Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Ogos 01, 2016

Antara diskusi buku di Shah Alam dengan open house di Sungai Buaya

Salam semua. Pada penghujung artikel Semangat Melayu sejati di Pesta Buku Selangor 2016 yang dipersembahkan Sabtu malam Ahad ada diberitahu bahawa saya dijadualkan membuat diskusi buku pada tengah hari Ahad di pesta buku tersebut. Selepas itu saya harus bergegas untuk majlis open house atau rumah terbuka raya di rumah sendiri iaitu di Sungai Buaya. Ini ceritanya.


Adapun semenjak beberapa hari kebelakangan itu memang saya sibuk dengan pelbagai perkara. Dahlah sibuk nak buat persiapan untuk open house, celah-celah itu kena pergi pula ke majlis-majlis di rumah orang lain dan sebagainya lalu saya sebut ini pada pembukaan artikel Semangat Melayu sejati di Pesta Buku Selangor 2016. Ahad 31 Julai 2016 selepas Subuh saya mengemas lagi rumah dan halaman juga taman seberang rumah sebelum mengatur bangku meja dan sebagainya. Sementara itu isteri sibuk di dapur menyiapkan pelbagai jenis juadah dan hidangan untuk tetamu, antaranya adalah laksa Johor, pecal, yong taufu dan nasi lemak. Jam 12 tengah hari baru kami meninggalkan rumah untuk ke Pusat Konvensyen Shah Alam bagi melaksanakan diskusi buku yang dijadualkan bermula jam 1.


Alhamdulillah, Kami sampai ke pusat konvensyen sekitar jam 12.45.


Masuk dahulu ke reruai Taman Pustaka bertemu pengasasnya, saudara Zahamri dan kawan-kawan.


Sampai masanya kami pun menuju ke pentas utama.





Selepas mengambil tempat di pentas, acara pun dimulakan dengan pengenalan oleh saudara Zahamri lalu saya pun bercerita...


Isteri saya ada merakam sedikit pengenalan dan bahagian awal diskusi. Ini adalah jauh daripada lengkap tapi cukuplah untuk membuka sedikit 'rasa'...


Alhamdulillah ada juga orang sudi mendengar perkongsian ilmu dan pengalaman yang tidak seberapa ini.  Bercakap tanpa apa-apa persediaan atau atur cara cerita, saya setakat menyebut apa terbetik dalam hati yang dikira dapat menerangkan kenapa buku-buku tulisan saya boleh terbit, kenapa saya boleh menjadi seorang penulis sedangkan latar belakang asal saya sangat berbeza, Maka itu dikongsikanlah hal diri yang dahulu agak keBaratan, sukakan sains dan matematik lalu menyambung pelajaran dalam bidang matematik di Universiti College of London, satu institut pengajian tinggi yang disenaraikan sebagai antara 10 universiti terbaik di dunia. Diceritakan bagaimana diri pernah hampir menjadi ateis lantaran terlalu berpegang pada logik akal dan sains... tetapi mula ditarik ke arah spiritual apabila berlaku beberapa pengalaman mistik yang menggoncang keyakinan lama. 


Secara rata apa yang diceritakan sudah dikongsikan dalam siri trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" yang saya terbitkan sendiri tahun 2006 hingga 2007. Maka tidak susah untuk menceritakannya kembali, cuma aturan sahaja mungkin tak sama kerana berdasarkan apa yang dapat diingat dan tergerak pada suatu ketika. Intipati utama adalah bagaimana boleh berlaku perubahan daripada seorang yang agak keBaratan tidak pedulikan halal haram boleh menjadi seorang yang sayangkan Melayu dan Islam. Maka pengalaman-pengalaman mistik juga mimpi disentuh sehingga membawa saya untuk mencari salasilah keluarga belah bapa yang menyambung hingga ke Aceh. Dalam pencarian itulah saya dapat menggali beberapa cerita sejarah yang nampaknya sudah lama digelapkan oleh pihak-pihak berkepentingan. 


Kalau tak salah saya berpeluang bercakap sehingga hampir 50 minit sebelum harus memberikan laluan untuk sesi soal jawab. Sambil itu muncul lagi beberapa orang hadirin termasuk kawan-kawan lama. Seorang daripada zaman sekolah rendah yang sudah lama tidak ditemui mengajukan satu soalan yang amat menggamit kenangan, satu kenangan yang sudah lama dilupakan dan tidak difikirkan sejak sekian lama. Iaitu pada suatu masa dahulu saya boleh tahan pandai melukis. Dan saya pernah melukis dan mengarang komik-komik sendiri malah pernah menjualnya pada harga 20 sen senaskah...


Bergambar kenangan bersama sejumlah hadirin. Turut hadir bergambar sama adalah beberapa orang aktivis busana tradisional Melayu yang biasa mengikut acara-acara HIKMAH anjuran saya. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Selepas itu kami menyambung perjumpaan dan perbualan di reruai Taman Pustaka...








Bergambar bersama beberapa orang hadirin. Bila dah pakai busana memang biasa orang ajak bergambar apalagi bila orang tahu saya adalah seorang penulis.


Alhamdulillah, ramai juga sudi membeli buku-buku tulisan saya lalu meminta autograph atau tanda tangan dengan sedikit kata-kata.





Kami meninggalkan pesta buku sekitar jam 3.30 gitu. Sampai ke rumah sekitar jam 4.15 terus menyiapkan lagi apa yang patut untuk open house.


Beginilah antara persiapan dan aturan juadah yang ada. Ketika gambar-gambar diambil hampr jam 7 petang seorang kawan lama zaman kolej dan isterinya baru meninggalkan rumah.





Tidak seperti tahun lepas dan sebelumnya, open house kali ini memang dimulakan lambat memandangkan saya ada diskusi buku di Shah Alam. Sedangkan Ahad 31 Julai itu adalah hari hujung minggu yang terakhir bagi bulan Syawal tahun ini.


Dan kali ini kami tidak membuat pengumuman terbuka di Facebook dan sebagainya yang membolehkan sesiapa sahaja datang walaupun tidak pernah berkenalan. Kali ini undangan kami terhad untuk kawan-kawan sepejabat isteri, jiran tetangga berdekatan, kawan-kawan lama ketika membesar di Muar tahun 1970 hingga 1987 begitu juga kawan semasa belajar kolej peringkat A Levels tahun 1988-1991. Kami berbuat begini supaya satu, tidak perlu menyediakan terlalu banyak juadah memandangkan kami penat dan sibuk dengan pelbagai perkara beberapa hari kebelakangan. Had undangan juga dibuat supaya dapat memberikan lebih tumpuan dan masa kepada kawan-kawan. Kalau terlalu ramai susah nak betul-betul layan dan berikan perhatian. Masuk artikel-artikel berikut untuk cerita-cerita open house terdahulu...


Rumah terbuka raya impromptu dan supermoon

Rumah terbuka Merah Silu 30 Syawal 1436



Masuk waktu Isyak baru muncul cukup ramai tetamu untuk suasana terasa meriah...








Alhamdulillah. Walaupun ramai kawan lama yang diharapkan muncul tidak jadi datang kerana hal-hal tertentu hati saya terubat juga dengan kehadiran beberapa yang sudi meluangkan masa.


Yang lebih ramai muncul adalah kawan-kawan isteri. Namun saya pula mendapat kejutan yang menyamankan apabila seorang kawan lama daripada zaman membesar di Muar muncul selepas jam 1 malam, selepas kami suami isteri telah' menutup kedai' dan selesai membasuh pinggan mangkuk dan sebagainya. Dapatlah kami berbual lama berkongsi pelbagai perkara sehingga hampir jam 3 pagi. Sesungguhnya beberapa hari kebelakangan ini memang amat memenatkan. Tetapi kami suami isteri puas kerana berjaya melakukan yang sebaiknya menggunakan apa yang kami mampu...


Tiada ulasan: