Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, Ogos 21, 2016

Pelancaran kitab Sulalatus Salatin versi Krusenstern di DBP



Sebelum mendapat undangan untuk majlis fakulti seni bina di UIA saya telah terlebih dahulu diberitahu tentang majlis di Dewan Bahasa dan Pustaka seperti kelihatan pada poster atas.


Sampai masanya pagi Rabu 17 Oktober 2016, sekitar 17 jam selepas meninggalkan UIA kami pun ke majlis di DBP.








Sejak mula aktif menghadiri majlis-majlis ilmu di institusi-institutsi pengajian tinggi juga badan-badan berkenaan seperti Perpustakaan Negara dan Muzium Negara 7 tahun lalu saya sudah beberapa kali menghadiri forum dan seminar di  DBP. 





Sedar tak sedar dah dekat setahun rupanya saya tidak menghadiri apa-apa majlis di badan yang bertanggungjawab menjaga kualiti penggunaan bahasa Melayu di negara kita ini. Kali terakhir adalah semasa menghadiri majlis melibatkan falsafah pemikiran tinggi. Lihat Wacana ilmu di DBP - Falsafah Yunani dalam kitab Bustanus Salatin


Majlis terbaru ini turut melibatkan kitab besar lama Melayu yang bernama Sulalatus Salatin itu. Malah kitab tersebut sudah banyak kali dibincangkan di DBP. Lihat artikel-artikel berikut :-


Hari pertama Seminar 400 Tahun Sulalatus Salatin di DBP - Mencari bahan dan 'rasa' untuk filem epik Melayu




Ketibaan dif-dif terhormat. Untuk pengetahuan terdapat pelbagai versi atau salinan kitab Sulalatus Salatin ini, setengahnya memiliki bahagian tertentu yang bercanggah antara satu versi dengan yang lain. Majlis akan menyaksikan satu lagi naskah atau versi kitab Sulalatus Salatin diangkat ke persada umum. Ini adalah berdasarkan satu salinan yang ditemui di St, Peterburg, Russia,





Versi ini, seperti satu versi yang telah diangkat bertahun lebih awal diusahakan oleh satu badan yang dipanggil sebagai Yayasan Karyawan, Membuka pengenalan naskah pada majlis adalah ketua eksekutif yayasan, Datuk Zainal Abidin Borhan. 


Rencah ditambah oleh mantan ketua setiusaha negara,Tun Ahmad Sarji Hamid. Beliau yang merupakan pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Karyawan kemudian melancarkan buku.





Kelihatan Ahmad Sarji bersalam bersama pengkaji teks Sulalatus Salatin, Profesor Emeritus Dr. Ahmat Adam. Ahmat bertanggungjawab mentransliterasikan naskah Russia itu daripada tulisan Jawi ke Rumi lalu dapat diterbitkan oleh Yayasan Karyawan.


Kemudian naik Profesor Dato' Dr Baharudin Ahmad, pemegang Kursi P. Ramlee di ASWARA, Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan.


Difahamkan beliau sepatutnya memberi sedikit kupasan tentang naskah yang baru diterbitkan Yayasan Karyawan. Namun Baharuddin lebih banyak bercakap tentang falsafah dan disiplin ilmu lalu memberikan kupasan yang menarik tentang apakah itu ilmu tawarikh, apa pula ilmu sejarah. Menurut beliau, dalam ilmu tawarikh cukuplah dicatatkan tarikh dan peristiwa seperti dilakukan dalam penulisan-penulisan ilmuwan Islam terkenal, At-Tabari. Tapi ilmu sejarah memerlukan daya penakulan yang lebih tinggi. Dalam sejarah, seseorang itu patut tahu keadaan budaya dan masyarakat setempat, tahu ilmu geografi, tahu ilmu sains dan sebagainya sehingga dapat mengupas segala perkara hingga ke akar umbi. Menurut beliau, inilah yang dilakukan oleh seorang lagi ilmuwan Islam, Ibnu Khaldun dalam kitab terkenalnya yang diberi nama Muqaddimah.


Setelah beberapa lama naiklah Ahmat menerangkan tentang teks Sulalatus Sulalatin yang telah diusahakannya sekian lama. Katanya setelah 5 tahun berusaha baru usahanya terasa cukup lengkap untuk diterbitkan lalu dipersembahkan kepada umum. Beliau menerangkan cabaran-cabaran yang dilalui dalam melakukan proses transliterasi juga memahamkan perkara. Penerangan serupa pernah saya dengat daripada Ahmat semenjak kali pertama saya mendengar beliau bersyarah di Universiti Malaya pada suatu petang tahun 2011. Lihat artikel lama Sepetang di Universiti Malaya,


Pada ketika itulah saya pertama kali mendengar tentang wujudnya naskah Sulalatus Salatin di Russia yang dikenali sebagai versi Krusenstern. Selepas itu, apabila ada mana-mana wacana ilmu walau berkenaan subjek lain yang Ahmat hadir beliau selalu mencuri peluang untuk menonjolkan kajian sendiri tentang naskah juga tafsiran umum beliau tentang kitab Sulalatus Salatin yang kedengaran begitu bercanggah dengan tafsiran yang sudah sedia diterimapakai para cendekiawan lain sejak sekian lama. Dalam satu majlis beliau mendapat peluang membentang panjang lebar tentang perkara lalu menimbulkan suasana yang agak panas apabila mengkritik tanpa berlapis cendekiawan lain yang tidak sependapat. Lihat artikel Hari pertama Seminar 400 Tahun Sulalatus Salatin di DBP - Mencari bahan dan 'rasa' untuk filem epik Melayu. Dalam kalangan ramai pengkaji dan cendekiawan terutama dalam bidang sejarah kelibat Ahmat sudah cukup terkenal sebagai seorang yang cukup suka berdebat, asyik hendak menang hujah...


Tapi pada majlis pelancaran ini juga ketika berbual-bual dengan beliau selepas majlis Ahmat kelihatan lebih terkawal, mungkin kerana sudah agak berpuas hati hajatnya agar umum mengambil tahu sudut pandang beliau yang agak kontroversial tentang pelbagai perkara mendapat semacam pengiktirafan dengan munculnya kitab Sulalatus Salatin versi Krusenstern di bawah penerbitan Yayasan Karyawan. Kelihatan dalam gambar ini saya dan seorang sahabat sepejuangan aktivis budaya Melayu mengapit Dato' Dr Othman Yatim (dahulu bergelar profesor) seorang lagi cendekiawan tempatan tersohor. Othman adalah antara beberapa orang cendekiawan ternama yang sudi menyokong perjuangan saya mendaulatkan Melayu dan Islam, antaranya melalui penglibatan dalam wacana-wacana akademik di merata institusi-institusi pengajian tinggi dan sebagainya. Alhamdulillah, beliau sendiri sudah mula berbusana ke majlis. Cuma hari itu Othman datang berpakaian biasa berbaju batik dan seluar slack...

2 ulasan:

Asnani Ummu Afra berkata...

Kenalkan saye Nizam dari Riau, dmna sy bisa beli buku ini?

Radzi Sapiee berkata...

Boleh cuba tanya di sini...

https://www.kafilahbuku.com/sulalatus-salatin-versi-krusenstern-kk