Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Mac 14, 2015

Pelancaran buku "Sejarah Melayu" dari Batam di DBP - Mengingatkan Raja Isa Nongsa

Pada awal artikel Perjalanan ke-7 di Aceh - Bincang Sejarah Adat dan Budaya Aceh-Malaysia yang dibuat 4 hari lalu ada disebut siang itu saya telah menghadiri satu majlis yang bermakna di DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Tetapi saya belum boleh bercerita tentangnya kerana harus menurut corak tertentu dalam penulisan siri "Perjalanan ke-7 di Aceh". Penurutan corak ini telah terlaksana apabila artikel terakhir siri, Perjalanan ke-7 di Aceh - Masjid Oman, Maulud di makam Syiah Kuala dan sapaan puncak Gunung Seulawah selamat disajikan semalam. Sekarang bolehlah kita bercerita tentang hal di DBP.


Pagi Rabu 10 Februari 2015 saya bergegas untuk menghadiri majlis pelancaran buku bertajuk "Sejarah Melayu".


Ini bukan "Sejarah Melayu" yang merupakan panggilan moden untuk kitab Sulalatus Salatin tulisan pujangga Melayu terkenal abad ke-17, Tun Sri Lanang.



Sebaliknya ia buku baru tulisan orang dari Batam di Indonesia. Sebab itu saya sebut "Sejarah Melayu" dari Batam dalam tajuk artikel ini.


Saya lihat majlis ini dihadiri ramai cendekiawan ternama dalam dunia sejarah dan budaya Melayu Malaysia.


Saya sendiri telah diundang oleh pihak penganjur hampir sebulan lalu. Tetapi apabila diberitahu tarikhnya 10 Mac saya memberitahu kemungkinan besar tidak dapat pergi kerana menjangkakan akan berada di London, England ketika itu atau sudah bergerak ke Leiden, Belanda untuk satu tugasan tertentu,


Selepas itu baru saya diberitahu tugasan ditangguhkan ke bulan April atau kemudian. Saya pula terlupa tentang undangan ke DBP sehinggalah lewat malam sebelum majlis saya terlihat update kawan-kawan silat daripada Melaka menyatakan mereka baru selesai rehearsal untuk majlis. Barulah tersedar majlis akan dilangsungkan siang itu, teringat juga jemputan yang diterima hampir sebulan lalu.


Kelihatan kawan-kawan dari Melaka sedang berpencak membuat persembahan silat di hadapan hadirin terhormat.


Duduk di hadapan daripada kiri adalah penulis buku "Sejarah Melayu",  Dr Ahmad Dahlan, ketua eksekutif Yayasan Karyawan, Datuk Zainal Abidin Borhan, tokoh pentadbir terkenal (pernah mengetuai beberapa badan nasional) Tun Ahmad Sarji, ketua pengarah DBP, Datuk Dr Awang Sariyan dan ketua Persatuan Kebajikan Zuriat Keturunan Pusaka Bentan Malaysia, Datuk Nazri Kamal.






Selesai persembahan silat saya keluar sebentar melihat pemandangan dari atas anjung bangunan.


Majlis diadakan di tingkat tertinggi bangunan DBP, tingkat 31. Cantik sungguh pemandangan dalam keadaan cuaca begitu terang. Lihat artikel KL from top floor of the DBP di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Kembali ke dalam dewan kelihatan Tun Ahmad Sarji sedang memberikan ucapan.


Beliau bercakap panjang lebar tentang beberapa aspek sejarah lalu mencadangkan agar beberapa perkara diangkat dalam tulisan akan datang. Yang saya ingat antara perkara disebut adalah Batu Bersurat Terengganu yang ditulis lebih 700 tahun lalu dan catatan kerajaan lama Ryukyu di Jepun menyebut hubungan perdagangan dengan Melaka lebih 500 tahun lalu.


Selepas itu Tun pun melancarkan majlis. Para VIP dijemput naik ke pentas.


Kawan-kawan daripada kumpulan persilatan Melaka menyusul membawa barang 'persembahan'. 


Rehearsal atau latihan untuk bahagian inilah (kumpulan persilatan membawa barangan) yang dinyatakan dalam update di FB malam sebelum majlis. Gambar-gambar yang dikongsikanlah mengingatkan saya untuk menghadiri majlis...


Ahmad Dahlan bersama Tun memegang buku. Untuk pengetahuan Ahmad adalah walikota (seperti datuk bandar) Batam.


Beliau kemudian menerangkan isi buku. Secara rata ia menggabungkan kisah pelbagai kerajaan di Alam Melayu yang selama ini terpisah atau terpecah-pecah. Kata beliau kali terakhir muncul buku menggabungkan cerita pelbagai kerajaan adalah semasa kitab Sulalatus Salatin selesai dihasilkan Tun Sri Lanang 400 tahun lalu. Buku  "Sejarah Melayu" karangan beliau diterbitkan Gramedia, salah satu penerbit buku terbesar di Indonesia jika tak pun paling besar...


Profesor Dato' Dr Abdullah Zakaria Ghazali daripada Universiti Malaya (UM) pula mengulas isi buku setebal 600 muka surat itu. Selepas menyatakan Ahmad Dahlan sebagai lulusan PhD daripada UM beliau pun menyatakan penulisan Ahmad mengambil jalan tengah menangani beberapa isu lama sejarah yang agak panas dengan mengenengahkan perspektif yang berlawanan tanpa menyokong mana-mana pihak. Misalnya tentang Raja Kecil dari Siak (di Sumatera, sekarang dalam Indonesia) menyerang Johor  Di Malaysia kita biasa disajikan dengan cerita bahawa itu sekadar dakwaan Raja Kecil untuk merampas kuasa daripada Bendahara yang telah naik menjadi Sultan, kerana Sultan Mahmud katanya mangkat tanpa meninggalkan zuriat. Sedangkan di Siak pengakuan ini adalah mutlak... Raja Kecil memang anak Sultan Mahmud dan ini tidak boleh dipersoalkan.


Sebelum majlis tamat satu gimik tak dirancang telah diadakan di mana beberapa naskah buku "Sejarah Melayu" dipersembahkan kepada VIP atas pentas kemudian diambil gambar. Sebetulnya setiap VIP sudah mendapat hadiah senaskah buku bersama beberapa barangan tetapi ini telah dibungkus. Kemudian pula wartawan meminta VIP diambil gambar dengan buku maka buku-buku yang tidak dibungkus pun digunakan. Untuk gimik ini saya diminta membawa sebakul buku ke atas pentas. Ini kerana kebetulan saya datang berbusana Melayu tradisional penuh...


Beginilah saya berpakaian untuk majlis. Yang berbaju biru itu adalah Datuk Nazri, seorang pejuang kedaulatan Melayu dan Islam yang pernah menghadiri majlis HIKMAH anjuran saya. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Beliaulah yang menjemput saya untuk datang ke majlis. Malah memang majlis diatur beliau. Saya diberitahu beliau juga bertanggungjawab membawa 35 orang daripada Batam terutama para pegawai pejabat Wali Kota untuk bersama. Sekarang bolehlah kita pergi ke satu cerita di belakang tabir...

Apabila mendapat tahu begitu ramai orang Batam datang saya pun bertanya kepada beberapa ahli delegasi apakah ada yang berasal dari satu kawasan bernama Nongsa? Saya bertanya ini kerana ada terbaca bahawa Pulau Batam dibuka (dimajukan?) oleh seorang kerabat diraja Bugis bernama Raja Isa, juga dikenali sebagai Raja Nong Isa. Untuk makluman nama tempat Nongsa terbit daripada nama panggilan kerabat diraja ini. Dikatakan di situ terdapat ramai kerabat keturunannya.

Saya sendiri belum pernah sampai ke Batam maka itu saya mengambil peluang untuk bertanya pada majlis. Ah. Saya menghadapi masalah meneruskan cerita tentang Raja Isa. Ada rasa sedih dan sebak muncul dalam dada malah air mata telah pun bergenang memikirkannya. Nampaknya biar diluahkan begini dahulu. Biar dicari penulisan terdahulu yang ada menyebut tentang Raja Isa.

Bila disemak melalui blogger.com ternyata cuma ada satu sahaja penulisan di blogspot saya sebelum ini yang menyebut tentang beliau. Ia adalah artikel Trip anak-beranak ke Desaru - Mencari makam Si Bongkok Tanjung Puteri yang dibuat 3 bulan lalu. Sedikit petikan berkaitan :-


Ketika menulis artikel tentang makam lalu menyebut Si Bongkok pernah dituduh sebagai lanun, tiba-tiba teringat pembuka Pulau Batam di Indonesia, Raja Nong Isa. Beliau merupakan anakanda sulung kepada Raja Ali Marhum Bayan (Yamtuan Muda Riau yang ke-5) ibni Daeng Kemboja (Yamtuan ke-3) ibni Daeng Parani (saudara tertua antara 5 Opu Daeng Bersaudara yang sangat terkenal dalam sejarah Johor-Riau-Lingga tahun 1720an). Atas sebab itu beliau sepatutnya menjadi Yamtuan Muda Riau yang ke-7 tahun 1831 tetapi diketepikan oleh Belanda atas alasan pernah melanun.


Dalam artikel itu turut disebut begini : "... dipercayai Raja Isa ini adalah moyang saya sebelah ibu yang dapat menyambungkan nasab Bugis keluarga kami hingga ke Daeng Parani." Cukuplah ini untuk menerangkan kenapa saya cuba mencari kerabat Raja Isa pada majlis di DBP. Dan ini juga boleh menerangkan kenapa saya terasa sebak memanjang apabila cuba menyentuh perkara...

Saya diberitahu oleh beberapa orang ahli delegasi Batam bahawa Ahmad Dahlan yang menulis buku "Sejarah Melayu" itu berasal dari Nongsa. Saya pun bertanya kepada Ahmad tentang ini. Jawab beliau : "Ya, saya orang Nongsa, memang berketuruna Bugis. Tetapi saya bukan ahli keluarga raja."

Ketika makan tengah hari saya bertanya lagi kepada beberapa orang Batam, apakah ada kerabat Raja Isa datang bersama. Seorang menjawab tiada lalu memberitahu dua orang rakannya yang ada dekat saya ketika itu : "Sepatutnya adakan seorang wakil daripada kerabat Raja Isa datang bersama untuk majlis begini bermakna." Oh. Ayat saya atur balik ya, bukan rekod secara ad verbatim iaitu sebiji-sebiji seperti diucapkan dengan loghat Indonesianya.

Malah orang itu mula bercakap panjang lebar menyatakan rasa tidak puas hati betapa majlis ini padanya tidak menurut protokol yang sepatutnya. "Mereka (orang pejabat Walikota Batam) ada orang-orang yang menjaga protokol. Mengapa tidak menjaga hal sepenting ini memandangkan memang Raja Isa adalah pembuka Batam dan kaum kerabatnya masih ada?" Saya pula yang terpaksa mengambil jalan tengah menenangkan. Kata saya : "Mungkin mereka ,mengikut protokol kebiasaan REPUBLIK Indonesia yang mana raja-raja tidak dipandang tinggi lagi kecuali Hamengkubowno Raja Jawa."

Orang itu bertanya : "Bapak (merujuk kepada saya) sendiri merasa janggal bukan? Kenapa tidak ada wakil Raja Isa untuk majlis seperti ini yang melibatkan ikatan budaya dan sejarah Melayu, yang bukunya bercakap tentang kerajaan-kerajaan Melayu? Apa pula pandangan orang Malaysia melihat kami tidak mengikut protokol membawa wakil kerabat diraja kami?"

Jawab saya : "Orang Malaysia sendiri sudah tiada berapa peduli tentang kerabat diraja. Kecuali dalam majlis rasmi yang dihadiri satu daripada 9 orang sultan yang masih ada. Jadi mereka tak sedar pun jika tiada kerabat diraja daripada Batam datang sama. Saya seorang sahaja yang sibuk bertanya kerana ini hal peribadi."

Selain itu saya cuma menyebut kehadiran wakil kerabat diraja penting untuk majlis sebegini yang berniat memartabatkan Melayu sambil menjalin silaturrahim sesama kita kerana ada contact batin yang boleh membantu melancarkan perkara. Hal ini dipersetujui orang-orang Batam yang mendengar. Dengan ini saya rasa cukuplah artikel ini Saya dah ceritakan apa yang patut tentang majlis berserta sedikit luahan berkenaan Raja Isa.  Sekian, wassalam.




Tiada ulasan: