Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Julai 31, 2025

Mendekati pemikiran Ibnu Khaldun dalam penulisan sejarah

Salam malam Jumaat 7 Safar 1447 Hijriah. Pada permulaan artikel Pemikiran "Berpetualang ke Aceh" dalam Routledge - Satu kajian sejarah dan antropologi yang dipersembahkan jam 4.41 petang semalam ada dinyatakan bahawa ketika itu saya baru sahaja selesai mengikuti secara fizikal satu majlis ilmu di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Sekarang biarlah dikongsikan cerita tentang majlis ilmu tersebut.



Rabu 30 Julai 2025 jam 12.41 petang bersedia untuk keluar ke ISTAC 40 km dari rumah menaiki motosikal besar kesayangan. Kali terakhir ada membawa motosikal ini lebih 13 km dari rumah (jarak ke bandar Rawang di mana selalu dilakukan pelbagai urusan) adalah ke Kuala Kubu membawa ke tasik empangan Hulu Selangor 18 Jun. Kali terakhir ke majlis ilmu adalah di Perpustakaan Negara 12 Jun. Lihat Persenjataan Melayu : Citra budaya bangsa. Sebelum itu iaitu pada 4 Jun ada menaiki motosikal ke majlis ilmu di kampus utama UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia). Lihat Dari Yathrib ke Madinah Nabi : Sebuah Transformasi Madani




Kali terakhir ke ISTAC dengan motosikal pula adalah pada 28 Mei. Lihat Mengenai Ibnu Khaldun dan kitab agungnya Muqaddimah. Ketika itu saya mahu menghadiri edisi pertama dalam siri syarahan berkenaan yang merupakan pembacaan (readings) daripada kitab Muqqadimah tulisan ilmuwan silam Islam terkenal Ibnu Khaldun. Kali ini mahu menghadiri edisi ketiga. Dan sama halnya seperti pada 2 bulan lalu pergi dahulu ke pejabat lama iaitu Balai Berita di Jalan Riong, Bangsa di mana saya pernah menjadi wartawan akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times tahun 1996-2001.




Sebabnya? Nak makan hidang kegemaran nasi beringin di medan selera sebelah.




Selepas membuat satu lagi persinggahan ke tempat lain baru ke ISTAC lalu sampai jam 2.43.



Poster bagi majlis yang bermula jam 3. Sebelum meninggalkan rumah saya telah menonton rakaman edisi kedua siri. Klik sini untuk menonton.




Saya tidak dapat hadir ketika edisi tersebut berlangsung 30 Jun akibat kepenatan. Kerana kurang 15 jam sebelum itu baru sampai dari perjalanan ke selatan Thailand yang meliputi jarak hampir 1,800 km.  Lihat Jejak Langkasuka 2025 - The compilation.




Punyalah asyik keluar berjalan beberapa bulan kebelakangan ini, sehingga artikel pertama tentang siri iaitu Mengenai Ibnu Khaldun dan kitab agungnya Muqaddimah itu sendiri ditulis dan dipersembahkan di Kuala Selangor  31 Mei, setelah memulakan satu sesi permusafiran. Hal ini ada dinyatakan pada permulaan artikel. Perjalanan yang berlanjutan sehingga ke Georgetown dan Alor Setar meliputi iktikaf di 30 buah masjid selain pelbagai aktiviti. Saya telah memandu kereta lebih 1,000 km. Lihat Asbab urusan di Kuala Selangor dan Alor Setar.



Berbalik pada edisi ketiga siri tentang kitab Muqaddimah tulisan Ibnu Khaldun ini. Pembentang iaitu Profesor Dato' Dr Ahmad Murad Merican dari ISTAC ada mengulas kembali apa yang telah dikongsikan dalam edisi pertama dan kedua. Kemudian baru dibacakan perenggan-perenggan terpilih daripada terjemahan kitab ke dalam bahasa Inggeris yang dibuat oleh sarjana Barat berbangsa Yahudi, Franz Rosenthal. Rujuk hal berkenaan dalam Mengenai Ibnu Khaldun dan kitab agungnya Muqaddimah

Namun lebih banyak dikongsikan adalah pemerhatian beliau terhadap pengajian sains sosial termasuk bidang sosiologi dan sejarah di menara-menara gading dunia termasuk di Malaysia. Murad melihat kurikulum dan kajian sedia ada dikuasai sudut pandang Barat yang menolak hal-hal keTuhanan juga ilmu berdasarkan wahyu. Sedangkan Ibnu Khaldun yang harus dinyatakan sebagai bapa sebenar ilmu sosiologi moden berdasarkan pemerhatian yang disokong hujah-hujah ilmiah menulis dalam keadaan agama Islam dan ilmu wahyu masih menjadi tunjang segala macam aspek kehidupan.



Semua ini dinyatakan secara terus tanpa sokongan slaid. Saya setakat mampu mendengar bacaan perenggan terjemahan kitab tanpa melihat sendiri bagaimana ia dipaparkan dalam buku. 




Hal ini menyebabkan timbul rasa perlu untuk mencari naskah secara atas talian sebagai rujukan. Alhamdulillah dapat jumpa satu yang boleh dimuatnaik secara percuma. 



Cuma ia versi yang diringkaskan (abridged). Daripada 3 jilid yang jumlah muka surat harus mendekati 3,000 diringkaskan menjadi 681 muka surat termasuk ulasan oleh penterjemah juga pihak yang meringkaskan.





Antara yang disebut Murad kemudian diulas adalah kata pengantar Muqaddimah. Terjemahan saya ke dalam bahasa Melayu...


Sejarah adalah disiplin yang diusahakan secara meluas dalam kalangan negara dan bangsa. Ia sangat dikejar. Orang di jalanan, orang biasa, bercita-cita untuk mengetahuinya. Raja-raja dan para pemimpin berlumba-lumba untuk mendapatkannya.

Kedua-dua orang terpelajar juga yang jahil mampu memahaminya. Ini kerana pada permukaannya sejarah tidak lebih daripada maklumat tentang peristiwa-peristiwa politik, dinasti-dinasti, dan terjadinya masa lalu, dipersembahkan dengan bergaya dan diberi rencah rasa dengan peribahasa. Ia berkhidmat untuk menghiburkan perkumpulan-perkumpulan besar lagi padat dan membawa kita untuk memahami hal ehwal manusia. Ia menunjukkan bagaimana perubahan keadaan mempengaruhi (hal ehwal manusia), bagaimana dinasti-dinasti tertentu mula menduduki ruang yang lebih luas dalam dunia, bagaimana mereka menetap di muka bumi sehingga mendengar panggilan dan masa mereka tamat.

Makna dalaman sejarah, sebaliknya, melibatkan spekulasi dan usaha untuk mencapat kebenaran, penjelasan halus tentang sebab musabab dan asal usul benda-benda yang wujud, dan pengetahuan mendalam tentang bagaimana dan kenapa berlaku suatu peristiwa. Sejarah, oleh itu, berakar kukuh dalam falsafah. Ia layak untuk dikira sebagai satu cabangnya.


Cukuplah perkongsian daripada saya ya.. Sila ikuti sendiri majlis melalui video bawah...



Sekadar memberitahu. Sebentar lagi saya akan memulakan satu sesi permusafiran kecil di Pahang. Sambil itu saya akan cuba menghabiskan bacaan naskah terjemahan Muqaddimah yang baru diperolehi petang semalam. Setakat ini baru hendak masuk muka surat 58. :]


Tiada ulasan: