Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, April 14, 2015

Wawancara televisyen tentang rombakan kurikulum sejarah - Apakah terlalu sensitif untuk disiarkan?

Dalam tempoh 24 jam kebelakangan saya mendapat gerak untuk mengatur lalu menghubungi sejumlah anak Pahang agar dapat berkongsi ilmu secara sukarela pada majlis ke-14 HIKMAH yang akan berlangsung di Chenor 9 Mei ini. Ketika itulah saya mendapat tahu ada halangan atau sekatan tertentu yang harus diperhatikan agar majlis dapat diadakan dengan lancar. Hal ini membuat saya tergerak untuk berkongsi tentang satu wawancara hampir sebulan lalu. Sebelum itu saya setakat ada menyebut telah diwawancara dan tentang apa di Facebook. Selepas itu saya tidak ada menyebutnya lagi kerana menunggu wawancara disiarkan... fikir saya selepas itu baru akan mengulas tentangnya.

Di sini biar dikongsikan update yang telah dibuat di FB setengah hari lalu, update yang dibuat berserta gambar di bawah ini...



TENTANG ISU2 SENSITIF PAHANG DAN ROMBAKAN KURIKULUM SEJARAH DI SEKOLAH

Salam semua. Dalam mengatur senarai pembentang dan pembentangan untuk HIKMAH Chenor beberapa jam kebelakangan baru saya dapat tahu ada isu2 begitu sensitif lalu harus dielakkan dalam pembentangan. Sehingga memperkatakan perjuangan Mat Kilau melawan Inggeris pun perlu berhati2, Jangan sampai apa yang pernah berlaku di istana diseret sama. Nak bercakap tentang semangat perjuangan Mat Kilau itu boleh, tapi jangan bercakap peristiwa yang membabitkan istana. Saya fikir selama ini perjuangan Mat Kilau sudah diterima semua tetapi rupa2nya masih ada isu. Secara rasminya Mat Kilau masih dianggap penderhaka oleh pihak tertentu. Kalau dibuka hal sebenar nanti muncul pula kepincangan pihak tersebut pula.

Hal ini mengingatkan betapa bersemangatnya saya apabila satu stesyen televisyen internet mewawancara saya tentang tajuk rombakan kurikulum sejarah di sekolah hampir sebulan lalu. Sebelum wawancara bermula saya ada bertanya apakah2 ada perkara2 sensitif perlu dielakkan lalu dijawab tiada masalah, stesyen ini bersikap terbuka. Saya pun membuka kronologi peristiwa kenapa kerajaan pernah menyatakan sejarah harus dijadikan subjek wajib lulus di sekolah, setelah ramai orang bukan Melayu berani menuduh Melayu adalah pendatang lalu menuntut hak keistimewaan orang Melayu dihapuskan. Saya membuka sekali tentang hal orang India berkasta rendah Pariah yang tidak dipandang langsung di negara asal sendiri, tetapi jadi lupa diri apabila diberi banyak peluang di Malaysia. Secara rata saya menyebut rombakan harus dilakukan agar orang bukan Melayu ingat betapa Melayu itu amat berbesar hati menerima mereka yang datang secara berbondong2 sehingga mengubah landskap sosioekonomi Tanah Melayu.

Hingga kini wawancara itu belum disiarkan lagi. Setelah seminggu wawancara dibuat saya ada bertanya apakah ada masalah, Saya cuma diberitahu ada suntingan perlu dibuat daripada segi sound, selain itu sebab saya ada beberapa kali menyebut perkataan Pariah sebagai contoh lalu ini harus ditarik keluar agar tidak melukakan perasaan pihak tertentu. Tetapi makin lama saya merasakan wawancara itu tidak akan ditunjukkan sampai bila2. Saya semakin merasakan pemilik stesyen sebenarnya menyokong golongan liberal yang bukan pro-Melayu. Mungkin wawancara akan cepat disajikan jika saya bercakap bahawa kurikulum sejarah harus dirombak agar peranan bukan Melayu lebih ditonjolkan dalam membina negara Malaysia dan sejarah harus bermula selepas Inggeris masuk menentukan hala tuju. Harap saya salah dan stesyen membuktikan keterbukaan dengan menyiarkan wawancara tersebut tidak lama lagi...



OK, Tanpa menyatakan stesyen televisyen mana yang mewawancara biar saya bercerita sedikit hal hari itu. Sebetulnya saya ditemui seorang kaki tangan stesyen semasa menghadiri satu majlis Selasa 10 Mac lalu. Lihat Pelancaran buku "Sejarah Melayu" dari Batam di DBP - Mengingatkan Raja Isa Nongsa. Beliau bertanya jika saya sudi diwawancara oleh stesyen bercakap tentang rombakan kurikulum sejarah. Saya pun bersetuju. Tepat seminggu selepas itu iaitu pada Selasa 17 Mac saya pun menghadirkan diri ke stesyen dengan berpakaian busana tradisional Melayu. Bukan saya tidak pernah diwawancara di kaca televisyen malah sudah beberapa kali, siaran langsung pun ada. Yang telah dikongsikan di blogspot adalah seperti berikut :-




Antara HIKMAH di kaca televisyen, buku untuk Melaka dan persiapan di Kelantan


Tetapi kali ini saya lebih teruja kerana diminta bercakap tentang rombakan kurikulum sejarah. Gambar di atas diambil selepas bersolat Zuhur di surau berdekatan.



Sebelum masuk ke studio saya telah diberikan senarai soalan yang akan ditanyakan kepada saya. Saya menyemak setiap soalan. Setelah pasti boleh menjawab saya pun mengangguk-angguk bersetuju.


Seperti biasa kena set up microphone, buat sound check dan sebagainya. Ketika itulah saya sempat bertanya jika ada perkara perlu dielakkan daripada diperkatakan kerana sensitif atau sebagainya, Saya diberitahu tiada sekatan, stesyen bersifat terbuka,..











Isteri saya yang menemani duduk di satu sudut lalu sempat merakamkan sedikit wawancara termasuk soalan ketika test sound. Tetapi kami setakat menggunakan kamera digital kompak biasa. Jadi kualiti adalah rendah. Namun saya berharap apa yang dikongsikan cukup untuk memberikan gambaran bahawa saya secara jujur dan beradab telah cuba merungkai beberapa persoalan pokok tentang rombakan kurikulum sejarah yang bermain di dalam kepala ramai anak Melayu yang cintakan agama, bangsa dan tanah air. Saya buat artikel ini apabila merasakan kemungkinan wawancara ini disiarkan adalah semakin tipis. Saya ingin mengingatkan para pembaca terutama anak muda bahawa realiti di dunia luar sana, bukan tidak ada para cendekiawan, profesor dan sebagainya cuba berusaha secara jujur mengangkat sejarah sebenar. Tetapi pandangan mereka sering dipinggirkan akibat kepentingan politik pihak tertentu. Apabila sudah bersuara jujur, ia pula tidak sampai kepada khalayak lalu ada menyangkakan mereka tak buat kerja. Cukup...












2 ulasan:

Mike berkata...

maiza musa al-bakri ni kalau tak salah staf rtm kan?

Radzi Sapiee berkata...

Ia. Saya tak pasti staf tetap RTM ke bukan tapi beliau juga buat job untuk orang lain.