Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Oktober 17, 2016

Beruzlah ke Pantai Timur lagi - Bertalaqqi ilmu keris...

Masuk penceritaan hari kedua perjalanan baru ke Kelantan. Bersambung daripada artikel Beruzlah ke Pantai Timur lagi - Dimudahkan segala urusan untuk sampai...


Pagi Selasa 11 Oktober 2016 sekitar jam 10. Saya memakai sepersalinan busana ringkas sedia untuk menimba ilmu.


Ketika itu tiga orang kawan lagi yang mahu menimba ilmu di sekolah pondok di Tumpat ini sudah sampai, Mereka menaiki penerbangan dari KLIA selepas Subuh.


Ketika itu juga majlis menyambut Hari Asyura iaitu 10 Muharram di masjid sekolah baru sahaja selesai. Saya yang telah berada di asrama sekolah sejak malam sebelumnya sempat mengikuti bacaan ayat-ayat Al-Quran dari luar. Nak ikut dalam masjid sejak awal pagi badan terasa amat penat...


Duduk di bawah pokok berdekatan untuk sarapan.


Kelihatan pokok banyak buah. Baru saya tahu ini namanya pokok dan buah Mentiga. Kemudian nani saya dapat merasa betapa enaknya buah ini.


Mudir sekolah pondok, Abuya Sheikh Aswad turut serta menemani tetamu untuk sarapan. Namun beliau juga saya tidak makan. Kami malah seisi warga sekolah sedang berpuasa sunat 10 Muharram...



Tengah hari sekitar jam 12.15 kami diajak duduk atas permaidani di bahagian lain sekolah.







Tanpa dipinta Sheikh Aswad terus membuka cerita tentang keris.






Beliau membuka satu demi satu keris yang dimilikinya sebagai contoh.









Tu dia. Berapa banyak keris yang dimiliki Sheikh Aswad. Inipun rasanya tak sampai 10 persen yang dimiliki beliau. Kami diajar pelbagai perkara, daripada jenis-jenis keris, bahagian-bahagian yang ada, buatan, tempaan membawa kepada falsafah yang melibatkan ilmu keTuhanan.



Petang selepas Asar kami keluar sebentar berjalan-jalan ke Pengkalan Kubor. Lihat artikel-artikel berikut yang dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH...







Kembali ke sekolah sekitar jam 6.30 petang tengok-tengok para pelajar sekolah sedang sibuk berlatih silat...






Boleh tahan brutal juga latihan Silat Pusaka Tua yang dibawa oleh Sheikh Aswad ini. Setiap yang dipilih disuruh ke tengah menghadapi serang oleh 5-6 orang. Memang takda simpan-simpan, dapat je ruang gedebuk tak kena penumbuk atau siku memang kena penendang. Sampai berguling-guling tahan sakit juga le siapa yang kena...


Masuk waktu berbuka kami yang datang bertandang dari luar makan sehidang...



Malam selepas Isyak. selepas selesai makan malam di rumah Sheikh Aswad kami diajar lagi tentang keris.


Pendek kata memang hari tu kami diajar banyak perkara tentang keris. Malah sepanjang 3 hari 3 malam saya berada di sekolah pondok dalam perjalanan kali ini memang pelajaran keris menjadi topik utama hampir setiap masa...


Tiada ulasan: