Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Wednesday, March 29, 2017

Misi HIKMAH Aceh 2017 - Jumaat di sekitar Baiturrahman sebelum masuk ke Pulau Sabang

Salam 1 Rejab, Masuk pada penceritaan hari kedua perjalanan di Aceh 16-23 Mac. Bersambung daripada artikel Misi HIKMAH Aceh 2017 - Mengambil berkat dayah dan Syiah Kuala.



Pagi Jumaat 17 Mac 2017. Melihat ke luar dari tempat kami menginap.


Kami bersarapan di restoran seberang hotel. Di sebelahnya ada pemandangan sungai yang menarik. Lihat artikel Aceh river from across Hotel Lading di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Selepas sarapan kami bergerak berjalan kaki ke masjid utama di Banda Aceh iaitu Masjid Baiturrahman.


Tiba-tiba seorang daripada kami mahu berpatah balik ke hotel untuk melampiaskan hajat. Tetapi apabila terlihat payung seperti di Masjid Nabawi Madinah berkembang di hadapan Masjid Baiturrahman beliau bertukar fikiran.


Masjid memang cukup dekat dengan hotel. Nak buang air di masjid pun boleh, tak perlu berpatah balik ke hotel. Cuma pintu masuk terdekat sedang ditutup untuk kerja-kerja renovasi halaman masjid termasuk mendirikan payung-payung besar boleh buka tutup sejak 2 tahun lalu kalau tak salah, Kami harus menggunakan pintu masuk lain dan untuk sampai ke situ harus mengambil sebuah lorong sempit.


Lorong sempit itu sebenarnya adalah sebahagian daripada kawasan membeli-belah tradisional yang dikenali sebagai Pasar Aceh. Sebahagian kawasan turut ditutup kerana kerja-kerja renovasi masjid lalu membentuk lorong sempit yang melalui tepian kedai. Nampak satu kedai emas singgahlah kami...


Inilah kali pertama saya mengambil masa untuk singgah di kedai sebegini. Ini kerana saya sedang membawa beberapa orang wanita berjalan sama lalu harus akur dengan mnat mereka. Nasib baiklah ada sewah (sejenis senjata tradisional Aceh) pusaka di kedai untuk saya mengisi masa...


Setelah beberapa lama sampailah ke pintu masuk terdekat masjid yang masih dibuka kepada umum.


Masuk ke halaman kelihatan beberapa buah payung gergasi. 




Kami duduk lama menikmati suasana dalam masjid. Kepanasan terlebih biasa yang sedang melanda di luar (katanya Asia Tenggara sedang dilanda heat wave)  menyebabkan kami lebih selesa di dalam. Lihat Masjid Baiturrahman's new look coming.


Selepas itu kami berjalan-jalan di bahagian belakang Pasar Aceh.


Dah banyak kali saya dan isteri ke Aceh baru kali ini kami layan shopping barang termasuk membeli songket. Semuanya disebabkan saya turut membawa beberapa orang wanita berjalan. Lihat Walking around the back parts of Pasar Aceh.


Masuk waktu solat Jumaat saya ikut bersolat jemaah di Masjid Baiturrahman. Gambar ini diambil selepas solat. Ketika itu keluarga saya dan kawan-kawan sedang berehat di hotel.


Masuk jam 2.30 kami berkejar ke pelabuan Ulee Lheue.


Kami mahu mendapatkan feri ke Pulau Weh, juga dikenali sebagai Pulau Sabang.


Peta pelancongan Banda Aceh juga Pulau Weh. 


Ia juga dikenali sebagai Pulau Sabang kerana Sabang adalah nama ibu kota pulau...


Jam 4 kami berada di dalam feri.


Perjalanan dimulakan tidak lama selepas itu. Kelihatan anak kecil sayaJohan kusyuk melihat air laut sambil disapa bayu. Lihat Going to Pulau Weh and Sabang.


Hampir jam 5 sampailah kami ke Pulau Weh.


Seorang pemandu pelancong sudah sedia menunggu hasil bantuan kawan-kawan di Banda Aceh.


Kami pun memulakan penjelajahan pulau. Untuk makluman inilah kali pertama saya dan isteri pergi ke pulau peranginan ini setelah berkali-kali menjejakkan kaki ke Aceh. Saya sudah 8 kali, isteri 6 kali...


Sampai di satu bahagian atas bukit kami berhenti untuk menikmati pemandangan indah tasik berdekatan dan kawasan sekelilingnya. Lihat artikel Looking at Danau Aneuk Laot and its surroundings from a vantage point


Di bukit tersebut juga ada monumen yang dikenali sebagai "I love Sabang".


Di sini juga ada pemandangan menarik. Lihat Views from "I love Sabang".


Hampir jam 6 kami turun menuju ke kawasan pantai.


Kami dibawa ke satu kawasan yang katanya adalah tempat tumpuan melihat matahari terbenam di sekitar Sabang.




No comments: