri terletak di lereng Bukit Kiara iaitu ke barat. Tetapi di persekitaran yang telah menjadi sebahagian daripada kawasan perumahan Taman Tun. Ke timur lereng bukit terdapat Taman Sri Hartamas dan Bukit Damansara. Itu yang semasa zaman budak selalu melihat dari rumah bapa saudara...




Pemandangan yang kelihatan ke arah Bangsar. Cukup "pelepas rasa".


Nota tambahan : Lupa nak cakap. Sebelum ke Taman Tun lalu mendaki Bukit Kiara saya telah terlebih dahulu beriktikaf dan bermalam di sebuah masjid di Petaling Jaya. Saya ke masjid selepas zikir Sabtu malam Ahad. Saya bermalam supaya tidak perlu terkejar-kejar untuk ke majlis ilmu di Taman Tun pagi Ahad. Kalau balik rumah lalu pagi ke Taman Tun harus memandu hampir 100 km. Balik rumah pun lewat malam baru sampai, paginya dah nak kena keluar awal.


Tiada ulasan: