Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Thursday, May 19, 2016

'Menimbang' air Sungai Pahang - Kaitan Perak-Aceh membawa ke Pulau Tawar dan Mat Kilau



Selesai seminar diikuti makan tengah hari bersama ahli jawatankuasa dan para jemputan kehormat saya keluar mengikut rakan-rakan aktivis persilatan dan busana Pahang ke suatu tempat.


Mereka mahu membawa saya berjumpa dengan Tok Raja, penyandang jawatan orang besar Maharaja Perba Jelai, sekarang dikenali sebagai Tok Perba Jelai. Untuk pengetahuan suatu masa dahulu Tok Raja ini memang bertaraf raja. Berasal daripada golongan bangsawan Minangkabau yang datang ke Pahang sekitar tahun 1590, mereka mendapat tempat dan wilayah pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin (memerintah Pahang 1592 - 1614). Secara rata, kawasan hulu Pahang iaitu persekitaran lembah Sungai Jelai daripada kaki Banjaran Titiwangsa menghilir hingga ke Kuala Tembeling pernah berada di dalam pemerintahan Maharaja Perba Jelai. Pemegang jawatan memang menjadi raja, jika tidak bagi sebuah negeri, sekurang-kurangnya bagi satu wilayah yang cukup luas...


Sampai ke rumah Tok Raja di pekan Padang Tengku tengok-tengok rumahnya kosong. Apabila dihubungi rupa-rupanya beliau ada urusan di Raub. Nak tunggu tentu mengambil masa sedangkan saya ada banyak lagi tempat mahu disinggahi menghala ke Jerantut membawa ke Pulau Tawar.


Alang-alang dah sampai ke Padang Tengku saya pun pergi pusing melihat pekan. Kecil sahaja tempat, seminit dua dah boleh pusing satu pekan. Singgah sebentar di masjid lamanya. Lihat artikel Masjid lama (Old mosque of) Kampung Tengku, Kuala Lipis di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Selepas itu saya berpatah balik ke pekan Kuala Lipis lalu masuk ke bandar lama. Nak pergi ke Jerantut memang perlu lalu di tepi pekan. Tapi saya masuk sat kerana ada urusan. Selepas itu baru mengambil jalan lama berliku-liku ke Jerantut. Sekarang baru tergerak untuk bercerita kenapa saya ada menyebut kaitan Perak-Aceh pada tajuk artikel kali ini.


Adapun semasa bercerita dengan aktivis persilatan Pahang terkeluarlah cerita bahawa beberapa orang daripada mereka memiliki kaitan keturunan dan darah dengan Maharaja Perba Jelai juga dengan Tok Linggi yang ada disebut dalam artikel 'Menimbang' air Sungai Pahang - Permulaan asbab perjalanan. Namun saya lebih tertarik apabila mereka menyebut keluarga dan keturunan mereka turut terkait dengan seorang tokoh lama yang dikenali sebagai Baginda Demu. Menurut ceritanya, Baginda Demu ini adalah anak kepada Sultan Mahmud di Perak hasil perkahwinan sultan dengan seorang anak perempuan Hang Tuah! Beliau dikatakan datang ke Pahang melalui Kuala Lipis lalu meninggalkan keturunan yang banyak setelah disuruh keluar daripada istana Perak atas sebab tertentu...


Jalan lama Lipis ke Jerantut melalui Kuala Tembeling di mana Sungai Tembeling mengalir masuk ke dalam Sungai Jelai lalu membentuk Sungai Pahang. Saya pun sunggah untuk melihat pertemuan sungai. Lihat artikel Checking the condition of Sungai Jelai-Sungai Tembeling meeting point di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Adapun  Sultan Mahmud yang disebut sebagai ayahanda kepada Baginda Demu itu  pula dinyatakan beberapa sumber sebagai anak kepada seorang Raja Aceh yang berkahwin dengan puteri kepada Sultan ke-2 Perak. Sambil berjalan saya asyik memikirkan apakah kaitan semua ini, apa ada di sebalik laluan Sungai Lipis yang hulunya boleh digunakan untuk masuk ke negeri Perak melalui ulu Sungai Slim, bagaimana pula kaitan dengan aliran Sungai Lipis yang masuk ke Sungai Jelai di Kuala Lipis kemudian Sungai Jelai bertemu Sungai Tembeling lalu menjadi Sungai Pahang.


Sedar tak sedar dah sampai ke pekan Jerantut. Disebabkan tersilap mengambil simpang saya buat pertama kali sampai ke bahagian lama pekan. Rupa-rupanya selama ini saya cuma lalu di bahagian bandar baru sebelah luar, tak pernah betul-betul menjejakkan kaki ke pusat asal pekan.


Terjumpalah masjid ini lalu singgah. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Tengku Ahmad, Jerantut.


Dah puas pusing Jerantut baru bergerak ke destinasi utama saya hari itu iaitu Pulau Tawar. Sampai ke jambatan terdekat menyeberangi Sungai Pahang terlihat satu kawasan rehat lalu saya pun layan tidur sat. Lihat Resting under the Jerantut Ferry bridge.


Setelah lebih kurang sejam berehat baru menyeberang sungai. Ketika ini jam kamera menunjukkan sudah 6.56 petang.


Dalam keadaan yang makin kelam saya pun masuk ke jalan kampung menuju ke Air Tawar.


Sampai ke satu bahagian Sungai Pahang dapat dilihat terbentang cantik dari tepi jalan. Lihat Sungai Pahang from a point close to the road at Pulau Tawar.



Apa ada di Pulau Tawar? Untuk pengetahuan di sinilah pahlawan Melayu Pahang terkenal iaitu Mat Kilau membesar. Apabila beliau meninggal dunia pada umur sekitar 105 tahun, pada tahun 1970 kalau tak salah di sini juga beliau dimakamkan.


Sebaik sahaja sampai, azan Maghrib berkumandang menandakan masuklah malam Jumaat.



Adapun Mat Kilau adalah anak kepada Tok Gajah. Kalau tak salah ayah Tok Gajah berhijrah ke Pahang menggunakan satu laluan lama dari arah Perak. Umum mengatakan mereka berketurunan Rawa dari Sumatera. Tetapi seorang cucu Mat Kilau yang ada mewarisi ilmu persilatan juga keris pusaka beliau pernah memberitahu orang ramai bahawa datuknya itu sebenarnya berasal dari Aceh. Lihat artikel lama Faktor Aceh di majlis guru seni bela diri Malaysia - Mat Kilau adalah orang sana!


Selain ke Pulau Tawar untuk menziarahi makam Mat Kilau saya menyimpan niat untuk bermalam di masjid lama ini.


Ketika lawatan terakhir saya ke Pulau Tawar pada tahun 2014, saya pernah membawa isteri dan anak-anak bermalam sama. Lihat Bertandang ke Pulau Tawar - Jejak legasi Mat Kilau. Cuma kali ini ada budak-budak tahfiz memenuhi ruang dan mereka juga akan beriktikaf di masjid. Ketika saya datang bersama keluarga dahulu, mereka sedang bercuti lalu kami bermalam di masjid bersendirian.



Kalau bermalam di masjid lama saya bukan sahaja tidak dapat bersendirian seperti yang diinginkan, saya juga dapat melihat kehadiran diri ini boleh mengganggu program yang dirancang untuk anak-anak tahfiz. Nak tak nak saya beralih ke masjid jamek yang terletak lebih dekat dengan makam Mat Kilau. Malam Jumaat itu pun dihabiskan di sana. Rupa-rupanya ada barakah dan keistimewaan...


No comments: