Salam petang Selasa 12 Muharram 1447 Hijriah. Seperti biasa, apabila selesai penceritaan siri satu perjalanan biarlah dibuat kompilasi artikel-artikel berkenaan.
Perjalanan baru selatan Thailand ini tercetus atas permintaan seorang kawan yang berminat untuk menelusuri sejarah ketamadunan Melayu di Patani, dahulun dikenali sebagai kerajaan Langkasuka iaitu sebelum masuk Islam. Beliau meminta agar menunjukkan tempat-tempat yang perlu dijejaki, turutan dan lokasi. Isteri pun mencadangkan agar membawa saya dan menaja perjalanan. Kawan bukan sahaja bersetuju malah mengajak isteri saya sekali lalu turut menaja. Sejumlah peserta pun ikut sekali menaiki van dari Padang Besar, Perlis hingga ke Narathiwat lalu ke Patani, Hatyai dan Songkla.
Perjalanan, sekurang-kurangnya bagi pihak saya, secara rasminya bermula petang Selasa 24 Jun 2025 bersamaan 27 Zulhijjah 2025 apabila saya dan isteri bergerak ke rumah kawan di Seberang Perai. Esoknya pagi Rabu 25 Jun bersamaan 28 Zulhijjah baru masuk ke Thailand. Jumaat 27 Jun bersamaan 1 Muharram 1447 Hijriah meliputi tempat-tempat bersejarah di Singgora/Songkhla setelah bermalam di Hatyai. Keseluruhannya kami suami isteri berjalan tidak kurang 1,796 km.
Cuma saya memandu sejauh 754 km sahaja. selebihnya orang lain membawa kenderaan, saya dan isteri jadi penumpang. Sekadar membandingkan. Ketika ke selatan Thailand pada musim raya Aidilfitri 2 bulan lebih lalu saya memandu kereta sendiri sepanjang perjalanan meliputi jarak 1,653.3 km. Lihat Raya Aidilfitri 2025 di selatan Thailand. Sebulan sebelum itu pula telah memandu sejauh sejauh lebih 1,712 km.. Lebih dua tahun lebih awal ada membuat perjalanan lebih 2,000 km membawa sekali anak-anak. Lihat Kompilasi cerita perjalanan selatan Thailand penghujung 2022. Sekarang perjalanan baru Thailand yang dipanggil "Jejak Langkasuka 2025" ini menjadi paling jauh sejak perjalanan penghujung 2022 walau memandu tak sampai 800 km.
1. Tempat kayu menarik (Interesting wooden place in) di Gopeng
2. Jejak Langkasuka 2025 - Bagaimana ia bermula
3. Muzium (Museum of) Al-Quran, Narathiwat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan