Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Jun 18, 2024

Ringkasan cerita sekitar Aidil Adha 1445 Hijriah

Merujuk pada artikel Musafir ilmu dan buku yang dipersembahkan pada 14 Jun. Artikel-artikel yang dikompilasikan di dalamnya merujuk pada aktiviti-aktiviti yang berlaku dari 25 Mei hingga 4 Jun sedangkan artikel-artikel itu sendiri ditulis lalu dikongsikan dari 26 Mei hingga 11 Jun. Dalam tempoh masa itu ada banyak lagi aktiviti dilakukan tetapi tidak dikongsikan cerita. Cukuplah disebut satu sahaja. Pada 10 Jun saya pergi lagi ke ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) untuk mengikuti  majlis ilmu. 

Cuma tidak seperti kebiasaan majlis-majlis ilmu di ISTAC yang ini adalah tertutup lalu untuk mereka yang diundang sahaja. Mungkin kerana subjeknya, tentang bagaimana tokoh pemikir Barat, almarhum Martin Lings (beliau telah memeluk Islam malah adalah penulis sebuah buku sangat laris tentang Nabi Muhammad SAW) melihat terdapatnya ajaran-ajaran berbentuk Sufi/Tasawuf di sebalik tulisan skrip drama pujangga Barat terkenal zaman silam, William Shakespear.  Hal sebegini susah untuk diterima oleh mereka yang berfikiran sempit namun mengganggap diri mereka sangat berilmu. Dalam kalangan mereka ini ada yang menganggap diri sebagai rujukan yang patut bagi masyarakat. Namun apabila diselidiki lebih mendalam, rupa-rupanya mereka cuma orang biasa-biasa yang tahu sedikit ilmu. Itupun mahu dijual untuk kesenangan dunia, tetapi mewar-warkan diri sebagai pejuang keilmuan Islam belaka konon.

Sebetulnya fikiran saya sedang terganggu kerana belum menyiapkan lagi satu penulisan ilmiah yang diharapkan dapat dihantar kepada pihak berkenaan selewatnya pada 25 Jun iaitu pada Selasa hadapan. Ini disebabkan pelbagai kesibukan diselang-selikan rasa penat amat juga kurang sihat. Sedangkan untuk menyiapkan penulisan perlukan ketekunan tinggi meneliti dan mena'akul bacaan serta perkara-perkara berkenaan. Ini adalah satu perkara yang terasa amat susah hendak dibuat dalam keadaan sekarang.

Buat masa ini belum nampak bilakah dapat memberikan ketekunan yang diperlukan. Sedangkan hari-hari berikutnya memerlukan saya membuat pelbagai perkara, antaranya pergi mengambil anak di Janda Baik, pergi ke kampung isteri di Tanjung Sepat untuk majlis perkahwinan anak buah kemudian ke Ipoh untuk kes mahkamah melibatkan harta Laksamana Muhammad Amin di Mekah. Untuk menangani rasa 'terbelenggu' ini biar dilepaskan cerita sekitar sambutan Hari Raya Aidil Adha yang berlangsung siang semalam. Semoga akan ditemukan di 'celah-celah' komitmen akan datang itu rasa dan kelapangan bagi menyiapkan tulisan ilmiah tersebut  sempat pada waktunya.



Petang Sabtu 15 Jun 2024. Saya bergerak membawa isteri dan anak bongsu untuk kembali ke kampung ibu bapa saya di Muar.



Sama seperti orang Melayu Islam yang lain kami juga mahu menyambut perayaan Aidil Adha atau Hari Raya Haji di kampung. Bahkan ramai pun, terutama mereka yang berasal dari Pantai Timur, telah bertolak lebih awal.




Gambar ini pula diambil pada pagi Ahad 16 Jun di hadapan sebuah kedai di Muar. Ketika itu saya sedang menunggu isteri membeli belah di pasar. Dibacalah beberapa muka surat Al-Quran bagi mengejar matlamat khatam 30 juz pada setiap bulan Islam.




Kedai kopi kegemaran di Muar. Tapi tak boleh mengopi lagi. Sebab sedang berpuasa hari Arafah. Rugi tak buat wooo...




Pusing-pusing sat di bandar dan sekeliling.




Singgah di masjid jamek Muar.



Meminta ditunjukkan jalan yang kurus, err... lulus, errr... lurus. Hehe... :]




Lewat petang lepak tepi Sungai Muar berdekatan rumah ibu bapa di Kampung Temiang.




Pagi Isnin 17 Jun bersamaan 10 Zulhijjrah 1445 Hijriah, membawa anak bongsu untuk bersolat sunat Aidil Adha di masjid jamek Muar.




Masjid ini meninggalkan banyak kenangan manis.




Dahulu zaman kanak-kanak saya selalu memanjat turun naik ikut tiang-tiang yang kelihatan. Sekarang dah tak larat nak buat...




Suasana dalam masjid ketika orang bertakbir. Oh. Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Haji Aidiladha kepada semua pembaca yang dimuliakan.




Selepas menghabiskan masa bersama keluarga besar di rumah ibu bapa, selepas adik-adik kembali menetap di Melaka dan Johor Bahru kembali bersama keluarga masing-masing, baru saya keluar lagi. Kali ini membawa isteri sekali. Baru le mengopi di kedai kegemaran.







Kemudian berjalan-jalan lagi pusing Muar. Isteri suruh berposing ambil gambar di beberapa tempat. Yang ni ada terasa macam gergasi. Macam Ultraman pun ada daaa...







Hmm. Seingat saya semasa ambil gambar ni muka sedang senyum. Camana boleh keluar serius aaa...




Lewat malam baru kami sendiri bergerak untuk kembali ke rumah di Bandar Sungai Buaya.




Tanpa dirancang timbul rasa untuk masuk ke pusat bandar raya Melaka lalu melihat tinggalan-tinggalan sejarah di Bandar Hilir.



Naik ke Bukit Melaka, dahulunya dikenali sebagai Bukit Saint Paul.




Inilah kali pertama naik setelah ditukar kembali kepada nama asal sebelum Portugis masuk menjajah tahun 1511. Kali terakhir naik ia masih dalam proses tukar nama. Lihat  Perjalanan pertama ke Muar tahun 2022 - Antara Bukit Melaka dengan pilihan raya negeri Johor.




Dahulu saya naik itu seorang diri malam-malam, isteri menunggu dalam kereta sementara anak nyenyak tidur. Kali ini mereka semua ikut naik sekali. Lihat artikel Going up Bukit Melaka di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Tak puas melihat suasana berwarna warni malam di pusat bandar raya ambil jalan mana entah lalu tepi Sungai Melaka.




Sedar tak sedar laluan membawa ke masjid lama Tengkera lalu singgah beriktikaf sebentar. Ziarah juga makam seorang raja di sana. Lihat artikel Lawatan malam ke makam (Night visit to the tomb of) Sultan Hussin, Tengkera dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Apabila sampai kembali ke rumah dekat jam 5 pagi Selasa 18 Jun didapati saya telah memandu sejauh 573 km. Ini adalah kurang 100 km berbanding perjalanan yang dilakukan seminggu lebih sebelum itu. Rujuk kembali artikel kompilasi Musafir ilmu dan buku. Selepas ini kena memandu beratus kilometer lagi dalam tempoh beberapa hari akan datang. Semoga dapatlah juga siap penulisan ilmiah yang diharapkan. Doakan saya ya. 

p/s: Dah dekat sebulan rasanya saya sakit tekak nak batuk kurang sihat. Dugaan. Oh. Ini adalah artikel ke-2,511 di CATATAN SI MERAH SILU. Teringat tahun Kota Melaka jatuh ke tangan Portugis tahun 1511.



Dan lagi isteri ada membuat rakaman video secara langsung ketika kami berjalan-jalan di Melaka. Boleh lihat melalui pautan-pautan ini :- 






Tiada ulasan: