Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, September 23, 2020

Gerakan bertanjak yang kukenal - Daripada 2015 ke 2017

Salam pagi Rabu 5 Safar 1442 Hijriah. Meneruskan pengumpulan artikel-artikel tentang gerakan bertanjak dan pemakaian busana tradisional Melayu sejak terlibat sama tahun 2012. Bersambung daripada Gerakan bertanjak yang kukenal - Daripada 2012 ke 2014.



Kali ini lebih banyak artikel dapat dikumpulkan berbanding Gerakan bertanjak yang kukenal - Dari 2012 ke 2014. Hari itu saya dapat mengumpulkan 55  artikel sahaja bagi menunjukkan pemakaian tanjak dalam pelbagai jenis majlis dan keadaan, kali ini dapat 198, hampir 4 kali ganda banyak. Kriteria yang digunakan masih sama - Artikel cuma akan dimasukkan ke dalam senarai jika terdapat sekurang-kurangnya satu gambar orang bertanjak di dalamnya. Lain-lain harus ditolak walaupun ingat, yakin dan pasti bahawa saya hadir dalam peristiwa yang disebut dengan berbusana tradisional Melayu. Ternyata lebih banyak majlis dihadiri dengan memakai tanjak dalam tempoh 2015 hingga 2017. Dan saya juga telah menjadi lebih rajin memakainya ketika keluar berjalan santai malah mendaki gunung hingga ke puncak pun ada. Kalau dimasukkan semua cerita yang mana saya ada memakai tanjak rasanya terdapat lebih 300 artikel boleh disenaraikan. Tetapi cukuplah ini untuk menunjukkan iltizam selain perkembangan zaman.


1. Ke utara menutup kalendar 2014 - Daeng Parani, kemalangan di Kuala Muda, menunaikan janji di Pulau Pinang

2. Ke utara menutup kalendar 2014 - Memaknai perjuangan Melayu dan jambatan kedua Pulau Pinang

3. Menjayakan acara di Lembah Bujang sebelum ke runtuhan dipercayai masjid purba

4. Sungai Batu, industri besi purba dan makam Sultan Muzaffar Syah I

5. Minggu Warisan Perak di PWTC

6. Perjalanan ke-7 di Aceh - Satu lagi tawaran tak disangka

7. Perjalanan ke-7 di Aceh - Makam para Merah, punca batu nesan Aceh dan makam Hamzah Fansuri

8. Perjalanan ke-7 di Aceh - Silaturrahim Daruddunia-Pedir, khususan Teungku Chik di Reubee Daeng Mansur...

9. Perjalanan ke-7 di Aceh - Bincang Sejarah Adat dan Budaya Aceh-Malaysia

10. Perjalanan ke-7 di Aceh - Masjid Oman, Maulud di makam Syiah Kuala dan sapaan puncak Gunung Seulawah

11. Pelancaran buku "Sejarah Melayu" dari Batam di DBP - Mengingatkan Raja Isa Nongsa

12. Sekitar HIKMAH Seri Menanti

13. Melihat keris berdiri di Kompleks Kraftangan

14. Wawancara televisyen tentang rombakan kurikulum sejarah - Apakah terlalu sensitif untuk disiarkan?

15. Seminar Asal-Usul Melayu di UKM - Apabila kekeliruan menyelinap masuk ke dalam majlis

16. Daripada Cheng Ho ke pesta buku - Rumi dan projek penulisan baru

17. Pesta buku bersama Hijjaz dan Duta Arab Saudi

18. Menghiasi Kosmo Alam Melayu

19. Sekitar HIKMAH Chenor 9 Mei 2015

20. Daulah Melayu - Penggambaran untuk crowd funding

21. Daulah Melayu - Penggambaran untuk crowd funding lagi...

22. Panggilan Pasir Salak - Penangan penjurit kepetangan

23. Panggilan Pasir Salak - Peranan HIKMAH dan sedikit perkongsian ilmu

24. Panggilan Pasir Salak - Bersama Raja Muda Perak

25. Panggilan Pasir Salak - Bertandang ke rumah Tok Sagor

26. Jejak Kalimantan Barat - Sultan-sultan Sambas, Opu Daeng Kemasi dan Gusti Jamiril

Jejak Kalimantan Barat - Sejenak di Pontianak kemudian di Mempawah

27. Iftar KL 2015

28. Jejak Kalimantan Barat - Kesultanan Landak, Raja Abdul Kahar dan pembantaian Jepun di Mandor

29. Iftar KL 2015 - Geng busana beraksi beramai-ramai

30. Jejak Kalimantan Barat - Melihat istana dan masjid diraja Pontianak sebelum berlepas...

31. Misi Pulau Pinang dan Perak - Menurut jejak ziarah pertabalan raja

32. Daulah Melayu - Ke Kedah untuk outdoor shooting pertama, naik Gunung Jerai

33. Pertama kali berbusana tradisional 1 Syawal

34. Beraya awal minggu ke-3 ganti shooting Daulah Melayu

35. Sekitar HIKMAH Beruas - Undangan rumah terbuka yang memanjangkan acara hingga ke malam

36. Rumah terbuka Merah Silu 30 Syawal 1436

37. Sekitar HIKMAH Beruas - Dari tempat-tempat bersejarah di Beruas membawa ke Lumut

38. Menyusur Sungai Johor - Merealisasikan satu harapan lama...

39. Menyusur Sungai Johor - Bukit Seluyut, Panchor dan Johor Lama

40. Festival Pasir Salak dan Puteri Limau Purut

41. "Mencari Diri dan Erti : Menjejak Salasilah Kesultanan yang Hilang" dah keluar!

42. Wawancara siaran langsung "Mencari Diri dan Erti" di TV1

43. Bila yang tiada daya dan upaya mengharapkan gerak penulisan yang tepat daripadaNya...

44. Melepasi 100 artikel khas untuk dunia pemikiran

45. Mengabadikan HIKMAH dan perjuangannya

46. Menjayakan projek dokumentari Daulah Melayu

47. Diwawancara di rumah untuk satu projek dokumentari tentang Melaka

48. Daulah Melayu di Jawa Timur - Berkejar ke Surabaya...

49. Daulah Melayu di Jawa Timur - Penggambaran spontan di pesantren Pasuruan

50. Daulah Melayu di Jawa Timur - Antara penggambaran sekitar pesantren dan majlis hol Wali Songo

51. Menyahut panggilan pulau

52. Daulah Melayu di Jawa Timur - Daripada Sayyid Jamadil Kubro ke Maulana Malik Ibrahim

53. Daulah Melayu di Jawa Timur - Sunan Giri, panggilan Raden Santri dan Sunan Ampel

54. Hang Tuah dan Ekspo Buku di PWTC

55. Menggamit warisan Daulah Melayu di UPM

56. Dari Pasir Salak ke Pulau Pangkor - Pertandingan silat dan panggilan Inderasakti


2016

1. Daulah Melayu di Jawa Timur - Baru buat kompilasi

2. Daulah Melayu di Melaka - Legasi Hang Tuah. Bersilat di bawah naungan Pulau Besar

3. HIKMAH reunion di Bukit Tinggi

4. Tanjak baru untuk HIKMAH Janda Baik

5. Sambutan Maulidur Rasul 1437 Hijriah di Yayasan al-Jenderami

6. HIKMAH Janda Baik -Daripada Maulud tak disangka ke pendedahan tentang penipuan sejarah dan ekonomi yang menjerat umat Islam

7. Sekitar Festival Dunia Seni Silat dan Warisan Melayu Selangor

8. HIKMAH Janda Baik -Daripada senjata api Melayu ke Wahdatul Wujud ke peranan raja-raja Melayu : Bekalan menghadapi cabaran akhir zaman

9.  Rencana-rencana akhbar sekitar acara ke-16 HIKMAH di Janda Baik.]

10. HIKMAH Janda Baik - Album UOL I

11. HIKMAH Janda Baik - Album UOL II

12. HIKMAH Janda Baik - Album UOL III

13. Video-video sekitar HIKMAH Janda Baik

14. Persinggahan lewat ke festival Warna Warni Adat Perpatih di Rembau

15.Rakaman Akademi Silat Pendekar Muda di Shah Alam

16. Majlis hol almarhum Raja Haji di Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya

17.  Membawa Daulah Melayu dan HIKMAH ke Akademi Silat

18. Tentang Pesta Buku KL 2016 dan cabaran ke atas penulisan buku

19. Ke Pesta Buku KL di Serdang untuk menjernihkan hal buku yang dituduh berunsur Syiah

20. Syarahan arkeologi dan sejarah oleh Profesor Dr Ataullah Bogdan Kopanski di UIAM

21. Mengambil berkat 1 Syaaban menelusuri jejak leluhur di Pesta Buku KL 2016

22. 'Menimbang' air Sungai Pahang - Permulaan asbab perjalanan

23. Seminar Patriotisme di Kuala Lipis - Meningkatkan Patriotisme Melalui Pengalaman Sejarah

24. 'Menimbang' air Sungai Pahang - Kaitan Perak-Aceh membawa ke Pulau Tawar dan Mat Kilau

25. 'Menimbang' air Sungai Pahang - Mengambil berkat wali hidup di Pulau Tawar sebelum ke Gunung Senyum, seberang Temerloh dan Pesta Air Chenor

26. Jadi 'Chef Wan' di Bentong sebelum mencari jejak Dato' Bahaman di Lanchang

27. Bangunan Freemason di Bukit Jalil, legasi Raja Haji di Cyberjaya dan Masjid Besi di Putrajaya

28. Siaran langsung episod akhir Akademi Silat Pendekar Muda - Gegaran para pesilat dan aktivis busana Melayu

29. Siaran langsung episod akhir Akademi Silat Pendekar Muda - Ganjaran RM100,000 memilih tuan

30. Siaran langsung episod akhir Akademi Silat Pendekar Muda - Suasana pesta berterusan ke tengah malam

31. Iftar KL 2016 - Menggamit silaturrahim perjuangan sambil disapa hujan Ramadhan

32. Berbuka berbusana pada Iftar KL 2016 dalam media massa







39. 3 Syawal 1437 - Bersama keluarga isteri di Tanjung Sepat

40. 4 Syawal 1437 - Menyahut panggil Jugra 




























68. Pemerhatian terhadap perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu - Gerakan yang berkembang ke merata Semenanjung membawa luar negara ke Aceh

69. Pemerhatian terhadap perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu - Melangkaui sempadan politik demi penyatuan Melayu  Islam akhir zaman














2017

































































Tiada ulasan: